Wednesday, 3 October 2012

Aku cintakan kau?

          
  Ya Allah,geramnya aku!!Dia yang buat salah,aku yang kena mintak maaf?!Ni amat melampau.Dia ingat dia tu handsome sangat ke dengan rambut kuning macam tu?!Nantilah,aku jumpa dia lagi,aku kenakan dia cukup-cukup..Nantilah,lain kali..
            “Anis,awak ni dah kenapa?”
            “Hurm,aku tengah tak ada mood ni.Baik kau jangan ajak aku bercakap.”
            Madihah mengeluh perlahan.Susah betul nak memahami teman sebilik dia ni walaupun sudah beberapa bulan dia duduk dalam bilik yang sama dengan Anis.Hurm,tak fahamlah aku.Pagi tadi elok je dia bergurau senda dengan aku,siap mengusik non-stop sampai dekat kolej.Masuk je petang,berangin satu badan.Hisyh,tak fahamlah dengan Anis ni.
            Madihah terus menyelak buku tebal di hadapannya.Daripada kena marah dengan Anis sebab banyak tanya,baik aku buat kerja.Jimatlah jugak air liur aku ni.
            “Mamat ni lagi!Tak faham bahasa ke aku menyampah dengan dia?!”
            Madihah menoleh ke arah Anis buat seketika sebelum memandang buku semula..Perempuan ni dah kenapa?Tak nampak ke ada orang nak study ni?
            Bila mendengar handphone berbunyi menandakan ada mesej,dengan malas aku mencapai handphone.Siapalah mesej aku waktu aku tak ada mood?
            -Kenapa tak angkat?Marah?Meluat?Menyampah?Hahaha,aku suka kalau macam tu.Untuk pengetahuan kau,mulai detik ni,aku akan mengganggu kau..
            Mamat perasan warna kuning ni cantikkan,buat aku lagi angin je.Dia ni apa yang dia tak puas hati dengan aku lagi?Kau akan menyesal,mamat sebab buat aku makin berdendam dengan kau.Sebelum kau ganggu hidup aku,aku akan pastikan kau tak senang sebab aku akan kacau kau!
            “Madihah,aku nak keluar sekejap.Mungkin balik lambat sikit.Kau tak payah tunggu aku,aku bawak kunci ni.”
            “Nak ke mana?”
            “Buat sesuatu..Kau jangan risau.”
            Aku terus melangkah keluar dari bilik selepas mengambil beg sandangku.Kau siaplah,mamat!Aku akan buat hidup kau tak senang.Hahaha,terlakar senyuman jahat di bibirku.
            “Mana patut aku pergi dulu??Hurm,jumpa budak-budak juniorlah dulu..”
            Lepas melaksanakan misi aku,aku melangkah balik asrama dengan perasaan berbunga-bunga.Haha,tak tidur malamlah kau malam ni dan malam-malam seterusnya.Kau kan suka perempuan cari kau...Aku bagilah peluang,tapi bukan seorang tapi semua junior fakulti aku.
            “Habislah kau,mamat...”
            Masuk je bilik,aku terima mesej dari mamat yang rasa warna kuning tu menarik.Hurm,apa yang dia hantar kali ni..
            -Hurm,menarik.Sesuka hati kau bagi nombor aku dekat semua perempuan..Kau tak takut ke aku buat benda yang sama dekat kau?
            Aku hanya tersenyum sinis.Langsung tiada niat untuk membalas mesejnya.Buat apa nak balas?Buang masa,tenaga dengan kredit aku je.Biarlah dia gila seorang.Malas aku nak layan.
            “Anis,lambatnya balik.Tadi Sara datang sini marah-marah.Saya tak tahu kenapa..Apa yang dia tak puas hati dengan awak?Selama ni dia okey je dengan awak kan?”
            “Sara...Oh,aku dah tahu dah.Dia kan kaki kipas mati mamat tu.”
            “Mamat?Mamat mana ni?”
            “Alah,mamat yang Sara suka tu..Tengah hari tadi dia cari gaduh dengan aku.Kau tahu  dah basahkan aku punya kertas kerja lepas tu sesuka hati dia cakap aku yang salah.Siap paksa aku mintak maaf lagi.”
            “Habis tu awak mintak maaf?Dia yang buat salah,buat apa awak nak mintak maaf?”
            “Aku tak mintak maaf pun,aku tendang dia punya lutut lagi adalah..Mungkin Sara nampak,tu yang dia angin dengan aku.”
            Madihah tergelak kecil sambil menutup mulutnya.Hahahha,lawak-lawak.Bagus  juga Anis beri pengajaran pada lelaki kesayangan Sara yang tak habis-habis menganggu perempuan berdahi licin.Madihah sendiri sudah beberapa kali diganggu Aizat ketika pulang dari kolej.Sebab ni lah dia dengan Sara tak berapa nak baik.Sara tuduh dia gatal nak rampas boyfriend oranglah,apalah..Padahal,dia bukannya suka Aizat dan Aizat tu bukannya boyfriend Sara.Perasan lebih betul perempuan tu.
            “Ceritalah lagi,awak.Saya teruja nak tahu...”
            “Aku bagi nombor telefon mamat tu dekat semua budak junior fakulti kita..Marah betul mamat tu tadi..Aku memang saja nak dia marah,asyik aku yang terkena.Biar kali ni dia rasa pulak.”
            “Pasal Sara tu,awak buat tak kisah je..Dia memang macam tu.Apa yang keluar dari mulut dia bukan benda baik bila kacau orang kesayangan dia tu...Padahal Aizat tu bukan siapa-siapa untuk dia..”
            “Tak lama lagi dia diamlah tu,Madihah.” 

No comments:

Post a Comment