Tuesday 8 March 2016

Lara Semalam Ep79

WALAUPUN sudah seminggu Alisya bergelar tunangan Eqal, dia dengan Eqal langsung tak berhubung. Masing-masing sibuk menguruskan urusan sendiri. Hanya keluarga Alisya sahaja yang sibuk menguruskan majlis yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.
“Isya, dah pilih nak makanan apa untuk majlis Isya tu nanti?”
“Belum lagilah, ibu. Isya busy dekat office tu.”
Alisya menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya sambil membaca laporan kewangan di tangannya. Ibu menggelengkan kepalanya tatkala melihat anaknya itu melakukan dua kerja dalam satu masa yang sama. Anaknya itu sudah susut walaupun baru seminggu dia bekerja di company keluarga. Ini yang dia tak suka bila suaminya minta Alisya join companynya.
“Isya, wedding kamu tu lagi tiga minggu sahaja. Kalau asyik delay sahaja, semua benda nanti jadi kelam kabut.”
“Isya bukan sengaja nak delay, Isya busy ibu. Kerja dekat office tu berlambak-lambak. Apa kata ibu pilih sahaja menu yang best-best? Isya percaya dengan cita rasa ibu.”
Sekarang ni Alisya menggantikan tempat Kak Sara di office abah. Yalah, sejak mengandung ini Kak Sara asyik tidak sihat sahaja. Mungkin pembawaan budak agaknya.
“Kerja tu sampai bila pun tak habis. Betul ni ibu yang pilih?”
Alisya menganggukkan kepalanya perlahan. Dia tak kisah kalau ibu yang buat pemilihan menu tu. Lagipun selera ibu dengan dia tentang makanan lebih kurang sama sahaja.
“Isya janji dekat ibu lepas kerja yang Isya tengah buat sekarang ni settle, Isya akan fokus pada majlis hujung bulan ni.”
“Janji?”
“Janji, ibu. Okeylah, Isya nak gerak dah ni.”
“Tak tunggu abah dengan Aidil ke? Ke Eqal jemput?”
Alisya menggelengkan kepalanya laju. Kalau nak tunggu abah dengan Aidil pergi sekali memang tak sempatlah dia nak buat apa yang patut. Lagipun hari ni dia ada meeting dengan Tan Sri. Kalau nak tunggu Eqal jemput memang sampai ke sudah dia tak pergi office. Mamat tu entah ke mana menghilang dia sendiri tak tahu. Nak call dia takut mengganggu.
“Isya drive sendiri. Tak sempat nak tunggu abah dengan Aidil sebab Isya nak kena settlekan something urgent pagi ni.”
“Kalau macam tu drive elok-elok. Jangan main langgar sahaja semua lampu isyarat yang ada sebab nak cepat sampai.”
Alisya tergelak kecil sambil menyarung high heel. Langgar semua lampu isyarat? Ibu ni suka buat lawak pagi-pagi macam ni.
“Ibu tahukan Isya tak macam tu.”
“Ya, ibu tahu tapi anak ibu ni kalau nak cepat sangat… semua dia redah.”
“Memang anak ibu ni akan redah semuanya selagi tak melanggar undang-undang. Isya gerak dulu ya, ibu? Assalamualaikum, I love you.”
“Wa’alaikumussalam, love you too.”
KETIKA Alisya tiba di office, seorang pun pekerja dia belum datang lagi. Awal sangat ke aku datang ni? PA aku pun belum sampai lagi ke waktu-waktu macam ni?
“Baik aku buat kerja dari sibuk memikirkan hal orang lain.”
Lepas menghidupkan computer ribanya, Alisya terus berjalan ke pantry untuk membancuh secawan milo. Sesungguhnya dia bukan penggemar coffee.
“Eh, Cik Alisya. Patutnya saya yang buatkan air untuk cik.”
It’s okey. Awal you datang Cik Nurul?”
“Saya memang datang time, time macam ni, Cik Alisya. Marilah saya buatkan air cik.”
“Tak apa, dah nak siap pun. You dah breakfast ke, Cik Nurul? Kalau belum, pergilah turun makan. I tak suka pekerja I kerja dengan perut kosong.”
“Mungkin sekejap lagi. Cik Alisya dah makan? Kalau nak saya bungkuskan apa-apa saya boleh bungkuskan.”
Alisya hanya menggeleng perlahan. Belum sempat dia melangkah keluar dari pintu rumah, ibu sudah menghalangnya dari keluar tanpa breakfast. Sudahnya perut dia seperti nak meletup.
