Aku
tersenyum sampai ke telinga bila menerima sebiji muffin chocolate
kegemaranku.Aku membaca card tu berulang kali tanpa rasa jemu.Tak sangka Azfar
boleh menjadi sebegini romantik.
“Amboi,senyum
sampai ke telinga nampak?”
“Hisyh,ada
je langau.”
“Langau?Kejamnya
kau panggil aku langau...Muffin!Wow,nak sikit boleh?”
“Tak
boleh!Muffin ni bukan sebarang muffin..”
Eleh,poyolah
minah ni.Bagi aku muffin ni nampak biasa je.Sama je macam muffin chocolate yang
Aneesa selalu beli sebelum balik rumah.Selama ni okey je nak share dengan aku
tapi kenapa yang ni dia tak bagi eh?
“Aku nak
jugak!”
“Eh,tak
malu..Ni boyfriend aku yang bagi..Mana boleh.”
Aku
terus menyorokkan muffin di belakangku.Durah mana boleh dipercayai kalau bab
makan.Muffin ni hadiah dari Azfar,mana boleh dikongsi dengan si mulut
murai ni.
“Boyfriend?Baik
kau cerita dekat aku siapa boyfriend kau?Macam mana kau boleh kenal dia?Dia tu
siapa?Tinggal dekat mana?Aku kenal dia ke?Dia okey?Dah berapa lama kau couple
dengan dia?Pandai ye kau..Baru tingkatan empat dah bercinta.”
“Satu-satulah,minah.Aku
pening nak jawab yang mana satu.”
“Ah,kau
jawab jelah mana-mana...Baik kau cerita dekat aku sekarang kalau tak aku
kantoikan kau bercinta dekat mama.”
“Aku tak
tahulah kau kenal dia ke tak..Kau kan sesi petang...”
“Budak
satu sekolah dengan kita ke?”
“Ha’ah..Tapi
sekarang ni dia dah tingkatan lima..Nama dia,Azfar.”
Durah
terus memaksa otaknya untuk memikir siapakah gerangan lelaki bernama Azfar yang
berjaya buat kakak dia ni jatuh cinta..Hati kakak dia tu kan hati besi.
“Jap,Azfar...Azfar
budak tingkatan lima elit tu?”
“Hah,kau
kenal dia ke?”
“Ala,kenal-kenal
macam tu je..Okey jugak kau couple dengan dia sebab apa yang aku nampak kan,dia
tu baik orangnya.So,muffin tu dia bagi ke?”
“Ha’ah...Rasa
sayang nak makan...Nak simpan jelah.”
“Biul!Mana
boleh simpan makanan lama-lama.Berkulat nanti padanlah muka kau.Tapi kan..Aku
nak nasihatkan kau satu je..Dia tu ramai peminat walaupun nampak macam kayu
je..”
Kayu?Dia
panggil boyfriend aku kayu?Suka-suka hati dia je.Aku terus memukul badan Durah
menggunakan bantal.Agak-agaklah nak kutuk pun,aku ni girlfriend dia kot.
“Sorrylah..Aku terlupa pulak yang
girlfriend dia ada depan mata aku ni..Apa-apa pun,congratslah kakakku..Hope kau
orang happy..”
Buka je mata,aku mengeluh perlahan.Hari
ni dengan rasminya aku genap 24 tahun.Aku langsung tak rasa apa-apa kerana aku
dah dapat agak ‘kejutan’ yang akan suamiku berikan kepadaku.Dari sekolah
menengah dulu sampai sekarang,sama je ‘kejutan’ yang dia buat.
Tak kisahlah
ulang tahun kelahiranku ke,ulang tahun perkahwinan kami ke..Semuanya sama je
yang dia lakukan untukku.Aku tahu dia nak menggembirakan aku pada hari istimewa
aku ni tapi dia perlu sedar banyak lagi cara nak buat aku gembira.
Setiap
tahun,ketika ulang tahun perkahwinan kami dan ketika ulang tahun
kelahiranku..Dia akan menanti di anak tangga terakhir dengan sebiji
muffin!Muffin yang dibeli tak lain tak bukan,muffin perisa chocolate.Ya,mungkin
dulu aku mengemari muffin berperisa chocolate tapi sekarang aku betul-betul dah
jemu.Dah muak!Yang aku tak boleh terima adalah ucapan hari lahirku yang skema
dan sama saja setiap tahun.Aku siap dah boleh hafal dah apa yang dia akan
ucapkan padaku nanti.Dia cuma tahu ucapan itu saja ke?
Aku
melangkah lemah ke arah bilik mandi.Malasnya nak berpura-pura nanti dekat bawah.Azfar,tolonglah
faham..I tak nak muffin lagi!I tak nak dengar ucapan you yang dah I hafal dalam
otak I ni.
Selepas
bersiap seringkas mungkin,aku menuruni tangga perlahan.Aku masih berharap yang
Azfar tak akan buat ‘kejutan’ yang sama lagi tahun ni..Namun sebaik saja
terpandang Azfar yang sedang setia berdiri menunggu aku di anak tangga
membuatkan aku hampir menangis namun cepat-cepat aku tersenyum penuh
kepura-puraan.
Muffin
lagi..Tak ada makanan lain ke dalam dunia ni dah?Ya Allah,jemunya aku nak
menghadap muffin berperisa chocolate tu lagi.
“Morning,sayangku
Aneesa.. .What ever you ask,May you receive,What ever you seek,May
you find,What ever you wish,May it be fulfilled,On your birthday and always.Happy
birthday!”
Aku
masih tersenyum dengan menggenggam erat tanganku.Ya Allah,berilah daku
kesabaran..Susah sangat ke Azfar nak faham yang aku dah jemu makan muffin.Aku
tak nak muffin untuk birthday dan ulang tahun perkahwinan kami lagi.Aku tak nak
ucapan yang sama lagi setiap tahun!Aku bosan,sangat-sangat bosan dengan semua
ni!
“Thanks,abang..I
terlupa hari ni birthday I ..”
“You’re
welcome,sayang...Jomlah,kita makan muffin ni.”
“Hurm,jom..”
Sebaik
saja aku dan Azfar melabuhkan punggung di sofa,kami makan muffin tu seorang
satu.Rasa muffin ni sama je setiap tahun,tak ada yang berbeza kecualilah
perasaan aku ketika mengunyah muffin tu tanpa apa-apa perasaan.Macam manalah
aku boleh happy sangat sembilan tahun lepas waktu terima muffin ni ketika birthday
aku ketika aku masih berada di tingkatan empat?Padahal ia cuma muffin..Hanya
Muffin.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment