Beberapa bulan
lepas tu barulah Helmi kembali menghubungi Nur tanpa rasa bersalah kerana
membiarkan Nur macam tu je,dia boleh memanggil Nur dengan panggilan sayang.Bila
Nur tanya ke mana dia menghilangkan diri,boleh dia kata saja nak buat Nur
rindukan dia.
“Kenapa masam ni?”
“Penat.”
“Banyak kerja sangat ke?”
“Hurm..”
“Kenapa sayang ni macam tak ada mood
nak keluar?”
“Biasa je.”
Aku hanya melayan Helmi ala kadar
kerana masih sakit hati dengan perbuatan dia.Bukan sehari dua dia buat aku
macam ni tapi berbulan lamanya.Selagi dia tak mintak maaf,aku tak kan
mengalah.Pujuklah macam mana pun,cakaplah apa pun,aku tak kan layan macam
dulu.Dia ingat aku apa?
“Dahlah,Mie hantar Nur balik.”
“Hurmm..”
Sepanjang perjalanan
balik,masing-masing hanya diam.Aku dengan ego aku,Helmi dengan angin dia.Malas
aku nak pujuk dia sebab bukan salah aku.
“Apa masalah Nur sebenarnya?”
“Tak ada apa.”
“Nur bukan macam Nur yang Mie
kenal.Cuba bagi tahu Mie apa yang Mie dah buat sampai Nur jadi macam ni?”
“Mie boleh tanya apa Mie dah
buat?Mie boleh tanya lagi?Mie sedar tak perbuatan Mie menghilangkan diri
berbulan lamanya tu buat Nur sakit hati?Mie tahu tak berapa kali Nur call
Mie?Sms Mie?
Ada tak Mie nak balas?Tak ada kan?!”
Lepas pertengkaran antara kami
tercetus,hubungan kami berdua makin bertambah teruk.Bukan Helmi tak cuba
memujuk aku,aku je yang buat tak tahu pada dia.Hal ini berlanjutan hingga ke
bulan Syawal.
Sepanjang bulan puasa,sudah acap
kali Helmi mengajak aku keluar tapi aku tetap berkeras untuk menolak.Ajak jumpa
family dialah,ajak buka puasa samalah,ajak beli kelengkapan rayalah,semuanya
aku tolak.
“Sayang,jom ikut Mie pergi rumah
kawan Mie?Dia buat open house.”
“Malas.”
“Please,sayang.Dah lama sangat kita
tak keluar sama-sama.Jomlah,sayang?Janganlah marah lagi..”
“Yelah.Jangan lambat sangat.”
“Okey.Mie jemput sayang sekarang.”
Sepanjang perjalanan ke rumah kawan
Helmi,hanya Helmi yang paling banyak bercakap.Macamlah aku tak tahu dia buat
apa selama aku tak keluar dengan dia tu.Manalah aku tak bosan kalau dia cerita
benda yang aku dah tahu.Setiap masa dia akan sms aku bagi tahu dia buat apa.
“Kawan Mie ni rumah dia dekat mana?”
“Dekat Bangsar.Dia salah seorang
daripada kawan baik Mie waktu belajar dulu.Kami ni kira nakallah jugak.Satu
benda yang Mie tak boleh lupakan sampai sekarang ni,kami sama-sama kenakan
pensyarah kami..Menangis-nangis dia waktu tu.”
“Nakalnya Mie ni..”
Sebaik saja tiba di perkarangan
rumah kawan Helmi,aku terpegun melihat rumah tu.Ini bukan?
“Sayang,menung apa lagi tu?Jom..”
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment