Tuesday 16 October 2012

Lara Semalam 7

Alisya menepis tangan Kak Sara yang menunjal kepalanya dari tadi. Berani betul dia tunjal kepala aku? Dia ingat dalam dunia ni hanya tinggal suami dia seorang sahaja ke yang wujud atas muka bumi ni? Andai kata dah tak ada lelaki dalam dunia ni, aku sangguplah tak kahwin sampai ke tua.
“Eh, tolong sikit ya? Siapa yang rampas siapa? For your information, aku tak ambil bekas orang. Kau cakap apa? Aku nak laki kau? Banyak lagi lelaki dekat luar sana. Aku tak terdesak sangat sampai nak rampas hak orang. Aku tak gila lagi nak runtuhkan masjid orang padahal aku teringin sangat nak balas balik apa yang kau orang buat dekat aku dulu. By the way, jangan kau sesekali nak samakan aku dengan laki kau. Aku tak sudi!”
Kak Sara terus menolak-nolak badan Alisya walaupun suaminya ada menenangkan dirinya di tepi. Walaupun terusan ditolak, Alisya langsung tak membalas sebab dia terlalu sayangkan kakaknya itu dan tak mahu kakaknya itu sakit.
“Kau memang perempuan tak tahu malu! Dia dah jadi laki aku! Kau balik sini sebab nak goda laki akukan? Kau ni memang perempuan jalang! Perempuan tak guna!! Aku tahu kau balik sebab nak rosakkan kebahagiaan akukan?! Kau sakit hati sebab Aidil pilih aku dan bukan kaukan? Sebab tu kau balik nak balas dendam pada aku!!”
Hampir luruh air mata Alisya di hadapan manusia-manusia yang paling dia benci dalam rumah ni. Sehina tu ke dia dekat mata mereka? Dia tak pernah menghina wanita itu waktu dia rampas Aidil darinya dan memalukan dirinya depan saudara-mara dan kawan-kawannya dulu.
“Lebih baik you jelaskan pada wife kesayangan you ni sekarang. Ingat pipi aku ni apa? Bantal yang nak ditampar-tampar ke?!”
“Sara, sudah saya kata… dengar dulu penjelasan saya.”
“Lepaskan Sara, Aidil. Hari ni biar Sara ajar dia cukup-cukup!!”
Ibu dengan abah terkocoh-kocoh ke dapur bila mendengar Sara menjerit. Apasal pula tu? Hisyh… macam-macamlah Sara ni. Apa lagi agaknya yang dia tak puas hati? Alisya pun satu, tak boleh ke beralah dengan kakaknya sendiri?
“Sara, kenapa ni?”
“Ibu, dia nak rampas suami Sara. Dia nak rosakkan kebahagiaan Sara, ibu. Sara betul-betul nak berbaik dengan dia tapi dia sanggup buat Sara macam ni. Halau dia, ibu... Sara tak nak tengok muka dia lagi! Sara menyesal ada adik macam dia. Lebih baik tak ada adik macam dia ni.”
Kak Sara dah teresak-esak menangis di bahu ibu. Alisya memang sahaja nak hancurkan hubungan dia dengan Aidil. Dia tahu Alisya berdendam dengannya sebab Aidil pilih dia dan bukan Alisya.
“Ibu, kenapa ibu diam? Ibu sebelahkan siapa sebenarnya? Tak akan ibu nak diamkan sahaja tengok dia nak rampas suami Sara… ibu, Sara pun anak ibu juga. Tak akan ibu nak biarkan dia buat Sara macam ni?”
Ibu mengeluh perlahan. Dia dah tak tahu nak buat apa sekarang ini. Itu anak dan yang ini pun anak. Dia tak tahu nak bela siapa sekarang ni.
“Ibu, Isya tak…”
“Isya, apa ni? Aidil dah jadi suami kakak kamu. Ibu tak didik kamu macam ni. Kenapa kamu ni tak reti-reti nak terima hakikat yang Aidil tu dah jadi suami kakak kamu?!”
Keras nada ibu berkata-kata ketika itu. Alisya betul-betul rasa terhina bila ibunya percaya tuduhan kakaknya. Ya Allah, ternyata keputusan dia balik ke mari adalah satu keputusan yang salah.
“Ibu, serendah tu ke martabat Isya? Sehina tu ke Isya ni? Sampainya hati ibu tuduh Isya macam ni. Tak pernah terlintas sedetik pun dalam hati Isya ni untuk ambil hak orang. Isya tak sehina dan sekeji tu. Kenapa ibu tak siasat dulu apa yang jadi? Kenapa mesti tuduh Isya? Isya ingat ibu kenal Isya... nampaknya keputusan Isya balik ke mari adalah satu kesilapan. Isya betu-betul kecewa dengan sikap ibu!”
“Sudah, Alisya. Ibu tak nak dengar apa-apa lagi. Aidil dah jadi suami kakak kamu, abang ipar kamu! Tolonglah terima hakikat yang kamu dah tak ada apa-apa hubungan!”
“Ibu!”
Oleh kerana terlalu geram, buat julung-julung kalinya ibu mengangkat tangan dan menampar pipi Alisya. Abah yang sejak dari tadi mendiamkan diri terus memeluk Alisya. Dia diam bukan sebab dia suka apa yang jadi ni.
“Sekali lagi awak naik tangan dekat anak saya, siap awak!”

4 comments:

  1. sedeh nye dek ngan nasib isya,tak baik lah jadi ibu cam pilih kasih jer....pape pun sebelum menuduh selidik lah akan kebenaran nye!!!tabah n kuat ye isya,ape pun yang terjadi pasti ade hikmah nye....

    ReplyDelete
  2. Tula kan? setuju dgn komen di atas. Tak patut betul.

    ReplyDelete
  3. tpi skrg ni ibu dia dh mnyesal...

    ReplyDelete
  4. eeee, sesuka hati je nak tuduh melulu2... emo ni bila baca cerpen ni.. xsabar nk tnggu cerita berikutnya

    ReplyDelete