Sunday 22 June 2014

Tersesat di pulau misteri 1

NURUL, Syazwanie, Heary, Syaqier dan Fizie mengambil keputusan untuk bercuti ke sebuah pulau untuk meraikan ulang tahun kelahiran Nurul yang ke dua puluh lima tahun. Pada mulanya Fizie tak nak ikut trip ke pulau kerana tiada pasangan tapi setelah dipujuk oleh Nurul, akhirnya dia ikut juga.
            “Wa, jom kita tangkap gambar dekat luar?”
            “Jom… kita tinggal mereka-mereka ni dekat sini.”
            Syazwanie terus menarik tangan Nurul meninggalkan kekasih masing-masing. Dia betul-betul teruja dengan percutian kali ini kerana ini merupakan percutian pertama dia bergelar kekasih kepada lelaki pujaannya, Syaqier. Sudah dua tahun dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu dan dia langsung tak menyangka lelaki itu pun turut merasakan hal yang sama.
            “Eh, kau orang nak ke mana tu?”
            “Kami nak ke belakang sekejap…”
            Heary hanya menganggukkan kepalanya dan terus sambung berborak dengan Syaqier dan Fizie. Sebenarnya dia rancang nak buat surprise untuk Nurul dekat sana sebab tu dia minta Syaqier dan Fizie ikut sekali.
            “Apa hal yang penting sangat sampai tak boleh nak cakap depan Nurul tu?”
            “Sebenarnya… aku plan nak propose Nurul dekat sana nanti.”
            Bulat terus mata Syaqier dan Fizie tatkala mendengar kata-kata sahabat mereka itu. Heary ni biar betul? Merekakan masih muda lagi? Tak kanlah nak menamatkan waktu bujang mereka ni ketika usia macam ni.
            “Biar betul kau ni… kau dah fikir masak-masak ke?”
            “Aku serious dengan Nurul… lagipun apa aku nak tunggu lagi? Hidup aku dah stabil, sampai bila aku nak main tarik tali dengan Nurul? Aku sayang dia… dan aku tak nak kehilangan dia.”
            “Kalau kau dah betul-betul yakin yang kau mampu nak bahagiakan Nurul, aku sokong kau seratus peratus tapi ingat… sekali kau buat dia menangis, nahas kau nanti aku kerjakan.”
            Heary menganggukkan kepalanya laju dengan sikap protective sepupu Nurul itu. Dia sudah sedia maklum dengan sikap Fizie itu. Dulu ketika dia mahu berkenalan dengan Nurul, macam-macam yang perlu dia buat untuk mendapatkan restu lelaki itu.
            “Thanks, Fizie… kaulah sahabat aku selamanya. Macam mana dengan kau, Syaqier?”
            “Aku bukannya tak sokong apa yang kau nak buat ni… apa-apa pun, kau jaga Nurul baik-baik. Kalau kau mainkan perasaan dia, kau bukan kawan aku lagi.”
            “Aku janji dengan kau orang yang aku akan jaga dia baik-baik…”
**
Nurul dengan Syazwanie melompat-lompat sebaik sahaja tiba di destinasi yang dituju. Oh my, terujanya!!! Tak sabar nak pusing pulau untuk tengok apa yang menarik dekat sini. Hurm, nak buat apa dulu ya? Nak check in dulu atau nak pusing-pusing dulu?
            “Wa, kita nak buat apa dulu ya?”
            “Kita check in dululah lepas tu baru kita ronda-ronda.”
            “Jom…”
            Heary hanya menggelengkan kepalanya bila kekasihnya terus menonong meninggalkannya. Mentang-mentanglah hari ni birthday dia, dia sesuka hati sahaja nak buat apa. Tak apalah, Heary… Nurul dengan pantaikan memang tak dapat dipisahkan.
            “Sabar sahajalah aku dengan awek aku seorang tu… mentang-mentanglah datang sini dengan bestie dia, ditinggalnya aku?”
            Fizie hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil merenung skrin handphonenya. Hurm, banyak kerja yang aku terpaksa tinggalkan gara-gara birthday Nurul ni… balik sahaja ke KL nanti, memang tak menang tanganlah jawabnya.
            “So, malam ni pukul tujuh lima puluh lepas solat maghrib kita kumpul dekat café tau?”
            “Ya, berapa kali kau nak ingatkan kami? Aku ni belum jadi pelupa lagilah, Heary…”
            “Aku nak plan malam ni betul-betul menjadi.”
            “Jangan risaulah, Heary… lepas solat aku terus turun café untuk tolong apa yang patut. Sekarang ni, lebih baik kita semua pergi berehat dulu…”
            Fizie terus melangkah menuju ke arah sepupunya yang sedang sibuk menguruskan urusan check in di kaunter. Inilah sebabnya dia malas nak ikut trip ni sebenarnya… masing-masing datang berpasangan, dia sahaja yang masih single. Orang lain sibuk nak berdate dengan pasangan masing-masing, tak kanlah dia nak mengacau mereka pula nanti?
            “Fizie, ni kunci bilik Fizie… kejap lagi kami nak pergi jalan-jalan dekat depan tu. Fizie nak ikut kami tak?”
            “Tak kot… kau orang pergilah. Aku ingat nak rehat sahaja dalam bilik.”
            “Kalau macam tu, nanti Nurul bungkuskan makanan tengahari ni ya?”
            Fizie hanya menganggukkan kepalanya sambil menuju ke biliknya. Kenapa dia terasa macam ada sahaja yang memanggil-manggil dia untuk ke tepi pantai? Ah, Fizie… perasaan kau sahaja tu.
