FARA
menyusun baju-baju yang akan dibawa ke Pangkor dengan perasaan yang berbelah
bahagi. Macam mana kalau Maksu dengan Paksu terasa hati dengan mereka nanti?
Patut ke dia batalkan sahaja untuk ke Pangkor tu? Tapi ada betulnya apa yang
dikatakan oleh Ema. Kalau mereka pergi pun bukannya ada kepentingan apa pun.
Mereka hanya pergi untuk memuaskan hati Maksu dan Paksu sahaja. Belum tentu
lagi Ameer dengan Dhurrah mahu mereka hadir ke majlis itu nanti.
Please, Fara…
buang rasa bersalah tu. Kalau tak pergi majlis tu, bukannya majlis tu tak boleh
berjalan langsung. Lagipun mama dengan abah akan pergi…cukuplah tu. Dah sampai
masanya untuk kau fokus dekat kebahagian kau.
“Fara,
esok kita naik satu kereta dengan Redza and kawan dia tau.”
“Aku tak
kisah mana-mana… yang paling penting aku tak nak drive.”
“Huh,
pemalas punya perempuan. Ingat kau tu tuan puteri ke apa nak dijemput dihantar
setiap masa? Lesen dalam purse tu nak buat apa? Hiasan je?”
“Well… macam kau tak kenal aku. Lesen tu kalau bukan
sebab mama yang paksa aku ambil dulu, aku rasa sampai ke sudah aku tak
berlesen.”
Bantal
kecil yang elok tersusun di atas katil dicapai dan dicampakkan ke arah Fara
yang sedang sibuk memilih baju di almari. Apa agaknya masalah perempuan ni…
takut sangat nak bawa kereta. Kalau nak pergi kerja atau kelas lagi sanggup booked
grab dari bawa kereta. Nak kata tak ada kereta… kereta Myvi comel milik
gadis itu elok sahaja tersadai di dalam garaj. Tak pernah sekalipun gadis itu
mahu membawa kereta itu.
“Kereta
kau dalam garaj tu…berapa lama nak biar tersadai tak berusik? Buat apa kau
penat bayar bulan-bulan kalau tak bawa?”
“Aku
bukannya apa, Ema… macam mana kalau aku buat orang lain kemalangan nanti? Aku
bukan tak percayakan orang lain yang bawa kereta tu…aku tak percaya dekat diri
aku sendiri nak bawa kereta.”
“Macam-macamlah
kau ni… sampai bilanya kau nak berani kalau kau tak cuba bawa?”
HAKIM
melirik pandangannya ke arah jam di dinding. Ini yang payah bila berjanji
dengan insan yang bernama Redza ni. Janji nak datang pukul sembilan... ni dah
sembilan setengah dah ni. Betul-betul janji melayu pakcik seorang ni. Nasiblah
kawan… kalau tidak dah lama kena hempuk dengan dia.
“Assalamualaikum,
bro… sorry aku terlambat sikit.”
“Waalaikumussalam…
hurm, sampai pun kau. Ingatkan esok baru sampai.”
Redza
tersengih sambil menggaru pipinya yang tidak gatal. Sedar tentang kesilapan
dirinya. Tapi kali ni dia bukan sengaja nak datang lewat. Faham sahajalah insan
yang bernama Nur Ema Shahira kalau bersiap macam mana. Baik Ema atau Fara… sama
sahaja akan mengambil masa yang lama untuk bersiap.
“Kau faham sahajalah bila tunggu perempuan dua
orang ni bersiap macam mana.”
“Dua
orang? Siapa lagi seorang?”
“Oh, ya…
aku terlupa nak bagitahu Ema bawa kembar dia sekali join trip kita.”
“Ema ada
kembar? Sejak bila perempuan tu ada kembar? Kenapa selama ni aku tak tahu?
Aduh!” Hakim terus menggosok kepalanya geram. Minah ni ingat dia tak bayar
zakat ke main ketuk-ketuk kepala ni?
“Sakitlah,
perempuan.”
“Apa
yang lama sangat korang ni? Naik kematu punggung aku tunggu korang dalam kereta
tahu tak?”
“Malang
betul si Redza ni kalau dia jadi berbinikan kau, Ema.”
“Eh,
hello… lagi untung dia kalau dia berbinikan aku, okey? Dahlah pandai cantik,
pandai masak… pandai mengemas, pandai cari duit sendiri… kan, sayang?”
Redza
tertawa kecil bila Ema mula mendabik dada. Kalau orang lain pasti rasa annoying
dengan perangai gadis itu namun perangai gadis itu yang membuatkan dia jatuh
cinta pada gadis itu. Gadis itu terlalu unik dan dia tak pernah jumpa gadis
seunik Ema.
“Kau
tertinggal sesuatu, Ema… kuat perasan!”
“Eh,
mamat ni… teringin nak makan bubur sahaja ke sebulan?”
“Lagi
satu kaki buli. Malang berganda-ganda nasib kau, Redza. Serious, menggunung
simpati aku dekat kau.”
“Dahlah,
malas aku nak layan perangai tak betul kau ni. Kalau dilayan sampai ke tahun
depan tak habis. Sayang, jomlah gerak sekarang. Kang lewat pula sampai sana.”
“Redza
je? Aku?”
“Ah, kau…
ada kakikan? Jalan sendiri pergi dekat kereta kalau nak ikut. Tak payah nak
tunggu aku jemput bagai.”
Sebaik
sahaja melangkah masuk ke dalam kereta, Redza terkedu tatkala melihat kembar ‘Ema’
yang sedang leka dengan handphonenya. Betul-betul saling tak tumpah
seperti Ema cuma yang membezakan antara Ema dengan kembarnya adalah gadis itu
bertudung dan Ema pula free hair.
“Kau dah
kenapa, bro? Terpikat dengan kembar aku ke? Single and available lagi tu
dan yang paling penting cantik macam akukan?”
“Ceh,
perasan.”
- to be continue -
No comments:
Post a Comment