Wednesday 12 September 2012

Penutup buat kita



Hadiah di dalam pelukan,aku peluk seerat mungkin.Tak sabarnya nak jumpa Danny..Lif ni terasa seperti lambat pula bergerak.Jam di tangan sudah beberapa kali aku jeling.Harap-harap Danny ada dekat office lah..Kalau tak sia-sia je dia datang bawa kejutan..
            “Eh,aku dengar kau dengan bos kita tu mesra bukan main lagi..Betul ke?”
            “Bos kita?Dannial?”
            Bila mendengar nama Danny disebut pekerjanya,langkah kakiku terus terhenti.Siapa yang tengah bercakap pasal Danny tu?
            “Kau panggil bos macam tu?Jadi,betullah apa yang aku dengar ni?”
            “Hahaha,ye memang betul.Aku dengan Dannial rapat.Kenapa?”
            “Kau tak takut ke kalau tunang dia tahu?
            “Buat apa nak takut?Eh,kau tahu Dannial selalu cerita dekat aku pasal tunang dia.Perempuan tu selalu menyusahkan Dannial.Mengada-ngada.Kesian dekat Dannial tau..Itu tak boleh,ini tak boleh..Padahal dia tu baru tunang Dannial bukannya isteri.”
            Menyusahkan Danny?Aku kenal suara wanita angkuh yang sedang bangga mencanang cerita pasal aku.Itu PA Danny merangkap sepupu kawan baik aku.
            “Bangga betul awak mencanang cerita yang bukan-bukan pasal saya ye?”
            “Cerita yang bukan-bukan?Tolong sikit ye....”
            Pekerja Danny yang bersembang dengan perempuan angkuh tu cepat-cepat beredar dari situ...Dia orang tak nak terlibat dengan mana-mana pergaduhan.
            “Sampai hati Cik cakap macam tu.Saya tahu saya miskin tapi cik tak layak nak hina keluarga saya.Kami ada maruah..”
            Apahal pula perempuan ni tiba-tiba cakap macam ni dekat aku?Siap menangis-nangis lagi ni..Drama apa pulak ni yang dia buat?

            “Saya tak sehina tu,cik...Saya tak kan buat benda-benda tak senonoh dengan bos saya sendiri.”
“Alya?Kenapa ni?”
Hurm,patutlah.Danny ada dekat belakang aku.Patutlah perempuan ni main wayang.Rasa nak termuntah bila dengar ayat-ayat palsu dia tu.
“Tunang awak tuduh saya yang bukan-bukan...Dia tuduh saya nak goda awak...Nak kikis duit awak.”
“Ya Allah,apa awak cakap ni?Jangan pandai-pandai buat ceritalah...Saya tak ada cakap macam tu.Saya cuma bertanya kenapa awak canang cerita yang bukan-bukan pasal saya.”
“Alya!Apa semua ni?Jangan ingat Lya tunang Danny,Lya boleh buat atau cakap sesuka hati dengan pekerja Danny.Sekarang,Danny nak Lya minta maaf Wana.”
“What?!Lya yang kena minta maaf?Danny,Lya tak pernah menghina orang lain.Awak jangan pandai-pandai nak buat cerita.Awak sendiri tahu memfitnah tu....”
“Lya!Danny kata sekarang!”
Aku hampir menangis bila ditengking tunang sendiri di hadapan perempuan angkuh tu.Ya Allah,sampai hati Danny buat aku macam ni.
“Sampai hati Danny!Lya tak kan minta maaf jika bukan salah Lya!Lya tunang Danny bukan dia.Danny lebih kenal Lya ni macam mana!”
“Lya tak nak minta maaf jugak?”
Aku mengambil gelas yang berisi air kosong di atas meja dan terus mencurahkan air tersebut di atas kepala PA kesayangan Danny tu.
            “Alya!!”
            “Saya minta maaf sebab saya curah air ni.Sekarang Danny dah puas hati?Puas?!”
            Hadiah hari jadi Danny aku baling ke badannya.Menyesal aku datang sini jika ini yang terjadi.Kek yang aku pegang dari tadi terus aku campak ke dalam tong sampah sebaik saja aku berlalu dari situ.
            “Awak okey,Wana?Ada cedera dekat mana-mana?”
            “Apa salah saya?Kenapa dia buat saya macam ni?”
            “Nanti saya uruskan hal ni,Wana..”
            Hadiah yang berada di atas lantai aku pandang tanpa perasaan.Hadiah?Alya datang sebab nak bagi hadiah hari lahir dekat aku?
**
            Hari ni dah genap sembilan tahun aku dan Danny berkenalan dan kami kini sudah tiga
bulan mengikat tali pertunangan.Meskipun sudah begitu lama aku mengenali Danny,hati aku
masih tidak mempercayainya sepenuh hati.
            Sejak dari dulu lagi,Danny sememangnya sudah menjadi kegilaan ramai.Ketika itu aku tidak kisah tentang hal itu.Namun sejak kami bertunang,aku jadi kisah tentang semua hal itu.Bila ada wanita yang menghampirinya,aku mulalah cemburu menggila.
            Kadang-kadang tentang perkara ini,kami akan bertengkar.Bukan aku tidak tahu yang Danny mustahil akan curang pada aku,cuma aku masih ragu-ragu tentang hal ini.Kes hari tu membuatkan aku berfikir semula.
            “Alya,kenapa tak siap lagi ni?Kita kan nak cari baju kahwin kamu ni.”
            “Lya malaslah,mama.Tak ada mood.”
            “Malas?Tak ada mood?Hey,Alya..Kamu nak kahwin dengan Danny tak?”
            Aku mengeluh perlahan.Malas betul nak cari baju kahwin ni bila tengah perang dunia dengan Danny.Danny ni pulak tak nak pujuk aku ke?Dah tiga hari dah berlalu sejak kami bertengkar tentang setiausahanya di pejabat itu.
            Sudah terang lagi bersuluh perempuan tu sukakan dia.Dia boleh bela setiausahanya daripada aku,tunang dia.Depan-depan perempuan tu pulak dia marah aku.Siapa tak sakit hati kalau dia orang ada dekat tempat aku?Salah ke aku cemburu dan marah?
            “Kamu bergaduh dengan Danny lagi ke,Alya?”
            “Malaslah Lya nak cakap.Mama kan lebih sayangkan bakal menantu mama dari Lya sendiri.”
            “Apa kamu merepek ni,Lya?Kamu anak mama,mestilah mama sayang kamu.”
            Aku hanya diam tanpa mahu mengulas apa-apa.Handphone di tangan dibelek tanpa minat.Mana Danny ni?Sampai sekarang tak call atau sms aku.
            “Apa pula masalah kamu kali ni?”
            “Ma,salah ke Lya cemburu dan marah bila ada orang terang-terang nak goda Danny?”
            “Siapa pula perempuan tu?”
            “PA dia.Lya dengar dengan telinga Lya sendiri yang perempuan tu nak rampas Danny.Lya terus jumpa perempuan tu untuk bincang baik-baik sebab Lya malas nak bising-bising buat kecoh..Tapi bila Danny datang lain pula cerita yang jadi,perempuan tu menangis beria-ia.Siap mengadu dengan Danny yang Lya serang dia dan tuduh dia yang bukan-bukan.Mama tahu tak  yang Danny lebih percayakan PA dia dari Lya.Depan perempuan tu dia marah Lya,mama.Siapa tak sakit hati?”