I dah makan dekat rumah. Jangan skip breakfast pula ya? I tahu you pun banyak kerja nak kena buat tapi breakfast tu penting. Ingat ya?”
“Inshaallah.”
Lepas siap membancuh secawan milo sejuk, Alisya terus menghadap kerjanya non-stop sampai ke tengah hari. Rata-rata semua pekerja departmentnya tiada masa untuk berhenti sekejap dan berbual dengan jiran sebelah. Masing-masing sibuk mengejar dateline.
“Isya, jom keluar makan.”
“Hurm? Makan? Isya ada banyak lagi kerja nak kena buat ni. Abah keluar makan dengan Aidil sahaja hari ni boleh? Esok kita keluar lunch sama-sama.”
Abah sudah mula bercekak pinggang di hadapan pintu bilik anaknya. Ini yang dia tak gemar dengan anaknya. Kalau sudah menghadap kerja, benda lain langsung tak diambil peduli. Kadang-kadang terlupa makan sebab sibuk buat kerja.
“Isya, dari awal pagi tadi kamu non-stop buat kerja. Apa salahnya berhenti sekejap?”
“Nanti Isya lapar, Isya turun makan dekat bawah.”
Promise dengan abah?”
“Yupp, promise.”
Seperti kebiasaannya, mulut sahaja berkata janji namun dia langsung tidak menjamah walaupun sebutir nasi kerana sibuk menghadap kerja. Dia perlu settlekan semua kerjanya kerana dia dah janji dengan Ibu lepas kahwin nanti dia akan ambil cuti selama sebulan tapi dia belum tentu lagi akan bercuti selama sebulan kerana dia ni seorang yang gila kerja.
KETUKAN di pintu membuatkan fokusnya pada kerja hilang. Hai, siapalah agaknya yang mengganggu dia ketika dia sibuk ini?
“Masuk.”
“Hai, babe. Tengah buat apa tu?”
“Eh, Eqal. Masuk, masuk.”
Alisya terus bangun dan meninggalkan kerjanya yang berlambak itu. Baru seminggu tak bertemu lelaki itu, badan lelaki itu bagaikan dipam-pam.
Busy ke?”
“Boleh tahanlah. Eqal baru sampai KL ke?”
Anggukan Eqal membuatkan Alisya tersenyum. Eqal ni dah tahu baru balik dari jauh, pergilah berehat dulu. Dia tak kisah pun kalau Eqal jumpa dia lewat sedikit. Lagipun dia faham Eqal busy.
“Eqal bawaan Isya sushi yang Isya suka makan tu.”
Alisya terus menutup fail di hadapannya dan menghampiri tunangnya. Ya Allah, terliur dia tatkala melihat sushi di dalam bekas itu. Laparnya… nasib baik Eqal datang bawa makanan.
“Wah, seronoknya. Isya pun belum makan ni. Eqal dah makan ke?”
“Belum lagi. Ni nak makan sekali dengan Isyalah ni.”
“Oh, kalau macam tu tunggu sekejap ya? Isya nak save dulu kerja Isya ni.”
Eqal terus melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk yang berada di dalam pejabat Alisya tu. Hurm, dasyat juga cita rasa minah seorang ni ya?
“Eqal pandang apa tu? Malulah Isya orang seni pandang Isya punya office.”
“Nak malu apa? Eqal rasa cita rasa Isya ni memang bombastic tahu tak? Tiap kali Eqal datang sini, Eqal rasa tenang sahaja.”
Thanks, jomlah kita makan. Isya dah kebulur dah ni.”
“Oh ya, sebelum Eqal terlupa. Happy birthday. Hope Isya suka hadiah yang Eqal belikan ni.”
Alisya merenung calendar di hadapannya dengan dahi yang berkerut. Ya Allah, birthday aku ke ni?
“Hari ni birthday Isya ke?”
Yupp, babe. Tak akanlah terlupa?”
Alisya tergelak kecil bila menyedari yang dia telah terlupa tarikh penting dalam hidupnya. Sibuk menghadap kerja dekat office ni, semua benda dia lupa.
“Dah tua dah pun, tu yang terlupa.”
“Tua apanya? Isya baru dua puluh lapan tahun.”
Huh! Tahulah dia baru berusia dua puluh tiga tahun, tapi perlu ke dia menyebut umur aku dengan jelas dan nyata. Tahulah aku ni bakal-bakal tiga puluh.
“Hei, kenapa ni? Tak suka ke?”
“Taklah, Isya tahulah Isya dah tua tapi tak perlulah cakap umur Isya kuat-kuat.”
Meskipun usia Alisya sudah genap dua puluh lapan tahun, bila kawan-kawan dia jumpa dengan Alisya, mereka merasakan yang umur Alisya dua puluh tiga tahun dan umurnya pula belasan tahun. Semua kawannya beritahu dia satu benda yang sama, dia tak sesuai jika digandingkan dengan Alisya. Dia terlalu kebudak-budakan jika dibandingkan dengan Alisya.
“Walaupun umur dah bertambah satu angka, Isya tetap bertambah cantik dan semestinya awet mudakan?”
“Haha, lawaklah sangat.”
Lepas mereka habis makan sushi, Alisya terus mengemas meja kecil yang mereka gunakan untuk letak makanan dan terus menghadap kerjanya kembali.
“Isya, Eqal malas nak curi masa Isya lama-lama. Isya pun busykan? Eqal balik dulu ya?”
“Okey, thanks Eqal bawakan sushi favourite Isya.”
“You’re welcome. Eqal balik dulu ya?”
Alisya terus bangun untuk menghantar Eqal ke bawah namun Eqal segera menghalang. Dia tahu Alisya banyak kerja dan dia tak mahu mencuri masa Alisya lagi.
“Isya hantar sampai bawah.”
No, it’s okey. Isya tak payah hantar Eqal. Lagipun Eqal ingat nak jumpa uncle sekali.”
Lepas bayangan Eqal hilang di pejabatnya, Hazrill pula datang dengan sekotak kek di tangan dan sebuah hadiah yang sudah dibalut cantik. Bibir Alisya terus melakar sebuah senyuman semanisnya sebaik sahaja terpandang wajah insan yang dirindui separuh jiwa itu.
“Rill…”
Happy birthday, Isya.”
Thanks, jemputlah duduk dulu ya? Cik Nurul, tolong buatkan milo dengan coffee satu ya?”
“Baik, Cik Alisya.”
Alisya terus melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dengan sofa yang Hazrill duduk. Dia langsung tak menyangka yang Hazrill akan ingat tarikh penting dalam hidupnya.
“Isya tak sangka Rill ingat birthday Isya.”
“Susah nak lupa sesuatu benda tu jika melibatkan orang yang kita sayang, Isya.”
Alisya hanya tersenyum mendengar kata-kata Hazrill itu namun dia terasa senyumannya itu penuh kepura-puraan.
“Oh ya, hari tu Niessa beritahu Isya yang Rill dah bertunang. Tahniah ya?”
“Dah sampai masanya. Thanks.”
Hazrill hanya tersenyum hambar ketika Alisya menyebut tentang tunangannya yang dia tak pernah kenali langsung. Dia hanya berharap pilihan kakaknya tepat dan dapat membahagiakan dia. Sesungguhnya sehingga kini dia tak pernah bertentang mata dengan tunangnya malah bercakap melalui handphone pun tidak pernah. Biarlah dia kenal wanita itu ketika wanita itu sudah selamat bergelar isterinya.
“Jomlah kita makan.”
I pergi ambil pinggan sekejap. Boleh kita makan sekali dengan staff dekat luar tu.”
Hazrill mengangguk setuju. Alisya masih lagi Alisya yang dulu. Dia suka berkongsi makanannya dengan orang di sekelilingnya. Hazrill masih ingat lagi ketika mereka celebrate birthday Alisya dulu, Alisya sanggup menghampiri budak-budak yang tengah bermain dan menghulur keknya. Kerana sikap Alisya yang baik hati itulah hati dia terpikat.
Guys, girls… jom kita makan kek sekali. Tinggalkan kerja tu sekejap.”
ALISYA tersenyum puas bila melihat kek yang Hazrill bawa tu habis dimakan akhirnya. Setiap tahun Hazrill akan bawa kek dua tingkat yang bersaiz besar pada hari lahirnya dan dia paling tak suka jika kek itu dibiarkan tak habis.
“Thanks, Rill.”
You’re welcome. Okeylah, Isya. Rill nak kena balik office ni.”
“Thanks sudi datang walaupun Rill sibuk.”
“Kan Rill dah cakap yang Rill akan sentiasa ada dengan Isya. Kalau Rill sibuk sekali pun, Rill akan curi masa untuk jumpa Isya.”
Alisya mengangguk sambil tersenyum. Ya Allah, dia betul-betul bahagia hidup dikelilingi oleh orang-orang yang dia sayang.
“Thanks again.”
“Isya, tak perlu ucap terima kasih pada Rill sebab apa yang Rill buat ni hanya benda kecil sahaja.”
“Walaupun Rill rasa kecil, Isya tetap rasa apa yang Rill buat tu terlalu besar untuk Isya.”
