Wednesday 4 July 2012

Janji yang tidak tertunai


Akhirnya hari ni tiba juga setelah sekian lama Aireen menunggu.Hari lahir dia pun tidak sepenting hari ini.1 Disember!Ulang tahun yang kelima percintaan mereka.Senyuman tidak pernah lekang dari bibir Aireen..
Marina memerhatikan kelakuan aneh adiknya dengan penuh sabar.
"cantik-cantik ni nak ke mana?"
"Akak lupa ke?Hari ni 1 Disember."
"Oh,patutlah Reen bersiap lebih cantik dari biasa.Ada temujanji rupanya."

Patutlah bersiap bagai nak rak.Rupanya tarikh penting dah tiba.Apa pula kejutan yang Fakhri buat untuk Aireen kali ni?Aku pula yang teruja nak tahu.Tunggu jelah mulut kepoh Aireen bercerita balik nanti.Pasti tiada noktah dia bercerita.

"Okeylah,kak.Reen pergi duli.Jangan naughty dekat rumah ye?"
"Bertuah punya adik!!"

Aireen tersenyum sambil menuruni tangga.Tak sabarnya nak jumpa Fakhri.Dah lah bulan Januari ni Fakhri kena pergi Indonesia untuk sambung belajar.Tiga tahun pula tu.Mesti aku rindu dia sangat-sangat.Hadiah di tangan dipeluk erat.
Tak sanggup nak tempoh waktu tiga tahun tu tanpa dia.Ah,lupakan pasal itu dahulu.Sekarang ni mood dating.Tak ada satu pun boleh rosakkan mood bahagia aku ni.

***
Seperti tahun-tahun lalu,Aireen akan menanti Fakhri di tempat first time dia orang bertemu.Keadaan di KLIA masih sibukk seperti biasa.Mana Fakhri ni?Dah pukul 9.
"Assalamualaikum,sayang.."
"Wa'alaikumussalam...Ri,lama betul I tunggu."
"Maaf..Ri terlewat bangun..Jomlah kita makan dekat cafe dulu."

Aireen hanya tersenyum sambil menurut langkah boyfriend dia yang kelihatan agak segak hari ni.Bangga sekejap ada kekasih sesegak ini.Fakhri terus memaut lengan Aireen sebab takut kekasihnya yang teramat comel itu di-tackle orang.Tak sanggup kekasih dikebas orang.

Sementara menunggu hidangan sampai,Aireen dan Fakhri salin g bertukar-tukar hadiah.Orang lain yang memandang pelik ke arah mereka langsung tidak diambil peduli yang penting mereka gembira.Tak ada perlunya nak pedulikan mereka yang memandang.

"Boleh I buka,Aireen?"
"Mestilah boleh..Itukan untuk you."

Aireen tak perlu buka hadiahnya sebab Fakhri beri dia sejambak roses dan teddy bear sebesar...lebih besar dari Aireen lah.Fakhri tersenyum sebaik saja membuka hadiahnya.Sebatang pen yang terukir cantik namanya yang bersalut emas,sehelai kemeja dan sebuah album gambar yang penuh dengan gambar mereka berdua sepanjang lima tahun mereka berkenalan.

"I tak menjangkakan semua ini,sayang.Terima kasih."
"I pun nak berterima kasih pada you sebab bagi I hadiah yang lebih besar dari badan I sendiri.I betul-betul sukakannya,sayang."

***
Lepas makan,Fakhri bawa Aireen melawat ke semua tempat yang menjadi kenangan bagi mereka berdua.Yelah,tak lama lagi mereka akan berpisah buat sementara.Rasa sayang sangat dekat tempat-tempat yang meerka lawati bersama itu.

"Sayang.."

Aireen menoleh ke belakangnya bila mendengar suara Fakhri memanggilnya.Waktu itu,Fakhri sedang melutut sambil memegang sebentuk cincin.Mata Aireen dah mula bergenang melihat keadaan itu.

