Saturday, 22 September 2012

kristal cinta kita

                Manalah Mendij ni?Janji nak datang sini pukul tiga…Ni dah pukul 3.30 petang..Kalau aku tahu jadi macam ni,tak adanya aku tunggu dia lama-lama dekat sini.
            “Hai,Nur..Awak tunggu siapa dekat sini?”
            Hisyh,mamat poyo ni lagi.Mana aku pergi mesti aku nampak dia..Dahlah kami sekelas,tak kan lah habis kelas pun kena menghadap muka dia?Apalah dosa aku terpaksa menghadap muka dia.
            “Kau sibuk kenapa?Lagi satu kan,jangan panggil aku Nur..”
            “Lah,kan nampak  lebih sopan bila panggil awak Nur..”
            “Aku tak suka!”
            Aku terus menapak ke arah  kereta sambil mendail nombor telefon Mendij.Mak cik ni memang nak kena dengan aku.
            “Hello,Nurul..Kenapa call Dij ni?”
            “Kenapa call Dij eh?Dij tahu tak yang Nurul dah tunggu Dij dah setengah jam dekat café depan U?Lain kali jangan berjanji kalau tak boleh tepati!”
            Aku terus campak telefon bimbitku ke atas seat penumpang.Buang masa aku je tunggu dia dekat situ.Lebih malang lagi aku terjumpa pula mamat poyo tu.Arghhh,meluatnya aku dekat dia.
            Telefon bimbitku yang menjerit minta diangkat ku pandang tanpa perasaan..Ni mesti si Mendij yang call.Malas aku nak layan.Biar dia rasa yang aku betul-betul bengang dengan dia.
            Sebelum balik rumah,aku singgah di kedai buku berhampiran dengan rumahku.Aku perlu membeli beberapa kelengkapan untuk melukis.Cadang nak beli dengan Mendij,tapi boleh pulak dia tak datang.
            Aku mengeluh bila nampak kereta BMW warna putih tersadai di hadapan pagar rumah keluargaku.Dia datang nak pujuk aku lah tu.
            Bila nampak kereta aku,Mendij terus keluar dari kereta dan tersenyum macam kerang busuk.Tapi senyuman Mendij kali ini mengalahkan piawaian kerang busuk.
            “Sorry,Nurul..Dij tertidur tadi..”           
            “Datang sini semata-mata nak cakap tu je?”
            “Jomlah kita pergi beli barang-barang yang Nurul nak tu..Dij sponsor sekali makan dengan tengok wayang..”
            Aku mengangkat beg plastik di tanganku.Dia dah terlambat.Aku dah beli awal-awal sebelum balik rumah.
            “Dah beli dah?Kalau macam tu,jomlah Dij belanja makan dengan tengok wayang...Kita karoke sekali.”
            “Nurul penat.Lain kali jelah..”
            “Ala,Nurul..Dij betul-betul mintak maaf..Dij tak sengaja..”
            “Tengoklah macam mana..”
            Mendij terus mengikut aku masuk ke dalam rumah.Tak putus asa betul mak cik ni nak pujuk aku...Rimas pun ada..
            “Mak cik,Nurul nak air milo ye?Nanti bawa naik ke atas.”
            “Baiklah,cik Nurul.”
**
            Masuk je ke dalam studioku di sebelah bilik tidurku,aku terus membancuh warna.Bila main dengan warna,perasaan marah aku terus hilang..
            Mendij hanya diam disebelahku.Dia tak nak buat bising sebab nanti mengganggu aku melukis.Nanti bukan saja idea aku nak melukis terbang,dengan kesabaran aku sekali terbang melayang.
            “Dij diam sebab takut Nurul marah.”
            “Oh,tak payahlah buat muka macam tu..Nurul dah tak marah.”
            “Betul ni?Kalau macam tu jom kita keluar makan dengan tengok wayang...”
            “Malam nanti boleh?”
            Mendij terus menganggukkan kepalanya.Aku yang buat salah,akulah yang kena ikut apa kata Nurul.Aku terus baring di atas sofa.Hurmm,mengantuknya.
            “Eh,nak tidur pergi masuk biliklah.”
            “Malaslah nak jalan.Tadi pun waktu drive kereta pun Dij dah tersengguk-sengguk.”
            “Suka hati lah nak tidur dekat mana.”
            Lepas melukis,aku terus tangkap gambar pemandangan dari balkoni bilik..Pemandangan dekat sini cantik-cantik belaka.
            “Hurmm,tenangnya...”
            “Nurul....”
            “Abang,kenapa?”
            “Jom teman abang shopping.Abang belanja makan sekali.Eh,Mendij ada jugak?Kenapa biar dia tidur sini.”
            “Nurul dah cakap...Dia yang nak tidur dekat situ...”

No comments:

Post a comment