            Aku terus menangis di bahu mama semahu-mahunya.Lega akhirnya bila aku dapat luahkan ketidakpuasan hati aku pada seseorang.
            “Sudahlah tu,sayang.Nanti mama jumpa Danny.”
            “Biarlah,mama.Lya tak nak susahkan mama.Lagi pun ni urusan Lya...”
            Setibanya di butik pengantin,aku terus menghubungi Danny..Kali ni biarlah aku pula yang mengalah..Mungkin dia dah penat memujuk aku.Lagi pun perkahwinan kami akan berlangsung tak lama lagi.Tak kanlah kami nak bermasam muka lama-lama pula?
            Danny tetap tidak muncul di butik pengantin ini sampai ke sudah walaupun sudah  berkali-kali aku sms dan call dia.Gara-gara aku sayangkan dia,aku lebih rela mengalah.Tapi dia bukan saja tidak datang,call aku tidak dijawab manakala sms aku langsung tidak dibalas.Aku betul-betul malu dan rasa mahu menangis di butik itu tadi.
            Sebaik saja aku dengan mama melangkah keluar dari butik pengantin,kami disajikan dengan kisah kecurangan tunang aku sendiri.Ya Allah!Danny dengan PA dia mesra berpelukan di seberang jalan sana.Aku hampir terduduk melihatnya.Patutlah call aku tidak dijawab.Baru aku tahu kenapa dia membela dan memilih untuk percaya PA dia daripada aku,tunang dia sendiri..
            “Mama,Danny....”
            “Kita balik sekarang,Lya..Mama akan jumpa Aunty Fiera dan bincang tentang hal ni.”
            Setibanya di rumah,baru aku dapat berkata-kata.Aku mahu pertunangan ini diputuskan.Aku betul-betul tak dapat menerima semua ini.Patutlah hari tu dia beria-ia mempertahankan PA nya hinggap sanggup melukakan hati aku...
            “Lya pasti nak putuskan pertunangan?Tak nak bincang dulu?”
            “Hati Lya dah sakit,mama.”
            “Nanti mama bincang dengan papa.”
            Seharian aku duduk berkurung di dalam bilik.Aku betul-betul kecewa dengan Danny.Sanggup dia menduakan aku?Apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia?Apa yang Danny nampak dekat dia?Kenapa Danny buat aku macam ni?Mungkin apa yang PA dia cakap hari tu betul.Danny rasa aku ni menyusahkan..
            Di ruang tamu tingkat bawah,mama dan papa berbincang tentang anak mereka.Masing-masing jelas kecewa dengan semua ini.Mamalah yang paling menyesal kerana pertunangan kami terjadi atas permintaannya.
            “Alya mana?”
            “Berkurung je dalam bilik,abang.Makan minum yang bibik hantar ke bilik langsung tak nak dijamah.Saya betul-betul risaukan dia.”
            “Abang nak hantar dia ke oversea.Lebih baik begitu daripada dia seksa diri dia di sini.”
            “Kenapa pula Alya yang perlu pergi?Danny yang perlu pergi dari sini!Saya tak nak berpisah dengan anak saya.”
            “Lya setuju,papa.Lebih cepat lebih bagus.”
            Papa dengan mama terus menoleh ke arah tangga sebaik saja mendengar suaraku.Ya,aku lebih rela pergi dari sini daripada melihat dia.
            “Tapi,sayang..tak kan sayang nak tinggalkan mama?”’
            “Mama,mama nak Lya bahagiakan?Izinkan Lya pergi.”
            “Danny yang patut pergi!”
            “Ma,Lya dah buat keputusan untuk pergi.”
            Mama terus memanjat tangga untuk ke tingkat atas.Dia betul-betul sedih bila terpaksa berpisah dengan satu-satunya anak yang dia ada.
            “Mama..”
            “Lya,biarkan je..Dia perlukan masa untuk menerima semua ini.”
**
            Selepas semua urusan aku nak berangkat ke oversea selesai,kami sekeluarga datang ke rumah keluarga Danny untuk memutuskan pertunangan.Sepanjang jalan aku merenung cincin di jari manisku.Terasa sayang untuk menanggalkan cincin ini.Cincin ini sudah empat tahun terletak elok di jari manisku.
ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
            Sebaik saja mendengar lagu kesukaan Danny,air mataku terus laju menitis.Mama mahu mematikan radio namun aku segera menghalang.Biarlah untuk kali terakhir aku bergelar tunang Danny,aku mendengar lagu itu.
            “Cinta sampai mati?Kelakarkan Mama?”
            Mama memandang aku pelik.Dah berminggu aku hanya diam dan menangis,hari ni aku boleh pula aku ketawa.Ketawakan lagu kegemaran Danny pulak tu.
            “Kita dah sampai..Lya,biar papa dengan mama yang cakap okey?”
            “Hurm..”
            Aku mengesat air mata yang mengalir di pipiku.Kenapa aku memilih untuk datang hari ni adalah kerana aku tahu dia tiada di rumah.Tak adalah aku berat hati untuk meninggalkannya.
            “Assalamualaikum,Fiera..”
            “Eh,Naufal,Riana..Masuklah.Lah,Lya pun ada rupanya.Masuk,masuk.”
            Sebaik saja bersalaman dengan Aunty Fiera,aku cepat-cepat memalingkan muka ke arah lain sambil menahan sebak yang datang bertandang di dada.
            “Kenapa aunty tengok Lya susut sangat ni?Diet ye?Tak payah diet-dietlah,Lya kan kurus.”
            “Fiera,kami datang nak pulangkan cincin ni.”
            “Pulangkan cincin?Tapi kenapa?Ada masalah ke,Alya?”
            “Bukan anak I yang ada masalah tapi anak you yang ada masalah.”
            “Apa maksud you,Riana?”
            Aku tahu aunty Fiera betul-betul tak faham dengan semua ini namun aku bertindak untuk mendiamkan diri.Aku hanya membiarkan papa dan mama menguruskan segalanya untuk aku.
            “Lya,jangan buat anak aunty macam ni.”
            “Anak I tak buat apa-apa pun,Fiera.Danny yang curang pada Alya.”
            “Riana....”
            “Jangan tuduh anak I yang bukan-bukan,Riana.”
            “Kami tak menuduh,Fiera.Riana dengan Alya sendiri nampak Danny berpelukan dengan PA dia.Patutnya hari tu dia orang pergi try baju kahwin.Tapi Danny tak datang.”
            Aunty Fiera terus terduduk di sofa.Berita kecurangan anak kesayangannya itu betul-betul memeranjatkan dia.Tak sangka Danny,anak kesayangannya boleh melakukan perkara sebegitu.
            “Lya,please..Aunty merayu pada kamu.Jangan tinggalkan Danny. Kamu berdua dah nak kahwin.”
            “Fiera,please.Jangan kusutkan fikiran anak I.”
            “I nak dengar dari mulut Lya,Riana.Kalau ini yang dia mahu,I tak kan paksa.”
            Aku nak jawab macam mana?Kalau boleh aku tak naklah aunty Fiera sampai merayu pada aku.Aku betul-betul tak sampai hati nak kecewakan dia.
            “Aunty,maafkan Lya..”
            “Lya?Lya tak cintakan Danny ke?”
            “Sebab Lya cintakan Danny,Lya buat macam ni.Lya nak dia bahagia dengan pilihan dia sendiri.”
            “Dia akan bahagia dengan Lya..”
            Aku mulalah serba salah bila suara aunty Fiera dah separuh merayu pada aku.Macam mana aku nak bagi aunty Fiera faham.
            “Maafkan Lya,aunty..Lya dah tak sanggup mempertaruhkan hati dan perasaan Lya lagi.”
            “Kalau Lya dah nekad buat keputusan,aunty nak kata apa lagi?Semoga Lya bahagia.”
            “Terima kasih dan Lya minta maaf.”
            “Tak perlu minta maaf.Aunty harap lepas ni Lya jangan serik nak datang sini.Lagipun aunty dah anggap Lya macam anak aunty sendiri.”
            Aku hanya mengangguk.Buat masa ni aku tak tahu dapat ke aku datang sini lagi seperti biasa.Cincin di jari manisku ditanggalkan.Selamat tinggal,Danny.
            “Terima kasih sebab menyayangi Lya macam anak sendiri..”
            “Cincin tu Lya simpanlah.Ia untuk Lya.”
            “Cincin ni bukan milik Lya lagi.Aunty boleh tolong berikannya pada Danny?”
            “Insyaallah.”
            Sebelum balik,aku memeluk Aunty Fiera lama.Lepas ni dapat ke aku memeluk aunty Fiera sebegini lagi?
            “Riana,Naufal..I harap lepas ni kita masih bersahabat lagi seperti biasa.I tak nak semua ni jejaskan persahabatan kita.”
            “Insyaallah,you jangan risaulah.”
            Dua hari selepas itu,Alya berangkat ke oversea untuk menenangkan fikiran.Tiada siapa yang menghantarnya sebab dia takut dia berat hati untuk pergi nanti.
            “Lya,kau boleh lakukan..Jangan menangis lagi..”
            Meskipun tiada setitis air mata yang menitis pada zahirnya,hatiku sudah meraung hebat.Sebelum kakiku melangkah pergi,aku menoleh ke belakang buat seketika.Aku masih mengharapkan Danny datang.
            “Selamat tinggal,Danny.Lya harap Danny bahagia dengan wanita pilihan Danny.”
            Selepas sejam Alya beredar,Danny pula tiba di LCCT.Dia outstation di Langkawi selama seminggu.Kejap lagi nak beri kejutan untuk Alya lah.Rindu gila dengan dia.
            “Pak cik,bukit Jelutong ye?”
            Selepas memberikan arahan pada pemandu teksi,aku terus menyandarkan kepala di sofa dan memejamkan mata buat seketika.Aku betul-betul letih sekarang ni.Lya,Danny betul-betul rindukan Lya.Nanti kita pergi try baju kahwin.Danny akan buat semua yang Lya nak tanpa merungut.
            “Harap Lya gembira bila nampak Danny nanti.”
**
            Selepas membayar tambang teksi,aku terus mengheret beg bagasiku dan melangkah masuk ke dalam rumah.Kenapa tiada apa-apa persiapan lagi?
            “Mama…Oh,mama..”
            “Kamu dah balik dah,Danny.”
            “Ma,kenapa tak buat apa-apa persiapan lagi?”
            “Persiapan?Kamu jangan jadi bodohlah,Danny.Lya datang kelmarin untuk putuskan pertunangan.”
            “Apa?!Putuskan pertunangan?”
            “Apa yang kamu nak buat-buat terkejut?Kamu yang curang,kamu nak harap Lya terima je?”
            Curang?Maksudnya dia orang semua dah tahu?Aku terus tinggalkan beg di lantai dan terus berlari ke arah kereta.Lya,awak tak boleh tinggalkan saya.Kita dah nak kahwin.Saya betul-betul cintakan awak.
            “Danny,kamu tak payah cari Lya lagi.Dia dah pergi.”
            “Pergi ke mana,mama?Mama,bagi tahu Danny,Lya pergi mana?”
            “Tak usahlah kamu nak cari dia lagi,kamu yang buat hal kamulah yang kena tanggung semua ni.”
            Lama aku termenung di dalam kereta sambil memikirkan kata-kata mama.Ya,memang akulah yang bersalah dalam hal ni.Aku yang buat Lya pergi.Aku yang bodoh sebab aku curang pada dia meskipun dia dah cukup sempurna untuk aku.Akhinya aku yang teresak-esak menangis seorang diri di dalam kereta.
            “Lya,maafkan Danny.Maafkan Danny,Lya…”
**
            Berbulan lamanya aku merantau di negara orang membawa sekeping hati yang terluka ini.Mungkin kini dia dah bahagia dengan orang lain.
Bila aku mengingatkan diri aku tentang hakikat itu,pipiku ini sentiasa basah dengan air mata.Malah setiap malam aku akan berendam dengan air mata kerana terlalu rindukan dia..Ya Allah,macam mana aku nak lupakan dia?
Pernah sekali aku bermimpi tentangnya.Aku mimpi dia meninggal dihadapanku.Ya Allah,apa kah maksud semua ini?
“Lya,kenapa mesti menangis lagi?Kan Lya datang sini untuk mulakan hidup baru?Risau Kak Sal bila tengok Lya menangis setiap hari.”
“Kak,Lya rindukan dia sangat-sangat.Lya rasa bodoh sebab tinggalkan dia.”
“Lya,keputusan Lya tu betul.Lya memang patut tinggalkan dia.Okeylah,andai kata Lya tak tinggalkan dia,Lya boleh beri jaminan ke kalau lepas kahwin ni dia tak kan curang?Tak bolehkan?Jadi,Kak Sal minta Lya lupakanlah dia.Dia tak layak untuk Lya.”
Lagilah aku teresak-esak mendengar kata-kata kakak sepupuku itu.Macam manalah aku nak lupakan dia kalau setiap saat aku teringatkan dia?Nak buang rasa cinta dalam hati aku ni pun susah sebab dia masih bertahta di hati ni.
“Kak Sal nak bawak Lya join trip next week.Hope Lya dalam lupakan dia.”
            Seminggu lepas tu,aku rela dalam terpaksa mengikut Kak Sal join trip yang akan mengambil masa sebulan.Aku tahu Kak Sal nak bawa aku jauh dari tempat-tempat yang menjadi kenangan antara aku dan Iskandar.
            Trip yang aku join ni kebanyakannya orang-orang kita juga yang sertai.Tak adalah rasa takut sangat bila ramai orang kita.Separuh dari orang dalam bas ini adalah kenalan Kak Sal namun aku tiada masa untuk meramah mesra dengan mereka kerana aku sibuk melayan hati yang terluka.
            “Lya,kita dah sampai Paris dah ni.”
            “Hurmm.”
            Paris?Aku dah sampai Paris dah?Pandangan terus dilemparkan ke luar tingkap bas.Cantiknya!Bila teringat kata-kata Danny untuk bawa aku berhoneymoon di kota cinta ini membuatkan air mataku bergenang.Kak Sal mengeluh bila melihat aku mahu menangis.
            “Sudahlah tu,Lya..kejap lagi kita pergi Disneyland tau.Lya kan selalu merungut dengan Kak Sal yang Lya teringin sangat nak pergi Disneyland Paris.”
