HELAIAN demi helaian novel di tangan sudah
ditukar namun yang dinanti tetap tidak kunjung tiba. Walaupun sudah hampir tiga
jam dia berada di situ namun tidak sekali pun dia beralih tempat dan merungut.
Dia sendiri dengan rela hati menunggu kekasih hatinya itu habis kelas.
“Tak boring ke tunggu Adam setiap hari?”
Bella hanya tersenyum sambil menggelengkan
kepalanya. Dia tak perlu menoleh untuk melihat gerangan yang menegurnya itu.
Ini bukan kali pertama lelaki itu datang menegur. Sudah acap kali lelaki itu
akan memutarkan soalan yang sama.
“Inshaallah, I tak akan bosan. Lagipun kalau
melibatkan orang yang kita sayang, I rasa perkataan bosan tu tak akan pernah
wujud dalam hidup kitakan?”
“Sia-sia sahaja you bazirkan masa you tunggu dia,
Bella.” ujar Sean sambil melabuhkan punggungnya di sebelah gadis yang masih
leka dengan novelnya itu. Sudah berbuih mulutnya menasihatkan gadis itu namun
tiada satu pun yang berjaya.
“Sean, please… kita dah pernah discuss pasal
benda ni dulu. I tak nak gaduh dengan you pasal ni lagi. I tak nak disebabkan
hal ni… persahabatan kita jadi hancur.”
“Ikut suka hati youlah, Bella… but if one day dia
tinggalkan you macam mana dia tinggalkan perempuan-perempuan yang lain, you
jangan menangis cari I.”
Bella mengeluh perlahan sambil melihat bayangan
Sean yang sudah jauh meninggalkannya. Kenapa susah sangat Sean nak percaya yang
Adam sudah berubah? Sekali ni sahaja dia minta lelaki itu percayakan dia.
“Mengeluh apa tu, sayang? Macam berat sahaja masalah.”
“Eh, Adam… bila you sampai?”
“Baru je. Jom pergi makan dulu… I tak sempat nak makan dari tadi.”
Perut yang sejak dari tadi berbunyi-bunyi minta diisi diusap perlahan. Sabar eh
perut… kita nak pergi makanlah ni.
“Ya Allah, kenapa tak makan apa-apa untuk alas perut you? Kalau
nanti masuk angin macam mana?”
“I nak makan dengan you sekalilah, sayang…”
“At least makanlah something untuk alas perut. I tak nak you
sakit.”
DUA bulan sudah berlalu namun Bella masih gagal menghubungi Sean.
Lelaki itu sudah jauh membawa diri selepas pertelingkahan kecil yang berlaku di
antara mereka dulu. Sean masih dengan pendiriannya bahawa seorang playerboy
seperti Adam itu tidak akan berubah manakala Bella pula tetap berdegil dengan
keputusannya.
“Hey, sayang… kenapa muka monyok macam ni? I ada buat salah
apa-apa ke, sayang?”
“Tak adalah, Adam… bukan you. I cuma masih tak percaya Sean boleh
pindah ke luar negara tanpa beritahu I langsung. I ni sahabat dia tau since
kindergarden lagi.”
“Hurm, dia masih marahkan I lagi tu… nanti bila dia dah cool down,
dia akan contact you semula. You jangan risau okey?”
“Sebenarnya… apa yang dah jadi antara you dengan dia dulu? Apa
yang buat dia marah sangat dekat you?”
Adam hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Apa yang
pernah terjadi antara dia dengan Sean dulu biarlah hanya mereka sahaja yang
tahu. Itu kisah lampau dia yang dia tak mahu ingat dah. Sekarang ni dia sudah
berubah dan hanya gadis bernama Bella sahaja yang bertahta di hatinya.
“Kisah lama, sayang… tak guna kita ungkit lagi. You jangan fikir
sangat pasal hal tu,okey? I janji dengan you I akan setia dengan cinta kita and
I bersumpah akan cintakan you sampai ke hujung nyawa I.”
Bella merenung wajah kekasih hatinya yang bersungguh-sungguh
mengucapkan sumpahnya. Macam mana kalau suatu hari nanti lelaki itu berjumpa
dengan orang yang lebih better dari dia? Mampu ke lelaki itu berpegang pada
janjinya?
“What if satu hari nanti kalau you jumpa dengan orang yang lebih
sempurna dari I…you masih akan berpegang pada janji you?”
“You tak yakin dengan I ke, sayang?”
“You pernah dengar sumpah darah tak? You sanggup bersumpah dengan
darah you?”
“Of course, sayang… demi you. I sanggup buat apa sahaja.”
To be continue...
No comments:
Post a Comment