BAB
SATU: PERKAHWINAN YANG DIATURKAN
Walaupun perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang
diaturkan oleh keluarga, Aleeya menerimanya dengan hati yang terbuka. Mungkin
sudah tertulis dia akan menamatkan zaman bujangnya seperti ini. Sudah sejam
mereka berdua berada di dalam bilik yang sudah dihias cantik ini namun tiada
satu pun kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Lelaki itu leka membaca
buku motivasinya tanpa mempedulikan Aleeya yang sedang melipat kain
telekungnya.
Apa yang menyeronokkan sangat dengan
buku itu sampai lelaki itu langsung tak menegurnya? Nak kata suaminya bisu…
suara siapa yang melafazkan akad nikah dua jam yang lalu? Sayang betul… muka
sahaja handsome tapi sombong!
“Ehem…”
Zafri mengangkat wajahnya bila
mendengar deheman dari wanita yang baru sahaja bergelar isterinya. Dia panggil
aku ke? Atau cuma perasaan aku sahaja? Dahi Zafri terus berkerut melihat
huluran tangan di hadapannya. Perempuan ni nak apa?
“Saya Aleeya… call me Eeya. Saya
bekerja sebagai lawyer and umur saya 24 tahun… saya nak berkenalan dengan
awak.”
“Huh?”
“Yalah, kita ni nama sahaja suami
isteri tapi saya tak kenal awak and begitu juga sebaliknya… so, salam
perkenalan.”
Lambat-lambat Zafri nak menyambut
huluran tangan itu. Terasa pelik pula bila wanita itu menghulurkan salam
perkenalan padanya. Tapi betul juga apa yang wanita itu cakap… mereka ini nama
sahaja suami isteri namun mereka seperti orang asing. Langsung tak mengenali
satu sama lain.
“Zafri… 26, doctor.”
Aleeya menggarukan kepalanya bila si
suami kembali menundukkan wajahnya membaca buku motivasi semula. Aduh, apa aku
nak buat ni? Terasa janggal pula bila duduk berdua dengan lelaki ini macam ni.
“FYI, saya tak gemar memasak and
terlalu gilakan kerja. If nak suruh saya mengemas tu, bolehlah tapi kalau bab
memasak… the answer is no. Selalunya saya hanya akan melekat dekat rumah
selepas waktu kerja. Sometimes, saya akan balik lewat malam kalau ada emergency
cases yang nak kena settlekan cepat.”
“Okey.”
Okey sahaja? Aku bercakap punyalah
panjang lebar, dia jawab okey sahaja? Suami aku ni something wrong somewhere
ke? Apa yang tak kena dengan suami aku ni?
“So, how about you?”
“Hurm…”
This is weird. Aku nak ajak dia
bersembang tapi boleh pula dia buat tak tahu sahaja pada aku? Ni memang buat
aku tak berkenan… dahlah waktu aku bercakap dia boleh pula membaca buku
motivasi itu tanpa mempedulikan aku.
“Excuse me, wahai Encik Husband
a.k.a doktor… saya ni bercakap dengan awak. Saya paling tak suka kalau saya
cakap orang tak dengar.”
“Hurm…”
Aleeya terus menarik buku motivasi
yang dibaca oleh Zafri. Geram pula hati kita bila kita bercakap orang buat tak
tahu. Sombong betul lelaki ni… ada juga aku buat soup esok.
“Saya tengah baca buku tu…”
“Apa yang seronok sangat dalam buku
ni sampai saya cakap awak buat tak tahu?”
“Saya tengah baca buku tu… pulangkan
balik.”
**
Usai
solat subuh, Aleeya terus menyusun bajunya ke dalam almari milik Zafri. Suami
aku ni pun baru pindah masuk dalam kondo ni ke? Barang dia pun masih banyak
dalam kotak… nak tolong kemaskan atau nak biarkan sahaja?
“Awak… baju-baju awak ni nak saya
tolong kemaskan tak?”
Zafri yang sedang sibuk menyusun
perabot terus melangkah menuju ke bilik tidur utama. Baju miliknya terus
digantung ke dalam almari tanpa banyak cakap. Aleeya yang sedang melipat baju
di atas katil hanya memandang sahaja lelaki itu membuat kerjanya. Aku nak
tolong dia yang tak nak… aku tak rugi pun kalau dia tak nak.
“Awak… kejap lagi kita keluar nak
beli barang?”
“Hurm…”
Lepas siap mengemas rumah, Zafri dan
Aleeya terus bersiap untuk keluar membeli barang. Banyak sangat benda dekat
rumah ni yang belum ada lagi seperti pinggan, mangkuk dan macam-macam lagilah.
Hadiah kahwin mereka masih berada di rumah mak mertuanya. Tak kanlah mereka
makan tak payah guna pinggan semua tu?
“Awak, kita nak beli yang mana satu
ya? Yang kosong ni ke atau yang ni?”
“Mana-mana pun okey…”
Aleeya membelek pinggan di
tangannya. Suami dia ni kan… bukannya membantu pun setakat berdiri di
belakangnya. Mana satu yang lebih cantik ya?
“Saya ambil nilah ya?”
“Zafri?”
“Melya?”
Membulat terus mata Aleeya tatkala
melihat gadis yang entah mana memeluk suaminya. Siapa gadis ini? Kenapa dia
peluk suami aku? And kenapa suami aku biarkan sahaja? Eh, hello… aku ada dekat
sini…
“Zaf… Mel rindukan Zaf. Kenapa Zaf
langsung tak jawab e-mail Mel? Patutlah Mel tergerak hati nak ikut Mummy datang
sini.”
Zafri hanya mendiamkan dirinya
sambil membiarkan dirinya dipeluk oleh gadis itu. Dia langsung tak perasan yang
isterinya sudah berlalu dari situ sambil membawa trolley. Bila gadis itu balik
ke Malaysia? Bukan ke gadis itu cakap dia dah tak mahu balik ke Malaysia lagi?
“Bila balik?”
“Semalam. Mel risau sangat bila Zaf
langsung tak reply e-mail Mel. Kenapa Zaf tak reply e-mail Mel? Mel ingat
something bad happen pada Zaf.”
**
Aleeya
mengambil makanan segera untuk dibuat stok di rumah dengan hati yang bengang.
Siapa perempuan yang peluk suami dia tu? Tak tahu ke itu suami dia? Kenapa Zafri
hanya biarkan sahaja perempuan itu peluk dia? Dia tak tahu ke aku tak suka?
“Saya benci awak sangat-sangat,
Zafri.”
Handphonenya yang tiba-tiba
berdering mematikan bebelannya. Huh! Tahu pula nak call aku. Ingatkan dah jumpa
perempuan tu, terus lupakan aku. Pergilah berseronok dengan perempuan tu,
Zafri. Tak payah sibuk call saya.
Aleeya terus menolak trolley ke
bahagian bahan mentah. Benda-benda macam ni pun perlu juga dibeli… buatnya mak
mertua aku datang rumah tak ke malu nanti kalau peti ais dekat rumah tu kosong.
Sekurang-kurangnya bolehlah aku memasak nanti kalau aku ada mood.
“Eeya!”
“Nea! Amier! Hey… apa kau orang buat
dekat sini?”
“Barang dapur dah habis, sebab tu
kami keluar ni. Tak sangka pula jumpa kau dekat sini. Seorang sahaja? Banyak
betul membeli?”
Aleeya tersenyum sambil menjeling
trolley pasangan suami isteri itu. Cakap orang dia pun lebih kurang sama sahaja
dengan dia. Cemburu betul tengok pasangan kekasih di hadapannya ini. Mereka
kahwin atas dasar suka sama suka… dia pula? Ah, malas nak fikir.
“Aku datang dengan suami aku. Dia
jumpa kawan dia… eleh, kau orang pun sama juga. Trolley kau lagi penuh dari
aku.”
“Kau sekarang duduk mana? Dengan
family or sendiri?”
“Duduk dengan suami akulah… area-area
sini juga. Bila-bila kalau free jemputlah datang rumah ya?”
“Inshaallah… kalau sempat nanti kami
singgah. Eh, kau lama lagi ke dekat sini? Apa kata kita pergi minum-minum kejap
lagi? Kau ada nak beli barang lagi ke?”
Aleeya membelek list barang di
tangannya. Rasanya semua dah cukup. Kalau terlupa beli sesuatu, esok pulalah
keluar beli lagi. Lagipun bukan selalu dapat jumpa pasangan suami isteri ini.
Rindu pula nak lepas dengan mereka.
“Rasanya dah tak ada. Nak minum
dekat mana?”
“Minum dekat food court sahajalah.
Aku malas nak jalan jauh-jauh.”
“No hal. Jomlah kita pergi bayar.”
Waktu Aleeya sedang membayar
barangan yang dibelinya di kaunter, bahunya disentuh dari belakang. Siapa pula
yang berani pegang bahu aku ni? Tak tahu ke aku ni isteri orang? Ada juga yang
aku belasah sekejap lagi.
“Awak pergi mana? Dari tadi saya
cari awak.”
“Cari barang.”
Lepas wang baki dikembalikan, Aleeya
terus menolak trolley menuju ke arah Nea dan Amier yang sedang menunggunya.
Zafri yang berada di belakangnya hanya menurut tanpa banyak cakap.
“Weh, kenalkan… ni suami aku.”
“Boleh tahan kacak juga ya suami
kau…”
“Sayang… Abang dekat tepi ni
jealous.”
Nea tergelak kecil sambil memaut
lengan suaminya. Walaupun suami Aleeya kacak, mata dan hati dia hanya melihat
suaminya sahaja. Dia tak terkesan pun dengan kekacakan suami kawan baik dia tu.
“So, jomlah kita pergi minum.”
bersambung....
No comments:
Post a Comment