Saturday 22 September 2012

Najla Qistina

Hidup aku sebagai anak perempuan tunggal kepada lima orang abang memang huru-hara.Abang sulungku,Firdaus,yang merupakan seorang lawyer membuatkan aku penat menadah telinga jika aku membuat kesalahan.Abang keduaku,Fatah dan Fazli memiliki paras rupa dan perangai yang sama.Fatah bekerja sebagai pensyarah  manakala Fazli bekerja sebagai cikgu.Si kembar ini gemar membebel sebaik saja terpandang wajahku.Abang ketigaku yang juga merupakan kembar dua,Fahrin dan Faisal mempunyai perangai yang berbeza..Abang Fahrin pendiam dan hanya akan berkata-kata jika ada kepentingan untuk dia manakala Abang Faisal mempunyai perangai yang gila-gila seperti aku.Aku lebih rapat dengan Abang Faisal berbanding abang-abang aku yang lain.
            Mereka terlalu protective bila ada hal yang melibatkan aku..Kawan-kawan aku semuanya disiasat terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkawan denganku.Ke mana aku mahu pergi,aku perlu memberitahu ke semua abang-abangku.Nak bercuti dengan kawan-kawan pun tak lepas.Mama dengan papa pun boleh lepas tangan bila ada abang-abangku ada untuk menjaga aku..
            “Bosannya,agak-agak dapat tak aku nak jalan-jalan..”
            “Adik,bebel apa tu?”
            “Bosanlah abang,abang nak pergi mana?”
            “Dating..Pergilah ajak Faisal berjalan..”
            “Abang Faisal ada testlah esok..Malaslah Najla nak kacau...”
            Abang Fatah hanya tersenyum sambil memakai kasut.Kesian adik aku,nampak sangat muka bosan dia tu.Kalau Faisal free,bolehlah dia bawa Najla keluar.
            “Cepatlah siap,abang bawa adik pergi jalan-jalan..”
            “Betul ni?”
            “Iya,sebab tu abang masuk bilik adik.Cepat sikit,abang tunggu adik dekat luar.”
            Aku terus melompat suka bila dapat berjalan-jalan hari ni.Seronoknya dapat berjalan!Tapi kalau jalan dengan bestfriend,lagilah best.
            “Kau nak pergi mana,Fatah?”
            “Bawak adik jalan-jalan.Kau nak ikut ke,Fazli?”
            “Aku malaslah nak keluar..Aku kena semak buku latihan student aku..Kalau aku suruh kau belikan boleh tak?”
            “Boleh...Kau nak apa?”
            “Belikan aku kemeja baru dengan pen yang biasa aku pakai.”
            “Kau nak kemeja yang macam mana?”
            “Kau suruh adik pilih.Dia punya taste pun boleh tahan jugak.”
            Aku membetul-betulkan tube dress di yang tersarung di badanku.Okey ke tak aku pakai dress yang abang Firdaus belikan.Okey tak agak-agak?
            “Eh,abang Az ada dekat rumah rupanya..Okey tak Najla pakai dress ni?”
            “Ni yang along beli dekat UK dulu tu kan?”
            “Ha’ah..Okey tak?”
            “Okey,sesuai untuk adik.”
            “Macam tak selesalah...Terdedah sangatlah bahagian bahu ni..Najla tukar bajulah kejap...”
            Aku terus berlari masuk ke dalam bilik.Nak pakai baju apa ye?Jeans dengan baby-T?Malas nak pakai jeans..Pakai baju kurunglah,nampak sopan sikit.
**
            Dah sarat dah tangan abang Fatah dengan beg-beg kertas..Kebanyakannya adalah barang aku.Saja je aku nak kikis duit gaji abang.
            “Ada nak beli apa-apa lagi tak?”
            “Tak ada..Asyik barang Najla je..Abang tak nak beli?”
            “Tak ada...Kejap lagi abang nak jumpa Kak Niera..Adik  ikut abang tau.”
            “Malaslah,girlfriend abang tu bukan suka Najla..Tak pasal-pasal kami bergaduh mulut macam hari tu.”
            “Dia nak jumpa adik..”
            “Buat apa?Tak naklah..Abang pergilah jumpa dia..Najla tunggu abang dekat KFC sana tu.”
            “Ala,jomlah sekali..Abang belanja adik makan sekali..”
            Aku tetap memberi jawapan tidak pada abang Fatah.Malas aku nak jumpa girlfriend dia yang mulut macam longkang.Cakap macam bagus je perempuan tu.
            “Nanti Najla mesej abang Fahrin..Kampus abang kan area-area sini je.”
            “Kalau macam tu,abang tunggu sampai Fahrin sampai.”
            “Suka hati abanglah.”
            Lepas abang Fahrin tiba,barulah abang Fatah tinggalkan kami berdua..Ada seorang couple memandang aku pelik.Apa pasal lah dia orang pandang aku macam tu?
            “Pandang apa?”
            “Najla peliklah abang..Couple dekat sana tu pandang Najla lain macam.”
            “Biarkan jelah.”
            “Abang nak pergi mana?”
            Pelik pulak aku bila abang tiba-tiba bangun dari duduk.Abang aku ni dahlah tak banyak cakap.Nak buat apa-apa dia mana nak bagi tahu orang lain.
            “Pergi order.”
            Kalau orang tak kenal abang aku ni mesti dia cakap abang aku ni sombong.Yelah,mana lah dia nak bercakap kalau dia tak kenal orang tu.Kalau dengan aku atau abang-abang aku yang lain dia hanya akan cakap bila kami tanya atau jika ada keperluan kecualilah bila dia bercakap dengan kembar dia yang seorang tu...Dia orang boleh berborak sampai pagi.
            “Hai,Najla..Tak sangka jumpa kau dekat sini..Kau datang dengan siapa?”
            “Aku datang dengan abang aku..Tu dia tengah order.Kau pulak dengan siapa?”
            “Boyfriend baru aku..He’s cute.”
            “Tak nak kenalkan dengan aku ke?”
            “Nama dia Aniq Amsyar,panggil dia Aniq je.Sekejap lagi dia datang sini.Kebetulan tadi dia jumpa kakak dia.Aku dengan kakak dia tak baik sangat,so,aku cakap dengan dia baik aku jalan dulu.Aku nampak kau ada dekat sini,tu yang aku datang kacau..”
            “Kenapa kau tak baik dengan kakak dia?”
            “Perasaan bagus sangat.Mulut pun boleh tahan jugak longkangnya.Rimas aku.”
            “Macam girlfriend abang Fatah aku..”
            Gilalah aku dengan Wanie ni.Dahlah kami dekat tempat awam,selamba gila kami mengumpat orang.Haha,bukan selalu tapi jangan diamalkan.Aku dengan Wanie ni dah lapan tahun berkawan.Dia ni anak kawan mama aku.
            Sejak pertama kali kami berkenalan,abang Faisal dah jatuh hati pada dia tapi apa nak buat?Dia dah ada boyfriend ketika itu.Sekarang ni aku tak tahulah apa perasaan abang pada dia sebab dia dah tak cakap atau tanya apa-apa pasal Wanie ni lagi.
            “Abang kau yang Faisal tu tak ada ke?”
            “Esok dia ada test.Malaslah nak kacau.”
            “Oh,aku dah lama tak nampak dia.Hari tu aku datang dengan mama aku,abang kau tak ada kan?”
            “Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal abang aku ni?”

No comments:

Post a Comment