Monday, 17 March 2014

tersalah pergi interview episode 2

HABIS sahaja interview, Eina Azriena terus mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di bandar bersama bestienya, Shasha dan Elmo. Mereka juga seperti dirinya yang malas mahu bekerja dan mahu berehat setahun dua dahulu baru mereka nak cari kerja.
So, apa cerita interview terpaksa kau tu?”
Muka Eina Azriena semakin ketat tatkala mendengar pertanyaan Elmo itu. Mak cik seorang itu memanglah… dah tahu mood aku tak berapa nak baik, sengaja nak buat aku sakit hati. Nasib baiklah mak cik seorang itu merupakan bestienya, kalau tidak ada yang mandi air coke sekejap lagi.
“Malaslah nak cerita pasal benda tu. Aku harap sangat yang aku gagal dalam interview itu. Entah apa entah interview itu. By the way, siapa Amar Shauqi ha? Famous sangat ke mamat tu?”
“Amar Shauqi? Oh ya, tu mamat dekat papan iklan tu. Aku dengar cerita, dia akan join satu rancangan realiti tau? Tapi aku tak pasti rancangan apa… kenapa  kau tanya pasal dia?”
“Saja, tak boleh ke?”
Eina Azriena kembali memikirkan interview itu sambil menikmati ice-creamnya. Hurm, PA... Bonda ni tahu ke tidak yang mak lang tawarkan aku jadi PA artis ni? Apa agaknya yang Bonda fikirkan? Setakat nak jadi PA, baik tak payah hantar aku pergi study dekat overseas.
Ya, memang gaji yang ditawarkan kepadanya jika berjaya agak lumayan. Tapi kenapa mesti PA? Ke mak lang nak kenakan aku? Ni rancangan bang bang boom ke?
“Weh, minah. Apa yang kau fikirkan sampai dahi berkerut macam ni?”
“Tak ada bendalah. Aku penat sahaja. Awal tahu tak aku kena bangun pagi ni.”
Handphone yang berdering membuatkan dahi Eina Azriena semakin berkerut. Rasanya ini nombor telefon company mak langnya. Dah kenapa pula mereka call dia? Janganlah dia dapat kerja itu sudahlah. Dia tak mahu jadi PA Amar Shauqi. Peduli apa dia dengan pelakon itu.
Hello?”
“Assalamualaikum, Eina. Mak lang ni.”
Kenapa agaknya mak lang call dia ya? Ada hal penting apa ya? Selama ini punya susah untuk wanita itu menghubunginya. Ini mesti ada apa-apa.
“Oh, mak lang. Kenapa?”
“Eina dekat mana ni?”
Dahi Eina Azriena terus berkerut bila mak langnya mengajukan soalan itu. Tak pernah pernah mak langnya ambil tahu keberadaan dia selama ini. Tiba-tiba sahaja bertanya tentang itu,siapa yang tak berasa hairan?
“Eina dengan kawan-kawan Eina lah. Kenapa mak lang?”
“Oh... mak lang cuma nak bagitahu Eina yang esok pukul lapan pagi Eina kena ada dekat office mak lang tahu? Sharp okey?”
Mak lang ni dah kenapa? Apa yang menarik sangat dekat office dia tu sampai dia paksa aku datang sana? Penting sangat ke?
“Ada apa dekat office mak lang tu? Eina ada hal esok.”
“Eina datang sahajalah. Kalau Eina tak datang, mak lang boleh saman Eina. Ingat, esok pukul lapan tepat dah kena ada dekat office mak lang. Terlambat seminit, ada denda yang menanti Eina nanti.”
Eina Azriena merenung skrin handphonenya selepas mak langnya memutuskan talian. Dah kenapa dengan mak lang aku ni? Siap nak saman menyaman anak saudara sendiri ni? Huh, kalau aku tahulah jadi macam ni, memang tak ada maknanya aku nak pergi interview tadi.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment