NEA melihat Ika dan Zhafri yang sedang bergurau senda di
tepi pantai dengan senyuman yang dibuat-buat. Hati siapa tak sakit melihat
lelaki yang dicintai dalam bahagia sedang bahagia dengan kekasih hati?
Sangkanya, jika dia ikut trip ke Pulau Pangkor ini dapat membuatkan dia lupakan
lelaki itu tapi nampaknya tidak.
Apa kurangnya dia dan apa lebihnya
Ika? Dia juga kaya dan cantik jika nak dibandingkan dengan Ika. Antara dia
dengan Ika tak ada lebih dan tak ada yang kurang tapi kenapa lelaki itu tak
pernah nampak dia?
“Nea, khusyuk betul pandang ‘suami
isteri’ tu?”
Nea menoleh bila mendengar namanya
disebut. Ummu rupanya, ingatkan siapalah tadi. Buat terkejut aku sahaja.
“Awak ni, Ummu. Buat saya terkejut
sahaja.”
Ummu tersenyum sambil melabuhkan
punggungnya di atas pasir bersebelahan dengan Nea. Pasangan merpati dua sejoli
itu dipandang dengan mulut yang terkumat-kamit beristighfar di dalam hati. Baru
kekasih, tapi mesranya macam suami isteri sebenar. Bersentuh sana sini tak
pernah fikir halal haram.
“Sakit pula mata saya tiba-tiba. Tak
pasal-pasal dapat dosa kering hari ni.”
“Ummu, tak baiklah cakap macam tu.
Kita doakan sahajalah untuk mereka.”
“Geram betul saya tengok perangai
mereka yang tak senonoh tu. Kalau dah sayang sangat, kahwin sahajalah. Saya ni
pun ada boyfriend tapi tak adalah nak menghalalkan apa yang haram.”
Nea turut mengiakan kata-kata Ummu
itu. Belum ada apa-apa ikatan yang menghalalkan, mereka sesuka hati bersentuhan
seperti hubungan mereka sudah halal. Tapi apa yang mereka boleh buat kalau tuan
empunya badan tak kisah dan marah bila mereka menegur.
“Siapa kita nak menegur mereka,
Ummu. Kalau kita tegur, mereka cakap kita busy body… mereka dah besar dah,
Ummu. Dah boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk.”
Nea akhirnya mengajak Ummu untuk
beredar dari situ kerana hari sudah mula gelap dan mereka perlu bersiap-siap
untuk menunaikan solat maghrib pula.
“Malam ni kita turun makan sekali
nak tak?”
“Makan? Nak makan dekat mana? Café
resort atau kita cari warung yang best?”
“Cari warunglah. Jemu pula nak makan
dekat café sahaja.”
LEPAS bersiap seringkas mungkin, Nea terus melangkah
keluar dari chalet yang didiaminya sambil membetulkan kedudukan tudung yang
tersarung di kepalanya. Sewaktu dia sedang menyarung kasut, Zhafri dengan ramah
menegurnya membuatkan jantung dia berdegup laju. Ya Allah, bantulah hambaMu
ini… kalau macam inilah jadinya, macam mana dia nak lupakan lelaki itu.
“Nak keluar makan ke?”
“Ha’ah… nak join sekali ke? Lagipun
saya makan berdua sahaja dengan Ummu.”
Bila melihat gelengan Zhafri, Nea
terasa kecewa yang teramat sangat namun dia cepat-cepat menyembunyikannya
dengan senyuman. Terasa hambar senyumannya malam itu kerana dia terlalu kecewa.
“Ada date dengan Ika ya?”
“Ha’ah, ini nak pergi jemput Ikalah
ni. Zhaf pergi dulu ya?”
Nea mengangguk perlahan sambil
melihat Zhafri berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan di situ. Air mata
yang ditahan menitis tanpa dapat ditahan lagi. Ya Allah, kenapa aku masih belum
dapat melupakan lelaki itu? Kecewanya hati ini, Ya Allah.
“Air mata you terlalu mahal, Nea.
Zhafri tak layak dapat semua itu.”
Cepat-cepat Nea menyeka pipinya yang
basah dengan air mata sebaik sahaja mendengar suara lelaki di belakangnya.
Shauqi tahu ke aku sukakan Zhafri? Macam mana dia boleh tahu? Setahu aku tak
ada sesiapa pun yang tahu tentang hal tu kerana aku tak pernah bercerita pada
sesiapa pun.
“Mata saya masuk habuklah, Shauqi.
Awak ni pandai-pandai sahaja buat cerita.”
“I tak bodoh and I belum buta lagi.
You tak boleh tipu I, Nea sebab I boleh nampak betapa you kecewanya melihat
Zhafri dengan Ika selama ini and betapa you gembiranya bila melihat Zhafri
datang berbual dengan you walaupun tak sampai lima minit. Muka you
menggambarkan segalanya, Nea.”
“Mengarutlah awak ni, Shauqi.”
Nea cepat-cepat melangkah pergi
meninggalkan Shauqi di belakang. Macam mana lelaki itu boleh tahu? Ketara
sangat ke yang dia suka Zhafri dalam diam? Tapi orang lain tak cakap apa pun.
Ummu pun tak pernah cakap apa-apa pun.
Shauqi hanya memandang Nea yang
sudah jauh meninggalkannya. Nea, you boleh tipu orang lain tapi you tak boleh
tipu hati you sendiri. Zhafri memang tak layak untuk dapat cinta you.
“Dik, kau buat apa dekat sini? Bukan
kau kata kau nak makan ke tadi?”
“Tadi aku sembang dengan Nea sekejap.
Kau nak ikut aku pergi makan tak? Jomlah… bosan pula kalau makan seorang.”
“Sekejap, aku nak ambil wallet
sekejap.”
“Tak payahlah, aku dah kebulur
sangat ni. Guna duit aku sahaja dulu.”
Shafiq akhirnya mengangkat bahunya
tanda dia tak kisah. Orang nak belanja, tak kan dia nak tolak pula kan?
Lagi-lagi orang yang nak belanja makan tu merupakan adik kembarnya yang
terkenal dengan sikap susah nak belanja makan. Peluang dah ada, kasi rembat
sahajalah.
“Nak makan dekat mana ni?”
“Makan dekat mulutlah. Ada ke orang
makan dekat hidung?”
Shafiq menarik nafas panjang cuba
menyabarkan hatinya. Nasib baik Shauqi tu nak belanja makan, kalau tak makan
buku lima aku jawabnya. Aku tanya baik-baik, boleh dia jawab main-main?
“Dik, kau jangan salahkan aku kalau aku
tertumbuk kau sekejap lagi.”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment