Thursday 26 July 2012

Ini yang kau ucap cinta?




 Awal-awal pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke kedai bunga milik ibunya yang sudah tiga tahun diurus olehnya.Dia bukan tidak pandai,segulung ijazah sudah pun berada di dalam genggamannya.Namun,dia lebih gemar menguruskan kedai bunga ibunya daripada bekerja untuk orang lain.
“Damia,dah pukul 7.Nak gerak pukul berapa?Janji nak jumpa pembekal hari ini kan?”
“Sekejap lagi,ibu.Mia tengah siap-siap.Karang lari pula pembekal bila tengok Mia serabai.”
Itulah rutin yang paling aku gemar lakukan setiap pagi,mengusik ibuku,Puan Sri Salmi.Tak lengkap hariku tanpa mengusik ibu.Langkah terus diatur menuruni tangga.Berdebar pula hati nak jumpa pembekal baru.Aduh,aku ini..Aku nak jumpa pembekal,bukan nak jumpa kekasih.
“Ibu tak ikut Mia sekali ke?”
“Tak,ibu percaya yang Mia boleh lakukan.”
Buat pengetahuan semua,aku ini seorang gadis yang teramat pemalu.Selama ini ibu yang akan membuat urusan dengan pembekal,aku hanya menolong menguruskan kedai.Mungkin disebabkan ini aku masih tiada kekasih.Aku bukan tiada rupa,aku cuma terlalu malu untuk bergaul dengan lelaki.Jika ada lelaki yang mahu berkenalan denganku,aku orang pertama yang melarikan diri.
Walaupun aku ini jenis pemalu yang teramat,masih ada pengecualian untuk saudaraku yang seorang itu,Taufik.Bersama dengannya,perwatakanku berubah 100%.Aku boleh berbual dan bergurau dengan dia tanpa rasa malu.Mungkin sebab aku dengan Taufik membesar bersama.
“Takutlah,ibu.Ini first time Mia nak jumpa pembkal baru..Ibu tolonglah Mia.”’
“Mia,tak lama lagi ibu akan serahkan perniagaan ibu pada kamu.Sampai bila nak harapkan ibu?Ibu bukan selamanya ada di sisi kamu.”
Bila tak berjaya memujuk ibu,mulalah terasa tiada selera untuk menikmati sarapan paginya itu.Macam mana dia nak lakukannya?Nurul Damia,kau dah besar.Apa yang kau takut dan malukan sangat?Kau hanya datang dan membuat urusan jual beli dengan pembekal itu.Lepas itu,siap urusan kau..
“Sesekali,Mia..Pergilah keluar bersosial,janganlah asyik mengurung diri dalam kedai.Dah macam katak bawah tempurung dah anak ibu ini.Kawan-kawan ibu semua mengutuk kamu.”
“Ibu,lebih baik Mia uruskan kedai dari bersosial dekat luar sana.Tak adalah ibu dengan ayah susah hati.Sekurang-kurangnya,ibu dengan ayah tahu Mia ada dekat mana.”
“Tapi,Mia..”
“Ibu,pedulikan saja kata-kata mereka.Mia senang dengan hidup Mia.”
***
Lepas jumpa pembekal,Damia singgah ke kedai buku berhampiran dengan kedai bunga ibunya.Dia sudah lama tidak membeli koleksi novel baru kerana terlalu sibuk.Novel-novel yang sudah habis dibaca,diulang baca hingga naik lunyai novel itu.Kaki terus diatur ke rak novel.Wah,banyak juga novel baru.Lepas membelek dan membaca synopsis novel yang dikehendakinya,dia terus membawa novel-novel yang menjadi pilihannya ke kaunter.
“Semuanya RM 230.”
Lepas wang baki bertukar tangan,Damia terus melngkah keluar dari kedai buku tanpa mengetahui yang seorang lelaki yang sedang menyusun buku memandang ke arahnya tidak berkelip.Cantiknya dia.Kenapa aku tak pernah Nampak dia sebelum ini?
“Encik Iqbal,pembekal telefon.”
“Sekejap lagi saya datang.”
