Sunday 10 November 2013

Lara semalam versi cerpen

Alisya langsung tak menyangka setelah empat tahun berlalu,dia kembali semula ke tempat yang menyimpan segala suka dan dukanya ketika ditinggalkan Aidil di majlis perkahwinannya dulu.Kedatanganya ke tempat ini berbeza daripada dulu kerana dahulu dia datang berseorangan tetapi kini dia ditemani oleh keluarganya yang tercinta.

Hurm,tenangnya duduk di sini.Rasa sayang pula nak tinggalkan tempat ini walhal sudah tiga jam dia duduk merenung pantai.Terlupa pula dia pada si kembar yang mungkin sedang nyenyak tidur dan si suami yang tercinta.

'Ya Allah,sayang.Dekat sini rupanya sayang duduk.Merata tempat tahu abang cari sayang.Lain kali kalau nak pergi mana-mana bagilah tahu abang.Sayang tu kan tengah sarat,kalau tiba-tiba bersalin dekat sini macam mana.'

Alisya hanya tersenyum mendengar suaminya membebel.Sejak dia mengandung kali kedua ini,mulut suaminya macam bertih jagung,membebel dua puluh empat jam berbeza dengan waktu dia mengandungkan si kembar itu.

'Orang penat membebel,dia boleh pula senyum.Sayang,dengar tak apa yang abang cakapkan ni?'
'Abang nampak lainlah hari ni,makin handsome pula Isya tengok suami Isya ni.Kenapa handsome sangat suami Isya hari ni?'
'Handsome?Bukan dari dulu ke abang handsome?'
'Memanglah tapi hari ini abang terover handsome dari biasa.Isya rasa terjatuh cinta dengan abang berkali-kali hari ni.'

Alisya terus memaut lengan suaminya dan kembali merenung ke arah laut melihat pelancong yang sedang seronok melakukan aktiviti air seperti menaiki jet ski dan naik banana boat.Kalaulah bukan sebab dia dah terlalu sarat mengandung,mahu sahaja dia melakukan semua aktiviti itu.

'Tenang betul dekat sini kan?'

Si suami hanya mengangguk sambil merenung laut yang terbentang indah di hadapan mereka itu.Indahnya ciptaan Allah swt.Terasa sayang pula nak tinggalkan tempat ini.

**
{IMBAS KEMBALI}

Alisya hanya mampu memandang saudara mara mereka sedang sibuk menguruskan itu dan ini untuk menjayakan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada keesokan harinya.Walaupun dia telah memberikan persetujuan untuk berkahwin dengan Haikal, hatinya menolak keras dengan perkahwinan ini.Kalau boleh mahu sahaja dia menjerit meminta agar mereka menghentikan semua persiapan perkahwinan ini.

'Isya,apa yang kamu buat dekat bawah ni?Kan ummi suruh Isya berehat sahaja di dalam bilik?Nanti ummi suruh bibik hantar makanan ke atas.Dah,pergi naik and berehat.'

Alisya kembali memanjat tangga ke tingkat atas.Takut sangat dia lari sebab itu ummi tak bagi dia keluar dari bilik sehingga hari perkahwinannya tiba.Bosan sungguh berkurung di dalam sangkar emas ini,dia terlalu rindukan dunia luar.

Pasti ketika ini Hazrill sedang menghitung hari.Dengar khabar dari Kak Zita,Hazrill bakal dinikahkan pada hari yang sama dengan hari dia kahwin.Betapa tak senang duduknya Alisya bila mengetahui lelaki yang dicintainya bakal berkahwin.Dan dia,dapatkah dia membahagiakan Haikal sebagai seorang isteri?Dia terlalu takut yang pernikahan ini merupakan satu kesilapan.

'Cik Isya,bibik datang bawakan makanan ni.'
'Letak sahaja di situ,bik.Isya belum lapar lagi.'

Selepas meletakkan dulang berisi makanan itu di atas meja solek,bibik terus melangkah keluar dari dalam bilik Alisya.Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan gara-gara perkahwinan Alisya itu.

'Hai,Isya..Kenapa tak makan lagi?'
'Belum lapar lagi.Ni kak Sara pakai cantik-cantik ni nak ke mana?'
'Akak baru balik dari kliniklah.'
'Oh,ingatkan nak keluar berjalan.'

Kak Sara menepuk bahu adiknya perlahan.Dia tahu adiknya bosan kena kurung di dalam rumah.Mahu sahaja dia bawa adiknya keluar berjalan tetapi perintah ummi tak boleh diingkari.Jadi terpaksalah dia membiarkan adiknya itu kebosanan di dalam rumah.

'Kak Sara...'
'Hurm?'
'Isya tak nak kahwin.Macam mana kalau pernikahan ni satu kesilapan?'
'Isya,tak baik cakap macam tu.Kalau ummi atau mummy Haikal dengar,mahu mereka kecil hati.'

Alisya mengeluh perlahan sambil berjalan ke arah balkoni.Khemah-khemah sudah terpacak di hadapan rumah.Kalau dia lari dari rumah ini,pasti ummi dengan babah akan kecewa dengan dia.Tapi dia tak boleh berkahwin dengan Haikal kerana dia tidak mencintai lelaki itu.

'Isya,dengar apa yang akak nak cakapkan ni.Walaupun apa pun terjadi,perkahwinan Isya ni kena diteruskan juga.Ummi dengan babah dah cukup kecewa waktu akak buat hal dulu.Isya jangan kecewakan hati ummi dengan babah ya?'
'Baiklah,Isya janji dengan Kak Sara.'

**

Tepat jam sepuluh pagi,Alisya sudah siap didandan dan berpakaian pengantin.Dari tadi saudara maranya asyik bergambar dengan dirinya macam dia tu artis pula.Disuruh senyum dia senyum dan disuruh berdiri dia berdiri.

'Isya,mainkan satu lagu untuk kami.Dah lama tak dengar kau main piano.'
'Nak lagu apa?'
'Apa-apa pun okey.'

Alisya terus berjalan menghampiri piano yang sudah lama terbiar di dalam biliknya.Kali terakhir dia menyentuh piano itu ialah sehari sebelum dia bergelar tunangan Aidil.Aidil tidak menggemari dia bermain muzik,jadi disebabkan dia terlalu sayangkan Aidil,dia sanggup berhenti bermain piano dan alat muzik yang lain.

Even if it hurts, pretending as it's nothing
Even if tears fall, knowing how to hide them
Placing it in one side of the heart
And knowing how to smile as if nothing is wrong
This is the way to break up

My heart is growing dim again
The many lingering attachments are pulling down
It will probably be erased, it will probably become faint
We will probably forget each other

My meaningless day will probably pass by
Our one of a kind love is like it never happened
Even if I say I miss you, I can't ever see you
Even if it hurts, I need to withstand it
This is the way to break up

I'm used to days without you now
Tomorrow will be a little more comfortable
I will forget you little by little

Sometimes, I will think of you
Only good memories will remain

Only my welled up tears remember you
And there are so many traces of happiness
To me, love is such a painful thing
Even if it hurts, I need to withstand it
I will probably forget like this


Kak Sara yang kebetulan lalu di hadapan bilik Alisya terpaku di muka pintu melihat adiknya kembali bermain piano.This is the way to break up adalah lagu kegemaran Hazrill.Dan pada hari ini,setelah beberapa tahun Alisya kembali memainkan lagu tersebut.

'Isya,Sara...Buat apa lagi tu?Cepat,pihak lelaki dah sampai dekat masjid dah ni.'
'Dah sampai ke,ummi?'
'Dah,buat apa depan piano tu?Lepas kahwin nanti nak belek piano tu siang malam pun tak apa.Dah cepat!'

**

Sampai sahaja di masjid,cameraman tak henti-henti mengambil gambar Alisya.Terasa rimas pula cahaya flash camera menyilaukan mata.Ada juga yang kena kaki sekejap lagi.Siapa punya kerjalah upah cameraman segala bagai ni. Ini mesti kerja kakaknya ni.

'Isya,handsomenya laki kau.'
'Isyh,kau ni...Macam tak pernah tengok Eqal pakai baju melayu pula.'
'Masalahnya ini...'

Alisya langsung tak menoleh ke arah sesiapa pun.Dia leka memandang jari jemarinya yang sudah berinai merah.Alisya,kau kena juga teruskan perkahwinan ini,jangan lari Alisya.Ingat pesanan Kak Sara tu.

Alisya terpinga-pinga bila suasana di dalam masjid jadi meriah.Tadi diam sahaja masing-masing,ni kenapa tiba-tiba ada yang berpelukan dan kenapa ummi menangis?

