Monday 1 October 2012

Yang dimiliki bukan cinta


Pertemuan semula dengan Helmi,rakan sekolah rendah yang dulunya aku tak tegur dalam kelas kerana mengganggap dia sombong membuatkan kami menjadi rapat.rupa-rupanya,dia tidaklah sesombong yang aku sangka.
            Selepas setahun keluar bersama,terbit rasa cinta di hati kami..Aku mula mengenali siapa Helmi yang sebenarnya.Dia sungguh caring,kalau nak kan sesuatu dia pastikan akan usahakan sampai dia dapat,Helmi akan jadi rimas bila berada di tempat awam.Helmi juga pandai memujuk dan mencairkan hati aku.
“Weh,perasan tak mak cik tu dari tadi asyik senyum sendiri.Nak kata dia tengah tengok tv,tv tutup.Nak kata tengah mesej,tak ada pulak pegang handphone.”
            “Biarkanlah dia,Melyna.”
            “Masalahnya kalau kita biarkan nanti,orang cakap dia gila pulak.”
            “Kau ni nak masak ke apa,Melyna oii?”
            “Masak sambil bercakap pasal kawan kita seorang tu.”
            Adawiyah hanya menggelengkan kepalanya dan terus membasuh sayur sebelum disiang.Mungkin Nur dah ada kekasih,tu yang dia senyum seorang..
            “Ad,kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
            “Ye,aku dengar..”
            “Nur,tak nak tolong kami masak ke?”
            “Ok..”
            Adawiyah dengan Melyna saling berpandangan bila Nur menyiang ikan sambil tersenyum.Apa kena dengan Nur hari ni?
            “Nur,kau okey tak ni?”
            “Okey je,kenapa?”
            “Dari tadi kau senyum je.Apa hal?”
            “Aku senyum ke?”
            “Kalau aku rendam kepala kau dalam kari ni baru kau tahu kau senyum ke tak.”
            Nur hanya mengangguk faham.Maksudnya memang aku senyumlah dari tadi?Hehe,fikir tentang dia punya pasal lah ni.
            “Tak nak share dengan kami?”
            “Nak share apa?Tak ada apa-apalah.”
            “Tak ada apa kau cakap?Senyum sampai macam tu sekali kau cakap tak ada apa?”
            Nur hanya menganggkat bahu.Malulah nak cerita dekat dia orang ni.Nanti dia orang mesti gelakkan aku.Lebih baik aku diamkan je.
            “Yelah,orang tak nak cerita..”
            “Ala,Melyna merajuk ke?Okeylah,nanti aku cerita.Tapi bukan sekarang.”
            “Janji eh?Mengelat siap.”
            “Ye,aku janji.”
            Usai makan malam,kami bertiga lepak di ruang menonton di tingkat atas.Masing-masing tersandar kekenyangan.
            “Bila nak cerita ni?”
            “Okey..Aku cerita...”
            Baru je Nur nak mula bercerita.Handphonenya di dalam bilik menjerit minta diangkat.Melyna dah menarik muka.Heheheh,to be continued..
            “Hello..”
            “Hai,Nur.Tengah buat apa tu?”
            “Tengah tengok tv..Mie?”

No comments:

Post a Comment