"I tahu perkenalan kita baru berusia lima tahun dan tidak terlalu lama I kenal you.Tapi I tak mampu kehilangan you..Sanggup ke you tunggu I untuk tiga tahun lagi?"

Aireen mengangguk laju.Tiga tahun akan datang dan pergi sekelip mata.Selama Fakhri berada di Indonesia,dia akan menutup rapat pintu hatinya untuk mana-mana lelaki.

"Will you marry me?"
"Yes,Fakhri."

Fakhri terus menyarungkan cincin tersebut di jari manis Aireen.Nampak terletak cantik di jari manis kekasihnya itu.Aireen menahan sebak yang datang bertandang di dadanya.

"Janji dengan I,selagi cinta you masih ada untuk I,you jangan tanggalkan cincin ni dari jari you."
"I janji,sayang..."

Malam tu,Aireen pulang ke rumah dengan senyuman bahagia.Cincin yang tersarung di jarinya dipandang dengan penuh kasih sayang.Bunga yang Fakhri beri sudah diletakkan kedalam pasu bunga di dalam bilik tidurnya.Hari ni dia rasa bahagia sangat.

"Kenapa hari ni nampak happy sangat?Wow,besarnya bear."
"Fakhri cakap kalau rindu dia peluk teddy bear."
"Huh,menyesal akak tanya."
"Akak,hari ni Reen gembira sangat-sangat.Fakhri melamar Reen tadi..Cantik tak?"

Aireen menunjukkan cincin di jari manisnya.Marina mengangguk setuju dengan adiknya.Sememangnya cincin itu memang cantik dan sesuai dengan Aireen.Aireen terus membuka laptop kesayangannya.Nak skype dengan abanglah.Harap sangat dia online.

"Yess,abang ada.."
<Reen's lullaby>abang,skype jom?"
<Mohd.Adli>jom.
Aireen terus call abangnya yang seorang itu.Terus tersenyum Adli bila nampak isterinya di sebelah Aireen.Marina hanya senyum sambil manahan sebak dan rindu di dada.

"Hai,abang.Abang,kejap ye.Reen nak kasitau yang Fakhri melamar Reen."
"Betul ke?Alhamdullilah..Nampaknya dia betul-betul serius dengan adik."
"Tapi dia suruh Reen tunggu tiga tahun lagi baru boleh langsung."
"Dia kumpul duit dulu,Reen.Nak kahwin dengan anak orang ni bukan percuma."

***
Aireen menggenggam tangan Fakhri seerat yang mungkin.Kalau boleh dia tak nak Fakhri tinggalkan dia.Fakhri hanya tersenyum memandang Aireen.Dia pun berat hati nak tinggalkan Aireen.

"Jaga diri baik-baik,sayang..Jangan nakal-nakal sepanjang I tak ada dekat sini...Dan selalu ingat yang I cintakan you."
"Hurmmm."
"Sampai JB hantar mesej pada I,Okey?"
"Hurmmm..."
Fakhri melepaskan pegangan tangan Aireen perlahan-lahan.Senyuman sentiasa terukir di bibirnya meskipun hatinya sudah meraung hebat.Setitik demi setitik air mata Aireen menitis..Mummy Fakhri menepuk bahu Aireen perlahan.Dia tahu perasaan Aireen.
"Tinggal,semua.." 
"Ri!!"
Fakhri terus berjalan meninggalkan mereka meskipun dia dengar Aireen memanggil dia.Dia langsung tidak berpaling ke belakang sehingga bayangannya hilang.Teresak-esak Aireen dengan Mummy Fakhri menangis.Masing-masing tak pernah berpisah dengan Fakhri.Paling lama pun sehari.Esoknya mereka jumpa semula.

Sepuluh bulan berlalu,Aireen masih menyesuaikan diri tanpa Fakhri.Setiap malam mereka akan berbual di alam maya.Setiap kali itu,mata Aireen tak pernah kering dengan air mata.Malam tadi, hati dia terusik bila Fakhri mengatakan mahu bertemu orang tua Aireen kerana dia tak sanggup berjauhan dengan Aireen.Dia mahu memperisterikan Aireen pada bulan Disember nanti.
Keesokan harinya,Aireen datang ke pejabat dengan mata yang sembap.Dia hanya tersenyum ketika semua orang bertanyakan mengapa.Yang tahu jawapannya hanya dia dan Fakhri.Ya Allah rindunya pada Fakhri.
"Reen,you okey tak nie?"
"Okey...I nak call seseorang sekejap."
Aireen mendail nombor telefon Fakhri.Sekejap saja suara Fakhri kedengaran..Apa lagi,mata Aireen mula basah.Fakhri turut mngalirkan air matanya bila mendengar esakan Aireen.

"Reen,I minta you satu je...Tolong tengok-tengokkan mummy I..Tolong beritahu dia I sayang sangat-sangat pada dia."
"Ri,you kenapa?"'
"Janji pada I,Aireen."
"I janji...You kenapa,Ri?"
"Jaga diri baik-baik,Aireen..I takut tak sempat nak jumpa you.."

Fakhri terus menamatkan perbualan.Bila Aireen call balik,Fakhri sudah mematikan talian.Ya Allah,kenapa dengan Fakhri?Aireen,cuba berfikiran positif.Mungkin bateri telefon dia habis?Mungkin dia terlupa nak cas telefon..

Lewat petang tu,Aireen hampir pitam bila menerima perkhabaran daripada Nik Adam,abang Fakhri.Tak mungkin!!Tak mungkin Fakhri...Aireen mendail nombor telefon Fakhri berkali-kali.Air mata sudah merembes sejak dari tadi..

"Reen,terima hakikat.Fakhri memang ada dekat situ.."
"Tak..mungkin dia tak jadi pergi situ.Mungkin dia pergi tempat lain?"

Marina terus memeluk satu-satunya adik yang dia ada.Dia turut menangis bila melihat keadaan adiknya sebegitu.Aireen akhirnya berputus asa dan meraung di dalam pelukan Marina..

"akak,dia dah janji dengan Reen..Dia dah janji nak balik...Dia dah janji nak jumpa mama dengan papa..Tolonglah,kak.Bagitahu Reen yang itu bukan Fakhri.."

Keesokan paginya,Aireen menggunting keratan akhbar tentang kejadian pengeboman yang berlaku semalam.130 orang tercedera manakala 23 orang termasuk 3 orang pengebom berani mati meninggal dunia.Fakhri turut termasuk di dalam golongan 23 orang yang meninggal dunia.Keluarga Fakhri sekarang berada di Hospital Sanglah untuk membuat pengecaman mayat.

"Hello,Marina..Ni,Nik.Jenazah tu betul milik Fakhri...Pen yang adik awak bagi ada dalam gengaman tangannya.Kalau tengok muka muka dan keadaan jenazah,memang tak dapat cam..Melecur teruk."
"Terima kasih beritahu saya keadaan di sana.Saya tak tahu nak beritahu Aireen macam mana..Okeylah,Assalamualaikum."
"Wa'alaikumussalam."
"Kak,betul ke Fakhri ada di sana?"
"Dia dah meninggal dunia.."

Aireen mengangguk faham meskipun air mata sudah jatuh berlinangan.Fakhri,meskipun Fakhri pergi sebelum sempat menunaikan janji,Reen tetap akan setia mencintai Fakhri.Cincin di jari manisnya disentuh.Cincin ini akan sentiasa tersemat di jari Reen seperti yang Reen dah janjikan..

"Reen nak berehat,kak.."
"Hurmm,Reen.Kita kena redha."
"Reen tahu."
***
 Telinganya sentiasa disumbat dengan mp3 sambil memerhatikan persekitarannya.KLIA sentiasa sibuk dengan pelbagai orang tempatan dan pelancong asing.Dia tidak menanti sesiapa atau menanti waktu berlepas..Dia sentiasa berada di situ setiap 1 Disember untuk mengimbau kenangan lapan tahun lepas.

