“Weh,
kenapa? Mak lang kau nak apa?”
“Dia
suruh aku datang office dia esok. Hisyh,
malas betul aku. Dahlah weh, aku nak chow
dulu. Nak lepak lama-lama pun dekat sini aku dah tak ada mood. Jumpa kau orang malam esok ya?”
“Beres,
boss.”
Eina
Azriena terus mencapai kunci keretanya di atas meja dan berlalu dengan mulut terkumat-kamit.
Susah betullah kalau ada sedara mara macam ni. Entah apa yang penting sampai
suruh aku datang esok, aku pun tak tahu.
“Opps, sorry...”
Darjah
kemarahan Eina Azriena terus meningkat ke tahap maksimum bila ada seorang
lelaki merempuhnya dan air di tangan lelaki itu tertumpah pula di atas baju
Eina Azriena. Oh, my… baju aku!
“Oh my
god! Buta ke? Habis basah baju aku.”
“Sorry, sorry... I ganti balik baju you
ni...”
“Tak
payah. Jangan awak ingat yang duit boleh ganti semua benda. Huh, lain kali jalan
tu pandang depan, bukannya pandang handphone
24 hours!”
Amar
Shauqi terpinga-pinga melihat gadis yang berani memarahinya atas kesilapan
kecil yang dilakukannya itu berlalu pergi. Eh, aku dah minta maafkan? Muka
sahaja cantik tapi mulut pedas gila. Alamak, aku dah terlambat nak pergi jumpa Datin
Sapora.
Eina
Azriena mengelap bajunya dengan tisu. Kalau air mineral dia tak kisah sangat,
bukannya nampak sangat kalau kotor pun. Masalah sekarang ni, yang tumpah dekat
baju dia ni air coffee!
“Kurang
ajar punya mamat… muka sahaja handsome
tapi tak guna!”
Amar
Shauqi terpinga-pinga melihat gadis yang berani memarahinya di atas
kesilapan kecil yang dilakukannya itu berlalu pergi. Eh, aku dah minta maafkan?
Muka sahaja cantik tapi mulut pedas gila. Alamak, aku dah terlambat nak pergi
jumpa Datin Sapora.
SEWAKTU
Eina Azriena melangkah masuk ke dalam bilik menunggu, dah ada empat orang gadis
yang agak bergaya dan cantik berada di dalam bilik itu. Hurm, muka dan cara dia
orang berpakaian dah okey tapi kenapa nampak plastik sangat perangai mereka?
“Hye, saya Eina...”
Gadis
yang disapanya memandang Eina Azriena dengan pandangan yang menjengkelkan.
Siapa perempuan yang kekampungan ni? Datang sini siap berbaju kurung bagai…
sungguh kekampungan.
“Ermm,
I Shafina...”
“Awak
ni model ke?”
“I bukan model biasa-biasa, okey. I ni model terkenal. Seriously, I rasa I yang layak untuk
dapatkan tempat di sisi Amar Asyraf. Lebih baik you balik sahajalah.”
Eina
Azriena terkedu melihat kesombongan model muda itu. Seriously, gadis itu memang
tak layaklah untuk kerja ni. Minta-mintalah gadis itu tak dapat kerja ni... eh,
kejap. Kenapa pula aku doakan dia tak dapat kerja ni? Biarlah dia dapat and aku yang tak dapat.
“Excuse me, cik sekalian. Encik Amar
Shauqi sedang menunggu kamu semua di bilik mesyuarat.”
Tiga
orang gadis itu bergegas ke bilik mesyuarat sementara Eina Azriena sibuk
berjalan bersigngan dengan Kak Mell. Dia mahu mengorek maklumat kenapa mak
langnya menyuruh dia datang ke sini. Siap dengan ugutan kalau dia tak datang,
mak lang dia akan saman dia.
“Kak
Mell, kenapa ya mak Datin tu suruh saya datang ke mari ya? Siap ugut lagi kalau
saya tak datang. Ada benda urgent ke?”
Kak
Mell memandang Eina Azriena dengan pandangan terkejut. Tak kanlah gadis itu tak
tahu yang mereka akan mula bekerja pada hari ni? Bukan semua dah dimaklumkan
ke?
“Eina
tak tahu ke yang Eina dengan tiga orang gadis itu akan mulakan kerja sebagai PA
Encik Amar hari ni?”
“Wait. Kenapa dia perlukan PA sampai
empat orang? Eina rasa seorang pun dah cukupkan? And lagi satu, Eina tak ada bagi keputusan untuk bekerja dekat sini
tau.”
“Semalamkan
waktu interview, Eina dah sign kontrak? Encik Amar tu sangat sibuk
orangnya dan dia perlukan PA yang sangat efisyen untuk menguruskan segala
keperluannya. Dahlah, Eina. Baik kamu masuk bilik meeting tu cepat.”
Eina
Azriena menggaru pipinya perlahan. Sejak bila aku sign kontrak? Eh, kejap... bukan ke semalam mereka ada suruh aku sign something.
Mak lang!! Sanggup mak lang mainkan anak saudara mak lang sendiri?
“Ya
Allah, kenapalah aku tak baca fail yang aku sign
semalam tu?”
Eina
Azriena menolak pintu bilik mesyuarat dengan perasaan berbelah bahagi. Patutlah
semalam mak lang kata kalau aku tak datang ke pejabat dia hari ni, dia akan
saman aku. Seriously, kenapa mak lang
dengan Bonda mempermainkan aku?
“Cik
Eina Azriena, awak terlambat beberapa minit. Lepas ini tolong tepati masa ya?”
Eina
Azriena terus mengangkat wajahnya untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang
berani sound dia pada pertama kali
mereka berjumpa. Perasaan geramnya semakin bertambah sebaik sahaja mengetahui
lelaki yang bernama Amar Shauqi itu merupakan lelaki yang menumpahkan
air ke bajunya semalam.
“Kau
rupanya... kecil betul dunia ni.”
“You?”
Amar
Shauqi terkejut sebaik sahaja melihat gadis itu. Itu bukan ke gadis
semalam yang mempunyai mulut yang pedas? Kenapa dia boleh berada di sini?
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment