Tuesday, 8 March 2016

Lara Semalam Ep80

PULANG sahaja dari office, Alisya mengeluh perlahan bila keluarganya pula menanti dengan cake dua tingkat dan beraneka makanan lain terhidang di atas meja. Ya Allah, perutnya dah penuh dengan sushi yang Eqal bawa dan kek yang dibawa Hazrill, Nieesa dan kawan-kawannya yang lain.
Happy birthday, sayang…”
Alisya terus membalas pelukan ibunya sebelum memeluk abah. Dia tak kisah pun kalau mereka tak celebrate birthday dia. Cukuplah sekadar memperingati. Itu pun dah cukup buat dia. Dia tak minta lebih dari tu.
Thanks, ibu.”
“Ni hadiah daripada ibu dengan abah.”
“Thanks ibu, abah. Buat susah-susah sahaja.”
Kak Sara terus memeluk adiknya dengan erat. Dah bertambah lagi usia adiknya ini. Alisya membalas pelukan Kak Sara tu dengan rasa aneh. Kenapa dengan kakaknya ini?
Happy birthday, Isya.”
Thanks, kak. Eh, jomlah kita makan kek. Lapar pula tengok makanan banyak-banyak macam ni.”
“Ini semua ibu dengan kakak kamu yang masak.”
Alisya hampir-hampir nak muntah bila Kak Sara meletakkan makanan sebanyak-banyaknya di dalam pingan Alisya. Birthday dia tahun depan dia tak nak duduk dekat KL lah. Nanti ada sahaja yang buat surprise party untuk dia macam ni.
“Kak Sarakan tak berapa sihat, buat apa susah-susah masak.”
“Untuk adik kesayangan akak ni, segalanya akak akan usahakan juga walaupun badan ni tak berapa sihat sangat.”
Walaupun Alisya dah betul-betul kenyang, dia tetap menjamah setiap makanan yang ada di atas meja. Orang dah susah-susah masakkan untuk dia, mestilah dia akan makan walaupun dah tak lalu.
“Kerja dekat office tu okey, Isya?”
“Boleh tahanlah…”
Ibu dah menjeling suami dan anak bongsunya itu bila soal company disebut di dalam rumahnya. Dia dah acap kali tegur yang dia tak suka hal company disebut-sebut di rumah.
“Ehem, dekat meja makan ni ibu tak nak dengar apa-apa pun pasal company tu ya?”
Alisya, abah, Hazrill dan Kak Sara semuanya tersenyum mendengar kata-kata ibu itu. Sebenarnya ibu dah banyak kali cemburu dengan company abah itu. Yalah, baru nak spend time dengan keluarganya sekejap, mereka mulalah bercerita itu ini pasal company tu.
“Assalamualaikum…”
‘“Siapa pula datang tu?”
“Biar Isya pergi tengok sekejap.”
Aliysa terus menjerit kecil sebaik sahaja terpandang wajah mama dan papa. Ya Allah, tak sangka mereka akan datang ke sini pada hari lahirnya.
Happy birthday, sayang.”
“Mama, Isya rindu sangat-sangat dekat mama.”
Alisya terus memeluk mama yang sangat-sangat dia rindu itu. Mujur mereka datang ke KL waktu hari lahirnya kalau tidak waktu majlis kahwin dia nanti baru dia dapat jumpa mereka. Busy betul dia dekat company abah tu. Dan yang paling dia happy sangat-sangat adalah mereka tak datang bawa kek.
“Hai, mama sahaja yang dirindu? Macam ni papa baliklah.”
“Ala, papa ni… mestilah Isya rindukan papa juga. Jomlah masuk.”
Alisya terus memaut lengan papa dan mamanya sambil berjalan ke ruang makan. Kak Sara dengan Aidil terus bangun untuk menyalami tangan mak long dan pak longnya.
“Jemputlah makan sekali, kak, bang. Saya pergi ambilkan pinggan sekejap.”

