“Dah terbiasa..Cepat betul nak balik KL.Senang-senang datanglah jenguk kami dekat sini.Pintu rumah ni akan sentiasa terbuka untuk Finie.”
“Terima kasih,Kak
Fa..Insyaallah,kalau ada rezeki Finie datang lagi.”
Dekat sini,hanya Kak Fa
atau nama sebenarnya Fazlina yang melayan aku dengan baik.Yang selebihnya
kecuali nenek melayan aku baik di depan tapi bila di belakang,masing-masing tak
cukup mulut mengata aku.Yelah,aku nikan terlalu cerewet serba serbi.Manalah
semua orang suka.Hanya aku dan orang seangkatan aku je yang suka mencari
kesempurnaan ni.Naufal langsung tak masuk dalam orang seangkatan aku..Dia suka
buat sesuatu sambil lewa.
“Kak Fa,salah ke kalau
kita mencari kesempurnaan?”
“Tak salah,Finie..Cuma
satu je Finie kena ingat tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni.Lagi
pun,Finie..Semua orang pernah melakukan kesilapan..”
Aku mengangguk sambil
mentransfer kata-kata Kak Fa dalam otak aku.Hurm,ada betulnya.
**
Beberapa bulan selepas
tu,aku dengan Naufal melangkah masuk ke dalam butik yang aku hantar kain untuk
dijahit beberapa bulan yang lepas.Hatiku berbunga-bunga untuk melihat baju yang
aku tempah itu.
“I nak ambil baju.”
“Sekejap ye...”
Sebaik saja beg bertukar
tangan,aku terus membuka plastik baju tu.Nampak cantik bila kain ni dijadikan
baju.Sebaik saja aku terpandang lengan baju tu,muka aku terus berubah.
“Sayang,kenapa ni?”
“Siapa suruh kau orang
pandai-pandai buat lengan baju macam ni?I dah cakap,I tak nak macam ni.Siapa
nak tanggungjawab ni?Tengok ni,habis tercarik kain ni.Kalau tak pandai jahit
baju,jangan gatal nak buka butik ni.Kau orang tahu tak berapa bernilainya kain
ni?!”
“Sabarlah,sayang...Dia
orang tak sengaja tu..”
“Sabar?You suruh I
sabar?!!You tahu tak kain ni arwah nenek I yang hadiahkan pada I..Kain ni terlalu
bermakna buat I..”
Aku terus terduduk sambil
memeluk kain yang sudah siap menjadi baju tu.Apa yang patut aku buat
ni?Nenek,maafkan saya..Kain ni terlalu berakna buat aku.
“Boleh beli baru kan?Tak
payah lah sampai macam ni..”
“Tak kan sama buat I.."
No comments:
Post a Comment