Saturday 22 September 2012

minah skuter isteri bos

“Kak, boleh tunggu sekejap tak? Saya tak jumpa dompet sayalah.”
            Alamak, manalah aku tinggal dompet ni? Rasanya tadi aku letak kat dalam beg, mana ni? Puas aku selongkar begku tapi masih lagi tak jumpa. Nanti kejap, rasanya tadi aku ada keluarkan masa kat office yang aku pergi interview tadi. Jangan-jangan...sah memang tertinggal kat sana la ni. Habislah, macam mana ni. Apa yang aku nak buat ni .
            “Kak, boleh tak saya tinggalkan sekejap barang saya ni. Saya nak pergi ambil dompet saya dulu, tertinggal kat tempat saya interview tadi. Boleh, tak?”
            “Banyak cekadak kau, aku banyak lagi kerja nak buat. Kalau tak nak beli jangan mengada ambil. Menyusahkan aku memang dasar pengkid. Kau ingat ini kedai bapak kau!”
            “Eh, eh! Akak ni kenapa nak cari pasal ni? Saya cakap baik-baik dengan akak, tak ada pun nak kasar-kasar. Akak ni memang mulut longkanglah. Kalau saya ambil pun macam mana saya nak bayar. Dompet tertinggal. Hish, perempuan ni!”
            “Hei, suka akulah. Aku tak kira kau kena bayar juga. Kau saja nak menyusahkan aku, kan?”
            “Akak, tolong jangan buat saya hilang sabar. Kan saya dah cakap, dompet saya tertinggal dan kalau tak kerana akak tahan saya ni, dah lama saya pergi ambil. Akak ni memang tak faham bahasa ke atau memang sengaja nak cari pasal?”
            Geram betul aku melihat muka kakak cashier ni, tak menahan rasa nak belasah je. Sabar...kena sabar dengan keadaan aku macam ni. Nanti tak pasal je aku yang kena balik pula.
            “Tak apa, kak. Biar saya bayarkan sekali. Berapa?”
            Terkejut aku bila tiba-tiba terdengar suara garau di belakangku. Sejak bila pula belakang aku ni ada orang, rasanya tadi aku seorang je yang berdiri di sini.
            “Terima kasih,Encik. Tapi macam mana saya nak bayar balik duit encik?”
            “Tak apa,nanti bila kita jumpa lagi,saya akan beritahu macam mana.Lagipun awak kan tak bawak dompet.Macam mana awak nak bayar balik kan?
            “Hah!Bila lagi nak jumpa?Saya bukan kenal encik.”
            Encik itu hanya tersenyum dan terus beredar dari situ selepas menjelaskan bil.Peliknya encik tadi itu.Kenal tak apa tak boleh dia bayarkan bil aku sekali.Tak takut ke aku tipu dia.Dermawan betul.
            “Hah,kau tunggu apa lagi?Tak reti nak berambus?”
            “Habis tu akak ingat saya nak duduk sini lama-lama tengok muka akak yang dah macam bulan mengambang tu?Berlopak sana sini.”
            “Kau..!”
            “Jangan salahkan saya pulak.Kalau akak tak mulakan dulu,saya tak kan kurang ajar dengan akak.”
            Aku terus beredar dari situ sambil membuat muka poyo.Hahahah,rasakan mulut longkang aku pulak.Ingat dia seorang je yang boleh sound orang?Aku lagi dasyatlah.Lain kali jangan kacau harimau betina macam aku yang tengah tidur.Naya je nanti.
**
            Tengah seronok-seronok membuta,tidurku terganggu dengan bunyi telefon bimbit yang menjerit minta untuk diangkat.Hish,siapalah yang mengganggu tidur aku ni.Tak tahu ke hari cuti aku tak boleh diganggu?
            “Hello?”
            “Hello,boleh saya bercakap dengan Cik Aniessa?”
            Geli-geleman rasanya bila orang sebut nama penuh aku.Selama ni semua orang panggil aku  Nie je.Pelik pun ada sekarang ni.
            “Iya,saya.”
            “Saya,Munierah dari MK Holding..Saya nak beritahu yang Cik Aniessa berjaya dalam temu duga tadi.Hari Isnin ni Cik Aniessa boleh mula bekerja.Tahniah ye.”
            Oh,aku dah dapat kerja.Aku dapat kerja?!!!Aku mula melompat-lompat suka..Yes!Yes!Yes!Aku dah dapat kerja...
            “Hello,Cik Aniessa?”
            “Yea,saya dengar..Terima kasih ye,Cik Munierah.”
            “Sama-sama.Isnin ni pukul 9 ye,jangan lambat.Saya tunggu awak datang.”
            “Okey,terima kasih.”
            Sebaik saja memutuskan talian,aku terus menjerit dan berjoget gembira.Akhirnya,aku dapat juga kerja setelah lama menjadi penganggur.Laku juga ijazah aku.Eh,aku tak ada baju nak pergi kerja!
            “Baik aku cari Intan,dia kan penyelamat aku.”
            “Apesal kau jerit-jerit ni?”     
            “Intan,aku dapat kerja..”
            “What?!”
            Reaksi Intan sama seperti aku..Dia pun berjoget kegembiraan.Akhirnya,kawan baik aku dapat kerja.Hahaha,untung kawan aku ni.
            “Kau teman aku cari baju eh?Aku tak ada baju nak pergi kerja Isnin ni.”
            “Beres,beb.Kau jangan risau.Kau pergi siap cepat.Kita shopping!”
            Wah,tak sabarnya aku nak tunggu hari Isnin.Setelah sekian lama aku menganggur,akhirnya laku juga ijazah aku ni.Ah,leganya dah dapat kerja.Bolehlah bagi dekat mak lepas ni.
            “Nie,kau tunggu apa lagi?Nak beli baju tak?”
            “Iya,sekejap.”
**
            Tak pernah dijangka yang aku akan berjumpa semula Mr. Dermawan tu lagi dekat Jusco.Lelaki itu hanya tersenyum pada aku bila pandangan mata kami bertaut.Ya Allah,senyuman dia..
            “Nie,kau ada nak beli barang lagi ke?”

No comments:

Post a Comment