Saturday 22 September 2012

misi mencari cinta yang hilang


Hari ni dah start cuti sekolah.Bagi budak-budak form 5,masa yang ada ni semakin suntuk.Dalam kepala masing-masing dah terfikir mana nak study,mana nak lepak.Target SPM dah lama ada dalam kepala.Semuanya nak ‘A’ je.
            “Tom,kau dah study?Aku makin lama makin cuak.”
            “Hish,kau ni Kimi..Aku ingatkan tak nak ingat sekejap tapi kau pulak dah ingatkan aku balik.Aku fire kau karang.”
            “Hai,budak pandai pun nak lupakan SPM?”
            “Ehem,terima kasih cakap aku pandai.Otak kita nikan kenalah bagi rehat sekali sekala.Kalau dia pandai cakap,dah lama dia sound kita suruh berhenti buat kerja.”
            “Tom,lawak gila....Kau ni kan tak habis-habis dengan lawak bodoh kau tu.Aku back hand karang.”
            “Ala,kau ni..Nanti aku mati sebab kena penangan kau tu.Nanti kau jugak yang menyesal.”
            Kimi tersentak seketika mendengar perkataan mati.Tom masih lagi ketawa memandang Kimi.Sejak akhir-akhir ni Tom seri menyebut perkataan mati.”
            “Tom,apasal kau cakap pasal mati?”
            “Eh,ye ke?Tak salah kalau kita ingat mati.Aku gurau je,kau janganlah ambil hati.”,ujar Tom sebaik saja melihat reaksi Kimi.
            Kimi terus meninggalkan perkarangan rumah Tom.Apasal si Kimi ni mudah terasa?Aku bergurau je.
            “Kimi!!Kimi,asal kau nak balik cepat sangat?Kimi!!”
            Kimi makin lama makin jauh.Dia langsung tidak mengendahkan panggilanku.Aku hanya menggelengkan kepalaku melihat perangai kebudak-budakan dia.
            Keesokan harinya,aku datang rumah Kimi naik basikal.Jauh gila nak pergi rumah dia.Salam sudah ku laungkan beberapa kali tapi Kimi tetap tak keluar jugak.Waktu aku nak balik,bibik yang masih bertelekung berlari-lari anak membuka pagar.
            “Maaf,Non.Bibik tadi di belakang.Jemputlah masuk,Non.Tuan Kimi nggak sihat.Dia sedang beristirehat di kamarnya.”
            “Kimi tak sihat?Kalau macam tu,saya tak nak ganggu dialah.Sampaikan salam dekat dia ye?”
            “Ngak mahu minum dulu?”
            “Lain kalilah,bik.Saya nak pergi kelas tambahan sekejap lagi.”
            “Oh,hati-hati ya,Non.”
            Aku terus mengayuh basikalku perlahan.Sampai hati kau Kimi.Bukan aku tak nampak kau ada dekat belakang langsir tu.Macamlah aku tak nampak.
**
            Hari terakhir SPM,aku tunggu Kimi datang tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung dia.Mana dia ni?Kejap lagi nak masuk dewan.
            “Tom,dah ready nak berperang?”
            “Entahlah,Misya.Rasa cuak pulak.”
            “Budak pandai pun cuak?”
            “Terima kasih memuji.Tapi Tom tak adalah pandai sangat.”
            Tengah aku berbual dengan Misya,Kimi selamba bodoh je lalu depan dia orang dan langsung tak menegur aku.Macamlah dia tak tahu aku ni tengah tunggu dia.Aku cepat-cepat bangun dari kerusi.
            “Misya,Tom nak pergi jumpa Kimi kejap.Dia tak perasan Tom kot.”
            “Okey,jumpa dalam dewan.”
            Aku terus berlari-lari anak ke arah Kimi.Dia masih tak perasaan aku ada dekat belakang dia.Aku menepuk bahu dia kuat.
            “Kimi!!”
            “Woi,sakitlah!!Kau nak apa?Boleh tak jangan kacau aku?Aku betul-betul rimas dengan kau ni!!”
            “Kimi,aku..”
            “Kau boleh tak jangan ganggu aku lagi?Cubalah jangan jadi macam lalat!”
            Aku terus menampar pipi Kimi sekuat hati aku dan buat seketika Kimi terkesima .Pipinya terasa pedih akibat penangan Tom tadi.     
            “Kalau kau dah tak mahu kawan dengan aku,aku tak kisah sebab aku tak mati kalau kawan dengan kau.Aku benci kenal kau!Aku menyesal sayangkan kau!!Aku menyesal!!”

No comments:

Post a Comment