Tuesday, 26 June 2012

DIA DIHATIKU 10

-->

Hinggaku dapat mencinta..
Dan ku bersumpah ku untukmu..
Untukmu...
Aku di sini karena cinta...
Aku bernyanyi karena cinta...
Tanpa dirimu aku tak bisa
Ku tak bisa...
Ku tak bisa..
Lepas Aishah habis nyanyi,bekas bos Adiella pula yang ambil alih mikrofon.Azman menyanyikan lagu hanya ingin kau tahu by Republik.Aisyahlah yang menjadi mangsa main guitar.Mujur dia tahu lagu tersebut.
“terima kasih...lagu tu untuk awak.”
Terkedu Aishah bila mendengar bisikan itu.Mukanya terus berona merah.Lagu tu untuk aku???
“awak tak suka lagu tu?nak saya nyanyi lagu lain?”
“eh,tak...Terima kasih.”
“kasih diterima..”
Azman terus melangkah menuruni pentas yang dibuat khas untuk diaorang menyanyi..Ketika Azman nak balik,Aishah menyorok dalam rumah,Seganlah nak keluar waktu macam nie.
“Jom makan?Kak Fara laparlah.”
“bereh,jom..Aishah pun lapar.”
“sedap suara Aishah tadi..”
“thank you...nanti buat album,bagi kat Kak Fara..”
“main-main pula dia.Kahwinkan karang...”
“tak takut..Moh le kita pergi mencekik.Aishah dah kebulur dah ni.”
Waktu nak makan baru Aishah perasan yang Azman masih belum balik lagi.Macam mana nak makan ni?Segan-segan!!Ah,lantaklah..Perut dah buat konsert rock kapak dah nie.Pedulikan dia.
Ketika Aishah mencedok lauk ke dalam pinggan,Azman menyapanya dari belakang.Nasib baik tak tercampak senduk.
“baru nak makan ke?”
“tak lah...Baru nak jahit baju.Awak tak nampak ke saya tengah jahit berpuluh pasang baju”
Selamba kucing je Aishah menjawab.Dahlah buat orang terkejut lepas tu boleh pulak memberi pertanyaan yang buat orang panas hati.
“maaf..”
***
Seminggu lepas tu dan bulan-bulan seterusnya,Aishah asyik terserempak dengan Azman.Tak sah kalau dalam seminggu tu tak terserempak.Aishah pun pelik juga tapi segan nak bertanya.Karang Azman ingat dia perasan pula.Tak nak jadi syok sendiri.
“kita ni selalu terserempakkan?”
“tahu tak apa.Saya dah naik pelik juga asyik terserempak dengan awak.”
“kita nie berjodoh tak,Aishah?”
“entah,saya tak tahu.”
“sebenarnya saya..Sangat-sangat sukakan awak..Saya tahu terlalu awal untuk semua ni tapi saya betul-betul nak memperisterikan awak.”
Terkedu Aishah buat seketika.Dia suka aku?Oh,my Prada!!Dia suka aku..Dia a.k.a Azman suka aku a.k.a Aishah!
“saya tak paksa awak terima.”
“berjumpalah dengan orang tua saya...Saya tak nak buat keputusan membelakangkan mereka.”
“baiklah..”

No comments:

Post a comment