Saturday, 22 September 2012

segalanya untukku 3



           
            “Rajinnya anak ummi..”
            “Kata anak ummi,mestilah rajin.”
            Aku terus uraikan sanggul di kepala.Hurm,letih dan rimas sangat-sangat.Balik KL nanti aku nak pergi spa.
            “Hai..”
            “Hai..”
            Addin terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Aina.Lelaki ni pengapit lelaki kan?
            “Tak sangka jumpa awak lagi.”
            “Kita pernah jumpa ke sebelum ni?”
            “Dekat KL hari tu.”
            “Saya tak ingatlah,sorry.”
            “Lelaki dengan Rasmona?”
            Lelaki dengan Ras....Ah,sudah!Dia nak marah aku ke?Cool,Aina..Cool..Tak kan lah dia nak marah kau depan keluarga kau kan?
            “Keciknya dunia.”
            “Merdu suara awak tadi.By the way,saya Addin.Bestfriend Naufal.”
            “Saya Aina,adik ipar abang Naufal.”
            Aku terus mengikat rambut dengan getah.Rimas betul rambut panjang.Nak potong pemdek,aku berani jamin ummi akan mengamuk nanti.
            “Awak cantik bersanggul.”
            “Terima kasih tapi tak secantik bakal tunang awak.”
            “Awak lebih cantik,Aina.”
            Haha,lawak.Bakal tunang model yang berlagak diva ni puji aku cantik?Buat lawak apa?Ke bakal tunang dia ni spesis buaya darat?
            Dari jauh,ummi,Kak Ya,Naufal dan Rafiq memandang Aina dan Addin.Terlakar senyuman di bibir masing-masing.Mungkinkah?
            “Bukan abang cakap Addin tu..”
            “Abang harap ada jodoh antara mereka.Dia orang nampak sepadankan?”
            “Tapi Ya tak nak adik Ya rosakkan..”
            “Kita tengok je dulu macam mana..”
            Aleeya hanya mengangguk dan terus mengajak suaminya pergi melayan saudara mara yang datang memeriahkan majlis.
            “Nurul Aina Murfikah!!!”
            Bila mendengar seseorang menyebut nama penuhnya,dia terus tersenyum.Hanya seorang je akan memanggil nama penuh dia dengan cara tu..Dia terus menoleh dan menghampir Lisa dan Zafrul.
            “Oh,my dear!!Lisa!Zarul!”
            Seronok betul dapat jumpa bestfriend dia yang ngada-ngada duduk jauh dekat oversea sana.Tubuh montel Lisa,aku peluk erat.Waa,rindunya dekat mak cik ni.
            “Lisa je kau peluk?Aku?”
            “Banyak cantik kau nak suruh aku peluk kau.”
            “Ala,aku gurau je.Poyolah kau ni.”
            “Baby,wah...Comelnya.Meh,aku nak dokong.Jomlah kita sembang dekat bawah khemah sana.”
            “Siapa tadi tu?Baju dah matching dengan baju kau.”
            “Tu pengapit lelaki merangkap kawan baik abang ipar aku merangkap bakal tunang Rasmona.”
            “Baru bakal..”
            “Dah mula nak mengarutlah tu.”
**
            Seminggu lepas tu,majlis persandingan sebelah perempuan diadakan di dewan serba guna.Meriah betul kenduri kahwin Kak Ya ni.Waktu abang Rafiq kahwin,aku tak ada dekat Malaysia.Merajuklah jugak abang aku sebab aku tak balik dia kahwin.Dah aku belajarkan?Macam mana nak balik?Dia kahwin waktu aku tak cuti.
            “Aina,Addin...Boleh tak kau orang berdua ambil gambar sama-sama atas pelamin?”
            “Just for fun.”
            “Tak naklah.Aina malas nak bergambar.”
            “Jomlah,Aina.Saya tak kisah.Sekurang-kurangnya saya ada gambar atas pelamin?”
            “Yelah..”
            Lisa dan Zarul yang memerhatikan dari depan muka pintu hanya tersenyum.Dah macam pengantin pulak si Aina ni.
            “Weh,dah sampai ke?Baby mana?”
            “Mak mertua aku jaga.”
            “Eh,kau orang join sini sekali.Kau dengan Zarul dah baju sendodon.Warna pun tak lari jauh.Meh sini cepat.”
            “Ummi,dah macam Aina yang kahwinkan?”
            “Ha’ah.”
            Semua tetamu yang datang memandang ke arah pelamin.Ada dua pengantin ke?Bukan yang kahwin kakaknya ke?
            “Addin dengan Aina ni nampak sepadan berdua.”
            “Ummi..”
            “Terima kasih,aunty.”
            Petang tu,Aleeya dengan Naufal ambil gambar di tepi pantai.Yang paling tak seronoknya,Aina dengan Addinpun diheret sama.Siap dipakaikan baju pengantin.
            “Dah macam ada dua pengantin.Adik you ni,Leeya,sepadan betul dengan Addin tu.”
            “Bukan you seorang je perasan..”
            Aku terus melabuhkan punggung di atas pasir sambil membuang pandang ke arah pantai.Aku peduli apa baju sewa ni,siapa suruh paksa aku pakai baju ni sekali.
            “Awak marah saya?”
            “Mana ada saya marah awak,saya cuma bengang dengan family saya.Ada ke patut dia orang buat kita macam ni.”
            “Just for fun..Kenapa mesti marah bila apa yang awak buat ni menggembirakan hati keluarga awak?”
            “Tapi,saya segan dengan awak...”
            “Lah,kenapa pulak nak segan dengan saya?”
            Aku hanya menjongket bahu.MP3 yang aku senyap-senyap bawa ke mari aku keluarkan dari handbag..Hurmm,nak dengar lagu apa ye?
            “Bosan ye?”
            “Hurm,kakak saya tu memang..Suka sangat membuli saya.”
            “Awak kerja apa dekat KL?”

No comments:

Post a comment