EINA
Azriena mengeluh perlahan sebaik sahaja mengetahui berita yang disampaikan oleh
Bondanya yang tercinta. Punyalah laju dia bawa kereta untuk pulang ke rumah, rupa-rupanya
ini perkara penting yang dikatakan. Kalau setakat mahu menyuruhnya pergi interview untuk bekerja di syarikat mak
langnya, baik cakap dekat handphone
sahaja.
Dia terpaksa membatalkan rancangan untuk menyambut birthdaynya sebab panggilan telefon dari
Bonda tercintanya itu. Restaurant, makanan, tetamu and macam-macam lagi sudah siap dibooked and mungkin tetamunya sudah ada yang datang. Birthdaynya bukan setiap hari… hanya setahun sekali sahaja.
“Eina
jangan lupa pula ya? Esok pagi Eina kena juga pergi interview tu. Dapat tak dapat belakang cerita. Paling penting
adalah Eina pergi.”
“Bonda,
Eina belum ready lagilah nak bekerja.
Bagilah Eina peluang rehat dua tiga tahun lagi.”
Berubah
terus wajah Bonda mendengar jawapan Eina Azriena itu. Setahun dua lagi? Tak
cukup ke masa yang dia berikan pada anaknya untuk berehat selama ni? Dia tak
kacau langsung anaknya sepanjang dua tahun ini. Dibiarkan sahaja anak dia itu
nak lakukan apa-apa.
“Eina
Azriena, Bonda rasa dah cukup lama Bonda bagi kamu masa untuk berehat. Dua
tahun lepas kamu balik ke Malaysia, Bonda hanya biarkan kamu berehat. Buat apa
kalau ada master kalau tak nak kerja?
Nak gantung sahaja ke dekat dinding?”
Eina
Azriena hanya mampu mendiamkan diri sambil memandang ke lantai. Kalau Bonda dah
menyebut namanya sebegitu, tahulah dia yang Bonda sudah mulai marah. Susah
sangat ke untuk Bonda tahu yang dia bukannya tak mahu kerja, dia hanya nak
merehatkan otaknya sahaja untuk beberapa tahun lagi. Tak salahkan kalau dia
buat begitu? Susah sangat ke nak faham dia?
“Bonda
tak nak dengar apa-apa lagi. Nak tak nak Eina Azriena kena juga pergi interview tu esok. Bonda dah berjanji
dengan mak lang kamu tu dan kamu sendiri sedia maklum, Bonda tak suka orang
yang mungkir janji. Faham tak, Eina Azriena?”
“Faham,
Bonda.”
“Kalau
kamu macam ni dari tadi kan senang, tak perlulah Bonda nak meninggikan suara.”
Bonda
terus menghubungi kakaknya untuk confirmkan
kehadiran Eina Azriena esok. Minta-mintalah esok anaknya itu tak membuat
perangai. Kalau tak pasti dia malu nak berdepan dengan semua orang nanti, lagi-lagi
kakaknya.
“Bonda
dah siapkan baju untuk kamu pergi interview
tu esok. Jangan pandai-pandai pula kamu nak tukar.”
“Ya,
Bonda.”
Eina
Azriena terus mengheretkan kakinya ke tingkat atas. Tak sukalah kalau kena
paksa-paksa macam ni. Macam menyesal pula balik Malaysia cepat sangat. Patutnya
dia duduk dekat sana lama-lama. Ni semua gara-gara Bonda pandai ‘memujuklah’
ni…
“Hello, beb.”
“Weh,
kau dekat mana? Ramai yang tengah tunggu kau ni.”
“Sorry,
El… aku tak boleh datanglah. Minta maaf sangat-sangat ya?”
“La,
kenapa pula? Bonda kau lagi ke?”
Eina
Azriena tergelak kecil bila tekaan Elmo itu tepat pada jawapannya. Nampak
sangat mereka dah terlalu kenal dengan perangai Bonda tu. Tak dapatlah merasa cake yang dia orang belikan untuk aku
tu.
“Well, kau sedia maklumkan? Sampaikan
salam maaf aku dekat semua. Nanti aku tebus balik untuk hari ni.”
“No hal lah, aku okey sahaja. Kami ni dah
faham sangat dah. Okeylah, apa-apa roger
aku.”
“Alright,da…”
Eina
Azriena terus menghempaskan badannya di atas katil sebaik sahaja melangkah
masuk ke dalam bilik. Ya Allah, bosannya hidup macam ni. Tak sukalah
dipaksa-paksa sebegini. Dia sudah besar dan dia layak menentukan hidupnya
sendiri.
BUKA
sahaja
mata, Eina Azriena mengeluh bosan. Hari ini dia terpaksa menghadiri satu interview di syarikat mak langnya. Entah
interview apa dia pun tak tahu yang
penting dia pergi hanya untuk memuaskan hati Bondanya. Dapat tak dapat, belakang
cerita. Dia tak nak pun kerja yang ditawarkan itu. Dia langsung tak berminat
pun untuk kerja dengan mak langnya itu.
Ketukan bertalu-talu di pintu biliknya membuatkan dia
mengeluh panjang. Bonda, Bonda… takut sangat dia tak pergi ke interview itu.
