Atin memandang
kekasih baru Helmi ni dengan sinis.Hurm,biasa je.Macam manalah Helmi boleh
sukakan perempuan tahap biasa macam dia ni?
“I masih sayangkan Helmi lagi and
dengan adanya you dekat sisi dia buatkan dia susah nak kembali semula pada
I.Maybe dia kesian dekat you,tu yang dia tak sampai hati nak tinggalkan
you.Please,jauhkan diri daripada dia.”
Amboi,perempuan ni.Belum apa-apa dah
keluarkan statement macam ni.Ni kalau Adawiyah ni mahu dia meraung.Kalau Melyna
dekat tempat aku,mahu perempuan ni dibenam dalam mangkuk
tandas.Sabar,Nur..Sabar.Dia hanya bekas kekasih Helmi.
“I tak kisah kalau Helmi nak
tinggalkan I tapi biarlah I dengar dari mulut dia sendiri.”
“Maksudnya you tak kisahlah if Helmi kembali pada I?”
“Jodoh,pertemuan,ajal dan maut semua
di tangan Tuhan..Okeylah,I pergi dulu.”
Waktu aku keluar dari ladies,aku
tercari-cari kelibat Helmi.Aku terus buat keputusan untuk lepak di buaian
sebaik saja melihat buaian tu kosong selepas penat mencari Helmi.Entah ceruk
manalah dia duduk.
“Kenapa tak duduk dengan Helmi
sekali?”
Aku terus menoleh sebaik saja
mendengar suara seseorang di sebelahku.Mieor rupanya,ingatkan ex-girlfriend
Helmi yang lain pula.Manalah tahu kan Helmi ada girlfriend suara macam Mieor
ni,lagipun suara Mieor ni bukan garau..
“Saya tak jumpa Helmi ada dekat
mana.”
“Helmi ada dekat sana tu dengan
member-member yang lain.”
Aku mengeluh sebaik saja melihat
Helmi sedang berborak mesra dengan ‘kawan’nya yang Mieor katakan
tu.Amboi,seronok dia bergambar dekat sana sampai tak ingat aku langsung.
“Awak jangan salah faham,Helmi
dengan Atin tu memang macam tu.”
“Saya dah jumpa Atin tadi dekat
ladies.Dia dah kenalkan dah diri dia dekat saya.”
“Atin cakap apa dengan awak?”
“Dia ex-girlfriend Helmi and masih sayangkan
Helmi and nak Helmi balik semula ke pangkuan dia.Cukup tak maklumat yang saya
beri ni?”
“Awak pedulikan jelah Atin tu.Dia tu
memang macam tu.Suka sangat cakap bukan-bukan.”
“Daripada apa yang saya nampak dan
apa yang saya rasa,dia tak main-main.”
Sampai ke sudah,Mieor dengan daddy
dia je yang layan aku sepanjang majlis.Helmi masih lagi sibuk dengan
kawan-kawan dia .Dia ni tak nak balik ke?Seharian ada dekat sini.
“Awak nak balik ke?Saya boleh
hantarkan?”
“Tapi,saya datang dengan Helmi.”
“Kalau nak tunggu dia,memang sampai
besok pun awak tak balik rumah.”
“Saya cuba call kawan saya
dululah.Saya tak nak susahkan awak.”
“Tak ada susahnya.Lagipun,saya
memang dah lama nak lari dari open house ni.Saya tak suka tempat-tempat
bising.”
“Oh,tu yang dapat gelaran silent
mode tu.”
“Hurmm,dia orang tu entah apa-apa
gelaran diberi pada saya.”
Lepas text Helmi yang aku balik
dulu,aku terus berjalan seiringan dengan Mieor ke keretanya.Hisyh,aku ni
selamba je ikut orang yang aku belum betul kenal lagi.Macam mana kalau aku kena
culik ke apa?
“Awak jangan takut,saya tak ada niat
jahat pun pada awak.Lagipun awak kawan daddy saya.Mana saya berani buat
macam-macam pada awak.”
Lepas Mieor beri jaminan barulah aku
tak teragak-agak nak masuk ke dalam perut kereta.Handphone di tangan langsung
tiak berbunyi.Helmi ni tak kan tak baca mesej?Aku cuba membuang pandang ke arah
kumpulan Helmi tadi.Hurm,nampaknya dia sedang berseronok.Atin sentiasa memaut
lengan Helmi tanpa mahu melepaskannya.
“Awak pandang apa?”
“Pasangan bahagia.”
Mieor turut membuang pandang ke arah
yang sama.Ya Allah,Atin..Perangai masih tak berubah-ubah.Tak sedar ke dia yang
lelaki yang dia sentuh tu bakal suami orang lain?
“Ya Allah,Atin...”
“Dahlah,kita gerak sekarang.”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment