Monday 1 October 2012

Mrs cerewet cintaku


Sebaik saja dua orang jururawat pelatih keluar dari biliknya, dia membaringkan semula badannya ke katil. Dia mengiringkan badannya menghadap ke arah tingkap yang berada di sebelah kirinya.Hisyh,tak s elesa betul lah dekat sini.Apasallah dia bawa aku ke sini?
            “You nak makan?”
            “I tak ada mood nak makan.”
            “Kenapa ni,sayang?”
            “You boleh tanya kenapa?You tahu tak I tak suka hospital ni?!Service slow,kasar pulak tu.Ni hah,katil ni keras tahu tak?Sakit badan I baring atas katil ni.Panas gila bilik ni.Ada kipas macam tak ada kipas.Makanan dia pun tak sedap.I mana boleh hidup dalam keadaan macam ni.I tak kira,I nak pergi hospital swasta.”
            “Finie,I bawa you datang sini sebab ini yang paling dekat dengan rumah nenek I.Lagi pun kalau nak ke hospital swasta,I kena bawa you turun bandar.Dekat kawasan kampung macam ni mana ada hospital swasta.You sabarlah untuk beberapa hari.”
            “No!I lagi rela kalau you bawa I balik rumah daripada you suruh I duduk sini beberapa hari lagi.”
            Lewat petang tu,Afinie tetap berkeras mahu balik ke rumah daripada duduk di hospital untuk beberapa hari.Lagi mengusutkan keadaan,nenek menyokong tindakan Afinie.
            “Fal,Finie tu kan lembut orangnya,dia orang tak patut layan Finie kasar-kasar.Nanti,makin sakitlah dia.”
            “Tapi nenek....”
            “Ikutkan apa yang Finie nak..Nenek tak nak apa-apa jadi pada dia.”
            Ikutkan jelah apa yang Afinie nak.Demi kebaikan dia jugakkan?Aku terus melangkah keluar dari wad tu..
**
            Dua minggu lepas tu,barulah Afinie dibenarkan balik ke rumah.Yang paling happy Afinie dapat balik ke rumah adalah staf-staf hospital.Perempuan cerewet dah nak balik,siapa yang tak gembira?Sepanjang dua minggu Afinie di hospital,semuanya ditengking dimarah bila ada yang khilaf.Hanya Dr.Hakif saja yang dapat tahan dengan sikap mereng perempuan tu.Dimarahi macam mana pun dia tetap mampu tersenyum.
            “Seronoknya dapat balik rumah...You tahu tak,I rasa lega sanggat tak payah pandang muka Dr.Al-Bosan tu lagi.”
            “Al-Bosan?”
            “You,dia tu I cakap apa pun dia senyum dua puluh empat jam.Boleh sakit jiwa bila tengok muka dia.Membosankan pulak tu.I rasa macam bercakap dengan dinding tahu tak?You pun satu,bukannya nak jenguk I dekat hospital tu.”
            “I busy,sayang.Nenek kan pergi umrah.”
            “Hurm,cakap jelah you suka I duduk hospital tu lama-lama.Tak ada lah you kena menghadap muka I,tak adalah you kena ikut apa yang I nak,tak adalah siapa nak bebel dekat you bila you pakai baju serabai.Tak ada siapa nak marah bila sesuatu yang you buat tu tak perfect.”
            “You ni,Finie..You baru je keluar dari hospital..Cuba jangan banyak marah,nanti daripada you tak ada darah tinggi terus jadi ada.”
            “You mendoakan I ke?!”
            “Mana ada,I cuma rasa yang you patut kurangkan marah orang.And please,percayakan apa yang I buat.”
            “I nak balik KL!Now!!”
            See?Hurm,apa-apalah Afinie oii..Malas betul nak bergaduh dengan dia.Sebenarnya,tak ada sebab aku nak melawan cakap dia sebab apa yang Afinie cakap ada betulnya.Sehari tanpa Afinie atau rungutannya adalah hari paling bahagia buat aku.Sekarang ni,aku tak tahulah ke mana pergi rasa sayang dan cinta aku pada Afinie dulu.
            Masa mula-mula bercinta dengan Afinie,mulut dia tetap macam tu jugak.Tiada apa yang berubah cuma dulu lagi teruk.Namun aku tak begitu kisahkan tentang rungutannya yang terlalu mencari kesempurnaan.Aku jatuh cinta padanya kerana sikap dan apa yang dilakukan semuanya mementingkan kesempurnaan.Aku sentiasa mengkagumi setiap kerja yang dilakukan Afinie kerana kerjanya terlalu sempurna untuk dinilai.Tapi,makin lama,perasaan tu hilang dengan sendirinya.
            “You dengar tak apa yang I cakap dari tadi ni?”
            “I dengar.Okey,lepas kita ambil barang-barang dekat rumah..Kita terus gerak ke KL.”
            Aku mengemas beg pakaianku sendiri.Naufal ni tak nak pujuk aku ke?Selalunya tak sampai tiga minit dia dah pujuk aku.Tapi,ni senyap je?Dia tak nak datang pujuk ke?Hisyh,lantak dialah nak datang pujuk atau tak!Tengok jelah nanti seberapa lama aku boleh merajuk dengan dia.Dia datang merayu macam mana sekali pun,aku tak kan kisah.
            “Boleh akak masuk?”
            “Hurm,masuklah..Kenapa nak mintak kebenaran?Nikan bilik Kak Fa sendiri..”

No comments:

Post a Comment