Monday 1 October 2012

Tanpamu ku tak bisa


            Kepala aku terasa berpusing sebaik saja aku bangun dari kerusi.Berjam-jam aku tak bergerak dari kerusi ni sebab nak siapkan proposal dan siapkan plan kerja yang berlambak-lambak.
            Perut dah rasa sebu sebab dari pagi sampai ke petang aku tak jamah apa-apa lagi.Nak kejar sangat kerja yang berlambak ni.Aku terkejut bila wajah Fareez muncul di muka pintu pejabat aku dengan muka merah padam.
“Fareez?Kenapa datang tak bagi tahu?”
            “Apa semua ni,Dilla?!!”
            Beberapa keping gambar dicampak ke mukaku.Ya Allah,Fareez ni dah kenapa?Aku kutip salah satu gambar yang berada di atas lantai.Ya Allah,ujian apa yang kau berikan padaku ini?
            “Macam mana....”
            “Reez tak sangka Dilla sanggup buat Reez macam ni!Yang paling Reez tak dapat terima...Dilla sekeji ni.Tak cukup dengan Reez,Dilla sanggup goda kawan baik Reez sendiri?Kenapa?Sebab dia lagi berharta dari Reez?!!”
            Satu tamparan hinggap di pipi Fareez hingga membuatkan dia terdiam.Aku sudah teresak-esak mendengar tuduhan macam tu dari lelaki yang sangat aku cintai.Ini bukan gambar aku.
            “Dilla tak sekeji tu!!Sampai hati Reez tuduh Dilla macam ni.Dilla ingat Reez kenal Dilla,tapi ternyata Dilla silap.Reez langsung tak kenal Dilla!”
            “Dilla silap..Reez kenal sangat dengan perempuan macam Dilla ni.Nampak je bertudung tapi,gara-gara harta sanggup lakukan apa je.”
            “Pergi!!Tolong pergi dari sini!!Tak ada tempat untuk lelaki macam Reez dekat sini!!”
            “Dengar sini baik-baik ye,Adilla Fateha,mulai hari ni kita putus!Aku tak sudi nak jadikan kau isteri aku selepas apa jadi ni.Nampak je muka baik tapi...”
            “Keluar!!!”
            Fareez terus keluar dari pejabatku selepas mengeluarkan kata-kata yang merobek hatiku.Aku terus terkulai layu di atas lantai.
**
            Sedar-sedar je,aku dah ada dalam wad hospital.Waktu tu aku keseorangan dalam wad tu.Macam mana aku boleh ada dekat sini?Bila teringat hal tadi,aku kembali menangis teresak-esak.Kenapa Reez buat aku macam ni?Dia tahu aku tak akan buat perkara sebegitu.
            “Dilla dah sedar?”
            “Mama,Dilla kena fitnah...Ada orang nak hancurkan hubungan Dilla degan Reez..Ma,Reez dah putuskan pertunangan kami..Apa yang patut Dilla buat?Dilla betul-betul sayangkan Reez.”
            “Dilla,bawak-bawak bersabar..”
            “Ma,Dilla nak jumpa Reez,Dilla nak bagi tahu dia perkara yang sebenar..Dilla nak jumpa
            “Dilla,dengar apa yang mama nak kata dulu..”
            “Ma,Dilla tak nak tunggu lama-lama...Dilla nak jumpa Reez.”
            “Dilla!Dengar apa yang mama nak cakap ni!”
            Serentak dengan itu,satu tamparan hinggap di pipiku.Aku terdiam kerana ini adalah kali pertama mama menampar pipiku.
            “Dilla,Reez dah tak ada lagi..Kereta dia jatuh dalam gaung semalam petang..”
            “Tak!Mama tipu Dilla.Dilla tahu Reez masih hidup..”
            “Mama tak tipu!Dilla baca newspaper ni kalau Dilla tak percayakan mama.”
            Aku terus membaca muka depan surat khabar yang mama letak di atas pehaku.Air mataku makin laju menitis sebaik saja memandang gambar Fareez terpampang di situ.
            “Ma,bagi tahu Dilla semua ni tipu je..Reez masih hidup lagi.Dia cuma tengah merajuk dengan Dilla je...”
            “Dilla,mama tak tipu Dilla..Mama tahu Dilla susah nak percaya yang Reez dah tiada..”
**
            Setelah sebulan pemergian Fareez,aku masih tidak dapat menziarahi makamnya kerana orang tuanya tetap mahu menyembunyikan di mana makan Fareez daripada pengetahuanku.Bukan aku tidak pernah merayu pada mereka,melutut pun sudah.Mereka tetap tak mahu memberitahuku.
Langit begitu gelap
Hujan tak juga reda
Ku harus menyaksikan
Cintaku terenggut tak terselamatkan
Inginku ulang hari
Inginku perbaiki
Kau sangatku butuhkan
Beraninya kau pergi
Dan tak kembali
Di mana letak syurga itu
Biarku gantikan tempatmu denganku
Adakah tangga syurga itu?
Biarku temukan untuk bersamamu
Kubiarkan senyumku menari di udara
Biar semua tahu
Kematian tak mengakhiri…
cinta
            Berkali-kali aku mendengar lagu yang sama setiap masa.Aku menyalahkan diriku sendiri atas kematian Fareez.Kalau aku menghalang Fareez pergi,pasti semua ini tak kan terjadi.Kalau aku jelaskan keadaan sebenar,aku tak kan rasa bersalah seperti ini..Kalau Fareez masih hidup,orang tuanya tidak akan melayanku seperti ini..Kalaulah..Kalaulah semua ini tak berlaku..
            “Dilla,enough!Mama tak suka Dilla seksa diri Dilla macam ni.Fareez dah pergi!Tak kan Dilla nak hidup selama-lamanmya dalam keadaan bersalah macam ni?”
            “Ma,Dilla nak bersendirian..”
            “No,mama nak Dilla keluar dari bilik ni dan teruskan hidup seperti biasa.”
            “Macam mana,ma?Dilla sendiri tak tahu nak buat apa-apa..Selama ni Reez yang ajar Dilla segalanya pasal company..Apa yang Dilla nak buat?”
            “Dilla!!”
            Aku tekan button play dan lagu Tanpa Kekasihku berkumandang memenuhi ruang bilikku.Aku rela duduk berkurung dalam bilik ni.Makan dan minumku langsung tidak kuhiraukan lagi.
            “Mama tak peduli,baik Dilla siap cepat.Kita keluar!!”
            “Ma,Dilla tak nak.”

No comments:

Post a Comment