'Alhamdulillah,anak ummi dah selamat jadi isteri orang.'

Alisya hanya membiarkan tubuhnya dirangkul kemas oleh umminya.Oh,aku dah jadi isteri orang dah?Kenapa aku tak rasa apa-apa pun?Aku langsung tak rasa teruja langsung dengan perkahwinanku sendiri.Kenapa perasaan aku kosong sekosongnya?

'Isya,suami kamu nak sarungkan cincin tu...'

Alisya terus mengangkat kepalanya untuk melihat lelaki yang telah menjadi suaminya. Berubah terus wajah Alisya dan suaminya sebaik sahaja melihat pasangan masing-masing.Mana Eqal?Kenapa Hazrill pula yang berada di hadapannya?

Hazrill memandang ke arah Hazita namun Hazita hanya tersenyum sambil mendiamkan diri. Tak sangka betul kakaknya sanggup mempermainkan dia sebegini rupanya.Malam tadi semalaman dia menangis kerana terpaksa kahwin dengan wanita yang dia tak cintai tapi rupa-rupanya wanita itu adalah Alisya.

'Ummi,apa semua ni?Mana Eqal?'
'I ada dekat sinilah...Hazrill,apa tunggu lagi?Cepatlah sarung cincin tu?Perut kami ni dah minta diisi.'
'Tapi,ummi...'
'Kita settlekan dulu hal ni baru ummi terangkan semuanya.'

Hazrill terus menyarungkan sebentuk cincin yang di pilih oleh kakaknya sendiri ke jari manis Alisya.Menitis air mata Alisya ketika dia menyalami tangan suaminya.Dia betul-betul terharu dengan perbuatan keluarganya.Ya Allah,terima kasih kerana memberikan aku suami yang amat mencintaiku.

**

Malam itu semua yang terlibat dalam kes menyatukan Hazrill dan Alisya semua berkumpul di ruang tamu di tingkat bawah sementara menunggu Hazrill dan Alisya turun untuk mendengar penjelasan mereka berdua.

'Aunty,Isya dengan Hazrill dah turun.'
'Okey.'

Alisya terus melabuhkan punggungnya di sebelah ummi dan babah sementara Hazrill hanya berdiri di tepi kakaknya.Entah mengapa,malam itu dia tiba-tiba jadi segan dengan keluarga isterinya walhal selama ini bukan dia tak pernah jumpa mereka pun.

'Ummi,babah...And semua yang ada...Isya nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab sanggup lakukan semua ini demi kebaikan Isya.Terima kasih sangat-sangat.Tak sangka juga kau orang ni diam-diam ubi berisi juga ya.'
'Sama-sama,sayang.'
'Tapi,bukan kau orang sahaja yang ada kejutan untuk Isya dengan Rill hari ni.Kami pun ada.'
'Apa dia?'

Alisya tersenyum sambil memandang suaminya.Nampak sangat masing-masing tak sabar nak dengar kejutan yang akan mereka beri.Tapi macam mana kalau kejutannya tak menjadi?

'Rill dengan Isya akan sponsor family kita pergi bercuti ramai-ramai.'
'Bercuti?Ke mana?'
'Oleh sebab kami baru sahaja terfikir nak buat trip tu maybe dalam negara sahajalah sebab ada yang dah nak kerjakan lusa?'
'Dalam negara pun dalam negaralah asalkan orang sponsor.'
'Eh,shopping sponsor tak?'

Ummi dengan babah hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Macam-macamlah keluarga mereka ni.Suka sangat nak mengenakan pasangan pengantin baru tu.

'Yang itu sendirilah ya?Botak pula kepala Hazrill nak bayar kau orang punya barang shopping.Taste masing-masing dah lah tak menahan.So,kau orang ada idea tak nak pergi bercuti dekat mana?'
'Apa kata kita bercuti dekat rumah dekat cameron tu.Nak tak?Kita boleh buat bbq dekat sana?And of courselah yang itu Hazrill dengan Alisya yang kena sponsor.Kau orang setuju tak?'
'SETUJU!'

**{SEKARANG}

Alisya tersenyum sambil membetulkan lilitan tudungnya.Hari ini genap empat tahun usia perkahwinan dia dengan Hazrill.Dan malam ni Hazrill akan membawanya keluar makan seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

'Ummi,Auni dengan Haziq mana?Senyap sahaja rumah ini dari tadi.'
'Ada tu tengah tengok tv dengan babah kamu tu.Dia orang kalau dengan atuk dia memang terus lupakan mama dengan papa dialah.'
'Biasalah tu,ummi.'

Alisya terus menyembur perfume kegemarannya ke pergelangan tangan sebelum mencapai handbagnya dia atas meja.Aduh,kenapa perut aku ni sakit semacam sahaja?Dah nak bersalin ke aku ni?Sabar,Isya...Tarik nafas,hembus...Mungkin perasaan kau sahaja kot.Perutnya segera diusap perlahan.Sayang nak sambut ulang tahun perkahwinan mama dengan papa sekali ke?

'Kenapa,Isya?'
'Entahlah,ummi.Perut ni rasa sakit sangat-sangat...'
'Dah nak bersalin kot...Ummi panggilkan babah dengan Hazrill.Kita pergi hospital sekarang.'
'Ummi ni risau sangatlah.Mungkin belum lagi.Nanti buat penat sahajalah kita pergi hospital.'

Ummi terus meninggalkan Alisya dalam bilik dan memanggil suami dan menantunya itu.Tak kisahlah lambat lagi ke apa,yang penting mereka kena pergi hospital sekarang.Manalah tahu ada masalah pada bakal cucunya itu ke apa.Tapi kalau ikutkan anaknya itu sudah cukup bulankan?

'Ummi!!!!'
'Ya Allah,Alisya!'

**{BEBERAPA JAM KEMUDIAN}

Hazrill menggenggam erat tangan isterinya yang masih belum sedarkan diri selepas selamat melahirkan anak mereka.Mungkin gara-gara kesan kena bius itu yang sampai sekarang dia masih belum sedarkan diri.

'Bilalah sayang nak bangun ni?'
'Assalamualaikum,Hazrill.'
'Haikal?Wa'alaikumussalam.Bila kau balik sini?'
'Aku baru sahaja sampai Malaysia.Bila dapat tahu dari ummi,aku terus datang sini.Baby okey?'

Hazrill menganggukkan kepalanya laju.Sayang,bangunlah.Ni sepupu kesayangan awak ni datang melawat.Mesti sayang sukakan jumpa Haikal?

'Baby dengan Alisya okey sahaja.Cuma Alisya sahaja belum sedarkan diri.Mungkin sebab ubat bius rasanya.'
'Tahniahlah,ya?Aku dengar kau dengan Alisya dapat anak kembar hari tu?Betul ke?'
'Ha'ah,Auni Haziqah dengan Haziq Alfi.Mungkin petang ni mereka datang ke sini.'
'Wah,seronoklah kau dengan Alisya.Ramai betul anak kau ya?'

Alisya terbangun dari lenanya gara-gara mendengar suara orang yang sedang bising bersembang.Suara yang satu tu,dia amat kenal sekali dan suara yang lagi satu tu macam biasa sahaja dia dengar sebelum ini.

'Abang...'
'Sayang dah bangun?Sayang,ni Haikal datang melawat sayang ni.'
'Hai,beb.Kau okey?'
'Eqal?Bila kau balik sini?'
'Baru sahaja...By the way,congratslah Alisya.Dah bertambah dah anak kau.'

Alisya menganggukkan kepalanya lemah sambil tersenyum.Sesungguhnya dia masih lagi tak bertenaga untuk bergerak.Sekarang ni dia terasa nak tidur sahaja.

'Ya Allah,terlupa pula aku.Sekejap ya?'

Haikal terus melangkah keluar dari wad meninggalkan pasangan suami isteri itu yang pelik melihatnya.Kenapa dengan Haikal tu and apa yang dia terlupa?

'Kenapa dengan Eqal tu,sayang?'
'Manalah Isya tahu,abang ni...'

Mata Alisya terus membulat sebaik sahaja melihat Haikal masuk semula ke dalam wad bersama bekas kekasih Haikal yang sedang berbadan dua.Ceria sahaja melihat wajah Haikal ketika itu.

'Lynn?'
'Isya,Hazrill...Aku nak kenalkan,ni wife aku.'
'Kau dah kahwin Eqal?Sampai hati kau tak jemput aku kan?Main kahwin senyap-senyap sahaja.'

Lynn tersenyum sambil menghampiri Alisya untuk bersalam.Walaupun wajah Lynn nampak pucat namun masih kelihatan seri orang mengandungnya.Betuah punya Haikal,berani dia kahwin tak jemput aku.

'Tahniah,Kak Isya.'
'Tahniah,Lynn...Dah berapa bulan dah ni?'
'Baru lima bulan,kak.'

Hazrill terus bangun dari duduknya untuk memberi laluan pada isteri Haikal untuk duduk.Tak akanlah nak bersembang sambil berdiri sedangkan dia berbadan dua.

'Sayang bersembanglah dulu ya?Abang pergi turun bawah sekejap belikan sayang makanan.Haikal,jomlah ikut aku.Kalau kau duduk sini sahaja mati kutu pula kau nak sembang apa dengan wanita-wanita ini.'
'Okey juga.Lynn,I ikut suami Isya sekejap ya?'
'Okey.'

**

Alisya tersenyum melihat anak-anaknya nyenyak tidur.Alhamdullillah,setelah beberapa tahun aku kecewa,akhirnya aku berjaya memperoleh kebahagiaan yang tak terhingga.Semua ini terjadi kerana adanya suami yang cukup sempurna di sisinya untuk menjalani hari-harinya.

'Sayang,kenapa tak tidur lagi?Dah pukul satu pagi dah ni.'
'Isya tak mengantuk lagilah,abang.'
'Sayangkan tengah dalam pantang,janganlah tidur lewat sangat.Ni kenapa tak pakai stoking lagi ni?'
'Sekejap lagi Isya pakailah.Tadi Isya pergi toilet,tu yang Isya buka tu.Takut basah pula nanti.'

Hazrill terus melangkah keluar dari bilik anak-anak mereka tanpa bersuara.Eh,suami aku marah aku ke sebab tak pakai stoking lagi?Aku bukan tak nak pakai,sekejap lagi aku pakailah.Kolam mata Alisya terus bertakung dengan air mata.Entah mengapa,sejak akhir-akhir ini,dia terlalu mudah untuk menangis.

'Lah,kenapa sayang menangis ni?Abang ada buat salah ke?'
'Isya ingatkan abang marahkan Isya.'
'Abang tak marahlah,sayang.Abang ambilkan stoking bersih untuk Isya pakai.Sini,abang pakaikan.'

Air mata Alisya terus menitis gara-gara terharu yang teramat sangat melihat suaminya yang sedang berhati-hati menyarungkan stoking ke kakinya.Ya Allah,aku bersyukur sangat kerana kau telah memberikan suami seperti Hazrill untuk diberi pinjam kepadaku di dunia ini.Kehadiran suamiku ini sungguh membahagiakan diriku sekaligus melengkapkan hidupku.

'Isya kena sentiasa pakai stoking tahu?Abang tak naklah Isya sakit lepas ni.'
'Abang,terima kasih.Isya sayang abang sangat-sangat.'
'Dah,jangan menangis lagi.Sayang tu tengah dalam pantangkan,ummi cakap tak elok kalau sayang asyik menangis sahaja.'

Makin laju air mata Alisya mengalir bila dipujuk oleh suaminya.Kenapa tak nak berhenti menangis ni?Alisya,janganlah menangis lagi...Kenapa tak boleh berhenti lagi ni?

'Abang pujuk makin kuat pula sayang abang ni menangis.Comel betul sayang abang ni...Abang jual boleh?'
'Waaa,abang jahat.Abang tak sayang dekat Isya...'
'Hei,siapa kata abang tak sayang dekat Isya?Mestilah abang sayang.Sayang sangat-sangat tahu?Dah.jangan menangis dah.Abang bergurau sahaja tadi.'

Hazrill terus merangkul tubuh isterinya dengan penuh kasih sayang.Ya Allah,dia terlalu bahagia dengan perkahwinan ini.Semoga mereka akan kekal bahagia begini pada hari-hari yang mendatang.Amin.






2 comments:

  1. me kasih yer dik yanie...akhir nyer hepi ending...hezrill dn alisya bahgia bersama anak2...akk suker sngt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry ya lmbt update episode bru untk lara semalam sbb laptop ad mslh...so sy trpaksalah jdikn lara semalam tu cerpen n jalan cerita agak berbeza skit untk novel dgn cerpen...sorry and thanks sbb sudi bce

      Delete