Thursday, 10 March 2016

Lara Semalam Ep81

DUA minggu sudah berlalu. Kini hari Alisya bakal diijabkabulkan boleh dihitung menggunakan jari. Rumah banglo milik ibu dan abah sudah mula riuh dipenuhi saudara mara yang datang untuk memeriahkan suasana.
Kali ini Alisya dikurung di dalam rumah sendiri dan dihalang untuk pergi ke mana-mana pun tempat seperti rumah kawan-kawan, jumpa mama dan papa, ke pejabat dan banyak lagi. Ibu takut akan terjadi sesuatu kepadanya jika dia melangkah keluar dari rumah itu.
“Isya, sekejap lagi Mak Cik Melur sampai.”
Alisya sudah membuat muka sebaik sahaja mendengar nama Mak Cik Melur. Dia tak fahamlah, kenapa dia perlu mengurut segala bagai. Dia dah tak tahan bila diurut setiap hari. Nak menangis rasanya.
“Oh, no… Isya tak nak mandi bunga or urut-urut semua tu.”
Kak Sara tersenyum sambil melihat satu-satunya adik dia itu. Jelas sangat yang adik dia tak suka diurut setiap hari. Dulu dia pun hairan juga dengan ibunya… kenapa dia perlu diurut segala bagai tapi sekarang dia pasti ibu ada sebabnya tersendiri.
“Nak buat macam mana, arahan ibu perlu dipatuhi.”
Alisya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak setuju. Terasa macam nak lari sahaja dari rumah dan kembali pada hari pernikahannya sahaja.
“Kak Sara dulu macam ni juga ke?”
“Ha’ah, tersangatlah seksa. Waktu tu akak rasa macam nak lari rumah sahaja.”
“Samalah macam yang Isya rasa sekarang ni. Ya Allah, seksanya nak kahwin.”
Pecah tawa Kak Sara dan Alisya lepas itu. Tak sangka mereka fikirkan hal yang sama sewaktu mereka hendak kahwin.
Ketukan di pintu mematikan tawa adik beradik itu. Takut sangat mereka jika yang mengetuk pintu itu adalah ibu mereka. Habislah mereka kalau ibu yang datang.
“Boleh abah masuk?
Kak Sara dan Alisya akhirnya dapat menarik nafas lega bila mengetahui siapa yang mengetuk pintu. Hurm, mujurlah bukan ibu. Kalau ibulah yang mengetuk pintu tu tadi, tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi nanti. Mungkin ibunya akan merajuk dengan mereka…
“Masuklah, pintu tak kunci.”
Kak Sara yang sedang memakaikan inai di jari jemari Alisya terus memperkemaskan kerjanya. Tak naklah jadi cacat nanti inainya. Nanti tak cantik pulakan?
“Bualkan apa tadi?”
“Hal lama, abah.”
“Oh ya, si Aidil tu dari tadi kelam kabut cari kamu Sara.”
Kak Sara hanya tertawa kecil. Aidil tu bukannya risaukan apa…dia tak nak aku buat kerja yang berat-berat sahaja. Bosan pula bila kenduri adiknya, dia tak dapat menolong apa-apa. Tak habis-habis semuanya suruh dia berehat. Dia ni dah terlebih rehat adalah.
“Kejap lagi Sara turun. Buat seketika waktu, Sara nak hang out dengan Isya dalam sangkar ni sekejap.”
Abah menganggukkan kepalanya perlahan. Niatnya datang ke bilik anaknya ini untuk melihat apa lagi yang masih belum siap digubah di dalam bilik ini. Kalau boleh dia nak bilik pengantin ni sempurna seratus peratus.
“Suka hati kamulah. Okeylah, abah turun dulu. Nak kena jemput ibu kamu tu.”
“Ibu ke mana, abah?”
“Sibuk ke sana sini cari apa yang kurang.”
Alisya terus merenung wajah Kak Sara selepas abah menutup rapat pintu biliknya dari luar. Sesungguhnya keputusan Aidil memilih Kak Sara adalah tepat. Jika aku berada di tempat Kak Sara sekarang ni, aku tak yakin yang aku dapat membahagiakan Aidil seperti apa yang Kak Sara lakukan.
“Kenapa tengok akak macam tu?”