            “Kak Sal,Lya okey.Lya Cuma teringatkan sesuatu..”
            “Tak apalah kalau macam tu.”
            Tiga jam selepas tu aku mengambil keputusan untuk menghabiskan masa dengan membeli-belah di sepanjang jalan.Kak Sal tak nak ikut sebab mahu berehat di dalam kabin.Keletihan agaknya selepas kami menghabiskan masa di Disneyland tadi.Aku pula join kawan-kawan Kak Sal.
            Aku memilih untuk membeli sebuah perhiasan kecil dengan lambing cinta di atasnya.Sungguh menarik di mataku.Tak tahulah kenapa ia kelihatan menarik di mataku sedangkan ia biasa-biasa saja.
            “Nice,simple je.”
            Aku terus menoleh ke sisi ku bila mendengar suara orang di sebelahku.Lelaki yang join trip rupanya menegur aku.Aku hanya tersenyum hambar.Mood tak ada sekarang ni.
            “I,Hafizi..You?”
            “Alya.”
            “Hanya Alya?”
            “Alya Nurina.”
            Aku mengangguk faham.Nama wanita di hadapannya ini sungguh sedap didengar.Sejak mula trip sampai sekarang aku perasan Alya sentiasa kelihatan sedih dan suka bersendirian.
            “Jalan sekali dengan I nak?”
            “Hurmm..”
            “Boleh I tanya sesuatu?”
            “Tanyalah..Tak ada siapa nak marah.”
            “Kenapa you sentiasa bersedih?I selalu nampak you menangis.Apa masalahnya?You boleh story dengan I.”
            Aku hanya terdiam mendengar pertanyaan lelaki dihadapanku ini.Dia memerhatikan aku ke selama ni?
            “I boleh jadi pendengar yang baik untuk you.Lagi pun kitakan dah nak jadi keluarga.”
            “Maksud you?”
            “Kak Sal bakal jadi kakak I.”
            “Oh,you ni adik abang Riz lah ye?”
            “Hurmm..”
            Aku mengangguk faham.Bila aku perhatikan betul-betul muka Hafizi ni,adalah nampak iras-iras muka Abang Riz.Aku yakin lepas ni kalau Kak Sal ada baby,mesti anak dia comel-comel belaka.
            “Boleh I tahu kenapa,Alya?”
            “I pergi tempat kenangan..”
            “Kenangan?Dekat sini?”
            “Hurmm.Tempat ni amat bermakna buat I.”
            Hafizi pula mengangguk faham.Aku harap dia tak bertanya lebih-lebih .Takut aku pula yang tak dapat menahan sebak dan menangis di hadapannya.
            “You dah makan?Jom I belanja you makan dekat area hotel nak?”
            “I call Kak Sal dulu.Kalau dia nak ikut boleh join.”
            “Kak Sal dengan abang I ada dinner date malam ni.”
            “Oh,kalau macam tu jomlah.I malas nak balik lambat-lambat sangat.”
            Aku dengan Hafizi berjalan beriringan ke tempat penginapan kami yang terletak tidak jauh dari tempat menjual cenderahati.
            “Dekat KL,you stay dekat mana?”
            “Oh,I stay dekat Bangsar.”
            “Duduk seorang?”
            “Dengan family.I ni anak tunggal,manalah family I nak bagi lepas stay seorang.”
            “You join trip ni family you tak kisah ke?”
            Aku tersenyum dan menggelengkan kepalaku.Di UK,Kak Sal ada sebab tu papa dengan mama hantar aku ke mari.Kalau tak jangan haraplah.
            “You pulak,Fizi?”
            “I?Buat masa ni I stay dekat Damansara.Tak lama lagi I akan berhijrah ke Japan.”
            “Berhijrah?You study ke kerja?”
            “Kerja.I kerja dengan family.”
            “Agak-agak kan you berhijrah bila?”
            “Bila company dekat sana dah siap,bila-bila masa je I kena pergi.”
            Lepas makan malam dia orang lepak dan habiskan masa dengan spend time bersama-sama.Dekat dua jam juga dia orang bersiar-siar di Kota Paris.Alya pun dah mula tersenyum ceria dan bergelak tawa.Sepanjang berada di sebelah Hafizi,dia betul-betul happy dan langsung tak ingat pasal Danny.
            “Amboi,Lya..Happy malam ni Kak Sal tengok.”
            “Hafizi tu kelakar ye orangnya.Lya suka berkawan dengan dia.”
            “Kawan je ke,Lya?”
            “Apa Kak Sal mengarut ni?Kawan jelah.”
            Kak Sal mengangguk dan tersenyum.Baguslah Alya dah mula ketawa dan tidak lagi menangis.Senang betul hati dia bila melihat Alya kembali normal seperti biasa.
            “Lya,Kak Sal ingat dah tiba masanya Kak Sal balik Malaysia.”
            “Kak Sal dah nak kahwin ye?”
            “Mana Lya tahu?”
            “Kak Sal pernah bagi tahu Lya pasal ni dulu.Kalau Kak Sal dah ready nak kahwin,Kak Sal akan kahwin.Lya pasti Mak Long dengan Pak Long happy gila bila tahu.”
            “Wah,Kak Sal tak sangka Lya akan ingat pasal ni.”
            Aku tersenyum sambil melihat gambar-gambar yang aku rakam hari ni.Cantik betul Hafizi tangkap gambar aku.Tak rugi aku join trip ni sebab dapat bersahabat dengan dia.
            “Tengok apa tu?”
            “Gambar.Fizi yang tangkap tadi.”
            “Yang ni siapa tangkap?Sweet je tengok korang berdua.”
            “Kak Nani..Kebetulan dia lalu,Fizi terus mintak tolong dia.”
**
            Seminggu lepas balik dari trip tu,Alya mengambil keputusan untuk balik Malaysia.Dia betul-betul rindukan semua orang terutamanya Danny.Kali ni,Hafizi yang teman dia balik Malaysia sebab Kak Sal dengan abang Riz akan menyusul kemudian.Dia orang uruskan hal dia orang di sana sebelum dia orang balik Malaysia.
            “Teman I jumpa family dia boleh?”
            “Sure,tapi kita tak boleh lama-lama lah ye?I nak rehat.”
            “Okey,thanks.Pak cik,Bukit Jelutong.”
Mesti aunty Fiera dengan Danny terkejut dengan kepulangan aku ni.Ah,rindunya aku pada Danny.Mesti dia dah makin handsome sekarang.Tak sabar nak jumpa dia.
            Aku hanya tersenyum hambar melihat betapa terujanya Alya nak jumpa seseorang yang begitu istimewa dalam hidup dia.Semoga dia bahagia.
            “You rasa penampilan I okey?I rasa macam selekeh.”
            “You nampak perfect,Lya.Jangan risau.”
            “Pak cik,rumah hujung sekali tu.”
            “Ada kendurilah,cik.”
            Hati aku mulalah berkecamuk bila melihat khemah-khemah yang tegak berdiri di halaman rumah aunty Fiera.Siapa yang kahwin?Tak kan uncle…Uncle kan dah lama meninggal.Hanya tinggal..
            Air mata aku terus laju menitis bila melihat pasangan pengantin yang sedang melayan tetamu.Danny??Danny yang kahwin?