            “Kenapa dengan sepupu kau tu, Nurul? Dia macam tak ada mood sahaja?”
            “Sebenarnya dia tak nak ikut… aku yang paksa. Tu yang muka ketat sahaja dari KL tu…”
            “Hurm, patutlah…”
            Nurul dengan Syazwanie hanya mampu memandang Fizie yang sudah jauh meninggalkan mereka. Macam manalah mereka nak ubah keadaan ni? Silapnya ke memaksa Fizie ikut mereka sedangkan dia sudah sedia maklum yang lelaki itu memang tak mahu ikut?
            “Sayang, menungkan apa tu? Dah nak masuk waktu solat dah ni… tak kanlah nak berdiri dekat sini sampai esok?”
**
Usai solat maghrib, Nurul dengan Syazwanie terus bersiap-siap untuk keluar makan. Heary, Fizie dan Syaqier akan menunggu mereka di sana. Katanya nak celebrate birthday Nurul nanti tapi tak tahulah.
            “Wawa, okay tak kalau aku pakai baju ni sahaja?”
            “Simple sangatlah, Nurul… kau tak ada ke baju yang grand sikit?”
            “Kita ni nak pergi makan, Cik Wawa oii… bukannya nak pergi dinner dengan dato’ ke tan sri.”
            Syazwanie terus mengeluarkan sehelai tube dress dari dalam beg bajunya. Nurul ni memanglah… bilalah nak bergaya sakan? Waktu birthday dia pun nak pakai simple sahaja? Tak faham betul dia dengan gadis seorang ini…
            “Nah, pakai baju aku ni… lepas tu aku make upkan kau.”
            “Isyh, tak naklah make up segala…”
            “Nurul, cuba kau dengar cakap aku kali ni sahaja.”
            Akhirnya dengan perasaan yang berat, Nurul akur juga dengan kemahuan bestienya itu. Apa-apalah asalkan si Wawa ni happy and stop membebel. Seriously, aku memang tak boleh tahan bila Wawa dah mula membebel. So, daripada telinga aku bernanah dengar bebelan dia, lebih baik aku cegah dari awalkan?
            “Hah, barulah cantik macam ni… kalau tak comot sahaja. Lepas ni, rajin-rajinkan diri ya beli baju-baju macam ni dan seangkatan dengannya.”
            “Wawa, Fizie tak sukalah aku pakai baju macam ni… nanti apa pula kata dia kalau tengok aku pakai macam ni?”
            “Fizie tu siapa yang kau nak fikir apa yang dia nak cakap? Biarlah dia nak bising ke apa… dia bukan suami kau. Kalau Heary, boyfriend kau tak kata apa, buat apa kau nak ambil pusing dengan cakap orang lain?”
            Nurul memandang ke arah cermin lama sambil memikirkan kata-kata Syazwanie tu. Ya, Heary tak kata apa-apa sebab dia bukannya suami aku… dia hanya boyfriend aku dan tak semestinya hubungan aku dengan dia kekal sehingga ke jinjang pelamin. Fizie larang aku dari buat certain benda sebab dia sayangkan aku dan fikirkan keselamatan aku.
            “Dia bukan suami aku atau boyfriend aku… dia satu-satunya keluarga yang aku ada, Wawa.”
            “Assalamualaikum, Nurul… Wawa.”
            Nurul dengan Syazwanie terus menoleh ke arah pintu bila mendengar suara orang memberi salam. Siapa pula yang datang tu? Nurul terus menutup bahunya yang terdedah itu dengan sweater pemberian Fizie dulu ketika birthday dia yang ke dua puluh tahun.
            “Wa’alaikumussalam… eh, Heary… Syaqier. Kata nak jumpa dekat café sahaja nanti? Fizie mana?”
            “Itulah sebab kenapa kami datang sini. Kau orang ada nampak Fizie tak? Kami cuba contact dia tapi langsung tak dapat.”
            Syazwanie terus memandang wajah risau Nurul lama. Ke mana pulalah perginya si Fizie ni… tak kan dia dah balik KL tinggalkan kami semua? Tapi mustahillah Fizie nak tinggalkan Nurul seorang dekat sini walaupun Heary ada...
            “Dah cari dekat bilik dia? Manalah tahu dia tertidur?”
            “Tak… kami dah pergi bilik dia. Petang tadi waktu kami last jumpa dia, dia cakap nak pergi berkayak. Tapi tak kanlah sampai sekarang pun dia tak balik?”
            Nurul terus berlari meninggalkan chalet menuju ke tepi pantai dengan handphone di tangan. Fizie bukan orang yang sebegini… Fizie tak pernah tinggalkan dia tanpa apa-apa sebab. Kalau betul dia masih tak balik lagi dari berkayak, ke mana dia pergi? Keadaan laut waktu macam ni tengah bergelora. Harap-harap tak ada apa yang bahaya terjadi pada dia.
            “Nurul. you nak pergi mana tu?”
            “Wawa ikut Nurul dulu… apa-apa call Wawa tahu?”
            Nurul macam orang gila berlari ke sana sini memanggil nama Fizie. Ya Allah, semoga tak jadi benda yang buruk pada sepupunya itu. Fizie, Fizie pergi mana? Kenapa Fizie tinggalkan Nurul macam ni?
            “Fizie! Fizie, awak dekat mana? Fizie!!”
            Dari jauh Heary memandang ke arah Nurul dengan keluhan di bibirnya. Kini, sudah jelas betapa Nurul tak boleh hidup tanpa Fizie. Untuk apa dia masih berada di sisi gadis itu kalau gadis itu langsung tidak memerlukannya?

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment