Buka sahaja mata,
Elliena terus mencapai handphonenya yang diletakkan di sebelah katil. hurm,
hari ni bertambah lagi setahun usia aku... walaupun sudah dua puluh lima tahun
aku menyambut ulang tahun kelahiranku, namun ini merupakan ulang tahun pertama
aku berada di samping keluargaku.
Nama sahaja keluarga... namun aku langsung tak rapat dengan
mereka. sepanjang hidup aku, aku dibesarkan oleh nenda di luar negara. Entah
kenapa mama dan papa dengan mudahnya menyerahkan aku pada nenda dulu. Kini,
bila aku dah besar... barulah mereka sibuk menghubungiku dan menyuruh aku
kembali. entah apa niat mereka pun aku tak tahu.
"Hello, Mary..."
"Morning, birthday girl... make a wish."
Elliena menggelengkan kepalanya perlahan sambil tergelak
kecil. belum apa-apa dah suruh dia make a wish. Mary ni memang sengetlah...
tapi walaupun Mary ni senget, itulah yang sentiasa menemani dia di mana sahaja
dan dalam apa jua keadaan.
"Amboi, belum apa-apa dah suruh buat wish... okay, I
hope you dengan kawan-kawan kita yang lain ada dengan I dekat Malaysia ni. Seriously,
kalau boleh I nak celebrate birthday I dengan you all macam dulu-dulu..."
Lama Mary terdiam sebelum dia tertawa kecil. Elliena ni
macam tahu-tahu sahaja yang mereka ada dekat JB ketika itu untuk menyambut
birthday gadis itu. Baru ingat nak buat surprise tapi Elliena macam boleh hidu
sahaja keberadaan mereka.
“Kalau macam tu… bolehlah I cakap yang hajat you tercapai.”
“Apa maksud you? You ada dekat JB ke?”
“Yupp, kami semua ada dekat JB sekarang ni... cepatlah datang
dekat Renaissance.”
Elliena menoleh ke arah jam di dinding sebelum melangkah
menuju ke almari bajunya. Agaknya Jeremy ada sekali tak? Kan seronok kalau
lelaki tu pun ada sekali. Sejak dia kembali ke JB, hubungan dia dengan Jeremy
terputus begitu sahaja. Lelaki itu langsung tak menghantar apa-apa khabar
berita pada dia.
“Mary, Jeremy ada sekali tak? I dah lama tak dengar apa-apa
cerita pasal dia… ada apa-apa yang I tak tahu ke?”
“Jeremy? Err, El… you datanglah ke sini cepat. Nanti kita
boleh berborak panjang. Nak bercerita sampai besok pagi pun I tak kisah.”
“Okay… mungkin lagi sejam dua I sampai.”
Sebaik sahaja menamatkan perbualan, Elliena terus
menyelongkar almarinya untuk mencari pakaian yang sesuai. Apa yang patut aku
pakai ya untuk pergi jumpa dia orang? Tak kanlah aku nak pakai biasa-biasa
sahaja?
“Hurm… nak pakai apa ya? Baju kurung? No way…”
**
Elliena terus melangkah
menuju ke arah pintu utama. dia dah lambat dah ni nak keluar dengan
kawan-kawannya yang lain. hari ni mereka ramai-ramai pakat turun JB untuk
celebrate birthday dia yang ke dua puluh lima tahun.
Mama Elliena yang sedang menyusun lauk pauk di atas meja
makan terus menoleh bila mendengar suara anaknya bernyanyi kecil. Dah bangun ke
anaknya itu? Dia baru sahaja fikir nak pergi mengejutkan anaknya itu.
"Liena nak keluar ke? Mama ada masakkan favourite food
Liena ni... Liena tak payah keluarlah ya?"
Elliena yang sedang menyarung high heelnya terus menoleh
bila mendengar suara mamanya. Tak kerja ke mama dia hari ni? Bukan selalunya
waktu-waktu sebegini mamanya itu sudah ada di tempat kerja?
“Tak kerja ke hari ni?”
“Tak… mama sengaja ambil cuti sebab nak celebrate birthday
kamu… kamu tak payah keluar ya?”
“Tak apalah, El dah janji dengan kawan-kawan El. Mereka
datang dari jauh semata-mata nak sambut birthday El… lagipun selama ni El
memang sambut dengan mereka pun. El pergi dulu… tak payah tunggu El.”
Elliena terus melangkah keluar dari dalam rumah menuju ke
arah keretanya yang dipark di bawah pokok mempelam di luar rumah. Mujurlah
nenda ada menyediakan kereta untuk dia bergerak ke sana ke mari… kalau tak,
patahlah kaki dia nak ke mana-mana pun tak boleh.
“Liena, hati-hati bawa kereta tu…”
“Okay.”
Mama Elliena yang berdiri di hadapan muka pintu hanya mengeluh
sebaik sahaja melihat kereta anaknya itu hilang dari pandangan. Silap aku ke
dia jadi macam ni? Gara-gara sikap aku dengan suami yang gilakan kerja… kami
sanggup menyerahkan Elliena untuk diasuh oleh mak mertuanya di luar negara.
Sekarang ni, mereka terimalah padahnya bila anak mereka itu tak rapat dan mesra
dengan mereka.
“Elliena ke mana pula tu?”
“Dia pergi celebrate birthday dia dengan kawan-kawan dia,
bee…”
“You tak cakap ke yang kita nak celebrate birthday dia hari
ni?”
Mama Elliena mengeluh perlahan sambil melangkah menuju ke
meja makan. Bukan dia tak pesan pada anaknya itu agar jangan keluar ke
mana-mana hari ni… masalahnya anaknya itu yang tak mahu dengar.
“Bee, Elliena jadi macam tu sebab kita… I tak tahulah apa
yang I fikirkan dulu sampai sanggup hantar dia ikut mummy ke overseas. Mak apa
I ni? Sanggup hantar anak I pergi jauh…”
“Masih ada masa lagi nak betulkan keadaan, yang…”
“Masa? Itulah yang I tak ada, bee… masa I dah semakin
suntuk… I takut sampai bila-bila pun Elliena akan membenci I.”
Mama Elliena terus menangis semahunya di bahu suaminya itu.
Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia dah buat dulu. Kini dia sedang
menanggung akibatnya. Sudahlah dirinya disahkan menghidap penyakit yang mampu
meragut nyawanya… anaknya pula menjauhkan diri dengannya.
**
Sebulan selepas itu,
ketika Elliena, mama dengan papanya sedang makan malam… mama tiba-tiba sahaja
pitam dan menyebabkan papa dan Elliena jadi kelam kabut. Mereka terus
meninggalkan makan malam mereka dan terus membawa mama ke hospital.
“Mama sakit apa sebenarnya?”
Papa Elliena hanya menundukkan kepalanya sambil
menggelengkkan kepalanya perlahan. Dia sudah berjanji dengan isterinya untuk
tidak memberitahu tentang penyakitnya pada Elliena. Kalau boleh isterinya itu
tak mahu Elliena mengetahui tentang hal itu.
“El tahu mama sakit. El terjumpa ubat-ubat mama waktu El
bawa kereta mama hari tu… El tak bodoh, papa… El tahu mama sakit.”
Bila melihat papanya masih lagi mendiamkan diri, Elliena
terus bengang. Ya, dia tahu papa dan mamanya tak menganggap dia sebagai family
sebab tu dulu mereka hantar dia pada nenek dan sekarang ni mereka sembunyikan
penyakit mama daripada pengetahuannya.
“Kalau papa tetap nak sembunyikan semuanya dari El, it’s
okay. El tak kisah… lagipun papa dengan mama memang tak pernah anggap El
sebahagian dari family ni kan?”
Elliena terus mencapai handbagnya dan terus berlalu dari
situ. Buat apa dia habiskan masa dia tunggu mamanya di hospital itu kalau
mereka layan dia sebegini. Lebih baik aku balik ke overseas semula kalau macam
nilah gayanya
“Elliena, tunggu… baik, papa akan beritahu semuanya pada
kamu. Mama kamu menghidap kanser otak…”
Bila mendengar kebenaran tentang penyakit mamanya, Elliena
merasakan yang dunia dia menjadi gelap. Mama menghidap kanser otak? Betul ke
apa yang dia dengar ni? Kanser otak… bukannya sakit biasa…
“Kanser?”
“Ya… mama kamu tak mahu kamu tahu tentang hal itu sebab
takut kamu tak boleh terima yang dia akan tinggalkan kamu sekali lagi.”
Elliena terus terduduk tatkala melihat anggukkan papanya.
Ya Allah, kenapa mama sanggup sorok benda penting macam ni daripada dia? Kenapa
mama dia tak pernah terfikir macam mana penerimaan dia jika mamanya sudah tiada
lagi dalam dunia ni?
“Kenapa papa dengan mama buat El macam ni? Papa dengan mama
langsung tak pernah fikir apa yang El rasa…”
**
Sudah dua hari Elliena
berada di sisi mamanya dan langsung tak berganjak dari situ dengan penuh sabar
menanti mamanya sedar semula. Dia langsung tak mahu pulang ke rumah atau turun
untuk membeli sarapan kerana dia takut jika mamanya sedar, dia tak ada di situ.
“Ma… mama cepatlah bangun… El ada dengan mama dekat sini…”
Elliena memicit tangan mamanya perlahan. Ya Allah,
janganlah Kau ambil mamaku sebelum aku sempat menggembirakan dirinya… masih
banyak lagi yang aku belum buat untuk mama.
“Ma… mama nak dengar El nyanyi tak? Sebelum tu El minta
maaf sangat-sangat sebab suara El tak sedap…”
Elliena terus mengeluarkan handphonenya untuk mencari lirik
lagu yang dia teringin sangat nak nyanyikan untuk mamanya namun dia tak pernah
berkesempatan untuk menyanyikannya sebelum ini.
How should I start this awkward confession?
What I’ve been foolishly and inconsiderately
pushing away…
I thought it was okay to be like that because I
didn’t know you were in pain…
Next time, next time, I pushed it back and
finally tell you…
Love you, I really want to tell you, I love you…
Common words but words I never told you…
Because you always close by, because you always
said it’s okay, I thought it was okay…
For you, I’ve only been receiving for all this
time…
Song for you, I want to give it to you, who has
suffered…
Though I missed you, though I want to hear from
you, just as always, I’m late again…
Like the toys that I received by begging you
when I was a child…
As if it was mine, I thought it was natural to
receive your love…
Now I will give it back to you…
Love you, I really want to tell you, I love you…
Common words but words I never told you…
Because you always close by, because you always
said it’s okay, I thought it was okay…
For you, I’ve only been receiving for all this
time…
Song for you, I want to give it to you, who has
suffered…
Though I missed you, though I want to hear from
you, just as always, I’m late again…
Even if the world press me, even when I feel
like I’m all alone…
You always showed me an unchanging love…
I’ll change now, I’ll be better…
Love you, I really want to tell you, I love you…
Common words but words I never told you…
Because you always close by, because you always
said it’s okay, I thought it was okay…
For you, I’ve only been receiving for all this
time…
Song for you, I want to give it to you, who has
suffered…
Though I missed you, though I want to hear from
you, just as always, I’m late again…
Elliena menangis teresak-esak sebaik sahaja dia habis
menyanyikan lagu dari kumpulan Infinite itu. Ma, El janji dengan mama yang El
akan jaga mama sebaik yang mungkin… El akan dengar cakap mama dengan papa
selepas ini. El akan sentiasa makan dengan mama dengan papa… tapi tolonglah
sedar, mama…
“Ma… jangan tinggalkan El lagi… El sayangkan mama…”
Papa Elliena yang sudah lama berada di hadapan pintu wad
yang menempatkan isterinya turut menitiskan air matanya. Sayang, cepatlah
sedar… anak kita tengah tunggu you tu.
“Ell...ie… na…”
“Mama… mama dah sedar?”
Baru sahaja Elliena mahu bangun untuk memanggil doktor,
mama cepat-cepat menarik tangannya agar duduk semula. Dia tak mahu anaknya itu
meninggalkannya… dia takut kalau lepas ni dia tak ada peluang lagi untuk
menatap wajah anaknya.
“Sa…yang, ma…ma min…tak ma...af. Ma… ma tak ja… ga kam…u
du…lu.”
Elliena menggelengkan kepalanya laju. Mamanya tak perlu
minta maaf padanya. Dia faham kenapa mamanya buat macam tu dulu. Bagi dia,
cukuplah mamanya dah sedar semula. Hal yang dulu tu dah tak beri apa-apa makna
pun bagi dia.
“Mama tak perlu minta maaf. El faham, mama… cukuplah mama
sedar sekarang ni.”
Papa Elliena terus menghampiri isteri dan anaknya dengan
senyuman. Alhamdulillah, akhirnya isterinya itu sedar juga…tapi kenapa isterinya
itu macam lain sahaja?
“Sayang…”
“Bee?”
**
yang aku tak sempat buat
untuk mama... aku masih belum sempat bagitahu mama yang aku sayangkan dia...
Papa yang baru sahaja menguruskan hal berkaitan dengan
pihak masjid terus menghampirinya anaknya yang sedang menangis
teresak-esak. Dia sebenarnya tak tahu macam mana nak memujuk anaknya itu.
Selama ini bukan dia yang membesarkan anaknya itu. Kali pertama anaknya merajuk
pun bukan dia yang memujuknya...
"Elliena, bawa-bawa bersabar... Allah lebih
sayangkan mama sebab tu Allah ambil nyawa mama..."
“Papa… El tak sempat bagitahu mama yang El sayangkan mama.
El tak sempat balas budi mama. El tak sempat buat apa-apa untuk mama…”
Papa menepuk-nepuk bahu anaknya itu. Dia faham apa yang
dirasakan anaknya itu… cumanya dia tak mampu nak buat apa-apa… yang pergi tetap
akan pergi. Mereka perlu redha dengan takdir Allah.
“El nak mama… El tak sempat nak minta maaf, papa… El nak
mama…”
Makin meruntun hati papa tatkala
mendengar kata-kata anaknya itu. Ya Allah, berilah ketabahan kepada anakku ini
untuk menerima takdirMu ini… sesungguhnya kehilangan ini amat berat untuk
diterima.
“Elliena, janganlah macam ni. Kalau mama nampak keadaan
Elliena macam ni pasti mama sedih.”
Elliena menggelengkan kepalanya laju sambil memeluk
papanya. Mama, kenapa mama tinggalkan El macam ni? Mama dah janji dengan El
yang mama tak akan sesekali tinggalkan El lagi…
“Elliena jangan macam ni ya? Kamu kena kuat… Allah tengah
menduga kita dengan pemergian mama.”
Papa memandang ke arah nenda untuk meminta bantuan bondanya
untuk menjaga Elliena buat seketika. Dia mahu sama-sama berjemaah menunaikan
solat jenazah untuk isterinya.
“El duduk dengan
nenda dulu ya? Papa nak ikut mereka solat…”
Elliena makin laju menggelengkan kepalanya. Dia tak nak
papanya pergi… kalau papanya pergi, mungkin papanya akan tinggalkan dia juga.
“Papa… jangan tinggalkan El…”
“Papa tak ke mana-mana, sayang…”
Nenda terpaksa menarik cucunya bila Elliena tidak mahu melepaskan baju papanya.
Dia faham kesedihan yang dialami oleh cucunya itu. Dia juga kehilangan seorang
menantu… satu-satunya menantu yang dia ada.
“Papa…”
“El… jangan macam ni, sayang… bawa-bawa
bersabar.”
Elliena terus menangis teresak-esak di bahu nendanya.
Kenapa bila dia baru sahaja nak bahagia, kebahagiaan itu dirampas darinya? Dia
baru sahaja nak rasa kasih sayang mamanya tapi kenapa mesti ini yang terjadi?
Kenapa mama tinggalkan dia?
"Nenda... mama... mama El... nenda, mana mereka nak
bawa mama... nenda, jangan bagi mereka bawa mama..."
“Syhh… sabar, El… ingat Allah.”
**
Makin kuat esakan Elliena
tatkala jenazah mahu dibawa ke tanah perkuburan. Elliena separuh hysteria menghalang
orang dari membawa pergi mamanya. Walaupun dihalang dan dipujuk oleh nenda dan
papa, Elliena tetap tidak mahu mamanya dibawa pergi.
“Elliena, jangan macam ni… kalau El macam ni, mama El akan
terseksa dekat ‘sana’ nanti. El sayang mamakan?”
Elliena akhirnya melepaskan pelukannya di keranda itu
perlahan. Mama, El sayangkan mama… sebab tu El redha lepaskan mama pergi. Satu hari
nanti… satu hari nanti El akan menyusul mama ke ‘sana’.
“Nenda… mama…”
“Syhh… El kena redha, sayang…”
Nenda terus memeluk cucunya itu. Ya Allah, tabahkanlah hati
cucuku ini menerima takdirMu ini… kehilangan mamanya ini sungguh berat untuk
diterima.
“Nenda… El nak mama…” “Syhh…”
Elliena makin erat memeluk nendanya. Kenapa dia tak boleh
nak bahagia walaupun seketika? Apa salahnya sampai dihukum sebegini? Kenapa dia
mesti lalui kehilangan yang sungguh menyakitkan ini?
Lewat malam tu, Elliena termenung di hadapan piano
kesayangan arwah mama di ruang tamu dengan pipi yang sudah basah dengan air
mata. Mama, El rindu mama sangat-sangat… kenapa cepat sangat mama tinggalkan
El?
Lama Elliena merenung piano kesayangan mamanya itu sebelum
main lagu kegemarannya. Hanya dengar cara ini sahaja dia dapat melepaskan rindu
pada arwah mamanya…
It’s
okay if I lose my sight… it’s okay if my stop breathing…
If
I could just see you once… if I could give you all of my heart…
How
much more must I long for you…so that you’d know of my feelings?
How
much more must I cry? So that my tears will dry up?
Am
I hurting because I love you? Am I receiving punishment because I love you to
much?
Even
if I were to lose everything… if I just had you, I’d be fine…
Even
if my heart gets torn loving you… even if my heart were to wear out waiting for
you…
It’s
okay because I love you… it’s okay even if I’m hurt…
What
do I do when I miss you every time?I try to turn away and forget you?
What
do I do when you’re my one and only every time?
I try
to stop and tell myself I shouldn’t?
Am
I hurting because I love you?Am I receiving punishment because I love you to
much?
Even
if I were to lose everything… if I just had you, I’d be fine…
Even
if my heart gets torn loving you… even if my heart were to wear out waiting for
you…
It’s
okay because I love you… it’s okay even if I’m hurt…
Even
if it became poison and thorns to me… i can’t stop my love for you…
I’ll
wait for you as long as I have to… even if it hurt, I’ll endure it…
Because
I love you more… it’s okay if I cry…
It’s
okay even if I’m hurt…
Papa yang kebetulan turun ke ruang tamu kerana terjaga
gara-gara terdengar bunyi piano mengesat air matanya perlahan. Sayang, kenapa
cepat sangat sayang pergi?
“Ma… walaupun bukan mama yang besarkan El, El tak pernah
membenci mama. El minta maaf sebab tak dapat jaga mama selama ni. Terima kasih
sebab lahirkan El… El sayangkan mama sampai bila-bila.”
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment