Friday 28 September 2012

oujia board

Aku memandang wajah penuh pengharapan yang terpancar di muka Syikin,kawan baikku sendiri.Kalau boleh aku tak mahu melibatkan diri dalam apa-apa benda mengarut pun yang dilakukan dia,Dedeq dan Y.
Dalam masa yang sama aku tak sanggup nak menghampakan kawan baikku.Arghh,susah betul nak buat keputusan,

"Ala,Ani...Kau tak payah tanya apa-apa..Aku cuma nak cukupkan orang."
"Aku tak sedap hatilah,karang kantoi dengan ustaz..Mati kita nanti."
"Please,Ani..Aku janji kita main sekejap je.."

Aku akhirnya mengangguk setuju setelah puas dipujuk rayu.Dalam keadaan berbelah bahagi,aku melangkah menghampiri Dedeq dan Y yang sedang menunggu kami di bahagian belakang kelas.

"Eh,mana kau dapat benda tu?"
"Aku pinjam dekat sepupu aku."
"Kau biar betul,Dedeq.."
"Kau diam jelah.Banyak bunyilah kau ni."

Aku memandang papan tu dengan perasaan berbelah bahagi..Menakutkanlah.Apa sebenarnya game spirit of the coin ni?Lepas kami meletakkan jari di atas coin,Syikin membaca sepotong ayat yang dia tulis dalam secebis kertas.

"Spirit,sprit of the.............................................."

Coin yang kami pegang tadi mula bergerak ke arah Yes.Aku dah mula rasa cuak perlahan demi perlahan.Seperti yang dijanjikan,aku hanya mendiamkan diri sementara yang lain mula bertanyakan soalan tentang jodoh dan macam-macam lagi.

Aku terus menarik jariku dari coin tu bila terperasan yang ustaz lalu di hadapan kelas kami diikuti Dedeq dan Y.Syikin pun menarik jarinya dan membuatkan coin tersebut berpusing-pusing di atas papan sebelum jatuh ke kain Syikin.

Dedeq dah takut melihat Syikin mula histeria terus menyorokkan papan tersebut di belakang almari.Ya Allah,macam mana ni?Pelajar-pelajar yang lain mula menghampiri Syikin.

"Eh,kenapa dengan Syikin?"
"Aku tak tahu,tiba-tiba je dia jadi macam ni."

Dedeq tergagap-gagap mahu menjawab soalan ketua kelass kami.Muka masing-masing dah mula pucat lesi.Aku terus tarik tangan Dedeq dan Y .

Di dalam tandas perempuan,aku,Dedeq dan Y dah mula risau.Macam mana ni?Apa nak jawab kalau ustaz tanya?Aku yakin ustaz tak kan buat tak tahu je pasal ni.

"Matilah aku kalau mak aku tahu."
"Diamlah,Dedeq!Kau yang bawak benda tu datang sekolah.Kau yang ajak kami main..."
"So,kau salahkan akulah sekarang?"
"Memang salah kau!Kalau kau tak cakap dengan Syikin pasal benda tu,semua ni tak kan jadi."
"Y!Dedeq,kau orang boleh diam tak?Nanti daripada tak ada siapa tahu boleh semua orang tahu."

Y dengan Dedeq terus terus terdiam bila mendengar kata-kataku.Hisyh,macam mana ni..Ya Allah,apa aku nak buat sekarang.

"Kau letak benda tu dekat mana,Dedeq?"
"Dekat belakang almari dalam kelas."
"Okey,kalau macam tu kita balik kelas sekarang.Kita buat macam tak ada pun yang berlaku.Lepas tu ita cari jalan untuk jumpa Syikin.."
"Okey.."



No comments:

Post a Comment