            Aku jadi pelik bila melihat Alya menangis sambil memandang sayu ke arah pasangan pengantin.Kenapa Alya menangis lagi?Jangan-jangan pengantin tu?
            “Fizi,dia dah kahwin..Apa I nak buat ni?”
            Aku tersentak bila Alya terus menangis di bahu aku.Kesiannya dia.Dia betul-betul teruja nak jumpa kekasih hatinya namun tak sangka ini yang disajikan.Perkahwinan kekasih Alya!
            “Alya,jangan menangis..”
            “I nak buat macam mana ni,Fizi?I betul-betul cintakan Danny.”
            “Syhhh,Alya..”
            “I nak balik UK..I tak mampu nak duduk sini lagi.”
            “Lya,tak elok macam ni.You lari dari masalah..”
            Bila Alya dah tenang baru Hafizi mengajaknya untuk berjumpa dengan keluarga Danny.Walaupun Alya berkeras tak mahu akhirnya dia turun juga dari teksi sebab nak jumpa aunty Fiera.
            Aku perasan yang Danny memandang aku dan Fizi tidak berkelip namun aku hanya buat-buat tak nampak dia.Aunty Fiera yang sedang melayan tetamu serba salah melihat aku menghampirinya.Senyuman dilemparkan meskipun hati sudah merintih hiba.aku tahu dia gembira dengan perkahwinan anak tunggalnya itu..
            “Hai,aunty.Maaflah,Lya datang mengejut.Lya tak tahu pula yang aunty buat kenduri.”
            “Eh,tak apa.Mama dengan papa tak datang sekali?”
            “Lya bukan dari rumah.Lya baru balik bercuti.Ni kawan Lya,Hafizi..Fizi,ni aunty Fiera.Dia ni dah macam mama I sendiri.”
            “Hai,aunty.Apa khabar?”
            “Sihat,Alhamdulillah.Jemputlah makan,Lya..Hafizi.”
            “Kami datang sekejap je ni,aunty.Lya dengan Fizi tak boleh lama-lama sebab Fizi ada hal.Teksi pun dah tunggu lama dekat luar.Ni ada buah tangan dari Paris..”
            “Terima kasih,Lya.Nanti bila-bila ajak Hafizi sekali datang ke mari.”
            “Insyaallah,aunty.Kami balik dulu.,Assalamualaikum.”
            Lepas bersalaman dengan aunty Fiera,aku dengan Fizi terus melangkah masuk ke dalam perut teksi.Buat apa nak berlama-lama lagi di situ?Tiada apa lagi yang tinggal untuk aku di situ.
            “Lya,you ni cantik..Ramai lagi yang nak kan you.”
            “Thanks,Fizi.I cuma perlukan masa untuk menerima semua ini.I terlupa yang antara kami dah tiada apa-apa lagi.Bodoh betul I bila fikir yang dia akan tunggu I balik.Entah apa-apalah I ni..Alhamdulillah,dia kahwin jugak dengan PA dia tu.”
            “PA dia?”
            “Hurmm,nampak sepadankan dia orang berdua.Moga dia orang bahagia.”
            “Lya,dia dah teruskan hidup dia..Sekarang giliran you untuk mulakan hidup baru tanpa dia.”
            “Untung betul I dapat kawan macam you.”
            Kawan?Tak apalah kalau dia anggap aku kawan meskipun aku mengharap lebih dari tu.Fizi,kau kena slow down dulu..Dia baru putus cinta.Kau jangan menggelabah.Karang dia lari sebab terkejut,kau yang susah nanti.
            “Pak cik,Bangsar ye.”
            Sepanjang perjalanan,aku dan Alya hanya diam dan melayan perasaan masing-masing.Aku tak tahu nak kata apa selepas apa yang terjadi.
            Dua hari selepas itu,aku turun town seorang diri.Malas nak kacau Hafizi pagi-pagi macam ni.Dia pun mungkin belum cukup rehat.
            “Lya!”
            Bila mendengar suara orang memanggil aku,aku terus menoleh dan ternyata yang memanggil namaku itu adalah Danny!Kenapa di saat aku mula melupakan dia,dia muncul di hadapanku.
            “Lya,ke mana Lya menghilang?Lama Danny cari Lya.”
            “Buat apa you cari I,Encik Daniel?I rasa tak ada apa-apa urusan rasmi antara kita.”
            “Kenapa Lya dah lain?Lya dah tak macam dulu.”
            “Semua orang berubah,Encik Daniel.Maafkan I ye,I nak cepat ni.”
            Belum sempat aku melangkah,Danny terus menarik aku ke dalam pelukannya.Aku hampir gagal menahan perasaanku.Ya,aku betul-betul rindukan dia.Bila teringat status dia kini sudah berubah,aku segera menolak dia jauh dari aku.
            “Apa encik buat ni?Tolong hormat sikit.I bukan wife Encik Daniel!!”
            Sebelum melangkah pergi,satu tamparan dari aku hinggap di pipi Danny.Tamparan tu mewakili betapa hancurnya hati aku kerana dia curang dan kerana dia memeluk aku tadi.Sekarang ni aku betul-betul meluat dan benci nak tengok muka dia lagi.Selama ni dia mana pernah tersentuh kulit dengan aku.
            “Tolong jauhkan diri encik dari I..I betul-betul meluat tengok muka you!
            Aku terus melangkah pergi dengan linangan air mata.Aku terpaksa menuturkan kata-kata sebegitu pada orang yang sangat aku cintai.Hanya dengan cara ini Danny tak akan mendekatiku lagi.Cukuplah dia curang pada aku seorang.
            Hafizi yang memandang dari jauh hanya mengeluh perlahan.Cintanya tetap milik lelaki itu.Apa patut aku lakukan untuk memilikinya?
            “Aku perlu buang cinta ni sebelum aku makin bertambah cintakan dia.”
            Hafizi terus berlalu dengan plastik beg yang sarat di tangan.Mummy,Fizi putus cinta hari ni.Fizi betul-betul cintakan dia tapi dia tak cintakan Fizi.Cinta dia akan tetap ada untuk bekas tunang dia.Fizi harap Fizi dapat lupakan cinta ni.
            Seminggu selepas itu,isteri Danny datang ke pejabatku dalam keadaan marah.Pada mulanya aku malas mahu berjumpa dengannya..Tapi bila dia dah terpekik terlolong dekat PA aku,aku terpaksa keluar jumpanya jugak.
            “Keluar pun kau..”
            “Kau nak marah-marah dekat aku ni kenapa?Aku tak usik hak kau pun..Antara kita tak ada apa-apa urusan lagi dekat dunia atau akhirat.”
            “Kau dengar baik-baik ye..Dannial tu suami aku,lepas ni aku tak nak kau jumpa dia lagi.Kalau aku dapat tahu,nahas kau aku kerjakan.Jangan jadi perampas suami orang!”
            “Kau buat lawak bodoh ke apa ni?Kau ingat aku nak bekas orang ke?Tolonglah,aku tak ambik bekas orang macam kau ni.Suami kau tu pun bekas orang jugak kan?”
            Satu tamparan hinggap di pipi aku..Amboi,perempuan ni.Dah melampau dah ni.Aku tak sentuh kau,sesedap rasa kau tampar pipi aku.Satu tumbukan padu hinggap di muka perempuan angkuh tu.Terduduk terus mak cik tu.