MEREKA sekeluarga terus menghabiskan masa di laman rumah selepas habis makan. Abah, Aidil, papa dan Alisya sibuk bercakap tentang bisnes manakala yang lain sibuk berbual tentang fesyen dan resepi baru.
“Isya nak jawab call ni sekejap.”
Bila Alisya sudah berada jauh dari tempat keluarganya berkumpul barulah dia menjawab panggilan daripada Hazrill itu. Kenapa ya agaknya Hazrill call dia malam-malam macam ni?
Hello, assaalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam, Rill ganggu ke ni?”
“Tak, Rill tak mengganggu pun.”
“Isya tengah buat apa?”
Alisya membuang pandang ke arah keluarganya yang semakin riuh bersembang. Dapatlah dia berbual dengan Hazrill tanpa gangguan kerana masing-masing sedang sibuk dengan agenda masing-masing.
“Lepak dengan family dekat laman rumah. Guess what? Papa dengan mama datang sini semata-mata nak celebrate birthday Isya tahu?”
“Oh, baguslah tu.”
Alisya perasan yang suara Hazrill kedengaran berbeza seperti biasanya. Hazrill ada masalah ke? Bukan pagi tadi dia okey ke?
“Isya…”
“Yupp?”
“Rill dah tak dapat menipu diri Rill lagi… Rill masih cintakan Isya dan kalau boleh Rill tak nak kehilangan Isya.”
Alisya terus terdiam mendengar kata-kata Hazrill itu. Kenapa baru sekarang Hazrill beritahu dia tentang hal itu? Kalau Hazrill beritahu dia awal-awal, dia tak akan ajak Eqal kahwin hujung bulan ni.
“Isya…”
“Kenapa baru sekarang?”
“Rill dah tak sanggup menipu diri Rill sendiri lagi. Selama ni Rill….”
Alisya merenung wajah ahli keluarganya lama sambil mengeluh perlahan. Kenapa baru sekarang lelaki tu nak beritahu dia? Kenapa lepas dia dah jadi tunang orang baru lelaki tu nak beritahu semua benda ni?
“Kenapa baru sekarang? Kenapa baru beritahu Isya sekarang? Lagi tiga minggu Isya akan bergelar isteri Eqal. Tolonglah, Rill. Kenapa bila sekarang? Kenapa tak halang Isya dari dulu?”
“Rill minta maaf, Isya…”
“Dahlah, Rill. Semuanya dah terlambat.”
“Tapi Isya…”
Alisya menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melepaskan sebuah keluhan kecil. Dia perlu tetapkan pendiriannya.
“Rill, kalau Rill masih nak berkawan dengan Isya… please stop mengarut.”
“Tak apalah, Isya. Sekurang-kurangnya Rill dah beritahu Isya. Rill tak nak menyesal di kemudian hari.”
Alisya tunduk memandang rumput di kakinya. Kenapa bila dia dah nekad untuk menerima cinta Eqal, Hazrill kembali dan buat dia ragu-ragu dengan keputusannya kembali?
“Isya marah Rill ke? Rill minta maaf. Lepas ni Rill takkan sebut hal ni lagi di hadapan Isya.”
Sebaik sahaja terpandang wajah Eqal yang sedang berjalan menghampirinya, Alisya cepat-cepat meminta diri. Kalau boleh dia tak nak Eqal salah faham dengannya. Meskipun dia tak mencintai Eqal, namun dia tetap perlu menjaga hati dan perasaan Eqal.
Got to go… bye, assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam.”
Eqal terus menghampiri Alisya dengan senyuman di bibir. Walaupun baru jumpa pagi tadi, dia dah terasa rindu sangat-sangat pada gadis itu.
“Hai, babe…”
Alisya melebarkan senyuman semanisnya pada tunangnya itu. Minta-minta Eqal tak dengar perbualan dia dengan Hazrill tadi.
“Hai, Eqal. Lambatnya datang kalau tak boleh makan sama-sama tadi.”
“Eqal ada hal sikit.”
“Eqal tunggu sekejap ya? Isya ambilkan kek untuk Eqal.”
Alisya terus meletakkan handphonenya di atas meja kecil sebelum melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambilkan kek untuk Eqal.
“Ni untuk Eqal…”
Thanks. Tadi Isya borak dengan siapa?”
“Kawan lama. Aunty dah okey? Isya tak sempat nak singgah jenguk aunty berapa hari ni. Mungkin esok petang Isya datang.”
Mummy okey sahaja. Ada juga mummy tanya kenapa dah lama tak nampak Isya, tapi Eqal cakap Isya busy dengan kerja dekat office.”
Alisya mengangguk faham. Eqal tak habis-habis membela dia dalam apa jua keadaan. Wajar ke dia menyakitkan hati insan sebaik Eqal?
“Eqal…”
“Ya?”
Alisya merenung wajah Eqal yang sedang berselera menyuap kek ke dalam mulutnya. Patut ke aku aku teruskan semua ni sedangkan aku tahu cinta ini bukan untuk dia?
“Eqal dah ready?”
Dahi Eqal terus berkerut mendengar kata-kata Alisya itu. Ready? Ready apa? Rasanya dia tak ada plan apa-apa buat masa ni.
Ready?”
“Jadi suami Isya hujung bulan ni?”
“Inshaallah ready. Tangan ni rasa mengeletar pula fikir nak nikah.”
“Isya takut tak dapat jadi seorang isteri yang baik untuk Eqal.”
