“Mama tak nak dengar apa-apa.Mama tunggu kamu dekat ruang tamu..Kalau dalam
masa setengah jam kamu tak turun,mama heret kamu keluar.”
Selepas mama keluar dari
bilikku,aku menekan button off.Layankan jelah apa yang mama nak walaupun aku
betul-betul tak ada mood nak keluar.
Lepas bersiap seringkas
mungkin,aku terus menyarung tudung arini ke kepala.Tiada secalit make-up pun
aku calit ke wajah.Mana mungkin aku mampu nak berlawa-lawa nak keluar jika
Fareez tiada dalam hidup aku.
“Kenapa tak make-up.”
“Tak ada kepentingan untuk
Dilla.Nak berhias cantik-cantik pun dah tak ada guna.”
“Suka hati Dilla
lah.Jom,kita dah lambat ni.”
“Kita nak ke mana,mama?”
“Suatu tempat.”
Aku turutkan juga kemahuan
mama meskipun aku benar-benar malas nak melakukan apa-apa pun.Setibanya di
tempat itu baru aku tahu ke mana mama membawa aku.Rumah anak-anak yatim Seri
Sayang.
“Mama,apa kita buat dekat
sini?”
“Nak ambil anak-anak
angkat mama.”
“Hah?!”
“Hurmm,ni yang mama plan
senyap-senyap tu.”
“Baguslah,mama..Lagipun
rumah kita tu pun sunyi sepi.”
Sepuluh minit kemudian,aku
merenung wajah anak-anak angkat mamaku.Comelnya mereka semua ni.Kalaulah Fareez
masih hidup dan kami mempunyai anak pasti mereka pun comel macam kanak-kanak di
hadapannya.
“Kakak,kenapa kakak
menangis?”
“Kakak tak
menangis,sayang..Mata masuk habuk.Fasha,Adeila dengan Naura nak ikut kakak
dengan mama balik?Rumah kakak ada kolam renang tapi tak sebesar kolam renang
rumah mama.”
“Nak!!!”
“Nanti kakak bawa kamu
semua jalan-jalan..”
“Dilla,seronok berbual
dengan adik-adik.”
“Mana tak
seronok,mama..Dulu,Dilla seorang je.Sekarang ni dah ada adik.Comel-comel pulak
tu.Baby siapa tu,mama?”
Mama hanya mengangkat bahu
dan menyerahkan bayi di dalam kendongannya pada Dilla.Sebaik saja bertukar
tangan,Dilla mengucup dahi bayi di dalam pelukannya.Comelnya.
“Dilla tak nak ambil anak
angkat?”
“Boleh juga.Dilla ada
jugak kawan nanti nak bawak balik kondo.”
“Dilla nak balik kondo?”
“Mama pun ada kawan
dah..Dilla bolehlah balik dengan senang hati.”
“Tapi..”
“Sesekali Dilla baliklah
rumah mama.”
**
Tiga bulan kemudian,aku dah
mula lupakan Fareez dengan kehadiran anak angkatku,Nadya Fateha yang kini
berusia tiga bulan.Nama Dilla sudah aku buang jauh-jauh dari hidupku kerana
anak angkat mama,Adiela dan aku sentiasa keliru bila mama memanggil nama Dilla.
“Anak ummi,rindunya ummi
pada Dya....Dya dah makan,bik?”
“Sudah,puan.”
“Ummi rindu Dya sampai tak
boleh buat kerja dekat pejabat tau.Nenek call ummi suruh datang rumah.Hari ni
kan birthday Cik Naura..Bik,siap-siap ye,pukul enam kita gerak pergi rumah mama
saya.”
“Baik,puan..Puan nak
makan?Saya hidang sekarang?”
“Tak apalah,bik.Saya nak
rehat dulu..Letih sangat hari ni.Dya dah tidur ke,bik?”
“Sudah,puan..Jam 11.30
tadi sudah tertidur.”
“Kalau macam tu tak
apalah..Jangan lupa pukul enam kita gerak.”
Sejam kemudian,aku mengeluh
bila melihat barang-barang mainan Dya bersepah sana-sini di dalam
bilikku.Dya,Dya..Mainan merata-rata.Penat ummi susun tadi.
“Bik,mandikan Dya.Saya nak
kemas ni.”
No comments:
Post a Comment