"Aireen,abang rela menggantikan tempat arwah untuk menunaikan janji dia."
"Hanya dia saja yang boleh menunaikan janji tersebut.Bukan sesiapa pun termasuk abang dia sendiri.Maafkan saya.Harga untuk menunaikan sebuah janji ini terlalu mahal."

Amu pyojeong eobshi amureoh-ji anhke keureohke neol bonaejugil
mae-il yeonseubhaebwahdo eosaekhagiman ha-go..

useumeul boimyeo mollae uneun beopdo mae-il yeonseubhae bwaht-jiman
tteollineun moksorie keumsae deul-gil keonman gata
 
sarang-haneun geot bodan ibyeol haneun ge
ama sucheon bae suman bae-neun himdeunde
neo eobshi mot saneun paboinde eocheora-go
jidokha-ge neomu jidokha-ge neoreul sarang-hae-nna bwah

sumdo mot shwiigo neoman channeunde
dodaeche eonjecheum keuman dul su i-nneunji
jidokha-ge neomu jidokha-ge neoman sarang-hae-nna bwah
neol bonaegi-ga nae-gen jukgiboda deo himdeun jidokhan ilin geot kata

amuri apado amureoh-ji anhke keureohke harureul bonaegil
keujeo iksu-khae jigil mae-il yeonseubhae bwaht-jiman

eochapi neoreuri-jjin mothal keot kata
kochil su eom-neun byeonge apeuda haedo

neo eobshi mossaneun paboinde eocheora-go

jidokha-ge neomu jidokha-ge neoreul sarang-hae-nna bwah
sumdo mot shwiigo neoman channeunde
dodaeche eonjecheum keuman dul su i-nneunji

jidokha-ge neomu jidokha-ge neoman sarang-hae-nna bwah
neol bonaegi-ga nae-gen jukgiboda deo himdeun jidokhan ilin geot kata

charari ireol keomyeon sarangjocha mal-keol
eonjecheumen ijeul-kka

miryeonha-ge neomu miryeonha-ge neoman sarang hae-nna bwah
dareun sarangeun kkumdo mot kkuge haneun neoman
neobakke moreuneun paboinde eocheora-go
jidokha-ge neomu jidokha-ge neowah ibyeorhana bwah

jal karan mari mwo-ga eoryeowo
iptul-jocha tteji motha-go meomutkeoryeo
jidokha-ge neomu jidokha-ge neoreuribyeorhana bwah
hyungteoboda deo gipi gaseume nama
neoreul ji-ul su eopseul keot kata




English Translation

Letting you go without any expression, as if it’s nothing -
I practiced doing that every day but it’s still awkward..

I also practiced how to secretly cry while smiling but
I feel like my trembling voice will give it away quickly

Loving is more difficult than breaking up
probably by hundreds and thousands of times
But I’m a fool that can’t live without you -
what do you want me to do?

Severely, I guess I loved you too severely
I don’t even breath and I look around for you
I don’t know when I’ll be able to stop
Severely, I guess I loved you too severely
I think letting you go is more severe than dying

No matter how much it hurts, every day I practiced
Trying to get used to spending a day as if it’s nothing

I don’t think I can forget you anyway
Even if I’m sick with an incurable disease
I’m a fool that can’t live without you -
what do you want me to do?

Severely, I guess I loved you too severely
I don’t even breath and I look around for you
I don’t know when I’ll be able to stop
Severely, I guess I loved you too severely
I think letting you go is more severe than dying

If this was how it’s going to be, I shouldn’t have loved
When will I forget you?

Foolishly, I guess I loved you so foolishly
Because of you, I can’t even dream of another love
I’m a fool that only knows you -
what do you want me to do?

Severely, I guess we broke up so severely
What’s so hard about saying goodbye
that I can’t even open my lips and am hesitating?
Severely, I guess we broke up so severely
You remain deeper than a scar in my heart
so I can’t erase you

TAMAT...

No comments:

Post a Comment