Malam tu,Aishah melepaskan geram dan rasa sedihnya dengan
membuat brownies. Sampai sakit-sakit tangan dia.Dia turut membuat biscuit
kegemaran dia.Dah lama tak buat..Memang comot muka Aishah dengan tepung.
“cik puan..Tuan muda datang.”
“biarlah dia datang..buat fresh orange.”
Lepas membakar biscuit,Aishah terus melangkah ke ruang
tamu.Firas Huzaimi cepat-cepat mendapatkannya.
“maafkan abang tak datang petang tadi.Abang ada meeting lepas
tu.”
“tak apa.Kan Sha dah bagitau tak penting sangat.Susahkan abang
dengan Adiella datang malam-malam macam nie.”
“saya betul-betul risau tadi bila abang bagitau awak ada
masalah.Ceritalah pada kami,Aishah.”
“I dah okey sikit..Malam ni tidur sini tau..”
“memang tidur sini pun.”
“Sha tengah bakar biscuit nie..Nanti esok pagi Sha story okey?”
Firas Huzaimi dan Adiella hanya mengangguk setuju.Mereka terus
melangkah ke tingkat atas.Dah malam sangat.Ngantuk.
“Sha akan story
tepat pada masa Man datang jumpa mama dan papa.”
Bisik Aishah sebelum beredar ke dapur.Lepas mengemas dapur dan
menyimpan biscuit dan brownies elok-elok,baru Aishah melangkah ke tingkat
atas.Esok nak masak apa ye?Bihun goreng pun okey jugak.
“tak tidur lagi,Adiella.”
“terjaga..nak pergi minum air sekejap.”
“owh,I rehat dululah ye?”
“hurmm..”
Lepas merebahkan badan atas katil,handphone nya terus
dicapai.Mak aiyhh?100 missed call?Azman call rupanya.Aishah terus return call
tunangnya itu.
“assalamualaikum..”
“wa’alaikumussalam..kenapa tak pick up call?”
“Sha ada kat bawah.Handphone ada dalam bilik.”
“owh,risau Man bila Sha tak pick up call.”
Lepas berbincang dua tiga perkara..Barulah mereka menamatkan
perbualan.Tu pun sebab jarum jam dah berganjak ke pukul 1 pagi.
Awal-awal pagi lagi Aishah dah bangun menggoreng bihun..Lepas
berbincang dengan Firas Huzaimi nanti,dia nak ke office.Nasib baik dapat tahu
awal.
“awak masak apa,Aishah?”
“bihun goreng je..Kenapa,Adiella?”
“nak tolong...”
“tolong makan je nanti..”
“ala..”
“kalau macam tu,tolong potong brownies boleh?”
Laju je Adiella mengangkat punggung.Terlalu rajin nak buat
kerja rumah.Rumah milik dia dan Firas Huzaimi memang tak guna khidmat orang
gaji.Bukan Firas Huzaimi tak mampu,Adiella yang tak mahu.
Lepas makan,Aishah,Firas Huzaimi dan Adiella duduk
berbincang.Pada mulanya Firas Huzaimi membantah tapi dia okey akhirnya.Mama dengan
Papa tak mampu nak kata apa bila Azman datang untuk menunda pernikahan
mereka.Lagipun lagi dua hari,Azman akan berangkat ke sana.
***
Hari ni hari pernikahan Aishah.Rumah mama dan papa memang tak
payah nak cakaplah memang penuh dengan kehadiran saudara-mara.Keadaan memang
riuh rendah.
Aishah
yang sedang ditouch up oleh mak andam hanya tersenyum bila diusik sahabat
handai dan saudara mara.Biasalah tu,bakal pengantin memang akan diusik.
No comments:
Post a Comment