Lepas menghantar Hazrill di hadapan lif, dia dikejutkan lagi dengan kehadiran kawan-kawannya dengan sekotak kek dan beberapa jenis makanan ringan. Kenapalah mereka tak datang sekali dengan Hazrill dan berkongsi beli satu kek sahaja. Dia dah terlebih kenyang dah ni.
“Happy birthday!!”
“Thanks.”
Nampaknya dia akan isi perut pekerjanya sepenuh-penuhnya hari ni. Kesian pekerjanya asyik disumbat dengan kek sahaja perut mereka hari ini.
So, ada plan apa-apa tak untuk birthday you ni?”
“Tak ada plan apa-apa pun sebab busy sangat dekat office ni.”
Niessa, Azie dan Fieda terus menoleh ke arah meja Alisya yang sudah bertimbun dengan kerja. Dasyat betul minah ni baru seminggu kerja, kerja dah berlambak macam tu.
“Baru nak ajak pergi karoke tapi you pula busy.”
Next timelah… sekarang ni memang tak boleh.”
Mereka bertiga menganggukkan kepala masing-masing. Lepas Alisya dah tak busy nanti, mereka boleh keluar bersama nanti.
“Jomlah kita makan kek ni. I lapar pula tengok makanan ni. Last I makan pagi tadi.”
“Banyak job ke kali ni?
“Boleh tahanlah. I ingat bila kerja ni dah settle, I nak pergi bercuti. Nak ikut tak?”
Kawan-kawan Alisya yang lain memang dah sedia maklum yang Niessa sentiasa busy dengan show sana-sini. Kerjayanya sebagai artis tidak membenatkan dia untuk berehat. Bukan mudah nak jumpa Niessa ni kalau tak dibooked awal-awal lagi.
I kena tanya hubby.”
I okey sahaja.”
I pun sama. You beritahu bila nak pergi nanti kita confirmkan tempat semua tu.”
Niessa menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Kadang-kadang dia terasa macam nak bersara sahaja daripada menjadi artis tapi tak juga bersaranya. Mungkin lepas dia kahwin nanti dia akan bersara dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Semua itu kemungkinan sahaja. Dia tak tahu entah bila dia bakal bergelar isteri orang kerana Azmier masih lagi dengan keputusannya untuk tidak melepaskan kedua-duanya.
Girls, I ada berita gembira.”
Aliaya, Niessa dan Fieda terus memandang ke arah Azie yang tersenyum-senyum memandang mereka. Berita gembira apa yang Azie nak kongsikan dengan mereka?
“Berita apa, Azie? I busy sangat sampai tak sempat tengok tv.”
“Dah mula mengarutnya. Bukan berita dekat tv tulah.”
“Cepatlah cakap.”
Azie tersenyum-senyum kambing sambil menunjukkan cincin di jari manisnya. Alisya dan Fieda saling berbalas pandang dengan Niessa. Dengan diakah? Kalau dengan dia, kesiannya Niessa.
“Dengan dia ke?”
Gelengan Azie membuatkan dahi mereka bertiga berkerut. Kalau bukan dengan Azmier, dengan siapa pula? Azie, tolonglah jangan buat kerja gila.
Parent I jumpa dia waktu tunaikan haji hari tu. Tak sangka pula semalam dia hantar rombongan meminang lepas keluarga kami terjumpa semula dengan dia dua bulan yang lepas. And guess what? Hujung tahun ni I akan bergelar isteri orang…”
“Betul ke apa yang you buat ni, Azie?”
Giliran Azie pula yang mengerutkan dahinya sebaik sahaja mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Fieda. Dia ni tak happy ke aku nak kahwin? Patutya dia happy sebab akhirnya aku bertemu juga jodoh akukan?
“Kenapa you cakap macam tu? You tak happy ke I bertunang?”
“Macam mana dengan Azmier?”
Soalan Niessa itu membuatkan dahi Azie semakin berkerut. Kenapa pula dengan Azmier? Apa kaitan Azmier dengan pertunangannya ini? Rasanya hal ini langsung tak ada kaitan dengan Azmierkan?
“Kenapa pula dengan dia?”
“Azie, I tahu you cintakan dia! So, you jangan buat-buat tak tahu pula. I yang sepatutnya pergi dari hidup you dengan Azmier.”
“Niessa, you dah salah faham ni. I buat semua tu bukan sebab tu. I terima pinangan tu bukan sebab you atau sesiapa pun, I terima sebab diri I sendiri. Sebenarnya hubungan I dengan Azmier dah lama berakhir.”

Bersambung...

No comments:

Post a Comment