Friday 21 September 2012

fb cinta kita 8

-->+Esok?Okey.
            Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik Kak Mendij.Mak cik dah sibuk-sibuk nak buat persiapan kahwin.Berjodoh rupanya kakak aku ni dengan Adi..Hahaha,lepas ni aku ada abang ipar muka jambu.
            “Hah,bagus betul Anna ni.Datang time akak perlukan bantuan..”
            “Nak suruh Anna buat apa?Anna tak nak jadi pengapit Kak Dij.”
            “Ala,pasal tu tolonglah jadi.Tolonglah adik..Akak bayarlah adik nanti.”
            “Ingat orang boleh disogok dengan duit ke?”
            “Ala,tolonglah..”
            “Yelah.”
            Mendij terus memeluk bahu adik kesayangannya itu.Nasib baiklah Anna setuju,kalau tak aku nak mintak tolong siapa?Aku tak nak orang lain jadi pengapit aku..Nurul dah kena jadi jurukamera aku.Abang?Dia lelaki bukan perempuan.
            “Esok teman akak pergi try baju?Akak tak nak pergi berdua dengan Adi je.Lagi pun kita boleh cari baju pengapit sekali.”
            “Boleh tapi Anna nak jumpa Fida.Abang suruh Anna pulangkan barang Fida.Ikutkan hati,tak ingin Anna nak jumpa dia.Baik buang je tapi abang tetap suruh pulangkan.”
            “Ikutkan jelah apa yang abang cakap.”
            “Anna janji dengan dia nak jumpa petang esok pukul 2.Sempatlah nak cari baju.”
            “Kita keluar pagi tau.Akak malas nak lengah-lengahkan masa.”
            “Yelah,cik kak oii.”
            Selepas pergi butik pengantin yang ke berapa puluh barulah ada yang berkenan di hati Mendij dan Adi.Memilih jugak dia orang ni.Untuk baju pengapit pula,Anna mencadangkan agar dia memakai baju kurung moden saja tapi Kak Dij dan Abang Adi membantah.
            “Kita makan dulu lah..Dah pukul 1.30 ni.”
            “Dah pukul 1.30?Alamak,Anna nak kena pergi sekaranglah.Kak Dij boleh balik dengan abang Adi tak?”’
            “Abang tak kisah.”
            “Akak okey je..Jangan balik lewat sangat.Nanti abang Hairie marah akak pulak.”
            “Okey..”
**
            Fida sudah banyak kali melirik ke arah jam tangannya.Mana Anna ni?Dah pukul 2.30 dah ni..Dia ni datang ke tak?
            “Maaf,I terlambat.You dah makan?”
            “Belum lagi.”
            “Sue tak datang ke?”
            “Dia pergi toilet kejap.”
            Waiter terus datang membawa menu.Hurm,nak makan apa ye?Pagi tadi dahlah tak sempat makan.
            “Nasi goreng ayam dengan ice lemon tea.You nak makan apa,Fida?”
            “Nasi goreng ayam dengan apple susu.”
            “Sue punya?”
            “Biar dia order sendirilah.”
            Tak lama lepas tu,Sue datang menyertai kami.Aku dengan Fida hanya diam dari tadi.Masing-masing tak tahu nak cakap apa.
            “Dah order ke?”
            “Hurm,you punya je belum order.Oh,ye..I nak jemput you all datang wedding sis I,Mendij awal bulan depan.Ni cardnya.”
            “Adi?Maksud you Dr.Adi?Yang satu tempat kerja dengan sis you?”
            “Yupp.Fida,I nak mintak maaf dekat you sebab I tak pedulikan you selama 3 bulan.Tujuan I nak jumpa you ni sebab nak pulangkan barang you..”
            “Barang?”
            “Hurmmm,I wakilkan abang I..Sebelum balik nanti,I bagi barang tu.”
            Habis je makan,Anna terus bangun untuk membayar bil.Sue terus menepuk peha Fida perlahan.Apa maksud Anna?
            “Kenapa?”
            “Barang apa yang Anna maksudkan?”
            “Fida pun tak tahu..Tunggu jelah.”
            “Hurmm..”
            “Jomlah,kita pergi ambil barang..”
            Fida dengan Sue terus bangun dari duduk dan terus menuruti langkah Anna ke keretanya.Anna tak tahu macam mana nak cakap yang abang Hairie akan bertunang dengan Qaseh hari Sabtu ni.
            “Ni lah dia.Fida park kereta dekat mana?”
            “Depan tu je.Apa yang ada dalam kotak-kotak ni?”
            Bila Fida buka salah satu kotak tu,air muka dia terus berubah.Anna betul-betul serba salah melihat Fida begitu.
            “Apa semua ni?”
            “Abang I mintak I pulangkan semuanya pada you.”
            “Dia dah nekad ke,Anna?”
            Air mata Fida mula menitis.Bila melihat Fida menangis,Anna bertambah-tambah rasa bersalah.Sue menepuk bahu Fida perlahan.

No comments:

Post a Comment