Thursday 2 August 2012

Aku yang kau tinggalkan


Sakit,perih menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa menitiskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkanku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu?
Rasakan cinta tulusku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku?
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut ke dalam
Mungkinku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat..Sayang

Lagu Terlalu mencintaimu sudah di dengar berkali-kali hingga dia sudah hafal setiap patah lirik lagu itu. Ya, mungkin benar itu silapnya kerana mencintai lelaki itu. Walaupun ibu bapanya menentang,dia tetap memilih lelaki itu.Sudahnya dia yang sengsara. Mak,Abah..Warda nak balik rumah.
“Wa,menung apalag itu?Kita banyak kerja lagi dekat stor.”
Warda  terus mematikan telefon bimbit yang merupakan satu-satunya harta  yang dia ada.Memang dia berkahwin dengan anak orang kaya. Walaupun mereka kaya,mereka tetap miskin dengan kasih sayang di mata Warda.
Kini  dia sudah terima balasan kerana melawan kata-kata ibu bapanya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah mewah milik keluarga suaminya. Azlan tidak mencintainya seperti apa yang dikatakan dulu.Lan,ke mana awak menghilang?Empat tahun awak tinggalkan saya  di sini.Awak memperisterikan saya hanya semata-mata untuk dijadikan hamba abdi?
“Warda!Baju aku mana? Kenapa kau tak basuh bilik mandi aku lagi?Kau ni,dasar pemalas!Harap muka cantik tapi pemalas!Kau ingat sikit,kau kawin dengan tunang aku bukan untuk duduk goyang kaki saja.”
“Saya datang sini bukan untuk goyang kaki seperti akak.”

***
Puan Sri Suraya mengeluh sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik satu-satunya puteri yang dia ada.Tapi kini,puterinya itu sudah jauh meninggalkannya untuk bersama lelaki yang dia cintai.Mak harap sangat Warda bahagia dengan lelaki pilihan Warda.
Bantal yang digunakan Warda satu ketika dahulu dipeluk dan dicium.Rindunya pada anaknya yang sudah lama tidak bertemu.Kenapa Warda tak balik rumah walaupun Azlan bukan menantu pilihan kami?Ke mana Warda bawa diri?Mak betul-betul rindukan Warda.
“Su,apa awak buat dalam bilik ini?”
“Abang,Su rindukan Warda.Carilah dia,abang.Su nak anak Su balik.Kalau menerima Azlan boleh buat dia balik,Su terima Azlan sebagai menantu kita.Tolonglah,abang.Su nak anak Su.Su nak Warda.”
“Bukan kita halau dia,Su.Dia yang pergi bawa diri.Kalau dia nak balik,dah lama dia balik.Buat apa kita susah-susah cari dia?”
Makin teresak-esak Puan Sri Suraya menangis bila mendengar kata-kata suaminya.Dia mahukan anaknya kembali ke sisi mereka semula.Azlan,pulangkan Warda.Kembalikan Warda pada kami seperti sedia kala.
“Sudah,Su!Buat apa nak ingat pada dia?Su kan sakit.Baik Su fikir tentang kesihatan Su.”
“Abang,Su nak jumpa Warda..Su takut Su tak sempat jumpa dia.Tolonglah cari dia,abang.Su akan lakukan rawatan kalau abang berjaya pujuk dia balik.Dia satu-satunya anak yang Su ada,abang.”
Tan Sri Adzim yang sedia maklum tentang tahap kesihatan isterinya itu mengeluh tanpa disedari.Lebih baik dia cari Warda demi kebaikan isterinya.Asalkan isterinya kembali sihat seperti biasa sudah memadai baginya.
“Baiklah,abang cari anak kita.Tapi Su kena jaga kesihatan Su.Macam mana nak jumpa Warda kalau Su tak sihat?”
-->

No comments:

Post a Comment