Monday 1 October 2012

Mr.Jealousy


Walaupun dia cerewet teramat sangat,dia cemburu yang tak dapat dibendung,dia kaki shopping yang tak dapat diselamatkan lagi,aku masih mahu mencintai dia-Durah Amani
            Hanif Arfan terpegun melihat wanita di hadapannya kini.Wajahnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa cantiknya ciptaan Tuhan ini.Senyumannya lebih manis daripada madu,renungannya..Mampu menggoda jiwa ini,Tawanya,mampu mencairkan hati ini..Lunak suaranya...Mampu membuatkan aku tak tidur malam.
            “Encik Hadif?Hello?Encik Hadif..”
            Durah Amani melayangkan tangannya di hadapan muka lelaki kacak di hadapannya yang baru saja dikenalinya tadi.Berangankan apa lelaki ni?Dia dengar tak apa yang aku cakap dari tadi?
            “Hello??”
            “Huh?Err,sorry..Apa you cakap tadi?”
            “Tak ada apalah.You fikirkan apa,Encik Hadif?Dari tadi I panggil you tapi you tak menyahut.Ada masalah?”
            “I tengah menikmati keindahan ciptaan Allah di hadapan I sekarang ni.”
            Durah Amani hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.Entah apa-apalah Encik Hadif ni.Mulut manis mengalahkan tebu padahal kami baru berkenalan tak sampai sehari.
            “Almost 5.30 p.m.I balik dululah..”
            “Hah?Cepatnya?”
            “I dah janji dengan my mum nak celebrate birthday my dad..”
            “Macam mana I nak jumpa you lagi lepas ni?”
            “Insyaallah,kalau ada jodoh.Oh,ye..Ni card I..”
            Lepas bertukar-tukar business card,kami berpisah di hadapan pintu masuk Mall.Hadif Arfan hanya memandang Durah Amani hingga bayangannya menghilang di dalam perut kereta.Setiap langkah yang diambil,aku pasti ada saja lelaki yang akan melirik ke arahnya.Wanita cantik,siapa yang tak nak pandang?
            “Durah Amani...Nama secantik tuannya.”
Hadif Arfan terus berjalan ke arah keretaku dengan tangan yang penuh dengan beg kertas di tangan.Beginilah keadaan dia sebaik saja keluar dari pusat beli belah.Sikap borosnya tidak dapat dikawal lagi.
Sampai ke malam Hadif Arfan masih lagi tak dapat lupakan wanita itu.Untung siapa yang dapat dia nanti.Agak-agak dia dah ada boyfriend ke?Ah,sudah.Nampaknya aku dah jatuh cinta dengan wanita tu.
“Weh,aku ajak kau datang sini bukan nak tengok kau senyum tengok nasi..Pegang sudu senyum..Capai gelas senyum..Kau ni angau apa?”
“Li,aku jumpa seorang awek hari ni.Ya Allah,cantiknya..Aku rasa aku dah jatuh cinta dekat dia.”
Kata-kata Hadif Arfan mencuri perhatian wanita disebelah Azli.Hadif jumpa seorang wanita?Walaupun begitu,dia tetap tunduk memandang nasi di hadapannya..Azli melirik ke arah Naurah di sebelahnya.Dia jealous ke?Senyap je dari tadi..
“Siapa pula wanita malang tu?”
Azli membuat muka bosan bila Hadif Arfan mula bercerita tentang perkenalan dia dengan seorang wanita.Falling in love tu adalah perkara biasa bagi dia.Lumrah kehidupan kata orang tapi falling in love again in the same weeks?Mudah betul insan bernama Hadif Irfan ni jatuh cinta.Kesian Naurah kerana cintakan lelaki macam Hadif ni.
“Malang?Apa maksud kau?”
“Yelah,kau kan players..”
Hadif Arfan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Jika dia dapat jadikan Durah Amani menjadi kekasihnya,dia akan meletakkan jawatan dia sebagai players sedunia.
“Hai,Encik Hadif..Tak sangka jumpa you lagi dekat sini.”
Hadif Arfan terus menoleh ke sisinya dan serentak dengan itu dia bangun dan tersenyum.Durah Amani!
“Hai...Tak sangka jumpa you dekat sini jugak.Erm,kenalkan ni kawan baik I dari universiti.Ni Azli..Yang ni pula Naurah.You datang dengan siapa?”
“I datang dengan parent I..Kan petang tadi I dah cakap I nak celebrate birthday my dad hari ni.Ni I belanja my dad dengan my mumlah ni..Kebetulan pula I nampak you.”
Azli memandang Hadif Arfan dan wanita yang sedang rancak berbual silih berganti.Ini ke wanita yang Hadif cakap tadi?Naura yang makin diam menikus di sebelahnya dipandang pula.
“Naurah?”
“Hurmm?”
“Tak ada apalah.Makanlah banyak sikit.Kan Li dah janji nak belanja..”
“Hurmm..”
Hadif Arfan meninggalkan kawan-kawannya dan melangkah mengikuti Durah Amani ke arah keluarga wanita itu.Naurah hanya mampu memandang dengan perasaan sebak.
“Daddy,kenalkan..Ni kawan Amani,Hadif Arfan..”
“Jadi,inilah Hadif Arfan?Akhirnya uncle jumpa kamu juga.Amani dari petang tadi nak uncle berkenalan dengan kamu.Macam-macam dipujinya kamu.”
“Daddy,seganlah Amani...”
“It’s okey...”
“Marilah duduk sekali dengan kami..”
Borak punya borak,dia orang langsung tak sedar yang mereka sudah berbual dekat dua jam.Naurah dengan Azli sejak dari tadi asyik melirik ke arah jam dan ke arah Hadif.Dia ni tak nak balik ke?Esok aku kerjalah..
“Naurah,nampaknya kita balik jelah.Hadif tu macam tak nak balik je..”
“Tak apalah,kita tunggu sepuluh minit lagi.Kalau dia tak ada tanda-tanda nak balik baru kita gerak balik.Saya tak sedap hati pula nak tinggalkan dia.Lagipun kita datangkan naik kereta dia..”
Azli terus call adik perempuannya untuk menyuruh menjemput dia di situ.Dia tak boleh tunggu lama-lama lagi.Esok dia ada meeting penting.Dia takut terbangun lewat pulak nanti keesokan paginya.Hadif tak apalah..Dia ada company sendiri.Tak ada siapa marah dia kalau dia lambat masuk sebab dia kan bos.
“Maaflah,Naurah..Li tak boleh tunggu lama lagi.Esok Li ada meeting penting.Kalau Naurah nak Li hantar balik,marilah ikut sekali nanti..Li dah call adik Li suruh jemput.”
Naurah lama memandang ke arah jam di dinding restoren.Hurm,dah lewat sangat ni.Tahu dek abah,mahu aku kena marah nanti.
“Jomlah kita balik.Saya tak sedap hati nak balik lambat.Tahu dek abah saya,mahu kena marah.”
“Li pergi cakap dengan Hadif sekejap.”
Azli terus menarik napkin di atas peha.Hurm,bertuah punya kawan lah dia ni.Aku nak belanja dia makan,dia boleh pergi makan dengan awek baru dia.Bikin panas je dia ni.
“Assalamualaikum...”
Semua menoleh arah Azli.Hadif terus memperkenalkan Azli kepada daddy dan mummy Durah Amani.
“Dif,aku dengan Naurah balik dulu ye.”
“Kau orang balik naik apa?”
“Adik aku jemput.Sorry,bro..Aku ada meeting penting esok.”
“Tak apalah,kalau macam tu.Sorry tau.”
Lepas bersalaman dengan semua,Azli terus menapak ke arah Naura.Dia dah nampak kereta dia dekat luar tadi.Pandai eh adik bawa kereta aku.
“Jom,Naurah...Adik Li dah sampai tu.”
“Jom...”

No comments:

Post a Comment