Tuesday 26 June 2012

DIA DIHATIKU 11

-->

Tak pernah Aishah sangka yang semua kaum kerabatnya menerima Azman untuk menjadi suaminya.Dia sangat-sangat terkejut.Seminggu lepas tu,tali pertunangan diikat antara Azman dan Aishah.Tunang espress.
“awak busy,Man?Saya nak ajak awak cari barang-barang kahwin.”
“hari nie ke,Sha?”
“kalau awak tak busy..parent saya suruh beli awal..”
“saya jemput awak dekat office pukul 12 nanti..”
“jemput saya dekat rumah family saya.Hari ni saya off day.Kalau awak busy,saya boleh pergi dengan aunty..”
“tak adalah busy sangat.nanti saya jemput awak.ok,sayang?”’
“okeylah kalau macam tu...”
Lepas mematikan talian,Azman tersenyum sambil merenung gambar tunangnya itu yang sengaja digantung di dinding office.
“bos,meeting...sekarang.”
“you turun dulu,Rina.Sekejap lagi I turun...”
Rina mengangguk dan terus beredar dari situ.Sebenarnya dia meminati bosnya itu dalam diam.Ketika hari pertunangan bosnya itu,dia orang paling sedih dalam dunia nie.
***
Diaorang habiskan masa tiga jam membeli barang-barang untuk kahwin.Macam-macam juga dibelinya.Azman lah yang mengangkat barang-barang sementara Aishah dan mummy Azman jalan lenggang kangkung.
“mummy,Sha..I nak jawab call nie sekejap.You all pergi dulu..”
Lepas meletakkan barang-barang di atas kerusi yang disediakan,handphone terus melekat dekat telinga.Sejam kemudian,ketika Aishah dan Mummy mendekatinya.. Muka masamnya tidak dapat disembunyikan.
“Man,kenapa?”
“awak okey tak?”
“kita terpaksa tangguh perkahwinan kita.Man kena pergi Belgium untuk satu tempoh yang lama.”
Tangguh?berapa lama?sebulan dua?Setahun dua?Aishah cepat-cepat menyembunyikan muka kecewanya.Senyuman tetap menghias wajahnya.
“kenapa?Ada problem ye?”
“iya,Sha..Maafkan Man..Bukan Man saja nak delay wedding kita.”
“tak apa..Sha faham.Kalau macam tu,jomlah kita balik.Barang-barang lain boleh dibeli nanti.”
“Sha okey tak nie?”
“Sha okeylah,Man..Bukannya wedding cancel...Just delay je.Nanti jelaskan pada mama dengan papa tau.”
Ketika di dalam kereta,masing-masing mendiamkan diri.Mummy memang dah kecewa sangat-sangat..Wedding mereka sepatutnya hujung tahun depan tapi nak buat macam mana?Sampai je di depan rumah Aishah,Aishah terus keluar setelah mengucapkan terima kasih kerana menghantarnya.Bila kereta Azman dah menjauh,setitis air matanya menitis.Tangannya laju menekan nombor di handphone.
“abang..boleh datang rumah Sha sekejap?”
“kenapa?Abang kerja lah,Sha..”
“Please..Sha betul-betul perlukan abang dekat sini..”
“abang...”
“tak apalah macam tuTak penting sangat pun.Assalamualaikum..”
Aishah terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil mengesat air matanya.Pada siapa dia nak mengadu?Pada mama dan papa?Tidak,mereka pasti terkejut dan terluka...Pada abang,dia busy.Pada Adiella?Tak mungkin.

No comments:

Post a Comment