“Eina, dah bangun ke belum? Dah pukul enam ni… cepat
bangun solat subuh. Pukul lapan ni ada interview!”
“Dah bangunlah ni.”
Bila mendengar respon dari anaknya itu barulah Bonda
berhenti mengetuk pintu bilik. Dah macam nak roboh dibuatnya. Silap-silap
hujung minggu ni dah kena tukar pintu baru.
“Dah terasa macam nak lari rumah sahaja. Kenapalah Bonda
ni terlalu memaksa aku? Dia betul-betul nak buat aku lari rumah ke? Hisyh, malas
betul nak pergi interview entah
apa-apa ni.”
Eina
Azriena terus mencapai towel dan
melangkah masuk ke dalam bilik air dengan langkah yang malas. Tak nak pergi, malasnya
nak pergi!!!
“Kenapalah aku balik Malaysia cepat sangat? Kan dah kena
paksa kerja… ini baru kerja, belum masuk hal Bonda paksa kahwin lagi.”
Sejam
kemudian,Eina Azriena sudah terpacak di hadapan bangunan milik mak langnya. Hai,
interview apalah yang diadakan di
syarikat mak langnya ini?Tak kanlah kelayakan dia dalam bidang fashion nak diserapkan ke sini? Tak
bestlah kalau dia kena kerja dekat sini.
“Assalamualaikum,
kak Mell... tolong bagitahu mak Datin tu saya dah datang.”
“Wa”alaikumussalam.
Datin...Ya Allah, Eina... bila balik Malaysia? Tak bagitahu pun dekat akak? Sampai
hatikan?”
“Eleh,
akak lagi teruk. Kahwin langsung tak ajak kita. Kecil hati kita tahu?”
Bila
dengar bising-bising di luar officenya,
Datin Sapora terus melangkah keluar untuk menjenguk. Apa agaknya yang
bising-bising di luar itu ya? Ada orang bergaduh ke?
“Lah,
patutlah bising sahaja dekat sini. Eina ni datang rupanya. Hurm, Eina. Cepat
ikut mak lang masuk ke dalam and
Mell, tolong bawakan fail yang saya nak tu ya?”
“Baik,
Datin.”
Eina
terus membontoti langkah mak langnya sambil membuat muka. Kak Mell yang
merupakan pembantu peribadi mak langnya itu hanya tergelak kecil sambil
menggelengkan kepalanya. Dia dah masak sangat dengan perangai anak buah bosnya
itu. Gadis itu hanya akan datang ke pejabat ini bila dipaksa sahaja and kenapa
bosnya nak kontrak tu ya?
“Tak
kisahlah kenapa bos aku nak mintak kontrak tu. Baik aku bagi cepat-cepat.”
Sepanjang
interview, Eina Azriena hanya
menjawab pertanyaan demi pertanyaan dengan sambil lewa sahaja. Hanya satu
sahaja yang ada dalam kepalanya, dia mahu balik cepat. Di suruh sign, dia sign...
suruh dia duduk, dia duduk. Entah apa yang dia buat pun dia tak tahu. Lebih
baik dia ikut sahaja cakap mereka supaya dia boleh balik cepat. Tak sabar-sabar
dia nak keluar dari sangkar emas ini.
“And soalan terakhir daripada saya... apa
pendapat awak tentang pelakon Amar Shauqi?”
Amar
Shauqi? Pelakon apa? Dia berlakon cerita apa? Wujud ke Amar Shauqi ni dalam
dunia ni? Kenapa dia tak pernah dengar pun apa-apa pasal Amar Shauqi sepanjang
dia hidup?
“Amar
Shauqi? Siapa tu?”
“Pelakon
yang tengah meletop sekarang ni? Yang berlakon dalam drama bersiri Belanga
Terbang itu?”
Eina
Azriena puas mengingatkan siapakah gerangan pelakon Amar Shauqi itu. And apa kaitan dia dengan interview ini? Belanga Terbang? Apa
punya cerita tu? Dah tak ada idea ke nak letak nama? Langsung tak komersial.
“Amar
Shauqi? Dia okeylah. Hurm, apa kaitan dia dengan interview ini ya?”
“Kalau
Cik Eina berjaya di dalam interview
ini, cik akan menjadi PA kepada Amar Shauqi. Kami hanya buat sedikit
kajian pasal dia.”
“Oh,
okey. Tapi dia bukan pelakon ke? Apa kaitan dia dengan company ni ya?”
“Dia
merupakan rakan kongsi dalam business ini. Okeylah, rasanya dah tak ada apa-apa
lagi. Kami akan menghubungi Cik Eina kalau Cik Eina berjaya dapatkan kerja ini.”
Eina
Azriena terus bersalaman dengan semua yang ada di dalam bilik interview itu dengan senyuman yang penuh
kepura-puraan. Kalau tak call aku
terus pun tak apa. Aku bukannya minat nak jadi PA mamat entah siapa itu.
Ingat aku belajar sampai overseas tu nak jadi PA sahaja ke? Mak lang dengan Bonda ni
memanglah. Apa guna aku belajar sampai ke sana untuk kerja yang entah apa-apa
ini?
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment