Friday 21 September 2012

fb cinta kita 9

-->“Maafkan I,Fida..”
            “Hairie dah buang I ke,Anna?”
            “Fida,Sue tak suka tengok Fida macam ni.Bukan abang Anna yang buang Fida tapi Fida yang buang dia.Sudahlah,Fida.Lupakanlah dia.”
            Sue dan Anna menghabiskan masa menemani Fida di penthousenya.Masing-masing risau nak tinggalkan Fida dalam keadaan macam ni.
            “Sungguh ke,Anna?Abang you betul-betul dah lupakan Fida ke?”
            “I tak tahu,Sue.I sendiri tak tahu apa yang ada dalam hati abang I.Kalau dia tak cintakan Fida,kenapa baru sekarang dia buat keputusan untuk mulakan hidup baru.”
            “Maksud you?”
            “Sebelum ni ummi I nak pinangkan anak kawan dia untuk abang I tapi abang I tak mahu.Minggu lepas,dia buat keputusan untuk masuk meminang jiran Kak Dij,Qaseh.Esok,ummi I masuk meminang Qaseh.”
            Fida yang kebetulan terdengar perbualan antara Sue dengan Anna makin tersedu.Hairie dah nak bertunang.Ya Allah,aku tak sanggup kehilangan dia.
            “Sue,I kena balik..I tak boleh lama-lama keluar,banyak lagi persiapan nak kena buat.”
            “Hurm,you jangan risau.I akan teman Fida dekat sini.Ucapkan tahniah pada abang you.”
            “Insyaallah..Kirim salam pada Fida.”
            “Hati-hati memandu.”

**
            Lama Anna tak online sebab banyak benda nak dilakukan untuk majlis kahwin Kak Dij esok.Camera yang dipinjam dari Kak Nurul langsung tak lepas dari tangan.Ada je gambar yang ditangkap.
            “Tak online ke?”
            “Banyaklah abang ni.Esok kan majlis Kak Dij.Lagi pun malaslah nak online sebab belum sempat panas punggung,dah kena panggil.Kak Nurul mana?”
            “Dia jemput family tunang dia dekat KLIA.”
            “Oh,ingatkan pergi curi tulang.”
            “Banyaklah..”
            “Mana Qaseh?”
            “Belum datang lagi.Kejap lagilah kot.”
            Aku mengangguk faham.Daripada pemerhatian aku,abang Hairie nampaknya mula mencintai Qaseh dan begitu juga sebaliknya.Alhamdulillah,terbuka jugak hati abang untuk menerima Qaseh.Senang hati aku bila abang dah tak macam dulu.
            “Anna nak jumpa kak Dij kejap.Dah janji nak pakaikan inai.”
            “Hurm..”
            Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu,aku terus serbu masuk.Dah memang habit aku bila masuk bilik abang dan akak-akakku.Mendij yang tengah bergayut dengan Adi hanya menurut dada dan terus memandang aku tajam.
            “Ya Rabbi,Anna!Cubalah ketuk pintu dulu.”
            “Ala,marah Anna pulak?Pakailah inai sendiri.”
            “Ala,janganlah merajuk.Akak nak Anna yang pakaikan..Tak nak orang lain.”
            “Suka buat muka kesian.Yelah.”
            Lepas siap memakaikan inai,aku terus bergambar dengan Kak Dij.Lepas ni mesti aku susah nak lepak macam ni dengan Kak Dij lagi.Wah,sedihnya..Lepas ni Kak Nurul pula kahwin.Dia dengan tunang dia,Ammar dah rancang awal tahun depan dia orang nak bina masjid.Abang Hairie pulak akan menyusul dua tahun lepas tu.
            “Kenapa sedih je ni,Anna?”
            “Tak ada apa..Anna nak masuk biliklah.Dah pukul berapa dah ni.”
            Keesokan harinya,ummilah yang paling gembira nak sambut menantu.Kak Dij dengan Abang Adi nampak sepadan bagai pinang dibelah dua.Kak Nurul dan abang Ammar pun tak kurang hebatnya.Mereka berdua menjadi pengapit hari ni.
            Abang Hairie pula sejak dari tadi asyik berkepit dengan tunangnya.Aku je yang berjalan ke sana sini berseorangan.Angah tak dapat datang sebab dia kena balik kampung.Sue dengan Fida pulak masih dalam perjalanan ke mari.
            “Anna,sinilah lepak dengan Qaseh.”
            “Tak naklah.Qaseh kan tengah dating dengan abang Anna..”
            “Ala,ngada-ngadalah adik ni.Sinilah.”
            “Anna nak ke sana.BFF Anna dah sampai.”
            Muka abang Hairie terus berubah sebaik saja terpandang Fida.Qaseh yang tidak tahu apa-apa melayan Fida dan Sue dengan mesra.
            “Ni lah BFF yang Anna selalu cerita dekat Qaseh.Ini Sue dan yang ini Fida.Kami berkawan dah lama dah.Ni lah Qaseh.”
            “Hai,I,Sue.”
            “Qaseh..Awak ni model tu kan?Saya minat dekat awak.”
            “Oh,terima kasih.”

No comments:

Post a Comment