Monday 17 September 2012

seputih hati mencintaimu 2



Walaupun jarum jam sudah tepat menunjukkan ke angka 7,aku masih duduk mengelamun di depan mejaku.Pada Fieqa aku beritahu aku balik lambat kerana banyak kerja nak diselesaikan sebelum aku bercuti di kampung dia.
            “Jieha,you tak balik lagi?Ada kerja penting ke?”
            “Taklah,Puan Jasmin.Saya kan nak bercuti dari Jumaat ni sampai Selasa depan..Tu yang nak siapakan apa yang perlu tu.Karang terganggu pulak cuti saya nanti bila ada call..”
            “Oh,awak nak bercuti ke mana?”
            “Kampung kawan saya.Dia nak kahwin hujung minggu ni.”
            “Ucapkan tahniah pada dia ye?”
            “Insyaallah..”
            Selepas Puan Jasmin beredar dari ruanganku,aku terus menumpukan perhatian pada kerja dihadapanku yang masih belum terusik dari tadi.
            Tengah aku sibuk-sibuk buat kerja,handphone di atas meja menjerit mintak diangkat.Rumah?Kenapa pula dia orang call?
            “Assalamualaikum,hello?”
            “Wa’alaikumussalam,Jieha...Ibu ni,sayang..”
            “Oh,ibu...Kenapa,ibu?”
            “Jieha dekat mana ni,nak?”
            “Dekat office lagi.Ada kerja sikit.Kenapa,ibu?”
            “Jieha boleh balik kampung tak?Ayah jatuh bilik mandi petang tadi..Sampai sekarang ayah kamu tak sedar-sedar lagi..”
            Bila mendengar esakkan ibu,aku terus menutup fail-fail di atas mejaku.Ya Allah,macam mana boleh jadi begini?
            “Ibu jangan nangis ye?Jieha balik sekarang.Assalamualaikum.”
            Aku hampir bertembung dengan Dato’ Nadzmi dan Puan Jasmin di hadapan lif.Masing-masing mengurut dada kerana terkejut.
            “Maafkan saya,Dato’,Puan..”
            “Kenapa kalut ni,Jieha?”
            “Saya nak kena balik kampung sekarang.Ada kecemasan.Dato’,boleh saya mula cuti dari hari esok sampai Selasa?”
            “Rasanya tak ada kerja urgent buat masa ni.Okey,saya luluskan cuti awak..Tapi kalau ada kerja urgent melibatkan awak,awak terpaksa balik sini semula.”
            “Terima kasih,Dato’.”
eTaiping.Macam manalah keadaan ayah?Harap-harap tak ada apa yang serious.Nombor telefon Ammar aku dail sambil memandu.
            “Hello,assalamualaikum..”
            “Wa’alaikumussalam..Kenapa call maghrib-maghrib macam ni?Am nak ke masjid ni.”
            “Maaf,ganggu..Jieha nak bagi tahu yang Jieha balik Taiping ni.Ayah Jieha jatuh petang tadi.Ibu kata ayah masih tak sedarkan diri lagi..”
            “Hati-hati memandu,Jieha.Kalau ada kesempatan,Am datang sana.”
            “Okeylah,Assalamualaikum..”
            Usai solat maghrib dan isyak di surau hospital,aku terus melangkah masuk ke dalam wad pemerhatian.Ibu setia duduk menanti ayah.
            “Assalamualaikum,ibu..”
            “Wa’alaikumussalam..Bila Jieha sampai?”
            “Dah lama dah tapi Jieha pergi solat dulu..Ibu sihat?Macam mana ayah boleh jadi macam ni?”
            “Entahlah,Jieha..Pagi tadi elok je.Tiba-tiba petang tadi ayah kamu jatuh dalam bilik mandi.”
            “Insyaallah,ayah tak kan apa-apa.”
            “Jieha cuti lama ke?”
            Aku hanya mengangguk sambil melihat lebam di dahi ayah.Macam manalah boleh jadi macam ni.
            “Kak long mana?”
            “Entahlah,ibu ada call dia tadi.Tapi tak tahulah dia balik ke tak.”
            “Dia sibuk tu,ibu..Lagipun Kak long kan model..”
            “Habis Jieha tak sibuk?Setahu ibu,kamu tu lagi sibuk.”
            “Sudahlah tu,ibu..Ayah kan tak sihat..Jieha yakin Kak long mesti balik.”
            Dua hari lepas tu,ayah dah sedar.Yang dia cari hanyalah anak kesayangannya itu.Aku yang ada depan mata dia,dia buat tak peduli je.Sudah berkali-kali aku cuba menghubungi Kak long tapi gagal.
            “Azlin mana?Aku nak Azlin..”
            “Abang,Azlin kerja..Dia tak boleh balik.Yah dah bagi tahu dia yang abang masuk wad..Dia orang pertama Yah bagi tahu.Yah bagi tahu Jieha maghrib kelmarin.”
            “Kau tipu,aku nak anak aku..Mana dia?Suruh dia balik sekarang.”
            “Ayah,Jieha dah call Kak long...Dia tak angkat..”
            “Kau diam!”
            Sampai ke sudah cuti aku dibazirkan di kampung sendiri.Berkali-kali aku meminta maaf pada Fieqa sebab tak dapat datang kenduri dia.Mujur dia memahami.
            “Ibu,Jieha dah nak balik esok..”
            “Dah nak balik?”
            “Hurm,Jieha apply cuti sampai esok je.”
            “Kalau macam tu tak apalah..”
            Patut ke aku beritahu ibu hasrat aku nak bawa dia orang balik KL?Nak tinggalkan dia orang berdua dekat kampung,memang payahlah.Yelah,ayah dah tak macam dulu..Dia dah separuh lumpuh.
            “Ibu,Jieha nak bawa ibu dengan ayah balik rumah Jieha..”
            “Kenapa tiba-tiba?”
            “Jieha risaulah nak tinggalkan ibu dengan ayah malam ni.Sekurang-kurangnya sampai ayah betul-betul sihat.Kalau ayah dengan ibu ada depan mata,Jieha tak adalah risau sangat.”
            “Nanti ibu bincang dengan ayah.”
            “Ibu pujuk ayah ye?Lagipun rumah Jieha dengan Kak long tak adalah jauh mana.Nanti Jieha boleh bawa ayah dengan ibu pergi rumah dia.”
            “Insyaallah,ibu ikut ayah kamu.”
            “Kalau ayah setuju,ibu terus packing barang tau.Bawa yang perlu je.Baju kalau tak cukup,kita boleh beli dekat sana.”
            “Hurm,yelah..”
**
            Mujur ayah setuju dengan cadangan aku.Lepas mintak tolong pada jiran sebelah untuk tengok-tengokkan rumah,kami terus bertolak balik KL.Ayah hanya diam sepanjang perjalanan manakala ibu riuh berbual denganku.
            “Ammar apa khabar?”
            “Dia sihat je,ibu..Oh ye,parent dia kirim salam dekat ibu dengan ayah..”
            “Wa’alaikumussalam..Dia orang ada dekat KL ke?”
            “Ada..Minggu lepas dia orang datang KL.Jieha pun tak sempat jumpa dia orang lagi.Mungkin nanti sebelum dia orang balik..”
            Sampai je di rumah milikku di Bukit Jelutong,ayah terus mengurungkan dirinya di dalam bilik.Biar je lah ayah tu.Kau macam tak kenal ayah kau,Jieha.
            “Dah berapa lama rumah ni kosong?”
            “Dekat dua tahun..Tapi Jieha dengan kawan Jieha selalu tidur sini bila hujung minggu..Ibu rehatlah dulu ye?Jieha nak keluar beli barang.Mungkin balik lambat sikit sebab nak ambil barang dekat rumah sewa.”
            “Hati-hati memandu..”
            “Kalau lapar,dalam peti ais ada nuget-nuget...Lauk Jieha tak beli lagi.”
            Lepas menghabiskan masa mengemas barang-barangnya di rumah sewa a.k.a rumah family Fieqa,aku terus menyusun kesemuanya di dalam kereta.Barang-barang yang lain tak payah bawaklah.Boleh beli baru nanti.
            “Fieqa,terima kasih banyak-banyak.Ni kunci dengan duit sewa rumah ni.”
            “Jieha,tak sampai hujung bulan pun kau tinggal sini.”
            “Tak apalah,Fieqa...Terima kasih banyak-banyak.”
            “Sama-sama...”
            “Kau jangan lupa aku pulak tau..Ada masalah,kau call je aku..Aku akan lapangkan masa aku untuk kau.”
            “Terima kasih...Insyaallah.Kau pun sama,Jieha..Kalau Ammar buat kau menangis lagi,kau bagi tahu aku..Tahulah aku nak buat apa nanti.”
            Sebelum balik,aku singgah ke Tesco untuk membeli lauk.Apa nak beli lagi ye?Ikan dah..Ayam pun dah..Sayur dengan buah!
            “Jieha,tak sangka jumpa Jieha dekat sini..Ayah Jieha macam mana?Dah okey?”
            “Alhamdulillah,bertambah baik keadaannya.Saya bawak dia orang ke mari...Senang sikit bila mereka ada depan mata saya.”
            “Baguslah begitu..Oh ye,kenalkan ni anak saya,Darwina..Win,ni lah bakal tunang Ammar.”
            “Inilah perempuan yang Ammar cerita tu?Not bad.”
            “Saya pergi dululah ye,Puan..Ibu dengan ayah saya tunggu dekat rumah..”
            “Jumpa esok ye?”
            Aku hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum berlalu dari situTanpa aku sedari,Darwina memandang aku dengan penuh kebencian.
            “Win,jomlah..Kata nak cari barang nak buat kek.”
            “Tak ada mood dah lah,mama..Kita beli jelah.”
            “Pulak dah?”
            Malam tu,Darwina dah siap-siap nak keluar.Dia dah berjanji nak keluar makan dengan Ammar.Aku mesti tawan balik hati Ammar sebelum semuanya terlambat.
            “Win nak pergi mana?”
            “Keluarlah,mama..”
            “Nak keluar dengan siapa?”
            “Ammar.”
            “Win,Win tahukan Ammar dah nak bertunang..”
            “Mama,Win tahu Ammar masih cintakan Win..”
            “Win,itu semua dah lama berlalu..Kenapa Win susah sangat nak terima?Lagi pun dulu Win yang tinggalkan Ammar kan?Mama merayu pada Win..Tolonglah jangan kacau Ammar.”
            Darwina terus melangkah keluar dari biliknya.Kata-kata mamanya tidak mahu diendahkan.Baginya,Ammar adalah miliknya seorang.
            “Win,tolonglah jangan buat macam ni...”
**
            Aku menyusun baju-baju ke dalam almari sambil mata memandang ke arah handphone.Ammar tak call pun?Pagi tadi dia dah janji nak call malam ni.
            “Busy mungkin?”
            “Jieha tak tidur lagi?”
            “Tengah kemas barang...Rimas pula barang bersepah atas lantai ni.Karang nak jalan susah.Ibu kenapa tak tidur lagi?”
            “Ibu bangun nak minum je.Nampak bilik Jieha terang,tu yang ibu ke mari..”
            “Oh..”
            “Banyak lagi nak dikemas?”
            “Tinggal yang ni je..Nak gantung je.”
            Lepas siap mengemas barang,aku dengan ibu terus bersembang di ruang tamu bawah sambil menonton tv.
            “Jieha dah bincang dengan Ammar pasal hantarannya?”
            “Tak sempat lagi...Ingat nak tanya malam ni sebab Ammar janji nak call,tapi tak ada pulak dia call.Mungkin dia busy.”
            “Jangan lengah-lengahkan..”
            “Insyaallah,ibu..”
            “Jieha ada call Kak long?”
            Aku menganggukkan kepalaku.Berpuluh kali aku call dia,beratus kali aku tinggalkan pesanan tapi dia buat tak tahu je.PA dia pun aku call suruh beritahu dia pasal ayah..
            “Kak long tak jawab?”
            “Entahlah,ibu..Jieha tak tahulah nak buat macam mana lagi.Mungkin dia tak nak angkat call Jieha..Apa kata ibu call Kak long pulak?Mana tahu dia nak jawab?”
            “Esoklah ibu call dia.Dah malam sangat nak kacau Kak long kamu tu.”
            Sebelum tidur,aku cuba hubungi Kak long sekali lagi.Mana tahu dia nak angkat kan?Tak salah mencuba.
            “Hello!”
            “Assalamualaikum,Kak long..”
            “Kau nak apa?Selagi aku tak jawab,selagi tu kau tak putus asa nak ganggu aku kan?Ha,cepat cakap apa yang kau nak cakap!”
            “Kak long,ayah rindukan Kak long..Kak long tak nak jenguk ayah ke?”
            “Malas aku nak balik kampung tu.”
            “Ayah dengan ibu duduk dengan Jieha sekarang ni.Kejap lagi Jieha text alamat rumah Jieha..Kak long datanglah ye?”
            “Hurm,tengoklah nanti.Okeylah,aku sibuk ni.Bye.”
            Belum sempat aku memberi salam,Kak long dah mematikan talian.Ah,lantak dialah.Aku dah beritahu dia...Aku terus text alamat rumahku pada Kak long.Hope dia naklah datang.
            Aku merenung handphone di tanganku lama.Ammar tetap tak call aku.Dia busy sangat ke?Selalunya kalau dia busy,dia text aku je..
            “Jieha,jangan berfikir yang bukan-bukan.”
**

2 comments:

  1. Masalah yang membelengu hidup...

    ReplyDelete
  2. sian jieha,anak terbiar...huhu..byk kes mcm ni.anak baik dibiar,tak dipeduli...yang perangai tak semenggah dok diagung2kn.

    ReplyDelete