“Kak Sara happy tak sekarang ni?”
Kak Sara mengerutkan dahinya bila Alisya mengeluarkan soalan cepu emas itu. Kenapa Alisya tanya dia soalan macam tu? Demam ke apa budak ni?
“Alhamdulillah, akak rasa happy sangat sekarang ni.”
“Baguslah, Isya senang dengar Kak Sara cakap macam tu.”
Kak Sara memeluk adiknya dengan erat. Sampai sekarang dia masih merasa bersalah di atas apa yang dia dah buat dulu. Dia sanggup merampas tunang adiknya sendiri. Kakak apalah dia ni? Susah betul dia nak hilangkan perasaan bersalahnya pada adiknya setiap kali dia terpandang wajah adiknya.
“Hei, kenapa ni?”
“Isya tahu tak walaupun Isya dah maafkan perbuatan akak dulu, sampai sekarang akak tetap rasa bersalah pada Isya. Akak dah rampas tunang Isya….”
Alisya terus menggelengkan kepalanya bila mendengar kata-kata kakaknya. Kakaknya tak pernah rampas apa-apa pun dari dia. Sebenarnya dalam hal ni tak ada sesiapa pun yang rampas hak siapa. Aidil bukan miliknya… dan tak pernah jadi miliknya pun.
“Kak Sara, lupakanlah semua kenangan pahit tu. Mulai sekarang, Kak Sara ingat semua kenangan yang manis sahaja… lagipun Aidil dah jadi suami Kak Sara dah punkan? Baby dalam ni pun tak lama lagi akan keluar untuk tengok dunia. Satu lagi, buang segala input yang ada dalam kepala Kak Sara ni yang mengatakan Kak Sara merampas tunang adik sendiri tu. Isya tak pernah ada tunang nama Aidil, Isya cuma ada abang ipar bernama Aidil. Dan abang ipar Isya tu sangat-sangat menyayangi isteri dan anaknya. Oh, ya. Ceritalah pada Isya sejak bila Kak Sara sedar yang Kak Sara cintakan Aidil?”
Kak Sara nampak teragak-agak untuk bercerita. Meskipun Alisya sudah memaafkan dia tapi perlu ke dia berkongsi kisah hidupnya dengan Aidil pada Alisya? Dia tak mahu melukakan hati adiknya tanpa dia sedari.
“Tak ada apa pun yang menyeronokkan… Isya dah plan nak pergi honeymoon dekat mana?”
“Entahlah. Kak Sara sendiri tahukan Eqal kena pergi sana lepas majlis kami? Kalau tak mengenangkan ibu suruh sanding, lepas nikah Eqal dah pergi dah.”
“Isya masih dengan keputusan tak nak ikut Eqal ke sana?”
“Bukan tak nak ikut cuma Isya dah ada kerjaya dekat sini. Lagipun Eqal masih muda, Kak Sara…. biarlah dia bebas untuk buat apa yang dia nak. Walaupun Isya akan jadi isteri dia, Isya tak akan sesekali menyekat apa yang dia nak buat.”
Kak Sara mengangguk faham. Sekarang ni Alisya dah ada tanggungjawab dekat company tu. Kalau dulu bolehlah dia mahu ke mana sekali pun tapi sekarang tidak lagi.
“Walaupun akak tak suka seorang dekat sana dan seorang dekat sini tapi kalau itu keputusan yang Isya fikir terbaik buat Isya, akak tetap sokong kamu dik.”
“Terima kasih, Kak Sara… Isya sayang sangat dekat Kak Sara.”
Alisya terus memeluk bahu kakaknya sambil tersenyum. Alhamdulillah, kakaknya faham juga dengan situasinya.
“Kalau Isya tak ikut Eqal… Isya still boleh jumpa Kak Sara, ibu and abah. Ada baiknya Isya tak ikutkan?”
“Isya… Isya… itu yang kamu fikirkan? Akak pergi cari Aidil sekejap, nanti dia bising pula. Takut sangat akak buat kerja.”

KETIKA semua saudaranya sibuk mengubah hantaran, Alisya termenung di anak tangga terakhir. Terasa macam cepat sangat dia buat keputusan untuk berkahwin dengan Eqal. Adakah ini keputusan yang terbaik buat dia atau sekarang ni dia khilaf dalam membuat keputusan? Sesungguhnya dia masih buntu lagi adakah pilihannya ini tepat.