            “Aku tak ganggu hidup kau kan?Jadi aku mintak kau jangan ganggu hidup aku jugak.Pasal Danny tu,tolonglah sedar sikit..Banyak lagi lelaki yang lebih bagus dari suami kau tu....Oh,ye,tadi kau cakap aku perampas suami orang?Hello,siapa yang mula-mula rampas hak siapa?Ingat dalam kepala kau yang dah berkarat ni,aku bukan perampas macam kau.”
            Terkedu terus perempuan tu bila aku cakap macam tu depan semua staf aku.Konon nak serang aku.
            “Cukup-cukuplah memalukan diri sendiri..Baik kau balik jaga suami dengan anak kau.”
**
            Kesedihan dia bertambah beberapa bulan kemudian apabila mama dan papanya meninggal dalam kemalangan kerana tergesa-gesa mahu menjemput Kak Sal di KLIA.Kak Sal kini berada di unit rawatan rapi(ICU).Dia mengalami pendarahan dalam otak.Abang Riz pula cuma patah tangan kanan dan kaki kiri.
            Aku terduduk di atas lantai sebaik saja mendengar perkhabaran daripada doctor.Ya Allah,mama,papa!!Hafizi juga kelihatan bersedih dengan perkhabaran yang baru kami terima.Mak Long meraung-raung memanggil nama adiknya.
            “Fizi,betul ke mama dengan papa I..”
            “Lya..Banyak-banyak bersabar.”
            “Mama dengan papa I?”
            Bila melihat anggukan Hafizi,setitis demi setitis air mata aku jatuh berlinangan.Mama dan papa aku?Mereka nak tinggalkan aku juga?
            “Mama…Papa…Kenapa tinggalkan Lya?Mama..Papa…Fizi,I nak ikut mama dengan papa I.”
            “Lya,you tak boleh macam ni.”
            “Kenapa semua orang yang I sayang tinggalkan I?Apa salah I sampai dia orang semua tinggalkan I!”
            “Lya!Dah ajal mereka..”
            “I dah tak ada siapa-siapa,Fizi..Buat apa I hidup lagi?”
            “Lya,you ada I,mak long,pak long dan abang riz!Dan you jangan sesekali lupa you ada Kak Sal..Dia perlukan sokongan you.”
            Hati Hafizi meruntun bila mendengar esakan Alya.Ya Allah,tabahkanlah hati Alya..Abang Riz pula hanya termenung jauh di satu sudut dengan kepala,tangan dan kaki yang berbalut.Sal,bangun sayang..Jangan tinggalkan abang.Abang,mama dan papa Sal,Lya..Semua perlukan Sal.
            “Fizi,I nak jumpa mama dengan papa I…”
            “Hurmm,I minta kebenaran doctor dulu.”
            Sejam kemudian,aku melangkah masuk ke dalam bilik mayat sambil dipimpin Hafizi.Bila melihat dua jasad sudah terbaring kaku dilitupi dengan kain putih,aku rasa betul-betul tidak berdaya.Mujur Hafizi sedang memeluk ku erat kerana kalau dia tidak tentu aku sudah jatuh tersungkur.
            “Assalamualaikum,mama..papa..”
            Kain putih yang menutup badan mama dan papanya ditarik hingga paras leher.Air matanya menitis lagi melihat kecederaan mama dan papanya.Hafizi mengusap bahunya perlahan.
            “Mama dengan papa I nampak macam tengah tidur kalau calar balar,luka-luka ni tak ada kan?Betul ke mereka dah ‘pergi’?”
            “Ya,Lya..Mama dengan papa you dah tiada.”
            Aku mencium perlahan pipi,dahi dan tangan mama dan papa buat kali terakhir.Aku tak nak mereka terseksa dekat ‘sana’ jika aku menangis meratapi pemergian mereka.Mama,papa..Insyaallah tak lama lagi Lya pula yang akan menyusul ke sana.
            “Mama,papa..Lya pergi dulu ye?Assalamualaikum..”
            Selepas meminta pihak hospital menguruskan jenazah,aku duduk menyandar di kerusi berhampiran dengan Abang Riz.Aku perlu tunggu perkembangan Kak Sal.Pak Long dan mak long pula pulang ke rumah keluargaku untuk menguruskan urusan di sana pulak.Saudara mara kami perlu dihubungi untuk mengkhabarkan berita ini..
            “Lya,abang..minumlah coffee ni.”
            “Terima kasih,dik.”
            “Tak apalah,Fizi..I tak nak..Terima kasih.”
            “Minumlah,Lya..Segarkan mata tu.”
            Akhirnya aku ambil juga air coffee dari tangan Hafizi.Kami perlu tunggu perkembangan Kak Sal.Doktor kata dalam masa 24jam ni adalah masa kritikal.Kalau Kak Sal berjaya tempoh 24 jam ni dia akan selamat.
            “Fizi,you tunggu dekat sini sekejap ye.I nak ke surau sekejap.”
            “Hurmm..”
**
(Awal pagi,dua hari kemudian)
            Selepas menyegarkan diri dan menunaikan solat subuh,aku sempat membaca surah yassin untuk mama dan papa agar mereka tenang di sana dan untuk Kak Sal agar dia selamat menempuhi masa kritikal ini.
            “Alhamdulilah..”
            Aku terus bergegas ke ruang menunggu sebaik saja mendapat call daripada Hafizi.Kak Sal dah sedar?Alhamdullilah..Abang Riz dan Hafizi segera aku hampiri.Bila melihat senyuman terlakar di bibir abang Riz,aku mengucap syukur.
            “Macam mana keadaan Kak Sal?”
            “Alhamdulillah,Lya..Kak Sal dah sedar.”
            “Bila kita boleh jenguk Kak Sal?”
            “Tak tahu lagi.Mungkin petang ni.”
            Aku mengangguk faham.Selepas pengebumian mama dan papa selesai,aku,abang Riz dan Hafizi berkampung di hospital.Kini aku mula menutup auratku yang selama ini aku tayangkan.Ini harapan mama dan papa ketika mereka masih hidup.Namun aku hanya dapat menunaikan harapan itu selepas pemergian mereka.
            “Kalau macam tu bolehlah Lya balik uruskan kenduri tahlil arwah mama dengan papa dengan senang hati.”
            “I tolong you,Lya.”
            “Terima kasih,Fizi.”
            Selepas melawat Kak Sal di wad,Alya dengan Hafizi balik ke Bangsar untuk uruskan kenduri tahlil malam ini.Mak long dengan pak long buat kenduri tahlil selama tiga hari berturut-turut.Malam ini juga mereka akan buat kenduri kesyukuran kerana Kak Sal sudah sedar.
            “You nak balik berehat ke,Fizi?”
            “Tak apalah…I tolong you.”
            “Terima kasih,Fizi..You sentiasa ada dengan I tak kira I susah atau senang.I betul-betul gembira kenal you.”
            “I kan sahabat you.
            Petang itu ketika Hafizi berehat di bilik tetamu,aku keluar dari rumah untuk menziarahi kubur orang tuaku seorang diri.Aku bukan tak nak ajak Hafizi sekali temankan aku tapi aku tahu dia betul-betul keletihan.
            “Assalamualaikum,mama..papa..Lya datang ni.”
            Batu nisan mama dan papa aku usap dengan penuh kasih.Mama,papa..hanya Allah je tahu betapa Lya rindukan mama dengan papa.Mama,papa..maafkan Lya..Sepanjang mama dengan papa hidup,Lya banyak susahkan hati mama dengan papa.
            “Mama,papa..dengar ye Lya baca surah yassin..”
            Selepas sejam duduk berteleku di sebelah pusara mama dan papa,barulah aku pulang ke rumah.Waktu tu,Hafizi betul-betul risaukan aku.Yelah,dahlah keluar tak cakap ke mana,handphone pun aku tak bawa bersama.
            “Kenapa tak kejut I?Risau betul I bila mak long you kata you keluar..I call your phone tapi you tinggal atas meja tu pulak.”
            “I tahu you penat,Fizi…I tak nak kacau you.”
            “Hurmm,you pergi mana?”
            “I pergi ziarah kubur mama dengan papa I.Sorry buat you risau.”
            “Lya,maafkan I kalau I bertindak melulu tapi I tak boleh pendam lama-lama.I cintakan you dan I nak memperisterikan you.I dah cuba buang jauh-jauh perasaan ni sebab you anggap I sahabat you je.Tapi I gagal..”
            “You cintakan I?Sejak bila?”
            “Sejak pertama kali I melihat you.Waktu tu you menangis tapi tak ada seorang pun yang perasan.Termasuk Kak Sal.”
            Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.Ya,aku tahu dia memang memerhatikan setiap langkah yang ku ambil dan setiap perbuatan yang ku lakukan.
            “Terima kasih sebab sudi mencintai I.
            “Apa perasaan you,Lya?”
            “I?”
            “Lya,tolong mak long sekejap.”
            “I perlu pergi.”
**
            Sebulan lepas tu,company family Hafizi di Japan sudah siap dan sedia untuk beroperasi.Aku masih tak dapat apa-apa jawapan daripada Alya.Mungkin dia tak cintakan aku..Aku ni jika nak dibandingkan dengan dia,aku langsung tak layak berada di samping Alya.
            “Kau dah nekad nak pergi ke sana ke,dik?”
            “Mestilah,kan dulu Fizi dah janji yang Fizi akan berhijrah ke Japan bila company sana dah siap.Tak kan Fizi nak mungkir janji.Kenapa abang tanya?”
            “Tak payahlah kau pergi,Fizi..Cinta kau ada di sini.”
            “Apa maksud abang?”
            “Alya..”
            “Kenapa dengan dia pulak?”
            “Abang tahu kau cintakan dia.Kalau tak kau tak kan sentiasa nak bersama dengan dia dari dulu sampai sekarang.Kenapa kau nak pergi?”
            “Abang,dia cuma anggap Fizi kawan baik dia jelah.”
            “Fizi pulak?”
            “Fizi pun samalah.”
            “Ye ke?Abang dapat rasa kau tipu abang,dik.”
            “Sudahlah,abang..Fizi malas nak cakap pasal ni lagi.Abang dah makan ubat belum?”
            Abang Riz hanya mengangguk kepalanya bagi menjawab pertanyaan aku.Aku terus menutup beg bagasi dan meletakkannya di tepi pintu bilik.Senang esok nak bawa keluar.
            “Pergilah luahkan perasaan kamu sekali lagi.”
            “Dah terlambat,abang..Esok,Fizi nak berangkat dah.”
            “Tapi,Fizi..”
            “Abang,Fizi nak rehat.”
            Abang Riz terus melangkah keluar dari bilik adiknya.Baik aku call Sal suruh bagi tahu Alya.Nak harapkan si Fizi ni,memang sampai ke tualah dia membujang.
            “Hello,Sal..Abang ni..”
            “Kenapa,abang?”
            “Boleh bagi tahu Alya yang Fizi nak berangkat ke Japan besok?”
            “Hah?Company sana dah siap ke?”
            “Dah,Sal..Fizi dah buat keputusan nak pergi tanpa tahu apa perasaan Alya.”
            Mujur malam tu Alya tiba KL,kalaulah Alya still lagi ada dekat Negeri Sembilan,tak tahulah Kak Sal dan abang Riz nak buat macam mana.
            “Kenapa Kak Sal tak tidur lagi?”
            “Lya,Fizi nak pergi Japan besok.”
            “Hah?!”
            “Jom kita pergi rumah dia.”
            “Seganlah,kak Sal..Lagipun dah malam sangat ni.”
            “Kak Sal bagi tahu abang yang kita nak datang.”
            “Kalau macam tu,siaplah..Tak kan nak ke rumah bakal mertua pakai baju tidur?”
            Kak Sal tersenyum malu.Heheh,terlupa pula waktu abang call tadi aku tengah tidur.Lepas menukar pakaian,aku dengan Alya terus ke rumah keluarga mereka di Damasara.Di sana,abang dah siap tunggu kedatangan kami.Nasib baik uncle dengan aunty belum tidur lagi.Hanya Hafizi saja sudah berkurung dalam bilik.
            “Maaflah,uncle,aunty..Lya dengan Kak Sal datang malam-malam macam ni.”
            “Tak apa,lagipun uncle dengan aunty baru balik dinner.Kamu dari mana Lya,Sal?”
            “Sal dari rumah,uncle..Lya je baru sampai KL.”
            “Kamu ke mana,Lya?”
            “Saya ada meeting dekat Negeri Sembilan,aunty.Seminggu dekat sana.Aunty,uncle..Betul ke esok Fizi berangkat ke Japan?”
            Melihat anggukan uncle dan aunty,aku menarik nafas panjang.Hafizi ni memanglah.Bukan nak jumpa aku tanya perasaan aku lepas tu.Terus buat kesimpulan sendiri.
            “Lya pergilah naik atas kalau nak jumpa Fizi.”
            “Kak Sal,jom teman Lya?”
            “Lya pergi jelah..”
            “Ha’ah,Lya…Bilik Fizi tu betul-betul berdepan dengan tangga.Sebelah bilik Fizi tu bilik abang Riz.”
            Bila tiada sesiapa mahu menemaninya ke tingkat atas,aku terus memanjat tangga dengan kepala yang sarat dengan persoalan.Macam mana aku nak luahkan perasaan aku..Nanti nampak macam aku ni perempuan terdesak pulak.
            Hafizi mengeluh bila mendengar ketukan di daun pintunya.Siapa pula yang mengganggunya?Tak tahu ke esok aku nak jalan jauh.Ni je malam terakhir yang aku ada nak bermalam dalam bilik aku.
            “Fizi,ni I,Alya.”
            Bila mendengar suara Alya,Hafizi terus bangkit dari baringnya.Betul ke apa yang dengar ni?Suara Alya…Ah,mimpi aku je rasanya.Alya tak mungkin ada dekat sini.Dia kan  ada dekat Negeri Sembilan.Aku terus memejamkan mata kembali.
            “Fizi,you betul-betul dah tidur ke apa?Kalau you belum tidur,bukalah pintu ni.I dah penat tunggu dekat luar ni.”
            Hafizi dah tidur ke?Tak ada bunyi langsung.Apa yang patut aku buat ni?Kalau aku tak luahkan,sampai ke sudah aku akan menyesal sebab tak beri tahu apa yang aku rasa.
