Friday 21 September 2012

fb cinta kita 10


“Saya,Fida.”
            “Hai..”
            “Qaseh,abang pergi dekat ummi sekejap.”
            “Okey.”
            Lepas berbual seketika dengan Qaseh,aku terus mengajak Sue dan Fida lepak dalam bilik aku lepas kami ambil makanan.Fida pula hanya menunjukkan reaksi seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara dia dengan abang Hairie.
            “Dah lama Sue tak masuk bilik ni.Rindu pulak dekat bilik ni.”
            “Ha,tulah..Siapa suruh kerja.Kan dah tak boleh lepak sini macam dulu.”
            “Fida lagi tak pernah masuk bilik ni.Bilik Anna dekat rumah dulu tu pernah dua kali je.”
            “Cakap pasal rumah dulu,apa cerita rumah tu?”
            “Kosong je.Tak lama lagi lepas abang kahwin…”
            Anna terus terdiam bila dia menyedari sesuatu.Fida tetap tenang seperti biasa malah tiada apa-apa reaksi yang terpamer di wajahnya.
            “Anna,Sue dengan Fida ada plan nak bercuti dekat pulau..Nak join?”
            “Bila?”
            “Hari Isnin ni?Please say yes?Kita pergi bertiga je.”
            “Pulau?Hurm,menarik bunyinya.”
            “Kalau Anna tak join,Fida rasa nak cancel plan je.”
            “Hurm,nanti Anna tanya ummi.Makanlah,susah tau Anna nak bawak masuk makanan dalam bilik ni.Kawan punya pasal,Anna langgar peraturan sendiri.”
            Lepas Fida dengan Sue balik,aku terus sambung mengambil gambar sepanjang majlis.Happynya muka Kak Dij dengan abang Adi.Hope perkahwinan dia orang kekal hingga ke anak cucu.
**
            Aku menarik bagasi menuruni tangga.Wah,bahagianya dapat bercuti tanpa family.Entah apa yang buat ummi setuju bagi aku bercuti dengan kawan-kawan.Abang Hairie terus mengambil bagasi di tanganku dan terus diangkat menuruni tangga.Ni yang aku sayang abang ni.
            “Adik pergi bercuti tu hati-hati sikit.Kami tak ada dekat sana nak jaga adik.And please,jangan buat benda bahaya dekat sana.Makan tu ikut time,jangan lupa solat,jangan keluar sampai lewat malam.Barang-barang berharga jaga elok-elok.Kalau ada apa-apa,call abang.Faham tak?”
            “Ye,abang.Anna tahu.Dari minggu lepas abang asyik ulang benda yang sama.Dah boleh hafal tahu tak?”
            “Abang cuma risau..Kalau ikut abang,memang abang tak bagi Anna pergi tapi betul cakap ummi.Sampai bila abang nak control life adik.Pergi bercuti tu jangan leka.Ingat apa yang abang cakapkan ni.”
            “Ye,abang.Kalau ada masalah apa-apa,Anna terus call abang.”
            Lepas menyalami abang Hairie,ummi dan Kak Nurul,aku terus mengheret bagasiku keluar rumah.Mesti Fida dengan Sue dah bosan menunggu dekat luar.
            “Sorry,girl buat kau orang lama tunggu.”
            “Apasal lambat?”
            “Biasalah,Sue..Abang I tu over..Okey,jom kita gerak sekarang.”
            Sepanjang perjalanan ke Lumut,kami bertiga rancak berbual.Sesekali kami menyanyi kecil bila mendengar lagu kegemaran kami berkumandang di corong radio.
            “I rasakan tak lama lagi I nak undur diri dari dunia model.”
            “Hah?But,why?”
            “Entahlah,makin lama I makin hilang minat dalam dunia model ni.I teringin nak buka kedai cake.Jom buka kedai sama-sama.”
            “Cake?Hurm,boleh tahan jugak.”
            “Hurmm,Fida jadi sleeping partner jelah ye?Kau orang uruskan bolehlah.”
            “Itu tak jadi satu masalah.Balik KL nanti kita bincang balik.”
            Setibanya di Pulau Pangkor,aku,Sue dan Fida terkinja-kinja bila nampak pantai.Lama tak pergi pantai.Cantiknya!!Tak rugi datang sini.
            “Kita check in dulu.Pantai nanti-nanti pun boleh.Lepas ni kita cari makanan pulak.I dah lapar.”
            “Okey..”
            Lepas makan tengah hari,kami bertiga membeli belah di deretan kedai di hadapan chalet.Aku perasan yang Fida lebih banyak diam sebaik saja sampai di Pulau Pangkor.Kenapa dengan Fida ye?
            “Dah banyak kita beli ni.Jomlah balik.Nak rehatlah.Letih memandu tak hilang lagi.”
            “Okey,jom.”
            “Kau orang baliklah dulu.Fida nak jalan-jalan dekat situ sekejap.”
            “Jangan lama-lama..”
            “Hati-hati,Fida.”
            Lepas Sue dan Anna beredar,aku terus melangkah ke tepi pantai.Aku memilih untuk duduk di bawah pokok sambil merenung pantai.Kenapa semua ni terjadi pada aku?Air mataku mula menitis setitik demi setitik.
            “Fida?”

No comments:

Post a Comment