Encik Iqbal terus menghilang ke dalam kedai untuk menjawab panggilan.Suraya termenung  di kaunter sambil mengeluh.Dah banyak kali aku bagi petunjuk pada dia yang aku sukakan dia,tapi kenapa dia macam buat tak tahu?Dia sengaja buat tak tahu atau dia memang tak reti-reti bahasa.
“Suraya!Kau menung apalagi?Kita dahlah banyak kerja.Sudah-sudah berangannya.Encik Iqbal sudah berpunya.”
“Kau diamlah,Siti.”
Suraya terus menghentak tangannya di atas kaunter.Ah,kekasih bosnya itu tidaklah hebat mana berbanding dengan dirinya.Dia lebih cantik,lebih hebat dan lebih pandai bergaya.Perempuan itu pula?Hanya gadis kampung..Siti hanya menggelengkan kepalanya berkali-kali.Suraya tak habis-habis berangan..Tak serik-serik.
***
Damia mengelap tingkap sambil bernyanyi kecil.Dia peduli apa pekerja ibunya memandang ke arahnya.Dia punya mulut,suka hati dialah.Lepas tingkap sudah bersih berkilau,Damia menuju ke bilik pejabat di sebelah pantri pula.Dia nak buat kira-kira untuk bulan ini.Ibu dahlah suka datang mengejut untuk memantau urusan kedainya.
“Pasang lagulah.Tak ada tension sangat buat kira-kira.”
Encik Iqbal melangkah masuk ke dalam Taime Florist.Terlupa pula dia hari ini ulang tahun kelahiran mamanya yang ke 52.Harap-harap kedai ini adalah jual bunga white lily.Dah penat dia mencari bunga kesukaan mamanya itu.
“Selamat datang.Apa yang kami boleh bantu?”
“Saya nak beli bunga white lily.Ada jual yang hidup tak?”
White lily?Tunggu sekejap saya nak tengok stok.”
Aqila sibuk menyemak buku stok tanpa mempedulikan pelanggan dihadapannya.Sekacak mana pun pelanggan yang datang,dia tetap tidak ambil pusing kerana dia seorang workaholic.Ada lagi stok untuk bunga white lily?
“Encik,stok belum sampai lagi.Tak tahulah jam berapa sampai.”
“Oh,tapi sampai hari ini kan?”
“Iya,encik.Cuma tak tahu cepat atau lambat.”
“Kalau macam itu,saya buat tempahan dulu.Kalau dah siap,awak inform saya.”
“Okey,encik nak berapa kuntum?”
“100 kuntum.Gubah cantik-cantik ya?Ini kad saya.”
Lepas selesai membuat tempahan,Encik Iqbal terus melangkah keluar dari kedai itu.Aqila terus mengira stok di stor belakang.Pukul 10 macam ini,pelanggan kurang.Bolehlah dia buat dua kerja sekali gus.
(Sejam kemudian)
“Hello,Taime Florist?Oh,dah sampai?Okey,terima kasih.”
Damia terus duduk di depan kaunter.Bunga yang Datuk Farhan pesan dah selamat sampapi dekat isterinya.Untung betul Datin Ros,dahlah suami kacak bergaya,usahawan berjaya,romantik lagi…Siapa tak terharu jika dapat sejambak besar bunga ros ketika ulang tahun kelahirannya?
“Cik Mia,ada orang tempah bunga white lily.Agak-agak stok sampai bila?”
“Diaorang janji sebelum waktu makan tengah hari.”
“Kalau macam tu,Cik Mia kena urus stok seoranglah.Qila kan kerja separuh hari.”
“Ha’ah,saya lupa Qila ada kelas hari ini.Tak apalah kalau macam itu.Nanti saya uruskan stok.”
“Okey,Qila nak pergi kemas stor kejap.”
Damia terus membaca novel yang baru dibelinya sementara mempunyai waktu senggang sebegini.Stok datang nanti usahkan nak baca,nak sentuh dan pandang sekejap pun tak sempat.Tepat jam sebelas setengah,stok sampai seperti yang dijanjikan.Aqila hanya tersenyum mendengar keluhan anak bosnya itu.
“Qila tolong Cik Mia sementara Qila ada.”
“Terima kasih,Qila..”

No comments:

Post a Comment