Eqal mendiamkan diri buat seketika sebelum menghadiahkan sebuah senyuman buat Alisya. Semuanya akan baik-baik sahaja.
Everything will be fine, Isya. Isya akan jadi seorang isteri yang sempurna, inshaallah.”
Alisya tersenyum dan menganggukkan kepalanya perlahan. Hal Hazrill tadi dia mahu lupakan sahaja. Dia perlu kuatkan hati dia untuk membuang cinta Hazrill yang masih berada di hatinya.
“Eqal, jom tengok cerita nak?”
“Cerita apa?”
“Cerita korea. Isya baru lepas download semalam…”
Wajah Eqal terus bercahaya tatkala mendengar Alisya menyebut tentang cerita Korea. Agaknya cerita apa ya yang Alisya download agaknya?
What? Cerita korea? Cerita apa?”
Alisya hanya tersenym melihat telatah tunangnya yang sangat menggemarkan cerita-cerita Korea sementara Alisya berkongsi minat dengan Hazrill membaca cerita-cerita dan menonton filem-filem horror.
School 2013. Isya tengok dia punya video dekat youtube macam best sahaja. Tu yang Isya download tu.”
What?!! Jom tengok sekarang. Jomlah cepat.”
Eqal terus menarik tangan Alisya untuk ke ruang menonton. Kenapalah Eqal ni macam budak-budak? Umur dah dua puluhan tapi apa pasallah minat cerita-cerita Korea. Kalau perempuan tu tak kisahlah, ni masalahnya lelaki. Something wrong somewhere lah mamat ni.
Kak Sara, jom tengok cerita…”
Cerita apa?”
School 2013, korea.
Kak Sara menggelengkan kepalanya laju. Cerita korea memang tak menepati cita rasa dia. Dia hanya menggemari cerita Melayu. Sejak bila Alisya layan cerita korea ni? Bukan ke dia lebih suka cerita horror?
Tak minatlah korea. Bukannya best pun.”
Ruginya… best tahu? Eqal hari tu tengok dekat KBS.
Semua ahli keluarga Alisya menggelengkan kepala bila melihat betapa tidak matangnya Eqal tu. Aidil yang turut berada di situ mengeluh. Bilalah dia nak matang ni? Alisya, are you sure you nak jadi isteri kepada lelaki yang tak matang ni?
I nak join boleh?”
Sure, jom.”
You tak kisah ke I join sekali?”
Alisya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia tak kisah pun kalau sesiapa nak join mereka tengok cerita dengan mereka. Lagi ramai lagi bagus.
Nope, lagi ramai lagi seronok.”
Aidil, Alisya dan Eqal terus menuju ke bilik menonton di tingkat dua meninggal manusia-manusia yang sedang seronok berbual. Waktu Alisya mula memasang cerita itu, Kak Sara pula join sekaki kerana bosan tak ada kerja yang nak dibuat.
Handsomenya hero dia, Isya.”
Kan?”
Aidil memandang wajah isterinya tidak percaya. Sejak bila pula Sara pandai memuji lelaki lain di hadapannya? Ini yang dia cemburu ni.
Sayang, saya ada dekat tepi ni.”
Kak Sara terus menoleh ke arah suaminya sambil tersenyum. Lengan suaminya terus dipaut dengan penuh kasih. Terleka pula dia memandang lelaki lain…
Sara hanya memuji sahaja. Tak salahkan?”
Memang tak salah tapi jangan lebih-lebih puji pula. Saya cemburu.”
Alisya dan Eqal bantai gelakkan pasangan suami isteri itu. Kalau ya pun nak bermanja-manja atau usik-mengusik tak perlulah di hadapan mereka ini. Mereka ini kategori bawah umur lagi ni, lebih-lebih lagi si Eqal tu.
Kak Sara dan Aidil saling berpandangan sebelum masing-masing memandang wajah Alisya dan Eqal dengan pandangan yang pelik. Dah kenapa gelak tak mengingat dunia ni? Entah apa yang menyeronokkan…
Kau orang ni dari tadi asyik gelak sahaja kenapa? Terlebih makan ubat?”
Mana ada. Kita orang gelakkan perangai kau orang yang macam budak-budak ni.”
Taklah, Eqal. Melebihi piawaian budak-budak.”
Betul tu.”
Kak Sara hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai adiknya dan tunang adiknya itu. Mereka berdua ni dari dulu lagi sekepala, memang selayaknya mereka dikahwinkan.
Isya, Eqal nak cerita ni boleh?”
Boleh. Kejap lagi Isya burnkan dalam cd.”
Thanks, babe.”
Alisya terus bangun untuk mengambil cd kosong di dalam biliknya. Dari awal lagi dia sudah menyediakan cd kosong sebanyak-banyaknya di dalam biliknya kerana dia pasti Eqal akan meminta cerita yang mereka tonton kerana Eqal sememangnya pemalas nak download cerita.
Isya, kejap lagi masuk bilik mama ya? Mama ada nak bagi sesuatu.”
Okay, Isya nak burn movie untuk Eqal dulu.”
Mama menganggukkan kepalanya sebelum berlalu ke dapur. Tekak terasa kering pula bila lama sangat berborak. Dah lama sangat tak jumpa adiknya… tu yang banyak benda yang nak diceritakan tu.