“Menungkan apa lagi tu?”
Alisya terus mengurut dadanya bila disergah dari belakang. Sabar sahajalah dia dengan abang ipar dia ni. Nasib baik abang ipar a.k.a suami kesayangan kakak dia, kalau tak dah lama dia belasah cukup-cukup sebab buat dia terkejut.
“Hisyh, you ni Aidil. Suka buat I terkejut dari dulu sampai sekarang. Nasib baik tak ‘jalan’ tahu?”
“Eh, jangan. Nanti siapa yang nak nikah hujung minggu ni kalau you ‘jalan’? Mengamuk ibu nanti. Nanti tak pasal-pasal I yang jadi mangsa.”
“Tahu takut…”
Alisya tertawa kecil sebelum membuang pandang ke arah pelamin yang tersegam indah. Dia mengenakan syarat pada ibunya jika mahu dia bersanding, biarlah majlis persandingannya itu hanya diadakan di rumah sahaja. Meskipun ibu membantah pada mulanya namun dia akhirnya bersetuju. Daripada tak ada majlis bersanding, lebih baik buat di rumah sahajakan? Ikutkan sahajalah permintaan anaknya itu.
“Terima kasih sebab bahagiakan satu-satunya kakak I…”
“Dah tugas I sebagai seorang suami, Alisya.”
Alisya merenung inai yang masih belum kering di jari jemarinya sambil mengeluh perlahan. Rimasnya nak tunggu inai ni kering. Ada juga yang aku jemur dekat luar nanti.
You know what? Kadang-kadang I rasa Kak Sara memang sesuai digandingkan dengan you dari dulu lagi. Tapi I butakan mata I sebab bagi I dulu you milik I seorang.”
“Jadi, dari dulu lagi you dah sedar perasaan I pada Sara?”
Anggukan Alisya membuatkan Aidil terkedu. Jadi dia memang dah lama tahu yang aku sukakan Sara? Tapi kenapa dia tak cakap apa-apa pun walaupun sepatah perkataan berkaitan dengan hal itu?
“Hal yang lama, Aidil. Tak perlu rasa bersalah atau apa…”
“Tapi kenapa you tak pernah cakap apa-apa? Kenapa you tunggu sampai I beritahu you pada hari sepatutnya kita nikah? Kalau you beritahu yang you dah tahu dari mula lagi I pasti tak akan buat you malu sebab I tak datang ke masjid dulu. You tahu tak, sampai ke saat ni I rasa bersalah sangat pada you.”
Alisya memandang wajah Aidil lama sebelum tertawa perlahan. Terkejut betul lelaki tu mendengar pengakuan dia ya? Dia sebenarnya dah lama syak tentang hal itu namun dia diamkan sahaja kerana tak sanggup kehilangan lelaki itu.
“I dah lama syak tapi disebabkan I terlalu sayangkan you waktu tu, I butakan mata I. Dan… I sedar waktu tu istilah cinta tak wujud antara kita berdua lagi. Maafkan I, Aidil. Tanpa I sedari, I dah buat you dengan Kak Sara menderita terlalu lama…”
“Alisya…”
Alisya terus bangun dari duduknya dan tersenyum memandang Aidil. Terasa tak manis pula dia duduk dengan abang ipar dia dekat tangga macam ni. Saudaranya dah pandang lain dah dengan dia tadi.
“I minta diri dulu nak tengok apa yang boleh dibuat dekat luar tu.”
Alisya terus melangkah ke laman rumah untuk melihat apa yang boleh dia lakukan. Khemah-khemah sudah siap terpasang. Dia mengeluh sebaik sahaja melihat persiapan demi persiapan untuk majlis nikah dan persandingannya siap.
“Betul ke apa yang aku buat ni?”
“Isya, apa Isya buat dekat luar ni? Pergi masuk dalam. Nanti kalau ibu kamu tahu kamu keluar, bising pula dia nanti.”