            “Fizi,I tak kisahlah you dah tidur ke belum..I cuma nak you tahu yang I…I..errr..I pun cintakan you jugak.Waktu you beri tahu I yang you cintakan I,I rasa gembira dan bahagia..Tapi belum sempat I beri tahu you apa yang I rasa,you dah balik…I nak call you tapi I segan.Yelah,macam mana I nak cakap yang I suka you jugak.”
            Aku terus melabuhkan punggungku dihadapan pintu bilik Hafizi.Biarlah untuk kali terakhir,aku berada dekat dengan dia.Hanya untuk yang terakhir kali.Selamat malam,Fizi..
            Sedar-sedar je aku dah ada dalam bilik.Bilik siapa ni ye?Eh,Hafizi!Aku terus keluar dari bilik dan hampir bertembung dengan Kak Sal.
            “Eh,Lya..Dah lama bangun?Malam tadi Fizi yang angkat Lya bawa masuk dalam bilik dia.Penat sangat sampai tertidur depan bilik Fizi?”
            “Kak Sal!Fizi mana?”
            “Fizi dah on the way pergi airport.Kenapa?”
            “Ya Allah!!Kak,jom!”
**
            Sampai je di airport,aku dengan Kak Sal macam orang gila mencari Hafizi.Abang Riz dah selamat tiba di rumah sebaik sahaja dihubungi.Dalam keadaan kelam kabut macam ni,aku langsung tak perasan yang aku tidak memakai tudung.
            “Mana dia ni,Kak Sal…”
            “Lya dah call tak?”
            “Dah..Dia offphone.Macam mana ni,Kak Sal??”
            Air mata aku mula jatuh berlinangan.Apa yang perlu aku lakukan?Aku cuma nak jumpa dia sekali je.Aku tak nak dia pergi tanpa mengetahui isi hatiku.
            “Lya,janganlah menangis..”
            “Kak Sal,Lya betul-betul nak jumpa dia..Sekali je…”
            “Dah,dah..Jomlah kita balik.Nak tunggu dekat sini lama-lama pun tak guna.”
            “Kak Sal…Tu Fizi..”
            Aku terus berlari anak ke arah Hafizi yang sedang termenung di bangku bertentang dengan  tempat aku dan Kak Sal berdiri.
            “Hafizi!!”
            Hafizi terus mengangkat mukanya bila mendengar suara Alya memanggilnya.Bila melihat Alya sedang menghampirinya,dia terus sambil tersenyum memandang Alya.
            Aku menghadiahkan satu tamparan di pipi Fizi sebaik sahaja aku menghampirinya.Aku betul-betul geram bila Fizi buat aku begini.Kak Sal dan Hafizi terpinga-pinga bila aku menampar pipi Fizi.
            “Kenapa you tampar I,Alya?”
            “Sampai hati you buat I macam ni!”
            “Maksud you?”
            “You kata you cintakan I…Tapi kenapa you asyik buat I menangis sebab you?Kenapalah I boleh cintakan lelaki sedungu you?
            “You cintakan I?”
            “Taklah,I cintakan monyet dekat zoo.”
            Kak Sal terus menekup mulutnya menahan tawa.Boleh Fizi dibandingkan dengan monyet dekat zoo?Hahahahha..
            Hafizi tersenyum jahat.Aku yang kacak lagi menawan hati boleh dibandingkan dengan monyet?Alya betul-betul nak kena dengan aku.Wajah Alya direnung lama..Dia sengaja meletakkan tangannya di dahi Alya.Apa yang pelik dekat Alya ye hari ni?Ha!dia tak pakai tudung..Tak perasan ke yang dia tak pakai tudung?
            “You ni sihat tak,Alya?You cintakan monyet?”
            “You!!”
            Aku terus berjalan meninggalkan Kak Sal dan Hafizi di belakang dengan perasaan bercampur baur antara lega dan bengang.
            Hafizi tersenyum sambil berjalan menghampiri Alya yang berada jauh di hadapan.Selendang yang dililitkan di lehernya dibuka..
            “Lajunya jalan..”
            Aku hanya diam tidak mahu menegur Fizi kembali.Menyampah,menyampah dan menyampah!Hisy,aku ni mulut kata menyampah…Hati kata suka…Tak sepakat betul.
            “Nah tutup kepala you tu.”
            Aku terus memegang kepalaku.Ya Allah,malunya.Macam mana boleh tak perasan yang aku tak pakai tudung?Dahlah berjubah..Kepala pula tak bertutup.Selendang di tangan Fizi terus kucapai dan kulilit di kepalaku.Ni gara-gara nak kejar lelaki dungu depan aku ni lah.
            “Apa senyum-senyum?”
            “Lya,I love you more..”
            Terus hilang semua marah dan geramku pada Hafizi bila mendengar kata-kata keramat yang keluar daripada mulutnya sekali lagi.
            “Sebenarnyakan,Alya..I tahu maksud you tadi..Tapi I sengaja buat-buat tak faham sebab nak tengok muka you yang comel tu bila marah.”
            “Hafizi!You ni kan!!”
Hahahahahah,Fizi terkekek-kekek ketawa bila berjaya mengenakan aku.Sedap juga dengar dia gelak.Wah,dengar dia gelak pun kau kata sedap…Alya Nurina,gatal tahap dewa kau sekarang ye?Hehehe..
“Lya,kahwin dengan I?”
            “I tak sudi kalau you main-mainkan I.”
            “Eh,mana ada main-main...Kak Sal,pinjam cincin kejap.Nak lamar Lya.”
            Kak Sal terkekek-kekek ketawa sambil menekan perutnya.Lawak betul cara Fizi memujuk Alya.Cincin aku nak dipinjam untuk lamar Alya?
            “Hafizi!!!!I tak sudi nak kahwin dengan you!Lebih baik cari orang lain sebab I tak berminat.”
            “Betul ni?I cari...Jangan menyesal..”
            Aku mencubit-cubit lengan Hafizi geram.Berani dia main-mainkan aku?Dia ingat aku ni apa?Ambik kau,rasakan..
            “Okey-okey..I tak main-main lagi.....Sakitlah you cubit.”
            “Padan muka you!
            “Kahwin dengan I?”
            Kali ni Hafizi betul-betul serious mahu memperisterikan Alya..Aku betul-betul terkedu bila melihat Fizi melutut di hadapanku.
            “Will you mary me?”
            Sebentuk cincin dikeluarkan dari poketnya.Dah lama dia beli cincin ni sejak di Paris dulu.Cincin ni direka khas oleh kawan baik Hafizi di Paris.Cuma baru semalam cincin ni sampai ke tangannya semalam.
            “Yes....Yes,yes,yes...”
            Danny yang kebetulan baru balik dari honeymoon mengeluh berat sebaik saja terpandang bekas tunangnya dengan seorang lelaki yang sama menemaninya ketika hari perkahwinannya dulu..Nampaknya Alya sudah meletakkan noktah pada kisah kami..
            “Sayang,tengok apa tu?”
            “Tak ada apa-apa…Jomlah kita balik,mama mesti dah tunggu kita dekat rumah..”
            Sekarang ni aku masih dalam proses melupakan kisah cinta aku dan Alya dan cuba menyayangi isteri merangkap PA aku di pejabat.Semoga Alya bahagia dengan pilihan hatinya.
           
                                                            TAMAT

No comments:

Post a Comment