Saturday, 22 September 2012

dalam hatiku tiada dia 3


Aku terus menutup komputer riba di hadapanku.Gara-gara panggilan Iz,terus hilang mood aku nak berchatting malam-malam macam ni.Dia dah ada Misya,kenapa mesti dia nak kacau aku jugak?
            Keesokan paginya,aku tak tunggu Iz seperti kebiasaannya,aku terus masuk dewan kuliah.Buat apa nak jadi bodoh tunggu dia?Buang masa je.
            “Mana Phaizal?Selalunya kau orang datang berdua.”
            “Banyaklah berdua.Aku datang dengan abang aku,dia datang sendiri..”
            “Dah tu,kenapa hari ni tak sama?”
            “Banyak bunyilah kau..Aku saja nak tukar mood.Kenapa?Kau tak suka aku duduk sebelah kau?”
            “Hisyh,mana ada aku tak suka..Kalau kau nak duduk sebelah aku hari-hari pun,aku tak kisah sebab aku lagi suka.”
            “Kalau kau nak aku duduk sebelah kau,jangan banyak tanyalah..Karang aku duduk kerusi belakang sana.”
            Azliza terus membuat isyarat menzip mulut.Baik aku diam daripada buat Yana bengang..Mood tengah tak baiklah tu..Period apa mak cik ni?
            Bila melihat Iz melangkah masuk ke dalam dewan kuliah,aku terus buat-buat tak nampak dia.Aku menyelak helaian buku rujukkan di hadapanku.
            Baru saja Iz nak melangkah ke arahku,Puan Suhaila sudah masuk ke dalam dewan kuliah.Terlepas juga aku dari bersoal jawab dengan dia.
            “Okey,class..Pasal test last week tu,saya tak tahulah saya tak pandai mengajar atau kamu yang belajar main-main.Tak ada seorang pun yang dapat full mark.Macam mana kamu nak grad kalau keputusan kamu macam ni?”
**
            Habis je class,aku terus menapak ke library.Malas nak lambat-lambat duduk dalam dewan kuliah sebab nanti Iz pasti ke tempatnya.
            “Hai,Yana..”
            “Heary,hai..”
            “Nak pergi mana?Seorang je ke?”
            “Ha’ah,seorang je.Yana nak pergi library ni.”
            “Lah,samalah.Saya pun nak pergi library.Jomlah,kita pergi sekali.”
            Aku terus berjalan beriringan dengan Heary.Dulu waktu aku semester satu sebelum aku kenal dengan Iz,aku suka gila dekat Heary.Tapi bila aku tahu dia dah bertunang,terus aku lupakan niat aku untuk berkenalan dengan dia.
            “Selalunya saya nampak awak berdua dengan Phaizal.Kenapa hari ni seorang?”
            “Saja,tak boleh ke?Kalau asyik tengok muka dia je hari-hari boleh bosan.”
            “Phaizal tu boyfriend awak ye?”
            “Eh,tak lah.Kami kawan baik je.”
            “Habis tu,siapa boyfriend awak?”
            “Yana mana ada boyfriend.Lagipun Yana ni tak cantik,siapa nak Yana ni kan?”
            “Kalau saya nak boleh?”
            Aku hanya menggelengkan kepalaku.Heary ni suka sangat bergurau dengan orang lain.Nasib baiklah tunang dia memahami perangai Heary yang satu ini.
            “Mengarut jelah.Mana nak campak tunang Heary yang cantik tu?”
            “Letak dalam hati.Lelaki boleh kahwin empat.”
            “Amboi,belum apa-apa Heary dah pasang niat.Tau dek Fara,habislah kena sembelih.”
            Masuk je dalam library,baru aku tahu Fara dengan Heary dah janji nak study sama-sama.Wah,sweetnya dia orang berdua.
            “Joinlah kami,Yana..”
            “Eh,tak apalah Fara.Yana tak nak kacau kau orang dating.”
            “Dating ke benda?Fara dengan Ery nak study je.Ery tak kisahkan?”
            “Tak,jomlah Yana.Lagi ramai lagi meriah.”
            “Yelah,Fara dengan Ery ni sama je.Suka memaksa orang.Memang sepadanlah kau orang ni.”
            Tak lama lepas tu,Phaizal melangkah masuk ke dalam library.Yana yang duduk membelakangkan pintu langsung tak perasan kehadiran Phaizal.

No comments:

Post a comment