Sunday, 26 August 2012

kerna ku sayang kamu


Akhirnya Ainun Najwa mampu menarik nafas lega setelah selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.Penat duduk di dalam kapal terbang berjam-jam lamanya terus hilang sebaik saja melihat wajah ibu bapa dan adik beradik yang setia menanti sejak tadi.

“Assalamualaikum,mama,papa.”
“Wa’alalikumussalam,anak mama ni sihat tak?Kenapa makin kurus ni?”
“Rindu dekat mama dengan papa.Eh,siapa ni?”
“Ini kan anak Uncle Fahrin,Iskandar.”

Oh,anak Uncle Fahrin.Iyakan saja walaupun tak kenal siapa yang papa maksudkan.Lelaki di hadapannnya itu hanya disapa dengan senyuman seikhlas mungkin.Orangnya segak juga ya?Hehehe..Opps,terjangkit penyakit gatal teman sebilik dekat US lah ni.
Iskandar memandang wanita kecil molek di hadapannya dengan senyuman terlakar di bibir.Boleh tahan juga bakal tunang aku ini.Sesungguhnya bonda memang tahu taste aku.Haha, I like!Tak rugi aku ikut cakap bonda.
“Hai,saya Iskandar.”
“Najwa.”
“Jomlah kita gerak sekarang.Sambung berborak dekat dalam kereta nanti.”
“Kak Ajwa,kakak naik kereta Abang Is ya?Kereta lain muatan penuhlah.”

Ainun Najwa hanya mengangkat bahu tanda dia tak kisah.Asalkan selamat sampai rumah,dia tak kisah.Iskandar terus mengambil alih tugas menolak troli dari tangan bakal tunangnya itu.Baru nak macam gentleman.
“Seronok tinggal US?”
“Bolehlah.Tak seseronok dekat sini sebab sana tak ada keluarga.Kawan-kawan ramailah.”
“Lepas ni apa rancangan awak?Nak kerja atau apa?”
“Saya belum plan apa-apa lagi.Nanti-nanti baru fikir pasal kerja.”
“Oh..”

Masuk saja dalam kereta,Ainun Najwa terus terlelap di seat sebelah pemandu.Manalah tak terlelap kalau masuk-masuk saja dalam kereta dengar lagu jazz..Hahhahhha,zzzz.....

No comments:

Post a comment