Wednesday 12 September 2012

Seputih hati mencintaimu



Bagiku mencintai Ammar adalah satu kebahagian yang tak dapat kugambarkan dengan kata-kata.Ia sesuatu yang sangat indah namun dicintainya adalah satu perkara yang tidak dapat ku pastikan kesahihannya.
            Kadangkala aku rasa dia cintakan aku namun di satu ketika pula aku rasa sebaliknya pula.Dia seolah-olah terpaksa mencintai aku.Susah betul untuk aku memahami hati seorang lelaki bernama Ammar ini.
            Ingin sekali aku bertanyakan tentang ini namun setiap kali kami bertentang mata,lidahku terus menjadi kelu.Kini aku sudah jadi malas mahu mengambil tahu tentang itu lagi.
            “Jieha,kenapa tak siap lagi?Kata Ammar nak bawak kau makan dekat luar.”
            “Cancel.Dia ada hal lainlah,Fieqa.”
            “Kalau macam tu,kau ikut aku jelah nak?Aku tengah lapar ni.”
            “Okey jugak..Aku pun lapar.Kita pergi macam ni jelah.Malas aku nak tukar-tukar baju.”
            “Ala,aku tak kisahlah,Jieha.Lagipun kita nak makan dekat kedai depan tu je,bukan nak pergi majlis ke apa nak pakai baju cantik-cantik.”
            Lepas aku mengambil purse dan telefon bimbit,kami terus menapak ke kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumah sewa kami.Lima minit berjalan kaki dah sampai kedai makan.Tak sempat keluar peluh pun.
            “Jieha,aku bukan nak menyibuk tepi kain kau tau.Aku Cuma hairan..Kau dengan Ammar dah bertahun bercinta,kenapa tak bertunang je?”
            “Aku tak tahulah,Fieqa.Hubungan kami ni asyik on off je.Aku tahu aku dah buang masa bertahun dah.Nak putuskan,aku betul-betul sayangkan hubungan kami ni.Cuma buat masa ni aku tak tahu ke mana hala tuju hubungan kami.”
            “Aku tak tahulah,Jieha.Umur kita dah meningkat.Aku lainlah..kau tu dah bercinta dengan Ammar since kita semester 1 waktu diploma.Diploma,Jieha.Sekarang kita dah ada master,kerja pun dah.Terlalu lama sangat,Jieha..”
            Aku hanya diam sambil mengacau air milo ais kegemaranku.Aku nak cakap lebih-lebih pun aku tak tahu apa plan Ammar.Karang aku pandai-pandai cakap,aku juga yang susah nanti bila Ammar naik angin.
            “Aku takut satu hari nanti dia tinggalkan kau,Jieha..Kau dengan dia tak ada apa yang pasti pun,Jieha.Aku tak nak kemudian hari nanti dia pilih orang lain dan akan anggap kau tak wujud dalam hidup dia.”
            “Fieqa,aku tahu kau takut aku akan jadi macam kau..Aku tak berani nak kata apa-apa pasal hubungan kami ni.Andai kata dia tinggalkan aku,aku redha..Kalau ada jodoh,adalah..Kalau tak ada jodoh,aku nak buat apa?”
            “Suka hati kau lah..Mak ayah kau tak bising ke pasal ni?Setahu aku,kau dah bawa Ammar banyak kali datang rumah keluarga kau.”
            “Dia orang bising juga..Tapi nak buat macam mana kalau Ammar senyap je.Keputusan dekat tangan Ammar..Dia nak teruskan hubungan ni tau tidak terpulanglah pada dia.”
            Dia orang terus makan makanan yang dia orang pesan tanpa mahu mengulas apa-apa lagi.Fieqa tak mahu masuk campur lagi jika itu yang Jieha mahu manakala Jieha pula mahu segera pulang ke rumah sewa mereka kerana Ammar meletakkan limit sampai pukul berapa je dia boleh ada dekat luar rumah.
            “Jieha,kau nak ikut aku balik kampung aku hujung minggu ni?”
            “Aku kena tanya mak ayah aku dulu.Kenapa,Fieqa?”
            “Aku lupa nak bagi tahu kau.Hujung minggu ni aku kahwin.”
            “Hah?!Kau biar betul,Fieqa?Aku tak tahu pun kau dah bertunang.”
            Fieqa hanya tersenyum simpul.Buat apa dia nak kecoh tentang berita pertunangan dia pada semua orang.Bertunang pun mengejut.Lagi pun dia bukan artis nak kecoh-kecoh.
            “Dah lama dah aku bertunang,cuma aku malas nak kecoh-kecoh.Lagipun kan hujung minggu ni aku nikah je.Sandingnya cuti semester nanti.”
            “Oh,tahniah.Kau kahwin dengan siapa,Fieqa?”
            “Kau ingat lagi bos tempat aku praktikal dulu?”
            “Yang mana satu ye?Yang Dato’ tu ke lagi seorang?”
            “Dato’ tu kan dah kahwin..Bini dia model.Yang lagi seorang tulah.”
            Ehem,Dato’ yang kami maksudkan bukanlah Dato’ yang sudah berusia tapi Dato’ yang berumur dalam lingkungan 25-30.Muda-muda lagi Dato’ tu dah berjaya dalam kerjayanya.Aku pernah terserempak dengan Dato’ tu.Orangnya boleh tahan handsome dan bergaya.
            “Encik Ikmal tu?”
            “Ye..Dia datang minang aku lepas aku habis praktikal dulu.Aku terkejut juga masa dia datang meminang.”
            “Terima pula kau.”
            “Aku single,dia single..Siap ada kerjaya yang bagus lagi..Hati aku pun berkenan,so,aku on je.Lagi pun siapa tak nak?Rupa dia pun boleh tahan.”
            “Tahniah,Fieqa.Nanti aku tanya mak ayah aku..Kalau dia orang bagi,aku ikut kau.”
            “Jangan lupa ajak boyfriend kau tu.Kalau kau pergi seorang,aku yakin mengamuk mamat tu nanti.”
            Aku hanya mengangguk faham.Terlupa pula aku kalau aku nak pergi mana-mana aku kena minta kebenaran Ammar sekali.Kalau tak perang dinginlah kami dan akulah yang terseksa memujuk dia berminggu-minggu.
            “Jieha,tanyalah dia pasal hubungan kau orang ni.”
            “Insyaallah,aku cuba..Kau doakanlah aku,Fieqa.”
            “Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau,Jieha..”
            “Lepas ni tak dapatlah kita lepak macam  ni lagi.Kau mesti stay dengan suami kau kan?”
            “Eh,mestilah...Kalau aku tak stay dengan dia,buat apa aku kahwin kalau macam tu.”
            Aku hanya tersenyum Beruntung betul kawan aku seorang ni.Kadang-kadang aku cemburu jugak dengan kejayaan dia tapi disebabkan dia kawan baik aku,aku tolak perasaan cemburu ni jauh-jauh.
            “Kalau Ammar tak nak bertunangkan,Jieha..Kau ajak dia kahwin terus.”
            “Hisyh,kau ingat aku ni terdesak sangat ke?Aku nak juga rasa bertunang.”
            “Sepanjang bertunang banyak godaannya,Jieha.”
            “Kau okey je,Fieqa.”
            “Jangan tengok aku..Aku bukan contoh yang terbaik.Aku paras baik je.”
            Kami sampai depan rumah tepat jam 9.Bila nampak kereta Ammar sudah tersadai di hadapan rumah sewa mereka.Aku terus menarik tangan Fieqa untuk mempercepatkan langkah kami.Aku yakin mesti Ammar mengamuk nanti.
            “Buat selamba jelah.Dia tu bukan suami mahupun tunang kau.Jangan jadi bodoh,Jieha.”
            “Masalahnya dia tu kekasih aku.”
            “Jangan membodohkan diri sebab cinta.”
            Aku terus menghampiri kereta Ammar dalam keadaan takut-takut.Ammar yang perasan kehadiranku di sisi keretanya terus keluar dari kereta.
            “Dari mana ni?”
            “Dari kedai makan dekat depan tu.Kenapa Am datang tak call Jieha?Kalau Am bagi tahu nak datang,Jieha tak keluar tadi.”
            “Saja je datang.Am nak mintak maaf sebab Am mungkir janji tadi.Mama dengan Abah datang rumah.”
            “Pak cik dengan mak cik sihat?”
            “Alhamdulillah,sihat.Mama rindukan Jieha.Jieha,boleh kita berbincang?”
            “Bincang apa,Am?”
            “Jieha setuju tak hujung bulan ni kita bertunang?”
            “Hujung bulan ni?”
            “Hurm,mama dengan abah datang sini sebab tu.”
            Kegembiraan yang aku rasa tadi terus hilang dalam sekelip mata.Jadi,Ammar tak nak kami bertunang?Ya Allah,dah terasa macam nak kahiwin paksa pula.
            “Nanti Jieha call ayah bagi tahu ayah pasal ni.”
            “Okeylah kalau macam tu.Mama kata kalau Jieha dengan keluarga setuju,next week pergi beli cincin.”
            “Insyaallah,esok Jieha call ayah.”