“Isya bosanlah duduk dekat dalam, mama. Lama-lama Isya boleh jadi gilalah…”
Mama menggelengkan kepalanya perlahan. Dia sendiri tak faham dengan adiknya itu. Entah kenapa budak ni nak keluar tak dibagi… apalah yang difikirkan oleh adiknya itu. Anak saudaranya itu pula, kenapalah degil sangat tak mahu mendengar kata…
“Pergi masuk mama kata… kejap lagi bising ibu kamu tu.”
“Yalah…”

SEMUANYA gara-gara panggilan dari Hazrill pada hari ulang tahun kelahirannya, hati Alisya makin tak tenang untuk berkahwin dengan Eqal. Dia masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. Adakah akan membawa bahagia dalam hidupnya atau hanya akan membawa sinar sahaja?
“Isya, menungkan apa dekat sini lagi?”
“Ma, Isya ragu-ragu dengan keputusan yang Isya buat ni…”
Mama terus memegang bahu anak angkatnya itu. Apa maksud Alisya dengan dia masih ragu-ragu dengan keputusan yang dia dah buat?
“Apa maksud Isya? Mama tak faham.”
“Hari tu Rill call Isya… malam birthday Isya tu.”
“Dia nak apa?”
Sekali lagi dia mengeluh perlahan. Kalau dia beritahu mama, apa agaknya reaksi mama? Adakah mama akan marahkan dia atau sebaliknya? Ya Allah, dia terasa macam mempergunakan Eqal sahaja demi melupakan Hazrilll.
“Dia masih cintakan Isya dan tak nak kehilangan Isya. Apa yang Isya patut buat, ma? Isya tak nak menyesal di kemudian hari.”
Mama menepuk bahu Alisya perlahan. Dia sebenarnya lebih suka kalau Hazrill yang akan nikah dengan Alisya esok tapi dia nak buat macam mana? Semua benda dah siap diatur hanya tunggu masa sahaja. Kalau Alisya nak batalkan pernikahan tu, macam mana pula dengan Eqal? Perasaan dia?
“Tetapkan hati Isya. Berapa hari lagi Isya bakal bergelar isteri orang. Mama rasa lebih baik Isya lupakan dia sebab ni tak adil untuk Eqal. Jangan sesekali mainkan perasaan orang, Isya. Walaupun selama ni mama dengan papa sokong kamu, kalau benda melibatkan maruah atau nama baik sesebuah keluarga tu, kami tak akan bertolak ansur. Sudah, mama tak nak dengar benda merepek macam ni lagi.”
‘Ma, kata-kata mama ni membuatkan hati Isya makin terluka…’
Alisya terus mengesat matanya yang sudah mula berkaca-kaca sebaik sahaja dia membelakangkan mama. Dia tak sepatutnya terima Eqal sebab nak lupakan Hazrill. Niat dia dah salah ketika dia mengajak Eqal kahwin.
“Apa patut aku buat? Ya Allah, apa yang patut aku buat?”
Alisya terasa mahu menangis sebaik sahaja terpandang wajah Mak Cik Melur. Ya Allah, bilalah semua ini akan berakhir? Dia dah tak larat nak tanggung kesakitan Mak Cik Melur mengurut.
“Menungkan apa lagi tu? Mari kita mengurut.”
“Kalau tak buat tak boleh ke?”
Alisya terus membuat muka comelnya. Minta-mintalah Mak Cik Melur itu termakan pujukannya kerana dia sudah tak larat lagi untuk menerima apa-apa urutan.
“Kenapa?”
“Saya ni tak suka kena urut.”
Mak Cik Melur ketawa perlahan. Dia sendiri tak tahu kenapa kawan baiknya itu suruh dia datang mengurut bakal pengantin tu setiap hari. Pada mulanya dia enggan tapi disebabkan kawannya itu menawarkan pulangan yang lumayan, dia turutkan jugalah.
Mak cik, boleh ke kita bahagia jika kita kahwin dengan lelaki yang kita tak cintai?”
Kenapa? Kamu tak suka bakal suami kamu ke?”
Tak adalah macam tu, saya hanya nak tahu. Boleh ke bahagia?”
Inshaallah boleh. Kalau kita buka hati kita untuk suami kita, lama-lama kita boleh jatuh cinta pada dia. Dari tak sayang boleh jadi sayang. Kalau kita tutup sahaja pintu hati kita untuk dia, susahlah kalau nak bahagia.”
Alisya menganggukkan kepalanya perlahan. Tapi boleh ke dia jatuh cinta pada Eqal yang sememangnya yang sudah dianggap sebagai adik?
Ada orang cakap kalau inai merah dekat jari tu maknanya mertua sayang.”
Ya ke, mak cik?”
Alisya terus memandang jari jemarinya yang sudah merah berinai. Boleh percaya ke kata Mak Cik Melur tu? Macam mengarut sahaja.
Itu orang yang cakap. Bagi mak cik, tak kisahlah merah ke pudar ke, kalau pandai ambil hati mertua barulah mertua sayang.”
Sembangkan apa tu? Saya nak join sekali boleh?”
Tak ada sembang apa pun. Mengandung anak sulung ke ni?”
Kak Sara hanya menganggukkan kepalanya. Dia malas nak ingat yang dia pernah keguguran dulu. Kalau dia fikir pasal keguguran dulu tu, mahu emosi dia jadi tak stabil. Dia anggap sahajalah yang ini anak sulungnya.
Agak-agak dapat anak perempuan ke lelaki?”
Apa yang Allah bagi saya terima, mak cik. Tak kisahlah lelaki ke perempuan, asalkan sihat dan cukup sifat.”
Hurm, kalau ikut ibunya mesti manis anaknya.”
Kak Sara tersipu-sipu bila mendengar Mak Cik Melur memujinya secara tak langsung. Seronoknya bila ada orang puji kita.
Kalau ayahnya, mak cik?”
Inshaallah, kacak.”
Alisya suka melihat Kak Sara tersipu-sipu malu macam tu. Nampak comel pula kakaknya dengan pipi yang berona merah.
Kalau kamu ada anak nanti, Isya… anak kamu mesti comel-comel belaka. Tak sabar pula nak tunggu anak kamu.”
Muka Alisya terus berubah menjadi merah padam bila diusik oleh Mak Cik Melur. Tak sukalah macam ni. Dari semalam dia asyik kena usik sahaja.
Hisyh, lambat lagilah.”
Dia malu tu, mak cik.”
Tak mahulah kawan Kak Sara macam ni.”
Alisya terus melangkah ke dalam toilet meninggalkan Kak Sara yang masih sakan mentertawakannya untuk membersihkan badannya. Tak selesalah badan melekit macam ni. Entah kenapa dia tiba-tiba jadi rindu dengan Hazrill. Lepas Hazrill call dia malam birthday dia tu, lelaki itu terus menyepi.
Apa khabar agaknya dia ya? Patut ke tidak aku call dia?”
Alisya mengeluh perlahan sambil memandang ke arah cincin di jari manisnya itu. Patut ke aku larikan diri sahaja? Tapi esok majlis pernikahanku… dan kalau aku pergi, macam mana dengan Eqal? Kalau aku lari pun, ke mana aku nak pergi? Tak ada tempat dalam dunia ni yang boleh aku pergi tanpa mereka tahu.
Isya, lama lagi ke? Ibu ajak kita makan sekali dekat bawah.”
Okay, kejap…”
Alisya terus membasuh mukanya sebelum melangkah keluar dari dalam bilik mandi. Alisya, tetapkan hati kau. Hazrill tu hanya mimpi dan Eqal adalah reality dalam hidup kau. Kau kena belajar untuk mencintai Eqal, Alisya.
Bila ibu balik?”
Baru sahaja tadi. Jomlah, kita pergi makan. Mak Cik Melur, jomlah join kami sekali.”
USAI solat subuh, air mata Alisya tidak berhenti mengalir membasahi pipi. Puas dipujuk namun tidak juga berhenti. Hari ini dia bakal bergelar isteri Eqal.
Malam tadi ketika mama melukiskan henna di tangan dan tapak tangannya, Alisya menangis teresak-esak di bahu mamanya. Dia terlalu sebak melihat mama dan ibu bersusah payah untuk menyediakan majlisnya sebaik mungkin.
“Ya Allah, Isya… masih lagi tak berhenti?”
“Kak, Isya tak nak kahwin… tolonglah Isya.”
Alisya ke hulu ke hilir di dalam biliknya untuk mencari telefonnya dengan pipi yang basah. Mana dia letak handphone dia? Dia nak call Hazrill. Dia tak boleh kahwin dengan Eqal.
“Ya Allah, Isya! Kalau ibu dengar nanti mahu dia mengamuk. Dik, cuba jangan buat perangai waktu-waktu macam ni.”
Alisya tetap menggelengkan kepalanya. Dia tetap mahukan Hazrill dan bukan Eqal. Kenapa susah sangat semua orang nak faham yang dia tak mahukan Eqal!
“Isya nak Hazrill.”
“Isya jangan buat benda gila. Isya sendiri yang nak kahwin dengan Eqal. Tak ada siapa paksa Isya waktu Isya buat keputusan nak kahwin dengan Eqal!”
Kak Sara terus menghubungi Niessa, kawan baik Alisya untuk memujuk adiknya. Harap-harap Niessa tu dapatlah tolong dia pujuk Alisya. Dia dah mati akal untuk memujuk adiknya.
Hello, Niessa?”
Niessa yang tengah sibuk bergambar dengan Hazrill itu terus memandang skrin handphonenya. Siapa pula yang call dia waktu macam ni?
“Ya, siapa ni?”
“Ini kakak Alisya. You dekat mana sekarang? Boleh tak you datang rumah kami secepat yang mungkin.”
I ada dekat rumah Hazrill. Kenapa, sis?”
“Alisya non-stop menangis dari tadi.”
“I cuba datang secepat yang mungkin okey?”
Sejak dari tadi Alisya dipujuk oleh semua saudaranya namun seorang pun tak berjaya. Ibu dan mama sudah tersandar di dinding melihat Alisya. Masing-masing dah kehabisan idea untuk memujuk.
“Isya, tolonglah jangan buat perangai. Isya nak nikah hari ni.”
“Kak Sara, Isya tak mahu… tolonglah faham Isya, kak.”
Setengah jam kemudian, Niessa tiba dengan rakan-rakannya yang lain. Alisya ni suka buat dia kelam kabut. Hari tu elok-elok dah terima Eqal sebagai bakal suaminya tapi kenapa sekarang menolak? Isya ni memanglah…
“Assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam.”
“Isya mana, sis?”
“Ada dalam bilik dia. Tolonglah pujuk dia, Niessa. I takut dia buat apa-apa yang tak elok dekat dalam bilik tu.”
Niessa, Azie dan Fieda terus berlari anak memanjat tangga ke tingkat atas. Tolonglah Alisya, jangan buat benda bodoh. Pintu bertalu-talu diketuk namun Alisya masih tak mahu buka pintu.
“Isya, Niessa ni.”
“Isya, tolong buka pintu ni.”
“Isya, Fieda datang ni… tolonglah buka pintu.”
PINTU bilik Alisya akhirnya terkuak juga dari dalam setelah setengah jam mereka bertiga memujuk dan merayu. Masing-masing sayangkan Alisya dan tak mahu sesuatu yang buruk jadi pada Alisya.
“Isya, tolonglah jangan buat kami takut lagi.”
I tak boleh kahwin…”
“Kenapa pula? Selama ni you yang setujukan nak kahwin? Tak ada sesiapa pun paksa youkan?”
Alisya tak henti-henti berjalan ke hulu ke hilir memikirkan macam mana dia nak hentikan majlis ni. Dia ingat dia boleh lupakan Hazrill tetapi ternyata tidak.
I tak boleh…”
“Sebab apa? Sebab you cintakan Hazrill? Stop it, Alisya. You dengan dia sama-sama bakal jadi milik orang lain. Terimalah hakikat yang dia bukan jodoh you.”
Alisya menggelengkan kepalanya laju. Hazrill cakap Hazrill cintakan dia dan dia yakin yang Hazrill tak akan kahwin dengan orang yang dia tak cintai. Dia yakin Hazrill tak akan buat dia macam tu.
“Hazrill beritahu I dia masih cintakan I…”
“Isya, tolonglah sedar! Sampai bila nak hidup dalam kenangan? Eqal tu reality, Hazrill tu hanya mimpi. Tapi kenapa you masih kejar mimpi tu?”
No, Hazrill cintakan I. Kenapa tak ada seorang pun yang faham I? Kenapa you all tak percayakan I?”