HAZRILL menyimpan semua barang-barang peribadi miliknya yang ada kaitan dengan Alisya ke dalam kotak. Terlalu banyak kenangannya bersama dengan Alisya, macam mana dia nak lupakan semua tu? Nak dibuang semua barang-barang ni, dia tak ada kekuatan untuk melakukannya.
“Rill, buat apa tu? Dah buang tabiat ke mengemas malam-malam buta?”
“Kak Zita ni… buat terkejut orang sahaja. Rill sengaja nak kemas semua ni malam ni. Bila lagi Rill nak kemas kalau bukan malam ni? Lusa Rill dah nak kena fly ke Perth.”
“Barang apa yang nak dikemas ni? Biar akak tolong.”
“Barang lama sahaja…”
Kak Zita terus duduk bersila di hadapan Hazrill sambil membantu memasukkan barang-barang di atas lantai ke dalam kotak. Apa Hazrill nak buat dengan semua barang-barang ni? Dan kenapa Hazrill ada semua barang-barang ni?
“Barang siapa ni, Rill?”
“Barang Rill dengan Isya dulu… Rill nak simpan semua ni dalam stor.”’
Kak Zita menganggukkan kepalanya perlahan sambil merenung bingkai gambar di tangannya. Gambar Hazrill dengan Alisya waktu bercuti dulu. Dalam gambar ni, mereka berdua nampak bahagia bersama… mungkin ke mereka akan berbaik semula seperti waktu dalam gambar ni?
“Rill…”
“Kenapa, Kak Zita?”
“Rill masih cintakan Alisya?”
Hazrill terdiam buat seketika sebelum dia memandang wajah bersih kakaknya sambil tersenyum. Cinta pertama… memang susah nak dilupakan.
“Rill rasa ni sahaja kot. Terima kasih ya tolong Rill kemas semua benda ni.”
Hazrill terus mengangkat kotak-kotak itu dan dibawa masuk ke dalam stor di dalam biliknya. Nak dibuang semua barang-barang ni… dia langsung tak ada keberanian. Mungkin lebih baik dia simpan semuanya di dalam stor. Taklah dia asyik terpandang barang-barang yang ada kaitan dengan Alisya di dalam biliknya.

bersambung...

No comments:

Post a comment