Sunday, 6 May 2012

DIA DIHATIKU 6


Awal-awal pagi Aishah dah siap untuk pergi office.Sebenarnya dia nak jadi chef tapi cita-citanya dihalang.Babah suruh dia belajar Business.Sedih tak?Mula-mula memang dia memberontak tapi lepas tu dia cool down.Itu pun sebab abang kesayangan pujuk.
“hari ni aku ada meeting.”
Malam tadi Adiella call.Dia bagitau malam tadi blackout.Lama juga katanya..Aishah nak pergi jenguk tapi dah tengah malam sangat.Adiella pun tak nak susahkan dia.
“entah apalah minah tu makan hari ni?”
Jari Aishah laju je menaip mesej.Petang ni ajak pergi supermarket lah.Barang rumah aku pun habis jugak.Aku nak buat kek tak ada bahan.
####
Setahun kemudian Aishah dengan Adiella semakin rapat.Kalau Aishah bercuti pasti diajaknya Adiella.Family Aishah dah tahu tentang Adiella kecuali abangnya.Itu semua atas permintaan Adiella sendiri.
“petang ni I nak pergi The Mall.you nak ikut?”
“saya belum gaji lagilah,Aishah.”
“ala,bosanlah pergi sorang-sorang.jomlah,Adiella.Jomlah,you temankan I shopping.”
“yelah,saya pergi siap kejap.”
Dekat tiga jam diaorang dalam The Mall.Aishah nie selain workaholic,dia juga shopaholic.Mujur dia kerja.Kalau tak gigit jarilah jawabnya.
“you tak nak membeli,Adiella?”
“saya belum gajilah.”
“I boleh belanja.”
“seganlah.lagipun dekat sini barang mahal.”
“you kata you nak teman I pergi majlis..baju tak ada beli.”
“saya nak berjimat.”
“kalau macam tu,ikut I balik rumah kejap.I ada banyak dress.maybe ada yang sesuai untuk you.lagipun size kita lebih kurang.”
Lepas membayar harga sepasang dua kasut,Aishah dengan Adiella berjalan keluar dari The Mall tu.Naik lenguh Aishah mengangkat barang.Setibanya di rumah banglo yang didiaminya,Aishah terus menarik tangan Adiella.
“besar rumah awak,Aishah.”
“Alhamdullillah..hadiah dari babah.Jom..”
Aishah terus menarik tangan Adiella ke tingkat atas.Payah juga rumah banyak tangga nie.Sakit lutut aku.Hisy,macam nenek-nenek pulak aku membebel.Di dalam masterbedroom,Aishah terus buka almari bajunya yang dah menyerupai bilik itu.
“kejap ye,Adiella.”
“okey.”
Tangannya semakin laju menyelak baju-baju yang bergantung itu.Dress apa yang sesuai?Maybe  tube dress satin?bahu boleh tutup dengan selendangkan?Lagipun Adiella bukan bertudung.Memang sweetlah.


-->

No comments:

Post a comment