Sunday, 6 May 2012

DIA DIHATIKU 4


Lepas beri muffin pada jiran sebelah rumah,Aishah naik ke tingkat atas untuk bersihkan diri.Firas Huzaimi dipaksa meletakkan muffin ke dalam kotaknya.Tak kan nak letak dalam plastik je kan?Hancurlah muffin.
“Sha,jangan mandi  berjam lama tau tak?mama dah call suruh balik cepat!!”
“taulah!!”
Pukul enam tepat,mereka berdua dah dalam perjalanan ke rumah orang tua mereka di seksyen tujuh.Seronok betul Firas Huzaimi nak balik rumah sendiri.Jelous Aishah tengok abangnya..
“anak mama betul.”
“Sha jelous”
Sebaik saja nampak kereta Aishah,Mama dengan Babah terus keluar menyambut anak kesayangan mereka.Bertalu-talu ciuman Firas Huzaimi dapat di pipi.Aishah dengan babah hanya gelak je tengok.
“Sha bawak muffin ye?”
“amboi,mama..bau je muffin orang...”
Bila tahu Aishah bawa muffin,Firas Huzaimi tidak dihirau.Bertambah kuatlah tawa babah dan Aishah.Muka cemberut Firas Huzaimi dah keluar.
“ma,layan anak kesayangan mama tu.dah merajuk.”
“Firas,tolong mama angkat muffin,sayang.”
“iya,ma.”
Babah dengan Aishah terus melepak dekat tepi kolam.Apa lagi dua manusia ni buat kalau bukan bersembang pasal kerja.Tak lama lepas,Firas Huzaimi pun join mereka.
“Insya-Allah,bulan enam nie orang kena pergi Singapore.”
“kenapa?”
“outstation.”
“mama dah tahu?”
Aishah hanya menggeleng perlahan.Mama kalau tahu pasti dibangkangnya habis-habisan.Tak nak anak-anak pergi jauh untuk satu masa yang lama.Dulu abang pergi belajar kat oversea untuk lupakan Adiella terus disokong mama.
“nanti abang tolong pujuk.”’
“taulah dia anak kesayangan mama.”
well...
Aishah terus buat muka menyampah bila Firas Huzaimi membangga diri.Bila tengok jam menghampiri pukul 7,Aishah terus meminta diri.Esok kerja.Cemberut juga muka mama tapi lepas dipujuk baru mama senyum.
“hati-hati bawa kereta.”
“okey..bye2”
Sepanjang perjalanan balik,Aishah menyanyi ikut radio.Time nie tak ada sapa akan kutuk suara dia.Eh?Apa minah tu buat dekat sini?Kereta terus diberhentikan di bahu jalan.
“You buat apa kat sini,Adiella?”
“Aishah?”
“You buat apa kat sini?”
Dah macam radio rosak dah aku nie ulang benda yang sama banyak kali.Melihat muka sedih Adiella,Aishah mencebik.
“you dah bisu ye?”
“suami saya...Ceraikan saya.”
“So?I tanya apa you buat di sini?Bukan I tanya suami you ceraikan you ke?”
“saya kena halau dari rumah.”
“Then,baliklah rumah you kat Melaka tu!”
“abang saya dah jual rumah tu untuk bayar hutang dia”
Walaupun dalam hati dah kesian tapi Aishah tak pamerkan pada wajahnya.Padan muka kau,Adiella.Hancurkan lagi hati abang aku!
-->

No comments:

Post a comment