Misya mengheret bagasinya sambil matanya melilau mencari seseorang.Datang ke tak dia nie?Air mata mula bergenang.Mana Phaizal nie?Janji nak datang.Sekarang dah pukul berapa?Dah on time nak berlepas nie.
“sayang!!”
“Baby,kenapa lambat sangat datang?Misya
tunggu dari tadi.”
Air mata dikesat dengan hujung jari.Mujur
sempat jumpa Phaizal,kalau tak mahu dia meraung-raung dalam kapal terbang
nanti.
“Sya,kat sana nanti..Jaga diri
baik-baik.Saya tak ada untuk jaga awak.Jangan lupa tutup aurat.”
“Baby,please..Jangan berceramah boleh?”
Misya dah menarik muka masamnya.Kalau aku
tahu,tak adanya aku tunggu dia.Mak aku pun tak tegur aku tak tutup aurat.
“I kena pergi sekarang.You jangan menggatal
pula kat sini time I tak de.”
“Saya janji akan setia,sayang.”
***
Sudah seminggu Misya di Kota London.Phaizal
asyik termenung je semenjak Misya berangkat
ke sana.Masih teringat lagi betapa dia ingin menangis bila melihat gadis
kesayangannya menangis ketika dia memaksa Misya untuk beralah dengan hasrat
orang tua dia.
Misya,saya sangat-sangat rindukan awak tapi
kenapa awak menghilangkan diri sebaik saja sampai di sana?Yana yang sememangnya
teman Phaizal di library mengeluh bosan.Mamat ni kenapa?Dia juga yang paksa
Misya ke sana.
“Iz,awak nak study ke nak berangan?Saya ni
datang nak teman awak study bukan nak tengok awak termenung.”
“sorry..Saya Cuma risaukan Misya...”
“Dia okey lah tu...Bukan dia cari awak ke
kalau dia ada masalah?”
“Tak baiklah,Yana...Awak belum kenal dia..”
Malas aku nak berkenalan dengan perempuan
yang paling menyusahkan dalam dunia.Kawan baik aku nie memang kurang
bijak.Perempuan tu hanya gunakan dia pun,dia tetap sayang gila-gila kat minah
tu.Geramnya aku.Mentang-mentang Phaizal kaya,senang-senang dia mintak duit.
“buat apa nak kenal dengan dia?”
“Yana,tak baik macam tu.Dia nak jumpa awak
tau.”
“tak ada hallah nak jumpa dia.Dahlah,saya
nak balik.Duduk sini lama-lama pun tak guna.”
Yana terus mengemas barang-barangnya dan
terus beredar dari situ.Sakit betul hatinya bila kawan baiknya diperbodohkan
sebegitu rupa.Phaizal hanya memandang Yana pergi je. Langsung tak de hati nak
tahan.
“maafkan Iz...”
-->
No comments:
Post a Comment