Niessa menggelengkan kepalanya perlahan. Kenapa Alisya ni degil sangat? Kenapa dia ajak Eqal kahwin kalau dia masih cintakan Hazrill? Tak akan Eqal tu langsung tak bernilai di mata Alisya?
“Isya, dengar apa yang I nak cakap ni. Saat ini, Hazrill dah bersiap-siap untuk ke masjid. Dia nikah hari ni dan kami bertiga baru sahaja balik dari rumahnya. Tolonglah sedar, Isya. Jangan hidup dalam mimpi sahaja.”
“Hazrill dah nak nikah? Ya Allah, apa yang I patut buat? I tak boleh biarkan Hazrill nikah dengan perempuan tu, dia tak cintakan perempuan tu.”
“Isya, tak akan Eqal tu langsung tak bermakna di hati Isya? Sampai hati you buat dia macam ni. Dia bukan barang yang you boleh ambil bila nak dan buang bila tak nak. Dia ada hati dan perasaan. Tolonglah berhenti jadi budak-budak.”
Alisya terdiam sebelum kembali teresak-esak menangis di bahu Niessa. Ya Allah, dia betul-betul dalam dilema sekarang ni. Patut ke dia teruskan perkahwinan tanpa cinta ini? Lepas nikah dengan Eqal nanti, bukan dia seorang sahaja yang menderita… Eqal akan menderita sama mempunyai isteri yang mencintai lelaki lain.
“Isya, jangan hampakan keluarga you… dan tolonglah jangan hampakan kami.”
Alisya mengesat pipinya sambil mengangguk faham dan terus menggantikan baju yang dipakainya dengan baju kahwinnya berwarna putih yang ditaburi labucci di dalam toilet. Dia rela beralah demi kebahagiaan keluarganya.
Mak andam yang sejak dari tadi menunggu dengan beg make upnya terus mengeluarkan dan menyusun barang-barang yang diperlukan di atas meja solek sementara menunggu Alisya keluar dari toilet. Niessa yang sememangnya minat dalam bidang make up hanya memerhatikan betapa ligatnya mak andam itu membuat kerja.
“Cepat-cepat, kita dah tak ada banyak masa dah.”
Alisya terpegun melihat berus-berus make up yang bersusun itu. Ya Allah, dah macam berus lukisan dan dia tengok. Bermacam jenis dan saiz ada di dalam beg make up itu.
“Hisyh, you ni… tengok mata ni dah sembap.”
Walaupun dia sibuk mengomel wajah Alisya dan sembap gara-gara terlalu lama menangis, tangannya laju menyapu sejenis krim di wajah Alisya. Dalam masa setengah jam, wajah Alisya sudah siap disolek dan kini mak andam tersebut sibuk membetulkan letak tiara di atas kain lace yang menghiasi tudung yang dipakainya.
“Wah, cantiknya you….”
“Pengapitnya mana?”
Oleh kerana hanya Niessa sahaja yang belum berkahwin, dia dipilih untuk dijadikan pengapit di hari bahagia Alisya. Rambutnya yang terurai terus disanggul siput. Walaupun dengan solekan yang natural, kecantikan semula jadi Niessa terserlah.
Azie tersenyum melihat kecantikan Niessa tu. Siapalah dia jika nak dibandingkan dengan Niessa tu? Tengoklah betapa cantiknya Niessa itu. Dia tak rasa pelik bila hubungan Niessa dengan Azmier direstui Mummy Azmier.
“Wah, Niessa… ni kalau tunang you nampak ni, I rasa dia terus ajak you kahwin.”
“Dah mula mengarutnya.”
Niessa dengan Azie masih lagi bersahabat baik setelah apa yang jadi hari tu. Azie ambil keputusan untuk bertunang dengan lelaki pilihan orang tuanya kerana dia tak mahu merebut kasih daripada Niessa. Lagipun orang tua Azmier sukakan Niessa, jadi apa salahnya teruskan pertunangan mereka kerana mereka saling menyintai dan hubungan mereka dah direstui.

NIESSA menarik tangan Azie dan menuju ke balkoni. Dia dengan Azie perlu berbincang mengenai hal mereka. Sudah terlalu lama mereka sepi tanpa apa-apa keputusan muktamad.