            “Kalau macam tu Am balik dululah.Jieha pergilah masuk.Jangan lupa kunci pintu semua.”
            “Am,hujung minggu ni Fieqa bertunang?Am nak ikut Jieha pergi sekali?Fieqa jemput Am datang.”
            “Oh,dah minta kebenaran pak cik dengan mak cik?”
            Jieha menggelengkan kepalanya.Esok pagilah baru minta kebenaran.Dah malam sangat nak call ayah.
            “Esok pagi jangan lupa call pak cik dengan mak cik.Minta kebenaran nak pergi kampung Fieqa sekali.”
            “Okey.”
            Lepas kereta Ammar meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah sewaku,aku terus mengunci diriku di dalam bilik.Fieqa yang sedang tengok tv di ruang tamu pelik melihatku.Bergaduh lagilah tu.
 \gvyg   “Tak fahamlah aku dengan dia orang berdua ni.”
            Awal-awal pagi selepas subuh,aku dah call ayah..Aku nak tanya pendapat ayah selain nak minta kebenaran nak balik kampung Fieqa.
            “Hello,assalamualaikum..”
            “Hmm,wa’alaikumussalam...”
            “Ayah sihat?”
            “Macam ni lah..”
            “Oh,ayah...Jieha nak minta izin nak pergi rumah Fieqa..Dia nak kahwin.”
            “Pergilah..”
            Macam ni lah keadaan ayah bila aku call..Sepatah yang aku tanya,sepatah jugaklah dia jawab.Lainlah kalau Kak Long yang call,ayah akan tanya dan cakap panjang berjela.Kak Long kan anak kesayangan ayah.
            “Ayah,bulan depan Ammar nak datang meminang.”
            “Baguslah..Kau orang pun dah lama kenal..Okeylah,aku nak pergi kerja ni.Assalamualaikum.”
            Belum sempat aku menjawab salam,ayah sudah mematikan talian.Makin bertambah sebak di dadaku.Ya Allah,kenapa ayah buat aku sebegini?
            “Jieha,kau kata nak makan....Lah,kenapa kau menangis lagi?”
            “Aku tak tahulah,Fieqa..Kenapa ayah aku layan aku macam ni.Aku ingt lepas aku keluar dari rumah tu,sikap dia pada aku berubah..Tapi makin teruk adalah..”
            “Buat tak tahu jelah...Kau macam tak kenal ayah kau tu.”
            “Sekejap eh,aku nak basuh muka.Nampak ketara sangat tak aku menangis?”
            “Biasalah..Bila kau menangis,hidung dengan muka kau merah.”
            “Hahah,jomlah kita gerak sekarang.”
            Bosannya kerja kerana aku dengan Fieqa tak satu tempat kerja..Fieqa kerja di Ampang,aku pula kerja di KL.Aku sudah tiga tahun bekerja di syarikat guaman milik kawan ayah Ammar,Dato’ Nadzmi.Setakat ini aku masih boleh bertahan di situ.
            Aku menguruskan kes-kes yang lebih kepada rumah tangga.Ammar tak suka aku libatkan diri dalam kes-kes yang boleh mengancam nyawaku.Gara-gara aku sayangkan dia,aku turutkan juga.Lagipun aku dapat kerja di sini pun kerana ayahnya.
            “Aku rasa nak ambik cuti panjanglah.”
            “Kau nak ke mana?”
            “Mungkin balik kampung?Lagi pun dah lama sangat aku tak jenguk mak ayah aku.”
            “Kau bincanglah dulu dengan Ammar.Aku malas nak masuk campur.”
            “Kau tak nak ikut?”
            “Balik kampung kau?Tak naklah aku..Karang ayah kau marah,aku yang lari balik KL.”
            “Ayah aku tu okey sebenarnya..”
            Fieqa hanya tersenyum sinis.Okey?Aku rasa dialah ayah yang paling zalim dalam dunia.Kenapalah Jieha cakap ayah dia okey?
            “Kalau dia tak sayang aku,Fieqa..Tak adanya bulan-bulan dia masukkan duit dalam akaun bank aku.Walaupun tak banyak,tapi adalah juga.”
            “Aku tak tahulah nak cakap macam mana dengan kau,Jieha...Dahlah,jom kita gerak sekarang.Karang kau lambat masuk pejabat,kau tak ada kena apa-apa..Aku ni kerja dekat Ampang tahu?Dengan jalan sesaknya lagi..”
            “Rasa macam nak duduk dekat kampungkan?Tak payah bersesak-sesak macam dekat KL ni..”
            “Tahu tak apa..”

BERSAMBUNG

2 comments: