Sebaik saja selesai menguruskan stok-stok bunga yang baru sampai,aku mengeluh kebosanan.Kalau ada Qila,adalah jugak kawan nak ajak berbual tapi dia pulak tak ada.Aku terpaksalah menghadap bunga-bunga yang segar bugar dan bunga plastik yang kelihatan menarik dihadapanku ini.
"Hurm,better ambil pekerja lagilah.Bukannya aku tak
mampu nak gajikan dia orang..Lebih dari mampu.Baik aku bincang dengan
ibu."
Bila bunyi pintu dibuka,aku terus menoleh dan berdiri
tegak.Hurm,pelanggan! Senyum,Mia..Senyum.Pelanggan datang bawa rezeki.
Iqbal terus berhenti melangkah bila melihat siapa yang
berada di sebalik kaunter tu.Tu wanita yang datang kedai buku aku tadi.
“Selamat datang,apa yang saya boleh bantu?”
“Err..Saya nak ambil bunga yang saya tempah tadi..”
“Resit?”
Lepas resit bertukar tangan,aku terus meminta diri untuk
mengambil tempahan.Hurm,untung siapa yang dapat bunga ni..Dahlah lelaki yang
tempah bunga ni handsome,kacak bergaya lagi tu..
“Maaf lama menunggu..Ini bunga yang encik tempah.So,macam
mana?”
“Ada card tak?”
“Dekat sini,encik pilihlah yang mana berkenan.Saya nak
jawab call dulu..”
“Pekerja yang tadi tak ada ke?”
“Oh,dia separuh hari je..Hello,Taime Forist.Apa yang saya
boleh bantu?Sekejap ye..”
Aku menulis sesuatu di dalam buku order.Iqbal hanya
membelek card-card yang ada di situ sambil sesekali melirik ke arah wanita itu.
“Esok pagi?Okey,terima kasih..”
Ramai betul yang order
bunga dekat kedai ni.Aku betul-betul dah tak cukup tangan nak buat semua
ni..Nak harapkan aku dengan Qila,mahu gulung tikar kedai ibu ni.
Bila bunyi pintu
dibuka,aku terus menyambut dengan wajah ceria.Lah,ibu rupanya.Nasib baik dah
siap buat kira-kira.Ibu ni,sukalah datang terkejut.
“So,Mia..Okey ke meeting
dengan pembekal?”
“So far,okeylah..Ibu ni
kenapa nak datang tak bagi tahu?”
“Saja nak datang lawat
kedai...Dah lama tak datang..”
“Kita sembang
nantilah,ibu.Mia ada pelanggan ni.Lagipun Mia ada benda nak bincang.”
Ibu terus menghilang ke
belakang kedai.Nak tengok laporan kewanganlah tu.Biasalah tu,ibu sayang kedai
dia ni.Dia tak nak apa-apa jadi pada kedai dia.
“Saya nak yang ini..”
Lepas aku menulis apa yang
diucapkan oleh pelanggan di hadapanku ini di dalam card,barulah aku tahu dia
nak beri bunga white lily pada ibunya.Wah,sejuk hati ibu dia nanti.
“Saya nak tumpang
tanya..Cik ada kenal mana-mana orang yang jual bunga-bunga hidup..Saya nak buat
taman bunga dekat laman rumah..Sampai sekarang terbiar je kosong.Macam tak ada
seri pulak.”
“Oh,kawan saya ada buka
nurseri bunga..Kalau encik berminat,nanti saya bawa encik jumpa dia.Harganya
berpatutan.”
“Kalau macam tu,bolehlah.Ni
card saya.Apa-apa boleh contact saya.”
Lepas card bertukar
tangan,aku terus menyimpan card tu di dalam handbag.Sherin mesti suka aku bawa
pelanggan untuk dia lagi.Hahaha,baik kan kawan baik dia ni?Dia tolong bawak
masuk pelanggan dalam kedai ibu aku,aku tolong meramaikan pelanggan dia..
“Boleh saya minta card
awak?”
Aku terus menghulur
business card aku pada dia.Mujurlah ibu buatkan aku business card,kalau tak
jangan haraplah aku nak ada.
Iqbal terus beredar dari
kedai bunga Taime Florist sambil tersenyum.Tak sangka dapat jumpa dia
lagi.Orangnya boleh tahan juga bila pandang dari dekat.Senyuman dia pun manis.
“Iqbal,Iqbal..Jangan kata kau
dah jatuh cinta dengan dia?”
Aku terus melangkah ke
belakang sebaik saja pelanggan kami melangkah keluar.Ibu tengah termenung di
office kecil yang ada dalam kedai tu.Kenapa dengan ibu?
“Ibu?Kenapa ni?”
“Mia,ibu nak mintak tolong
kamu boleh?”
“Mintak tolong
apa,ibu?Kalau Mia boleh tolong,Mia tolong.”
“Mia...Tolong kerja di
syarikat ayah..”
Hah?!Kenapa aku nak kerja
dekat syarikat ayah?Selama ni ayah dengan ibu tak kisah pun aku kerja dekat
kedai bunga ni.Bila melihat wajah mendung ibu,aku mematikan niat untuk
bertanya.
“Kerjalah dengan
ayah,Mia..Ibu tak nak orang yang tak sepatutnya ambil hak kamu.”
“Orang tak sepatutnya?”
“Mia,maafkan ibu sebab
rahsiakan hal ini dari kamu tapi percayalah,ibu tak sampai hati nak beri tahu.”
“Apa maksud ibu ni?Mia tak
faham..”
“Ayah kamu dah kahwin satu
lagi,Mia..Sekarang ni anak tiri dia yang tolong ayah kamu uruskan syarikat tu..”
Apa?!!Ayah kahwin lagi?Ni
tak boleh jadi,kenapa ayah sanggup buat ibu macam tu?Di matanya,ibu dah cukup
sempurna sebagai seorang wanita,isteri dan seorang ibu.Apa yang tak cukup?Nak
anak lelaki?Adik aku tu apa?Pondan?Ah,ayah memang gatal nak beristeri lagi.
**
Keesokan harinya,aku dah
tak pergi kedai bunga dah.Aku terus datang office untuk mentadbir syarikat
tu.Aku anak kandung ayah,jadi aku layak mentadbir dan aku ada kelayakan.
“Ayah gembira Mia nak
kerja dengan ayah..”
“Maaf ye,dekat office
hanya ada bos dan pekerja.Tiada hubungan antara ayah dan anak.”
Ayah mengangguk faham.Mia
nak kerja dekat sini dah cukup bagus,apa yang dia nak lebih baik aku turutkan..
“Apa tugas pertama saya di
sini,Tuan?”
No comments:
Post a Comment