Azie, I tahu you cintakan Azmier. Better you putuskan pertunangan you dengan ustaz tu. You tahu tak Azmier macam orang gila lepas dapat kad jemputan dari you?”
“Niessa, I dah redha… lagipun I tak mahu teruskan hubungan yang tak direstui keluarga... niat I ikhlas nak jemput you dengan dia…”
I akan pujuk mummy.”
Azie menggelengkan kepalanya laju. Dia dah terima hakikat yang Azmier bukan jodohnya dan dia menerima pinangan Fahmi itu dengan hati yang terbuka. Sejak dia berkenalan dengan Fahmi, jiwanya semakin tenteraman dan dia mula mendekatkan diri dengan PenciptaNya.
I dah bertunang dengan Fahmi. Lagipun kalau I kahwin dengan dia, dia boleh bimbing I ke arah kebaikan. You sendiri tahu I ni bukannya baik sangat.”
But…”
I redha I dengan dia tak ada jodoh.
Sayup-sayup kedengaran suara Azie dan Niessa menyapa telinga Alisya. Apa yang mereka bualkan di balkoni tu? Mereka bincangkan hal mereka ke? Belum settle lagi ke hal mereka berdua tu?
“Niessa, Azie… apa yang kau orang bincangkan tu? Kenapa tak masuk dalam?”
“Kami ambil angin dekat luar ni.”
Alisya merenung skrin handphonenya perlahan sebelum dia menghantar satu pesanan ringkas kepada Hazrill yang berbunyi selamat pengantin baru. Tak apalah, dia redha. Mungkin ini jodoh yang tepat buatnya.
“Isya, dah cantik-cantik macam ni tak naklah menangis.”
I okey, jangan risaukan I.”
Alisya mengeluh perlahan. Dia tiada pilihan lagi dan dia terpaksa untuk melupakan Hazrill dan cinta mereka. Selamat tinggal dan selamat pengantin baru, sayang. Semoga Rill bahagia dengan si dia.
“Jom kita ambil gambar nak puas-puas.”
Tanpa sesiapa sedari, Niessa telah menghantar salah satu gambarnya dengan Alisya kepada seseorang. Itu atas permintaan orang tersebut. Katanya tak dapat hadir ke majlis pun tak apalah kalau dapat melihat gambarnya.
“Cantik…”
“Isya… abah kata lagi setengah jam kita gerak ke masjid.”
Alisya menganggukkan kepalanya sambil tesenyum. Walaupun Alisya sedang tersenyum, Azie, Fieda dan Niesa tahu Alisya sedamg menyembunyikan perasaannya. Mereka tahu ada air mata yang menitis di sebalik senyuman Alisya itu.
“Baik, ibu.”
“Cantiknya anak ibu ni.”
Alisya tergelak kecil meskipun hatinya sudah meraung hebat. Apa salahnya berpura-pura demi orang yang kita sayangi? Tak salahkan?
“Tengoklah anak siapakan?”
Niessa yang sememangnya tahu Alisya berpura-pura bahagia terus berjalan ke balkoni. Dia sedih bila melihat kawan baiknya sendiri berpura-pura bahagia di hadapan orang lain sedangkan hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa menderitanya kawan baiknya itu.
“Niessa mana?”
“Eh, tadi dia ada dekat sini.”
“Ni hah, ada dekat balkoni ni. You buat apa dekat sini?”
“Sahaja nak ambil angin.”
Alisya terus berjalan ke arah balkoni. Dia ingin melihat suasana di luar ketika majlisnya. Hurm, tak sangka tetamu yang datang seramai ini.
“Alisya…”
Alisya melambai ke arah Iskandar yang memanggil namanya. Tak sangka pula yang Iskandar sanggup datang ke majlisnya bersama dengan anak-anaknya. Terharu pula dia dengan Iskandar yang sanggup datang dari jauh untuk memeriahkan majlisnya.
“Marilah naik atas.”
“Kejap lagilah. Budak-budak ni nak makan.”
“Oh, okey…”
Alisya terus melangkah masuk ke dalam sebaik sahaja terperasan yang tetamu yang lain sudah memandangnya. Terasa malu pula berlambai-lambai dengan lelaki yang mempunyai anak. Entah apa pula comment mereka nanti.
bersambung...

No comments:

Post a comment