Monday 2 July 2012

FB CINTA KITA 7


"Siap cepat.Lambat tinggal."
Hairie terus mengangkat kaki dari bilik Anna.Dia belum solat lagi ni.Tahu dek Ummi,mahu kena libas.Berbirat karang belakang badan.Anna terus melangkah laju ke bilik  mandi..Kalau abang betul-betul tinggal rugi besar aku nanti..

***
Anna menarik muka sepanjang sejam berada di pusat bowling tu.Macam mana boleh kalah teruk dengan abang??Ni yang tak puas hati ni.Hairie tersenyum sepanjang masa bila melihat skrin.Semua perempuan-perempuan yang ada dekat situ menoleh sekejap-sekejap ke arah abang.Yelah,abang nampak kacak hari ni.Bangga pula sekejap ada family kacak dan cantik-cantik belaka.
"Dia dengan kekasih dia ke?"
"Aku rasa macam iya."
"Taklah...Mungkin adik mana tahu?"
"Kejap-kejap.Aku pergi tanya."
Azlina menarik nafas sebelum berjalan menghampiri pasangan yang membuatkan diaorang tertanya-tanya sama ada mereka adik beradik atau pasangan kekasih.Bahu Hairie ditepuk perlahan..Hairie yang baru nak baling bola segera menoleh.Perghh,perempuan ni..Miskin sangat ke?Dekat tempat sejuk macam ni pun sanggup dia pakai macam ni?
"Kenapa iya,cik?"
"I nak tanya...You berdua ni adik beradik ke..."
"Kenapa cik bertanya?Kami ada buat salah ke?"
Hairie terus memotong percakapan perempuan dihadapannya.Pandangannya segera dialihkan ke arah lain.Aduh,perempuan ni..Bila nak pergi dari sini?Rimas betullah..Terus hilang senyuman di bibir dia.Anna perasan yang abangnya rimas dengan perempuan dihadapan mereka.
"Abang?Kenapa ni?Siapa ni?Kawan abang ke?"
"I,Azlina..I berminat nak berkenalan dengan dia.You ni adik dia iya?"
"I isteri dia.."
Hairie terus menoleh ke arah adiknya.Isteri?Suka hati je melabelkan isteri,cakap tunang pun dah okey.Adik,adik..Cakap tak pernah nak fikir dulu.
"Your wife?"
"Yess."
"I tak percaya..Mana cincin kahwin you kalau macam tu?"
Anna dan Hairie saling berpandangan.Perempuan ni dah kenapa?Macam tak puas hati je bila aku cakap yang aku nie wife abang aku sendiri.Adoi,mak cik.Jangan malukan kaum kita...Anna terus memaut tangan abangnya.Sengaja nak buat perempuan yang bernama Azlina tu cemburu.
"Abang,penting sangat ke kita nak buktikan pada orang luar?"
"Tak berapa nak penting..Tapi dah dia tanya,mestilah kita kena jawab.Miss,I memang selalu tak pakai cincin tu.Kenapa?wife I pun tak kisah I tak pakai.."
"You dah berapa lama kahwin?Nak kata baru,inai tak ada dekat jari..Ermmm,tak ada gambar anak ke nak tunjuk sebagai bukti?"
Ya Allah,perempuan ni..Masih tak puas hati gamaknya..Cubalah malu sikit.Dah terang lagi bersuluh orang tak sudi,janganlah merendahkan martabat seorang perempuan.Muka Hairie memang dah merah padam menahan marah.Hilang terus kekacakan abang aku seorang ni.
"Miss,you boleh jangan ganggu kami.I naik rimas dengan you ni..Cubalah malu sikit.I yang dengar naik malu dengan you.Lupa pula I,perempuan jenis macam you memang tak tahu malu."
Perempuan itu terus beredar sebaik saja Hairie berkata demikian.Rakan-rakannya yang menanti dari tadi terus mengajukan soalan.Siapa,siapa dan siapa?Semua soalan bermula dengan siapa.Namun dia hanya diam tanpa mahu mengulas apa-apa.
"Lin?!"
"Wife dia.Dahlah aku nak balik."
Semua rakannya saling berpandangan bila Azlina memberikan reaksi sebegitu.Tak kan lah dia tension sebab lelaki tu dah kahwin?Tapi,lelaki tu memang kacak bergaya..Ruginya..Kalaulah dia belum kahwin lagi..
"Dah-dahlah tu.Dia dah kahwin pun..."
"Sungguh kacak bergaya."
"Dah jadi hak orang.Jangan kacau."
"Lelaki boleh kahwin empat.."
"Dia tak kan pilih kita,percayalah cakap aku ni.Kita tak setanding dengan wife dia yang cute tu.Kalau aku jadi dia pun,aku tak kan kahwin lagi satu sebab aku dah ada wife yang sangat-sangat sempurna di mata aku."

***
TIGA BULAN KEMUDIAN
Anna memandang abangnya yang memandu dengan muka ketat.Nak tegur pun takut sebab tak pernah lagi abangnya marah sampai begitu sekali.Terasa macam dia yang buat salah.Jangankan bercakap,nak bergerak dalam kereta pun Anna tak berani.
"Abang...Abang marah Anna ke?Kalau Anna silap,Anna mintak maaf.Anna cuma nak tolong abang.Abang marahlah Anna...Jangan diam macam ni."
"Kenapa Anna nak mintak maaf sedangkan Anna tak buat salah?Anna cuma tolong abang je tadi,buat apa abang marahkan Anna?Apalah adik abang seorang ni."
"Habis tu,kenapa abang bawa kereta dengan muka ketat macam ni?Anna nak tegur pun jadi takut tau abang."
Hairie tertawa perlahan.Teruk sangat ke dia menarik muka?Dia bukan sengaja nak buat adik kesayangannya itu takut..Anna akhirnya dapat menarik nafas lega bila abangnya ketawa..Hilang kecut perut.
"Abang cuma terkesan dengan kata-kata perempuan tadi tu..Dalam usia macam abang ni,memang patut abang kena ada anak.."
"Abang,abang.Abang pedulikan kata-kata perempuan tu.Insya-Allah,tak lama lagi abang akan berkahwin dan akan menjadi seorang ayah.Buat masa ni,Anna minta abang bersabar dan berikan kami sedikit masa untuk mencari."
"Abang percayakan kau orang semua..."
Sebaik saja menjejakkan kaki ke dalam bilik,perkara pertama yang Anna buat tak lain tak bukan menghadap facebooknya..Bila melihat status Fida,Anna mengeluh berat.Kenapa mesti kau yang hancurkan  hati abang aku?Kenapa mesti kawan baik aku sendiri?Kenapa?
Kotak yang berisi barang-barang yang Fida bagi pada abang aku pandang tanpa minat.Sudah lama abang suruh aku pulangkan semula pada Fida tapi aku malas nak jumpa dia.Abang siap pesan dekat aku jangan tuntut apa-apa yang dia pernah beri pada Fida.Abang ni macam tahu-tahu je.
“Tak ada mood nak chatting dengan oranglah..”
Angah Okaido pun lama tak online.Busy study lah kot.Malas nak kacau orang yang tengah belajar.Hurm,baik aku jumpa dia untuk pulangkan barang ni.
-Jumpa dekat tempat biasa esok pukul 2.
            Seminit..Dua minit..Bip,bip..





No comments:

Post a Comment