“Tengah ingatkan Nur.”
“Yelah tu..”
Akhirnya,Nur
matikan talian selepas berborak hampir sejam di telefon.Melyna dengan Adawiyah
masih lagi setia menanti di ruang menonton.
“Lama
gila berborak..”
Bila
melihat senyuman Nur,tahulah Adawiyah yang tekaan dia mengenai Nur ada kekasih
tu 100% pasti.
“Nur,kau
ada boyfriend kan?”
“Hah?!Kau
ada boyfriend?Aku mimpi ke apa ni?”
“Meh,aku
tolong kau..Kalau sakit kau tak bermimpi.”
Adawiyah
terus mencubit lengan Melyna geram.Mak cik seorang tu apa lagi,mulalah menjerit
kesakitan.
“Adawiyah!!”
“Apa?Kan
aku tolong kau..So,Nur..Betul tak apa yang aku teka ni?”
“Hurmmm..”
“Eh,ceritalah
dekat kami..”
**
Aku
segera menyiapkan kerja di atas mejaku sebaik saja jarum jam mula menghampiri
angka 12.Hari ni Helmi dah janji nak jemput aku.
Adawiyah
memandang Nur pelik.Kenapa dengan Nur ye?Sebelum ni dialah yang paling lambat
keluar lunch sebab nak siapkan kerja.
“Nur,nak
ke mana?”
“Lunch..”
“Awalnya?Selalunya
Nur lah yang paling lambat keluar makan..”
“Nur dah
janji dengan Mie.Nur pergi dulu ye?Cakap dengan Melyna,sorry sangat-sangat
sebab Nur tak dapat makan dengan kau orang.Bye.”
“Hurm..”
Lepas
Nur melangkah masuk ke dalam lif,aku terus mendail nombor telefon
Melyna.Bisinglah mak cik ni kejap lagi.
“Hello..”
“Hello,Mel.Ad
ni.”
“Kenapa,Ad?Mel baru nak start kereta
ni.”
“Nur tak jadi join kita.”
“Dah pulak,kan dah janji dah
semalam?”
“Dia keluar dengan Helmi.”
“Hisyh,dia ni kan.Tahulah dah ada
boyfriend,janganlah lupa kawan pulak.”
Aku menjarakkan telefon jauh dari
telinga.Melyna ni kalau dah start membebel,mana tahu nak berhenti.Boleh pekak
telinga aku dengar dia membebel.Macam manalah nanti bila dia dah ada
anak?Kesian anak dia nanti.
“Mel,sambung nantilah.Karang
melambung bil Ad..Kejap lagi jumpa pun.”
“Hurm,yelah.Nur ni saja tau.Aku dah
tempah meja.”
“Nanti Mel call lah Nur,jangan marah
dekat Ad.”
Sampai je dekat restoren,Melyna mula
membebel sekali lagi.Adawiyah hanya mampu menadah telinga je.Kalau dekat
telefon,bolehlah letak jauh dari telinga tapi ni dah depan mata.Terpaksalah dengar.
No comments:
Post a Comment